Siri Ulama KPSK : TOK KENALI


PROFIL

Nama                   :              Haji Awang Muhammad Yusuf bin Ahmad

Tarikh Lahir        :              3 April 1870

Tempat Lahir     :              Kampung Kenali, Kota Bharu, Kelantan

Tarikh Meninggal :          19 November 1933 (63 tahun)

PENDIDIKAN :

Semenjak kecil lagi Tok Kenali telah memperlihatkan kecerdasan yang lebih dari kanak-kanak seusianya. Abdullah Al-Qari Haji Salleh menyatakan bahawa pada umur 10 tahun, Tok Kenali telah melanjutkan pelajarannya di Kota Bharu. Beliau telah berguru dengan ulama yang terkenal pada masa itu, antaranya Encik Ismail (ayahanda Dato’ Perdana Menteri Almarhum Haji Nik Mahmud), Tuan Guru Asy-Syaikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman yang terkenal dengan gelaran  “Wan Ali Kutan”, Tuan Guru Haji Taib Tuan Padang dan Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor.

Pada usia 17 tahun, Tok Kenali telah berangkat ke Kota Mekah pada tahun 1886 untuk melanjutkan pelajarannya.

Menjadi kelaziman pada zaman itu untuk ke Kota Mekah bagi melanjutkan Ilmu kerana di sana merupakan pusat kegiatan ulama besar Nusantara yang telah meletakkan batu asas Pengajian Islamiah yang kukuh di Asia Tenggara. Di Kota Mekah inilah mereka menyusun dan mengarang serta melahirkan karya-karya ilmiah yang besardan disana juga  lahirnya generasi ulama baru.

Ulama-ulama Nusantara yang muncul dari Tanah Haram adalah :

  • Al-Syaikh Daud al-Fatani,
  • Al-Syaikh Abdul Samad al-Falimbani,
  • Al-Syaikh Ahmad Khatib al-Sambasi dan lain-lain lagi.

Mereka inilah yang menjadi ikon anak muda ketika itu dan mereka juga sumber inspirasi generasi Tok Kenali untuk melanjutkan pelajaran ke Kota Makah. Pada zaman tersebut juga, terdapat seorang ulama besar Patani yang terkenal iaitu Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani. Beliau seorang yang alim dan berpengatahuan luas dalam pelbagai bidang. Kami akan kupas dalam posting seterusnya mengenai beliau.

 

Tok Kenali berada di Kota Mekah selama 20 tahun dengan berguru kepada Syaikh Ahmad. Beliau telah memperlihatkan dedikasi dan kebolehan luar biasa hingga beliau menjadi ulama yang amat disayangi oleh gurunya. Sebagai penghargaan Syaikh Ahmad telah membawa Tok Kenali ke Mesir pada 17 Mac 1904 untuk menemui Al-Imam Muhammad Abduh seorang pembaru dan penggerak umat Islam yang ulung di abad ke-20.

1908 gurunya telah meninggal dunia, hal ini menyebabkan Tok Kenali merasa kekosongan kerana segala ilmu yang menjadi matlamat pelajar pada masa itu telah diperolehinya. Bertitik tolak dari sinilah, beliau kembali semula ke Kelantan pada 22 Januari 1909 pada usia 40 tahun.

 

KEHIDUPAN DI KELANTAN

Pada masa kepulangan Tok Kenali, Kelantan sebuah negeri maju tetapi menghadapi pergolakkan politik kerana asakan Siam dan British.

Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan almarhum Sultan Muhammad IV yang masih begelar Raja Kelantan dan ketika itu siri rundingan sedang rancak berlangsung diantara pembesar negeri Kelantan, Siam dan Inggeris bagi mencari titik persetujuan memindahkan naungan dari kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris.

10 bulan kemudian iaitu pada 20 Oktober 1909 Kelantan menjadi naungan Inggeris dan tercatatlah kisah Kelantan dijajah Inggeris dan seterusnya merdeka pada 1957 di bawah nama MALAYSIA!

Ringkasnya, kepulangan Tok Kenali  ke Kelantan disambut dengan zaman baru naungan Inggeris yang bakal memberi cabaran kepada tokoh-tokoh yang kembali dengan ilmu pengetahuan dan kebolehannya.

