PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN DULI YANG MAHA MULIA BANGIDA KING GREAT BRITAIN DENGAN KERAJAAN KELANTAN 1910
PERKARA 1
Raja Kelantan berjanji tidak mengadakan apa-apa perhubungan politik atau urusan politik dengan mana-mana kuasa atau raja negara asing, kecuali melalui perantara Duli Yang Maha Mulia Baginda King England.
PERKARA 2
Duli Yang Maha Mulia Banginda King England berhak melantik pegawai menjadi Penasihat dan Penolong Penasihat di Negeri Kelantan bagi bertindak sebagai wakil (ejen) Duli Yang Maha Mulia Baginda King England. Raja Kelantan berjanji membayar kepada Penasihat dan Penolong Penasihat apa-apa gaji sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dan menyediakan tempat kediaman yang sesuai untuk mereka; dan Raja Kelantan selanjutnya mengaku janji mematuhi dan memberi kuat kuasa kepada Penasihat itu, atau semasa ketiadaanya, Penolong Penasihat itu, dalam semua hal pentadbiran, selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
PERKARA 3
Raja Kelantan berjanji tidak mengikat apa-apa perjanjian berkaitan dengan tanah, atau memberikan apa-apa konsesi kepada, atau membenarkan apa-apa pindah milik kepada, atau oleh, mana-mana individu atau syarikat, selain anak watan Negeri Kelantan, dan tidak melantik mana-mana pegawai, selain anak Watan Kelantan, yang diberi gaji sebanyak lebih $400 setahun, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran secara bertulis daripada Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dengan syarat bahawa, sekiranya kawasan pemberian atau konsesi itu tidak melebihi 5,000 ekar tanah pertanian atau 1,000 ekar tanah perlombongan, kebenaran bertulis daripada Penasihat adalah mencukupi bagi perlantikan pegawai bawahan yang bukan anak watan Kelantan.
PERKARA 4
Sebaik-baik sahaja hasil kasar Negeri Kelantan mencapai amaun $100,000, Baginda King boleh menghendaki supaya Raja Kelantan menubuhkan dan menyelenggarakan sepasukan askar Melayu dan India yang dibiayai oleh Kerajaan Kelantan bagi maksud membantu pertahanan Wilayah dan Negeri Naungan Duli Yang Maha Mulia Baginda King di Semenanjung Tanah Melayu.
PERKARA 5
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King mengaku janji tidak menggangu dalam pentadbiran dalaman Negeri Kelantan, selain yang diperuntukan dalam perjanjian ini, selagi tiada apa-apa yang dilakukan di negeri itu adalah berlawanan dengan hak dan obligasi Persetiaan yang dipunyai oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Kerajaan asing, dan selagi keamanan dan kententeraman kekal di Negeri Kelantan, dia ia diperintah bagi manfaat penduduknya dengan keserderhanaan, keadilan dan kemanusian.
PERKARA 6
Perkara-perkara berhubung dengan Pos dan Telegraf, dan Kereta Api yang menjadi perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Negeri Kelantan, adalah dibawah kawalan Raja Kelantan; tetapi Raja Kelantan berjanji berkerjasama dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dalam pembinaan dan pengurusan mana-mana bahagian landasan kereta api atau talian telegraf jarak jauh yang mungkin berada dalam Negeri Kelantan. Syarat kerjasama itu hendaklah, dalam setiap hal, tertakluk kepada perkiraan khas.
PERKARA 7
Seterusnya, Raja Kelantan mengaku janji tidak memberi kepada mana-mana Syarikat, Sindiket atau Individu, apa-apa keistimewaan bagi membina landasan kereta api di Negeri Kelantan tanpa kebenaran bertulis Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King. Walau bagaimanapun, ketetapan ini tidak boleh terpakai kepada landasan kereta api pendek yang dibina oleh pemunya konsesi yang telah diberikan di bawah Perkara III, dalam kawasan konsesi sedemikian dan bertujuan bagi mengangkut bahan galian sumber asli lain.
PERKARA 8
Tiada apa-apa pun dalam perjanjian ini boleh menjejaskan kuasa pentadbiran yang kini dipegang oleh Raja Kelantan. Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dalam perjanjian ini, hubungan antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King adalah sama seperti yang pernaj wujud antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam.
Dua salinan perjanjian ini hendaklah dibuat, satu dalam bahasa inggeris dan satu dalam bahasa Melayu yang mengandungi tafsiran yang sama.
Di buat di Kelantan pada 20 Oktober 1910.
(…..TANDA TANGAN…..) JOHN ANDERSON
Saksi.
(…..TANDA TANGAN…..) H.M. JACKSON, KOLONEL
(…..TANDA TANGAN…..) R.E. STUBBS
(…..TANDA TANGAN…..) TUAN LONG SENIK BIN AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD.
Saksi.
(…..TANDA TANGAN…..) TENGKU SRI INDRA MAHKOTA
(…..TANDA TANGAN…..) TENGKU CHIK TUAN ABDULLAH
Rujukan : Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia,
SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT 1
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kami berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu kisah yang sedia maklum, iaitu kisah Tok Janggut.
Kita boleh perhatikan kenapa yang dinamakan makam Tok Janggut di Pasir Putih atau di Pasir Pekan tidak terurus, ini kerana kaum tua yang menguruskan pengurusan makam tersebut tahu cerita sebenar.
Suasana menjadi kelam kabut, akhirnya, urusan diteruskan, cumanya jasad tadi digantikan dengan batang pisang agar mengaburi orang ramai.
Banyak lagi sejarah mengenai Tok Janggut dan pahlawan lain yang telah digelapkan.
Bertuahnya orang Pahang kerana Mat Kilau hadir mengenalkan diri., jika tidak kita terus diomok-omokan bahawa mereka yang berani dan Alim ini mati di tangan British, diracun Siam dan sebagainya.Tidak bermaksud orang Kelantan tidak bertuah apabila Tok Janggut memilih untuk berdiam diri. Bertuahnya orang kelantan kerana waris Tok Janggut terus menyimpan rahsia-rahsia ini.
Terutama rahsia kenapa Datuk Paduka Nik Mahmud mengarang Kitab Pati Rahsia dan menarik diri istana beberapa ketika selepas kehilangan Tok Janggut. – Sumber dari Wan Asrul Al-Aydrus
LAPANGAN TERBANG DI KELANTAN
II) Lapangan Terbang Udara Gong Kedak
III) Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas,

![]() |
|
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa sebelum Perang Dunia ke-2 : Sumber KPSK |
![]() |
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra : Sumber Kosmo |
![]() |
Atas faktor Keselamatan, rakaman gambar Pengkalan Udara Gong Kedak tidak boleh dimuat naik |
![]() |
Lapangan Terbang Lalang Luas, Machang : Sumber KPSK |
![]() |
Contoh pesawat yang pernah ditempatkan di Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas untuk tujuan pertahanan udara Kelantan semasa Perang Dunia ke-2 |
Pantai Semut Api
Pada zaman dahulu ada sebuah perkampungan nelayan dipersisiran pantai dari hamparan laut cina selat selatan. Perkampungan nelayan ini pada waktu ini cukup popular..
Mukim Semut Api
Semut Api merupakan sebuah mukim di daerah Badang, Kota Bharu, Kelantan. Mukim-mukim lain di daerah Badang ialah Pulau Pisang, Banggol, Kedai Buloh, Che Latif, Tasik, Siti Manis, Tikat, Pulau Kundur, Kijang, Binjai, Che Deris, Dal, dan Jaya Setia. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.
Chalet Tengku Mahmood Mahyideen
Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Sultan Patani terakhir yang kental berjuang semasa Perang Dunia Ke-2 dengan menubuhkan Force 136 telah membina chalet peranginan di tepi Pantai Semut Api yang ketika itu nyaman dan damai.
Disini juga, beliau telah meninggal dunia pada hari Jumaat 12 Februari 1954 ketika berumur 46 tahun.
Setelah itu, nama Pantai Semut Api ini telah telah ditukar kepada Pantai Cinta Berahi dan ditukar lagi kepada Pantai Cahaya Bulan seperti sekarang ini.
Dalam catatan pada tahun – tahun 50 hingga 60an Pantai ini digambarkan cukup indah dan menarik sekali dan juga dikatakan filem Penarik Beca lakonan P. Ramlee dirakam di pantai ini.
![]() |
||||
Pantai Semut Api – Pantai Cinta Berahi – Pantai Cahaya Bulan. Terima Kasih kepada blog dsn.buluh |
HAKISAN
Kini, pantai ini sudah menjadi lautan akibat hakisan pantai ekoran peningkatan paras air laut. Penduduk kawasan pantai ini kini hanya memegang geran tanah sahaja sedangkan lokasi tanah mereka nun dalam laut. Hal ini juga dialami oleh penduduk di kawasan Pantai Sabak yang menjadi tempat pendaratan angkatan tentera Jepun ketika perang dunia ke-2
Pekan-Pekan Lama yang Hampir Tidak Diketahui Umum
Tumpat:
– Pekan Cabang 4 Tok Mek Ngah
– Pasir Pekan
– Pekan Palekbang
– Pekan Pengkalan Tok Majid
Pasir Puteh:
– Pekan Semerak
– Pekan Telosan
Bachok
– Pekan Jelawat
– Pekan Gunong
– Pekan Melor
– Pekan Peringat
– Pekan Tawang
– Pekan Pauh Lima
Pasir Mas
– Pekan Cabang 4 Tendong
– Pekan To’Uban
– Pekan Gual Periuk
– Pekan Repek
– Pekan Bunut Susu
– Pekan Meranti
Tanah Merah
– Pekan Gual Ipoh
– Pekan Batu Gajah @ Panglima Bayu
Kota Bharu
– Pekan Mulong
– Pekan Gertak Kecupu
– Kota Jembal@Kedai Lalat
– Dewan Beta
– Pekan Kadok
Machang
– Pekan Temangan
– Pekan Pulai Chondong
– Pekan Kemubu
– Pekan Labok
Kuala Krai
– Pekan Batu Mengkebang
– Pekan Laloh
– Pekan Dabong
– Pekan Batu Jong
– Pekan Kuala Nal
Jeli
– Pekan Ayer Lanas
– Bukit Bunga
– Pekan Kuala Balah
Gua Musang
– Pekan Nenggiri
– Pekan Galas