Cik Siti Wan Kembang : Sepintas Lalu….


Yang Mulia Cik Siti Wan Kembang
1317m, HM Cik Siti Wan Kembang diarah oleh ayahandanya KDYMM Raja Sang Tawal, menyerbu kota pertahanan empayar Buddha Sukhothai. King Rama Khamkheng akhirnya dipenggal oleh Cik Siti Wan Kembang dan kepalanya di bawa balik ke Istana Majapahi II Mahligai ( Kelantan ).
Siam bersumpah akan terus berperang dengan Melayu sampai kiamat. Siri perang panjang saling serang menyerang berlangsung selama lebih 600 tahun dan kerugian satu wilayah Pattani ( RM Gazilion ) serta mengorbankan lebih suku juta rakyat Majapahit II selama tempoh itu.
751H / 1350M – Bapa sekalian Raja-Raja Melayu atau dikenali dalam pengajian sejarah Islam Asia Tenggara sebagai Ketua Wali 7, Syed Hussin Jamadil Kubra dari Kesultanan Delhi , sebelum mengalami karam perahu dan terlantar di Kg. Laut dan mendirikan masjid, di era Cik Siti Wan Kembang dan seterusnya ke Bukit Panau, mereka terlebih dahulu meninggalkan adiknya yang ke-4 bernama Sayyid Zaidnuddin Al-Khatib di Samudera Pasai yang diperintah oleh Sultan Zainal Abidin ( 1350-1394M ). Beliaulah Tuan Jana Khatib yang masyhur dalam sejarah Temasik dilanggar Todak itu.
Selama 8 bulan Syed Husin Jamadil Kubra di Kelantan, HM Cik siti Wan Kembang memberi gelaran “Sayyid Ratna Wangsa” ( bermaksud Pendeta Parnen atau bertaraf ahli Laduni / ahli hakikat ) dan dikahwinkan dengan adindanya yang juga adinda satu ayah kepada Raja Pattani ( Raja Bharubhasa ), bernama Puteri Linang Cahaya. Dari sinilah lahir pula semua Sultan Melayu dan juga panglima-panglima masyhur seperti Patih Aria Gajah Mada dan sebagainya dalam usaha dakwah Bani Hasyim ini di Asia Tenggara abad ke 14.
1347-1368M Ibnu Batutah yang sezaman dengan Paduka Syed Hussin Jamadil Kubra serta Cik Siti Wan Kembang melawat Kilo Krai ( Kuala Krai, ulu Kelantan ) dan mengesahkan Bidayatul Hidayah telah dipelajari / telah sampai ke Istana Majapahit II ( Kelantan ) pada era tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: