Seni Budaya Kelantan : WAYANG KULIT


Tok Jogho dengan watak wayangnya

Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang-orang  Jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.

Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan-angan, kerana itu bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje. semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok.

Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yang sangat tua merangkumi seluruh asia  tenggara termasuk Turki, Cina dan India. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.

1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari India. Terdapat sumber yang mengatakan wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata

Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.

2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.

3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.

Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.

Panggung Wayang Kulit : orang kelantan memangilnya sebagai Bangsal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: