Daily Archives: September 18th, 2012

Seputar@Jeli


SEJARAH

Jeli adalah sebuah Jajahan baru di Kelantan, ia ditubuhkan 30 tahun lampau iaitu pada Julai 1982. Pada asalnya bahagian daerah Jeli terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara menjadi sebahagian daripada daerah Tanah Merah manakal di sebelah selatan pula dimiliki oleh Kuala Krai.

 

Pada awalnya Jeli dikenali sebagai Jajahan Kecil Jeli yang mempunyai pentadbiran yang tersendiri. Januari 1986, jajahan ini telah dinaik taraf dan diisytiharkan sebagai sebuah jajahan penuh.

PEKAN TUMPUAN

Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah

PENDUDUK

Penduduk Jeli seramai 46,700 orang (2009). Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum Melayu seramai 42,400 orang manakla Orang Asli seramai 472 orang. [1] Peratusan penduduk Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%.

 

SEMPADAN

Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar GrikPerak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang. Dahulu Jeli mendapat jolokan ‘bandar koboi latin‘ tetapi kini semuanya berubah wajah. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta. Bandar Jeli juga telah mengalami perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To’Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015 mengikut perancangan. Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka. Selain itu, kampus kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains serta pembesaran jalan di sepanjang Lebuh raya Timur Baratmenghubungkan Kelantan dengan GrikPerak

 

TEMPAT MENARIK DI JELI

  • Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
  • Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
  • Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
  • Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
  • Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
  • Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli

 

MUKIM DI JELI

  1. Mukim Belimbing
  2. Mukim Bunga Tanjong
  3. Mukim Jeli
  4. Mukim Jeli Tepi Sungai
  5. Mukim Kalai
  6. Mukim Kuala Balah
  7. Mukim Lubok Bongor

 

Seputar@Tanah Merah


SEJARAH

KUNO

Berdasarkan Sejarah Melayu, Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Chi Tu, mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui.

Pada kurun ke-7, wujud satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana pada hari dikenali sebagai Kelantan.

Bandar Tanah Merah mula berkemabnga apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah yang terletak di tebing Sungai Kelantan.

Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke satu kawasan yang berada 3 kilometer ke utara yang sekarang ini merupakan bandar tanah Merah. Bandar ini menjadi lebih majiu dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya setesen keratapi.

–          Hal ini ada dicatatkan dalam buku The Peoples and Politics of The Far East (1895) tulisan Henry Norman.

MODEN

Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan Jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada Jajahan Pasir Mas.

Pada 2 Februari 1955, Jajahan Tanah Merah telah diwujudkan dengan Bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran. Bagi melincinkan pentadbiran Bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952

DEMOGRAFI

Populasi penduduk Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108,288 dengan Melayu majoriti penduduknya.

Tempat yang berhampiran ialah MachangJelatokSungai KusialKampung SatKampung Panjang, dan Kampung Joh.

Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.

Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakauBukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah Merangkumi Tiga Daerah Penggawa, iaitu:

Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Pada Tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai Jajahan penuh pada tahun 1986.

Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.

Berikut adalah bandar utama di Tanah Merah

  • Bandar Tanah Merah (Pusat)
  • Bandar Bukit Bunga
  • Bandar Gual Ipoh
  • Bandar Kemahang
  • Bandar Manal

Tempat Menarik di Jajahan Tanah Merah

–          Pusat Membeli belah Bukit Bunga

–          Lata Hujan

–          Homestay Blok Ulu Kusial

–          Jambatan Guillemard

Seputar@Machang


SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Jajahan Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung   Machang. Ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En. Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.

Dari segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.

Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya.

Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 kilometer persegi. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 kilometer persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.

 

INFO RINGKAS

 

TEMPAT MENARIK DI MACHANG

 

Mukim Machang

  1. Mukim Bagan
  2. Mukim Bakar
  3. Mukim Dewan
  4. Mukim Gading Galoh
  5. Mukim Jakar
  6. Mukim Joh
  7. Mukim Kelaweh
  8. Mukim Kerawang
  9. Mukim Kerilla
  10. Mukim Kuala Kerak
  11. Mukim Labok
  12. Mukim Limau Hantu
  13. Mukim Machang
  14. Mukim Padang Kemunchut
  15. Mukim Pek
  16. Mukim Pemanok
  17. Mukim Pulai Chondong
  18. Mukim Raja
  19. Mukim Temangan
  20. Mukim Tengah
  21. Mukim Tok Bok
  22. Mukim Ulu Sat
  23. Bandar Machang
  24. Pekan Temangan

 

Rujukan:

  1. Majlis Daerah Machang
  2. Wikipedia
  3. Google Maps

Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud : Tokoh Melayu Kelantan serta Malaysia


Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja) 1944-1953

BIODATA

Nama Penuh : Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato’ Nik Mahmud (keturunan bangsawan Kelantan)

Tarih Lahir : 7 Julai 1907

Tempat : Kota Bharu, Kelantan

Meninggal : 20 Disember 1977

Pendidikan :

1)      Pendidikan Awal di Masjid Muhammadiah, Kota Bharu

2)      Malay College Kuala Kangsar (1925)

3)      1926 belayar ke London dan menjadi orang Melayu pertama melanjutkan pelajaran ke England.

Pekerjaan :

1)      Pensyarah Undang-Undang di Bristol University (1930)

2)      Timbalan Menteri Besar Kelantan

3)      Menteri Besar Kelantan

4)      Diplomat Malaya

PENDIDIKAN

Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara.

Nik Ahmad Kamil belajar bidang Undang-Undang di Universiti Bristol dengan bantuan Sir Lawrance Guilermard atas tajaan Majlis Agama Islam Kelantan yang ketika itu diterajui oleh Tok Kenali.  Beliau menamatkan pengajian pendidikan di “Inns of Court” pada tahun 1929, seterusnya memasuki Bar Peguam pada 1930.

KERJAYA

Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan kerajaan Kelantan. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.

Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.

Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.

Pada tahun 1946, beliau telah diminta oleh Dato Onn bin Jaafar dan para pembesar Melayu waktu itu untuk menggubal Perlembagaan UMNO bagi satukan bangsa Melayu dengan 9 Raja. MENSA (kumpulan orang bijaksana, waras, ada ilmu kitab yang menjadi rujukan benar) telah ditubuhkan di London oleh seorang Lulusan Undang-Undang dan kenalan Tan Sri Ahmad Kamil dan ianya menjadi rujukan dua institusi Raja.

1952M – HM Queen Elizabeth II ambil alih Istana Buckingham dan empayar British. Nik Ahmad Kamil selaku pakar Undang-Undang dan guru Undang-Undang British dipanggil ke Istana Buckingham untuk susun semula semua lebih 50 buah Negara di bawah Komanwel.

DIPLOMAT

Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke Australia (1956-57), Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom (1957-58), Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).

Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang kerusi parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam Pilihan raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.

PEMBABITAN DALAM KEMERDEKAAN

Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.

Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu. Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.

Beliau mengikut Dato Onn menyertai (“Independence of Malaya Party – IMP”) pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954.

Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali menyertai Umno.

Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undang-undang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar.

Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri Besar Johor.
Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.

EKSLUSIF : MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Yusnaidi Yusoff  YDP MQTK menulis; Kitab PATI RAHSIA inilah yang digenggam oleh Tan Sri Nik Ahmad Kamil sewaktu mewakili seluruh bangsa melayu ke London untuk lafaz merdeka di hadapan Queen Elizabeth II pada 31 Ogos 1957 (pada masa yang sama Tunku Abdul Rahman dan seluruh rakyat lafaz di Stadium Merdeka).