DAKWAH ISLAMIYAH DI KELANTAN

Tanpa membuang masa, Tok Kenali terus memulakan usahanya untuk menabur bakti pada masyarakat Kelantan dengan menubuhkan Pondok Kenali dan usaha ini telah mendapat bantuan daripada sahabat beliau yang juga Menteri Besar Dato’ Perdana Haji Nik Mahmud bin Ismail. Persahabatan mereka ini terjalin semenjak usia belasan tahun lagi ketika mereka menuntut ilmu dengan Encik Ismail, ayahanda Dato Ismail.

Mereka juga sama-sama menuntut dengan Tuan Guru al-Syaikh Ahmad. Sekiranya Tok Kenali dapat mewarisi ilmu tatabahasa Arab dan ilmu agama yang tinggi, maka Dato’ Haji Nik Mahmud telah mewarisi ilmu dan pandangan-pandangan kemasyarakatan dan siasah yang tinggi dari Tuan Guru Syaikh Ahmad itu.

Mereka berdua telah menggerakan usaha untuk memajukan Negeri Kelantan dan meluaskan penyebaran ilmu pengetahuan agama yang tinggi. Tok Kenali akhirnya bertugas di Masjid Besar Kota Bharu setelah terlalu kerap berulang alik dari Pondok Kenali ke Kota Bharu bagi memenuhi tugasan besar ketika itu.

Masjid Besar Kota Bharu (Masjid Muhammadi) – pada waktu Tok Kenali ianya adalah satu pusat pengajian tinggi Islam yang tidak lama kemudian muncul sebagai satu-satunya pusat pengajian tinggi yang paling gemilang di Semenanjung Tanah Melayu.

KEPERIBADIAN

Beliau satu-satunya Ulama yang disayangi oleh segenap lapisan masyarakat. Kisah hidup beliau telah mencapai tahap lagenda kerana hingga hari ini kisah beliau sering diperkatakan walaupun beliau sudah tiada 79 tahun yang lampau (2012).

Beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang Ulama Besar tetapi sikap dan peribadi beliau yang jujur, rendah diri, peramah dan pemurah.

Selain itu, beliau juga zahid, bersahaja dan darwis sikap yang diamalkan semenjak menuntut di Mekah. Beliau melayani yang bodoh sama seperti beliau melayani yang cerdik, beliau menghormati kanak-kanak sama dengan beliau menghormati orang-orang dewasa.

Beliau juga tidak pernah menghampakan pemberian dan jemputan dari sesiapa pun. Sekiranya beliau menerima pemberian, maka dia akan bahagikan kepada orang-orang disekelilingnya dan apabila dijemput, beliau akan tampil menjadi tukang masak.

Keperibadian beliau inilah menyebabkan orang yang berhubungan dengan beliau menyimpan kenangan-kenangan yang indah terhadapnya.

SUMBANGAN TOK KENALI

PENTADBIRAN DAN USAHA DAKWAH

Tok Kenali sentiasa dirundingi oleh sahabatnya, Dato’ Perdana bukan sahaja dalam persoalan-persoalan agama, malah dalam persoalan-persoalan umum, kerana di samping sifatnya sebagai ulama’ besar, beliau juga terkenal mempunyai pemikiran yang tajam dalam permasalahan kemasyarakatan dan siasah. Di zaman merekalah tertubuhnya Majlis Ugama Islam Kelantan (1915), Madrasah Al-Muhammadiah (1917) dan terlancarnya majalah Pengasuh (1918). Kedua-dua tokoh ini memainkan peranan yang penting dalam kemajuan umat Islam di Kelantan.

PONDOK KENALI

Beliau tidak meninggalkan karya yang besar dalam mana-mana bidang pengajian Islamiah, namun jasa beliau yang paling besar adalah mewujudkan barisan Ulama yang berpendidikan tinggi di negeri Kelantan dan Malaya, Indonesia, Thailand dan Kemboja pada separuh abad ke-20.

Beliau juga telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, nahu sarf, balaghah dan ‘arudh di dalam sistem pelajaran pondok di negeri ini.

MAJALAH PENGASUH

Info ringkas:

  • Ketua Pengarang pertama dan Pengasas – Tok Kenali
  • Tahun penerbitan 1918
  • Majalah Pengasuh majalah tertua yang kedua selepas Majalah Al-Imam yang diterbitkan oleh Syed Sheikh bin Ahmad al-Hady pada tahun 1906
  • Majalah Pengasuh sama usia dengan Majalah Seri Pustaka di Indonesia yang diterbitkan Balai Pustaka dalam tahun 1918.
  • Hingga ke hari ini Majalah ini masih diterbitkan!

Tok Kenali bukanlah seorang penulis prolifik seperti Syed Sheikh, tetapi beliau mempunyai gaya penulisan yang gagah dan jelas, sekiranya beliau tidak dilambakan dengan tugas yang banyak dan berat, sudah pasti nama beliau akan tercatat sebaris dengan sasterawan negara.

Semenjak dari muda lagi, Tok Kenali minat membaca dan tegas terhadap bidang jurnalis serta peranan majalah dan suratkhabar selaku mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu dan beliau telah berusaha menerbitkan Majalah Pengasuh melalui Majlis Ugama Islam walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugas besar yang lain.

Perkara ini dapat kita teliti dalam tulisan beliau yang tegas dalam edisi pertama Pengasuh. Antara lain beliau menulis:

“Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada kuda medan ini. Sekiranya jika ada orang yang mengangkatkan pekerjaan saya ini terhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekalian penembak. Jika tidak ia pejam matanya nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi adalah dituntut daripada seseorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri di dalam laut api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angan-angan yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru dan elok.”

“Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan ugama.”

“Cuba anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah “Pengasuh” bertimpuh (duduk) membedakkan sekalian ang hadhir dengan bedak pengharapan, mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh mengkhidmatkan tanah air dan menunjukkan kepada Raja.”

PULANG KE PANGKUAN ILLAHI

Pada 19 November 1933 Tuan Guru yang disayangi al-Haji Awang Muhammad Yusuf al-Kenali telah pulang ke rahmatullah, meninggalkan di belakanya satu barisan ulama yang terkenal iaitu:

  • Tuan Guru Haji Yaakub Legor (al-Marhum)
  • Tuan Guru Haji Ali Salahuddin (al-Marhum)
  • Tuan Guru Haji Jalaluddin Sering (al-Marhum)
  • Tuan Guru Haji Abdullah Tahir (al-Marhum)
  • Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad (al-Marhum)
  • Tuan Guru Haji Saad (al-Marhum)
  • Al-Syaikh Anjun dari Asahan, Indonesia (al-Marhum)
  • Seorang murid beliau telah menjadi seorang guru terkemuka di Masjid al-Haram Makkah pada dekad 20an.

OLAHAN DARIPADA : TOKOH-TOKOH ULAMA SEMENANJUNG MELAYU (1)

5 responses

  1. menarik…nk thu cerita lg byk psl tok kenali,cerita pasal berjalan atas air,belas kasian dia kepada ulat. dan kelebihan beliau ke mekah tanpa naik kapal laut..

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Berjalan atas air dan kelebihan beliau ke Mekah dalam masa sekelip mata adalah karamah beliau dan sukar diterima oleh masayarakat marhaen seperti saya. Saya gerun untuk mengulas lanjut kerana jika tersilap ulas mungkin lain jadinya.

      Mengenai belas Ihsan beliau kepada ulat itu dapatlah kita selami kepada artikel dalam sub tajuk keperibadian beliau.

      Seorang Ulama Besar Turki, Said Nursi Badiuzaman yang satu zaman dengan Tok Kenali tetapi berlainan benua mempunyai karamah sama seperti beliau.

      Said Nursi boleh berinteraksi dengan serangga dan juga alam hingga boleh berjalan atas air. Perjuangan Said Nursi juga hampir sama dengan Tok Janggut jadi menjadikan penulisan sebagai senjata.

      Namun dugaan beliau boleh dikatakan lebih hebat kerana masa Said Nursi banyak di habiskan dalam penjara.

      Namun, tulisan beliau masih dirujuk hingga kini…begitu juga dengan Tok Kenali.

      Inilah karamah yang lebih besar dari berjalan atas air dan kelebihan bergerak.

  2. […] dapatlah kami simpulkan bahawa pada zaman Ulama Besar Semenanjung Tanah Melayu dahulu seperti Tok Kenali, Tok Janggut, Tok Selehor, keluar dari Kelantan dan mengembara ke Tanah Arab untuk menuntut Ilmu […]

  3. Assalamualaikum, jika ada maklumat ttg Tok Pulai Chondong, saya sangat2 mengharapkan pihak KPSK menceritakan kisah beliau yg dikatakan salah seorang wali di Tanah Melayu.

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      InsyaAllah, akan kami perjelaskan dalam posting yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: