Pemerintah Kelantan dari 1183 – 2012


Sumber Asal dari www.wikipedia.org 

Senarai Raja / Sultan Kelantan

Dinasti awal Langkasuka

  • 1183-1233: Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma
  • 1233-1253: Maharaja Suran (Raja Surendra)
  • 1253-1267: Maharaja Thilam (Raja Tilam)
  • 1267-1296: Paduka Maharaja Sri Sakranta (Raja Zainuddin)
  • 1296-1318: Paduka Maharaja Sri Sang Tawal (Raja Abdullah)
  • 1318-1348: Raden Galuh Gemerenchang Paduka Che Siti Wan Kembang I (Raja Kelantan-Selatan)

Zaman Dinasti Chermin
Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak, utara Sumatra dan Champa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Champa di Vietnam.

  • 1339-1362: Sultan Mahmud Ibni Adullah, putera kepada Paduka Sri Sang Tawal, Raja Langkasuka. Menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan ayahandanya, dan mengasaskan Kerajaan Chermin. Meluaskan empayar kerajaan Chermin dengan menakluk Perak, Kedah, Champa dan utara Sumatra. Dikalahkan oleh kerajaan Sukhotai pada tahun 1345 dan membayar ufti kepada Sukhotai. Masuk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam. Memindahkan ibu kota ke Bukit Panau. Kerajaannya menjadi taklukan Majapahit selepas Majapahit mengalahkan Sukhotai pada tahun 1357. Mangkat pada tahun 1362
  • 1391-1418: Sultan Baki Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud, Raja Kerajaan Chermin (Langkasuka-Kelantan-Singgora)
  • 1418-1429: Sultan Sadik Muhammad Shah. Memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Chermin ke pedalaman Nenggiri
  • 1429-1467: Sultan Iskandar
  • 14xx-1522: Sultan Mansur Shah (Kelantan)
  • 1522-1526: Sultan Gombak ibni Almarhum Sultan Mansur Shah
  • 1526-1547: Sultan Ahmad Shah
  • 1547-1561: Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad
  • 1561-1565: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur
  • 1565-1570: Sultan Umar Bin Raja Ahmad
  • 1570-1579: Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mansur (kali kedua)

Dinasti Champa-Jembal

  • 1579-1597: Sultan Adiludin Ibni Al-Marhum Nik Jamaluddin, Menjadi Raja Kelantan merangkap Timbalan Raja Champa
  • 1597-1602: Sultan Muhammad Ibni Sultan Ibrahim
  • 1605-1616: Sultan Samiruddin
  • 1616-1637: Sultan Abdul Kadir
  • 1637-1649: Raja Sakti ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir
  • 1649-1663: Raja Loyor
  • 1663-1667: Raja Bahar
  • 1667-1671: Puteri Saadong
  • 1671-1676: Sultan Abdul Rahim
  • 1676-1721: Sultan Umar

Dinasti Datu Pattani

  • 1721-1734: Long Bahar Ibni Wan Daim, putera kepada Datu Pengkalan Tua Pattani Wan Daim. Menjadi Raja Patani pada tahun 1715 tetapi digulingkan oleh Raja Bendang Badan pada tahun 1716. Berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan Raja Pah Binti Raja Sakti II. Menjadi Raja Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal menggantikan mertuanya yang mangkat pada tahun 1721 dengan persetujuan dari isterinya Raja Pah Binti Raja Sakti II dan adinda isterinya iaitu Raja Kecil Sulung.
  • 1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama)
  • 1739-1746: Interregnum (Perang Saudara)
  • 1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua)
  • 1756-1758: Raja Long Pandak
  • 1758-1763: Raja Long Muhammad
  • 1765-1795: Long Yunus
  • 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
  • 1800-1835: Sultan Muhammad I (putera ke-6 Long Yunus)
  • 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus)
  • 1837-1886: Sultan Muhammad II (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:
    • Tengku Puteri Long Sulong binti Sultan Muhammad II (berkahwin dengan Sultan Ahmad Tengah, kerabat Raja Trengganu)
    • Tengku Nanik binti Sultan Muhammad II (berkahwin dengan Tengku Long Puteh ibni al-Marhum Tengku Long Muhammad, Raja Pattani)
    • Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (pewaris tahta, keturunan Long Yunus)mempunyai zuriat iaitu
      • Tengku Long Ahmad ibni al-Marhum Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Panglima Raja Kelantan) mempunyai zuriat iaitu:
        • Tengku Iskandar ibni al-Marhum Tengku Long Ahmad Tengku Panglima Raja Kelantan
          • Tengku Shaheera Ilani Binti Tengku Iskandar (pelakon Halimah Jongang)
        • Al-Marhum Tengku Datuk Muhammad Zaid Ibni Al-Marhum Tengku Panglima Raja Kelantan, bekas MP Pasir Mas
        • Tunku Puan Nora, mantan Sultanah Johor, isteri kepada Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Sultan Johor ke-23)
        • Tengku Zanariah, mantan Sultanah Johor, isteri kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail (Sultan Johor ke-24)

Sultan Kelantan (Permulaan dari Keturunan Raja Terengganu)

  • 1886-1890: Sultan Ahmad (Tengah) ibni al-Marhum Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur I Riayat Shah,Trengganu  (putera ke-4 Tengku Muhammad dan juga menantu Sultan Muhammad II)
  • 1890-1891: Sultan Muhammad III
  • 1891-1900: Sultan Mansur (adinda Sultan Muhammad III)
  • 1900-1920: Sultan Muhammad IV (putera Sultan Muhammad III)
  • 1920-1943: Sultan Ismail (putera Sultan Muhammad IV)
  • 1945-1960: Sultan Ibrahim Petra  (putera ke-2 Sultan Muhammad IV)
  • 1960-1979: Sultan Yahya Petra
  • 1979-2010: Sultan Ismail Petra
  • 2010-kini: Sultan Muhammad V

Kerabat Diraja Kelantan
Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya ke jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Di antara jawatan Raja-raja bergelar itu ialah:

  • Raja Muda – Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I untuk bakal raja Sultan Kelantan. Diantara yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal Abidin (nenda Tengku Razaleigh Hamzah). Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
  • Tengku Sri Indra – jawatan bagi menggantikan Raja Muda. Diwujudkan semasa Sultan Muhammad III. Diantara yang pernah memegang jawatan ialah Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail I, dan Sultan Ibrahim
  • Tengku Mahkota – Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Penyandang sekarang ialah Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra
  • Tengku Bendahara / Raja Bendahara Banggol
  • Tengku Temenggong
  • Tengku Laksamana – Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim
  • Tengku Panglima Raja – Datuk Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz. Diantara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ja’far Ibni Sultan Muhammad II
  • Tengku Sri Maharaja – Tengku Muhammad Hamzah bapa Tengku Razaleigh
  • Tengku Sri Utama Raja – Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
  • Tengku Sri Akar Raja – Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah Ibni Sultan Sulaiman Syarafuddin Syah (Raja Pattani terakhir yang dibuang negeri ke Kelantan) dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV setelah berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah dari keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: