PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN DULI YANG MAHA MULIA BANGIDA KING GREAT BRITAIN DENGAN KERAJAAN KELANTAN 1910


PERKARA 1

Raja Kelantan berjanji tidak mengadakan apa-apa perhubungan politik atau urusan politik dengan mana-mana kuasa atau raja negara asing, kecuali melalui perantara Duli Yang Maha Mulia Baginda King England.

PERKARA 2

Duli Yang Maha Mulia Banginda King England berhak melantik pegawai menjadi Penasihat dan Penolong Penasihat di Negeri Kelantan bagi bertindak sebagai wakil (ejen) Duli Yang Maha Mulia Baginda King England. Raja Kelantan berjanji membayar kepada Penasihat dan Penolong Penasihat apa-apa gaji sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dan menyediakan tempat kediaman yang sesuai untuk mereka; dan Raja Kelantan selanjutnya mengaku janji mematuhi dan memberi kuat kuasa kepada Penasihat itu, atau semasa ketiadaanya, Penolong Penasihat itu, dalam semua hal pentadbiran, selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

PERKARA 3

Raja Kelantan berjanji tidak mengikat apa-apa perjanjian berkaitan dengan tanah, atau memberikan apa-apa konsesi kepada, atau membenarkan apa-apa pindah milik kepada, atau oleh, mana-mana individu atau syarikat, selain anak watan Negeri Kelantan, dan tidak melantik mana-mana pegawai, selain anak Watan Kelantan, yang diberi gaji sebanyak lebih $400 setahun, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran secara bertulis daripada Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dengan syarat bahawa, sekiranya kawasan pemberian atau konsesi itu tidak melebihi 5,000 ekar tanah pertanian atau 1,000 ekar tanah perlombongan, kebenaran bertulis daripada Penasihat adalah mencukupi bagi perlantikan pegawai bawahan yang bukan anak watan Kelantan.

PERKARA 4

Sebaik-baik sahaja hasil kasar Negeri Kelantan mencapai amaun $100,000, Baginda King boleh menghendaki supaya Raja Kelantan menubuhkan dan menyelenggarakan sepasukan askar Melayu dan India yang dibiayai oleh Kerajaan Kelantan bagi maksud membantu pertahanan Wilayah dan Negeri Naungan Duli Yang Maha Mulia Baginda King di Semenanjung Tanah Melayu.

PERKARA 5

Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King mengaku janji tidak menggangu dalam pentadbiran dalaman Negeri Kelantan, selain yang diperuntukan dalam perjanjian ini, selagi tiada apa-apa yang dilakukan di negeri itu adalah berlawanan dengan hak dan obligasi Persetiaan yang dipunyai oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Kerajaan asing, dan selagi keamanan dan kententeraman kekal di Negeri Kelantan, dia ia diperintah bagi manfaat penduduknya dengan keserderhanaan, keadilan dan kemanusian.

PERKARA 6

Perkara-perkara berhubung dengan Pos dan Telegraf, dan Kereta Api yang menjadi perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Negeri Kelantan, adalah dibawah kawalan Raja Kelantan; tetapi Raja Kelantan berjanji berkerjasama dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dalam pembinaan dan pengurusan mana-mana bahagian landasan kereta api atau talian telegraf jarak jauh yang mungkin berada dalam Negeri Kelantan. Syarat kerjasama itu hendaklah, dalam setiap hal, tertakluk kepada perkiraan khas.

PERKARA 7

Seterusnya, Raja Kelantan mengaku janji tidak memberi kepada mana-mana Syarikat, Sindiket atau Individu, apa-apa keistimewaan bagi membina landasan kereta api di Negeri Kelantan tanpa kebenaran bertulis Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King. Walau bagaimanapun, ketetapan ini tidak boleh terpakai kepada landasan kereta api pendek yang dibina oleh pemunya konsesi yang telah diberikan di bawah Perkara III, dalam kawasan konsesi sedemikian dan bertujuan bagi mengangkut bahan galian  sumber asli lain.

PERKARA 8

Tiada apa-apa pun dalam perjanjian ini boleh menjejaskan kuasa pentadbiran yang kini dipegang oleh Raja Kelantan. Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dalam perjanjian ini, hubungan antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King adalah sama seperti yang pernaj wujud antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam.

Dua salinan perjanjian ini hendaklah dibuat, satu dalam bahasa inggeris dan satu dalam bahasa Melayu yang mengandungi tafsiran yang sama.

Di buat di Kelantan pada 20 Oktober 1910.

(…..TANDA TANGAN…..) JOHN ANDERSON

Saksi.

(…..TANDA TANGAN…..) H.M. JACKSON, KOLONEL

(…..TANDA TANGAN…..) R.E. STUBBS

(…..TANDA TANGAN…..) TUAN LONG SENIK BIN AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD.

Saksi.

(…..TANDA TANGAN…..) TENGKU SRI INDRA MAHKOTA

(…..TANDA TANGAN…..) TENGKU CHIK TUAN ABDULLAH

 

Rujukan : Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia,

2 responses

  1. perjanjian yg merugikan Kelantan.

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Itu adalah suratan takdir. Bacalah buku “Kelantan” tulisah W.A.Graham. Pada masa tersebut Kelantan sungguh maju dengan perlombongan dan perdangangan pesat dijalankan oleh Kerajaan pada masa tersebut. Semua daerah telah diteroka dan mengeluarkan hasil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: