Seputar@Pasir Mas


Geografi:

Peta Jajahan Pasir Mas

Sejarah Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana.

Mitos@Pasir Mas

Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

GEOGRAFI

Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.

Taburan Penduduk Pasir Mas di 10 Buah Mukim

Berikut adalah taburan jumlah penduduk Pasir Mas yang merangkumi 10 Buah Mukim. Seleuruh penduduk Malaysia mengetahui di mana Rantau Panjang dan sekiranya berkunjung ke Kelantan pasti Pekan Rantau Panjang menjadi tempat utama untuk dituju.

Penulis adalah anak watan Pasir Mas, sangat arif kenapa orang ramai mahu ke Rantau Panjang, ramai antara mereka mengatakan bahawa barang-barang disini murah berbanding tempat lain dan kini nama Pekan Mundok pula sedang meniti di bibir orang Malaysia.

Rantau Panjang juga adalah pekan yang bersempadan dengan Golok di Selatan Thai, dan pekan ini menjanjikan perkara yang tiada di Kelantan dan faktor ini juga menyebabkan Rantau Panjang popular.

TEMPAT -TEMPAT MENARIK DI PASIR MAS

Disenaraikan beberapa tempat menarik di Pasir Mas

Ingin kami mengajak anda untuk mengenali Tasik Danau To’ Uban berikut adalah fakta tempatan yang dimuatkan dalam laman web Majlis Daerah Pasir Mas.

Tasik Danau To ‘Uban terletak di Kampung To’ Uban dalam daerah Pasir Mas merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Terletak hampir 20 kilometer dari Bandar Pasir Mas, tasik ini menyediakan permandangan yang indah dihiasi rimbunan hijau dikiri kanan memberi suasana yang penuh nyaman bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan juga aktiviti seperti perkhemahan dan perkelahan bersama keluarga.

Tasik Danau To ‘Uban juga terkenal sebagai salah satu lubuk bagi penggemar sukan memancing kerana terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang membiak di dalam tasik tersebut secara semulajadi antaranya baung, talapia, kelah, lampang dan sebagainya.

Ada yang fakta tersembunyi disini, kerana di dasar tasik ini adalah tapak Pusat Pemerintahan Kerajaan Chermin pada suatu masa dahulu. Ianya tidak diterima pakai kerana catatan dari zaman kolonial tidak mencatat akan sejarah kerajaan ini. Sekilas maklumat boleh didapati dipautan ini.

Sekian dahulu buat masa ini. Kami akan sajikan lagi kisah-kisah yang menarik berkaitan dengan Pasir Mas. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa. Segala pertanyaan dan sumbang artikel boleh di buat dengan email kepada kami. sirah.kelantan@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: