Seputar@Kota Bharu
Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 184. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah sekitar 609,886 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
- Masjid Sultan Ismail.
- Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
- Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
SEJARAH
Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar “Kota Bharu” sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.
Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 609,886 orang.
Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran “Kota Bharu Bandar Raya Islam”.
Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.
KOTA BHARU SEBAGAI BANDARAYA ISLAM
Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar raya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas iaitu Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Kumpulan Rabbani dan Akhil Hayy. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat disekitar Kota Bharu.
Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya sepeti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam sebagaimana Melaka digelar Bandaraya Bersejarah atas dasar bercirikan sejarah.
INFO LAIN KOTA BHARU
1) PBT_Kelantan <— Download Sini (Taburan Penduduk)
2) Mukim <— Download Sini (Mukim di Kota Bharu)
3) Gambar dari Album Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
Seputar@Pasir Mas
Geografi:
Sejarah Pasir Mas
Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana.
Mitos@Pasir Mas
Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
GEOGRAFI
Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.
Berikut adalah taburan jumlah penduduk Pasir Mas yang merangkumi 10 Buah Mukim. Seleuruh penduduk Malaysia mengetahui di mana Rantau Panjang dan sekiranya berkunjung ke Kelantan pasti Pekan Rantau Panjang menjadi tempat utama untuk dituju.
Penulis adalah anak watan Pasir Mas, sangat arif kenapa orang ramai mahu ke Rantau Panjang, ramai antara mereka mengatakan bahawa barang-barang disini murah berbanding tempat lain dan kini nama Pekan Mundok pula sedang meniti di bibir orang Malaysia.
Rantau Panjang juga adalah pekan yang bersempadan dengan Golok di Selatan Thai, dan pekan ini menjanjikan perkara yang tiada di Kelantan dan faktor ini juga menyebabkan Rantau Panjang popular.
TEMPAT -TEMPAT MENARIK DI PASIR MAS
Disenaraikan beberapa tempat menarik di Pasir Mas
- Dataran Air Muleh Pasir Mas
- Taman Rekreasi Tengku Anis
- Rantau Panjang
- Masjid Bandar Pasir Mas
- Masjid Jubli Perak
- Plaza Serakai Mas
- Tasik Danau To‘Uban
- Tasik Kwong
- Pusat Pengajian Pondok di Daerah Pasir Mas
Ingin kami mengajak anda untuk mengenali Tasik Danau To’ Uban berikut adalah fakta tempatan yang dimuatkan dalam laman web Majlis Daerah Pasir Mas.
Tasik Danau To ‘Uban terletak di Kampung To’ Uban dalam daerah Pasir Mas merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Terletak hampir 20 kilometer dari Bandar Pasir Mas, tasik ini menyediakan permandangan yang indah dihiasi rimbunan hijau dikiri kanan memberi suasana yang penuh nyaman bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan juga aktiviti seperti perkhemahan dan perkelahan bersama keluarga.
Tasik Danau To ‘Uban juga terkenal sebagai salah satu lubuk bagi penggemar sukan memancing kerana terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang membiak di dalam tasik tersebut secara semulajadi antaranya baung, talapia, kelah, lampang dan sebagainya.
Ada yang fakta tersembunyi disini, kerana di dasar tasik ini adalah tapak Pusat Pemerintahan Kerajaan Chermin pada suatu masa dahulu. Ianya tidak diterima pakai kerana catatan dari zaman kolonial tidak mencatat akan sejarah kerajaan ini. Sekilas maklumat boleh didapati dipautan ini.
Sekian dahulu buat masa ini. Kami akan sajikan lagi kisah-kisah yang menarik berkaitan dengan Pasir Mas. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa. Segala pertanyaan dan sumbang artikel boleh di buat dengan email kepada kami. sirah.kelantan@gmail.com
JAMBATAN GUILLERMARD
Di Malaysia, khususnya Kelantan mengetahui akan jambatan keretapi kursial tetapi tidak ramai yang mengetahui nama sebenarnya. Penulis adalah orang Pasir Mas, pada waktu kanak-kanak, jika berkereta dan melalui jambatan Tanah Merah pasti akan nampak jambatan keretapi ini, dan apabila ditanya pada ayah pasti dia akan menjawab itu “Jambatan Kursial”.
Faktanya, nama khas untuknya adalah Jambatan Guillermard yang diambil sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa, iaitu Sir Laurence Guillemard.
Jambatan ini merupakan sebuah jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia dan kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Ianya merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah.
Dibina pada tahun 1920 dan siap pada Julai 1924, dengan tujuan untuk laluan keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. KDYMM Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV telah merasmikan jambatan ini pada 1925. Kini, ianya hanya dilalui oleh keretapi kerana satu jambatan baru telah dibina bagi menghubungkan Tanah Merah dengan Machang yang telah siap dibina pada 1 Februari 1988.
Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works, England adalah kontraktor utama untuk pembinaan jambatan ini. Panjang jambatan ini adalah 609.6 meter
Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1941 jambatan keretapi “Guillemard” ini telah musnah setelah diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Selepas tamat Perang Dunia II, jambatan keretapi ini telah dibaik pulih dan dibuka semula kepada lalulintas pada 7 September 1948. Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948.
Kesimpulannya, sekarang kita sudah tahu nama jambatan ini. Tapi ramaikah tahu siapa itu Sir Laurence Guillermard dan aktivitinya di kelantan? Sedikit kupasan ada dalam post sebelum ini yang bertajuk : KENAPA KELANTAN SOKONG BRITISH PADA 1926!!
Ikuti pendedahan kami tengtang Gabenor British ini dalam post yang akan datang.

Dirakam pada 7 Mac 1929 : Left to right: J. STRACHAN, GENERAL MANAGER OF RAILWAYS; LADY PEEL; MR. HASKINS AND SIR WILLIAM PEEL during the visit by some British officers.
Sumber :
1) http://muhammadismailibrahim.wordpress.com
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Guillemard