Seputar@Tumpat
RINGKASAN
Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan dan apabila beroperasi telah diterajui oleh Allahyarham Dato’ Nik Hussein bin Nik Zainal (Dato’ Kaya Setia) selaku Ketua Jajahan yang pertama. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan Pelabuhan dan Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur. Jajahan Tumpat adalah satu-satunya Jajahan yang paling kecil antara Jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2. Bagaimana pun Tumpat merupakan Jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau Sungai (River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa. Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui Tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada 30 Mukim. Di setiap Mukim ini pula terdapat beberapa buah kampung yang kesemuanya berjumlah 57 buah dan setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu (Ketua Kampung) yang bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan Pentadbiran Jajahan.
Tempat Menarik untuk Dilawati
- Pantai Sri Tujoh
- Istana Bukit Tanah
- Masjid Kampung Laut
- Makam Tok Janggut
- Suluk Tok Selehor
- Rumah Api Isyarat
- Jambatan Bijih Jubakar Pantai
Rekreasi di Tumpat
Membeli Belah di Tumpat
Majoriti rakyat Malaysia mengenali Tumpat sebagai tempat dimana patung Budha terbesar di Malaysia malahan terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, Tumpat juga sering dikaitkan dengan Pengkalan Kubor yang menjadi lokasi beli belah barangan murah.
Kali ini, kami memilih untuk menonjolkan tempat ini sebagai satu tempat yang menarik di Tumpat.
SELEKSI TEMPAT MENARIK DI TUMPAT
Sumber:
Mitos@Pasir Mas
Pada suatu masa, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kuliah keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak.
Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
LOGIK AKAL
Dari segi logik, hal ini sukar diterima akal manusia biasa, namun orang zaman silam mudah mempercayai apa yang diperkatakan orang ramai.
Penulis adalah anak jati Pasir Mas yang kampungnya terletak ditebing sungai Kelantan. Sewaktu zaman kanak-kanak penulis memang gemar mandi sungai dan mencari “etok”.
Satu keunikan kampung penulis adalah terdapat satu dataran pasir yang bermula dari Tendong hinggalah ke Pengkalan Batu@Pasir.
Ketika mencari etok pada musim kemarau, dataran pasir ini akan kelihatan berkilau-kilauan dan keemas-emasan apabila disinari cahaya matahari.
Ini berlaku bila pasir atau nama saintifiknya “kuartza” membias cahaya maka bergemerlapan lah dataran pasir ini.
Namun, kini dataran pasir ini makin terhakis kerana aktiviti “menyedut pasir” berlaku dengan berleluasa sekali.
Ketika kemarau, dataran pasir ini akan mendedahkan pelbagai artifak dan paling kerap ditemui adalah serpihan pinggan mangkuk porselin yang berunsurkan Negara China, Syiling lama, dan serpihan kaca.
Dongeng nama-nama lain bagi Bachok
MITOS 1
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut , lalu tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.
MITOS 2
Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih. Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi iaitu Pantai Irama pada masa kini.
Seputar@Bachok
Seputar@Bachok
Sejarah nama Bachok
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Kedudukan Bachok – Bandar Pelancongan Islam dalam Negeri Kelantan
Kedudukan Bachok – Bandar Pelancongan Islam berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Oleh kerana ianya terletak di kawasan pinggir pantai maka boleh dikatakan sebahagian besar kawasannya mempunyai permukaan bumi yang rendah dan rata dengan komposisi tanah jenis beris dan tanah liat.
Kawasan tanah rendah yang ditenggelami air terletak di daerah-daerah Repek dan Gunong. Tanah di kawasan ini dari jenis tanah masam kelat. Sungai Kemasin merupakan sungai utama dan cawangannya merintangi seluruh kawasan Majlis. Kawasan tanah tinggi adalah tanah bukit iaitu di Bukit Gunong.
Penduduk
Mengikut perangkaan tahun 2007, jumlah penduduk bagi kawasan Majlis Daerah Bachok – Bandar Pelancongan Islam ialah seramai 131, 753 orang.
Mukim dalam Jajahan Bachok
Tempat Menarik di Bachok
- Photiya wat
- Tokong Samnak Song Viriyak Sangworn
- Pantai Pengkalan Petah
- Pusat Sumber Kandis
- Pantai Kemayang
- Pantai Irama
Rujukan:
- Majlis Daerah Bachok
- Ensiklopedia Bebas Wikipedia