Orang tua-tua UMNO dulu (majoriti) semuanya ada satu salinan kitab ini. Ia juga digunakan terutama jika ada sesuatu penyakit menyerang jasad, kerana di dalamnya ada ramuan-ramuan mistik yang disediakan, juga dikenali kitab rujukan “Tok Bomoh”.

Sebenarnya kitab para Wali Allah kerana di awal muka surat telah dimaklumkan untuk kegunaan orang mukmin sahaja, bukan sekadar Islam. Mukmin adalah istilah dari Al-Quran yang merujuk kepada ahli-ahli syurga sahaja. Dan golongan “Wali Allah” adalah salah satu dari 7 saf ahli syurga tanpa hisab/ahli husnul khotimah.

Rujukan :

  1. Wikipedia : Tan Sri Nik Ahmad Kamil
  2. The Kelantan Times
  3. Madrasah Quran Tok Kadok
  4. The Star Online
  5. Fan Page KPSK di Facebook

Maklumat dari Arkib Madrasah Quran Tok Kadok : Nik Ahmad Kamil melanjutkan pelajaran ke London dan menjadi orang Melayu pertama belajar disana.

Maklumat tentang Penggubalan Perlembagaan UMNO pada 1948

Kitab Pati Rahsia yang menjadi azimat ketika Nik Ahmad Kamil melafazkan Kemerdekaan di London dan pada masa sama Tun Ku Abdul Aziz melafazkan di Stadium Merdeka.

Seputar@Pasir Puteh


SEJARAH

Pada asalnya Pasir Puteh dikenali sebagai Pengkalan Limbungan, nama ini ditukar selepas lawatan Sultan Muhammad ke-4 ke kawasan ini selepas Baginda melihat kawasan ini bergemerlapan dengan pasir yang memutih disepanjang tebing sungai semerak. Pada tahun 1911, Baginda Sultan telah merasmikan nama Pasir Puteh ini. Di daerah inilah lahirnya pahlawan Kelantan, Tok Janggut.

 

LATAR BELAKANG

Jajahan Pasir Puteh wujud sejak tahun 1905 dengan keluasan 433.8 kilometer persegi (167.2 batu persegi). Jajahan ini merupakan jajahan yang kelima luasnya berbanding dengan jajahan-jajahan lain di dalam negeri Kelantan. Ianya bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah Utara, jajahan Machang di sebelah Barat, jajahan Bachok di sebelah Timur Laut dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Daerah Besut, negeri Terengganu.

Topografi jajahan Pasir Puteh boleh dibahagikan kepada dua keadaan yang besar iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Terdapat beberapa buah bukit dijajahan ini iaitu Bukit Mak Lipah, Bukit Jerus, Bukit Bayoh, Bukit Belakang Parang, Bukit Batu Kawi, dan Bukit Peraksi. Di antara bukit-bukit ini Bukit Mak Lipah adalah merupakan bukit yang paling tinggi iaitu 868 kaki yang terletak berhampiran dengan sempadan Daerah Bachok di sebelah Utara.

Pasir Puteh merupakan sebuah bandar yang wujud di antara dua buah sungai iaitu Sungai Rasau dan Sungai Semerak, yang mana pada masa dahulu sumber pengangkutan utama bagi penduduk ialah sungai dan kawasan lembah sungai akan muncul sebagai lokasi tumpuan penduduk  bagi memudahkan perhubungan.

TEMPAT MENARIK

 

MAKLUMAT PASAR di PASIR PUTEH

JENIS PASAR

LOKASI

HARI OPERASI

WAKTU OPERASI

Pasar Malam

1.    Pasir Puteh
2.    Selising
3.    Tok Bali
4.    Alur Pasir

Sabtu
Ahad
Khamis
Selasa

5.00pm – 10.00pm
5.00pm – 10.00pm
5.00pm – 10.00pm
5.00pm – 10.00pm

Pasar Minggu

1.    Pasir Puteh
2.    Selising
3.    Cherang Ruku

Khamis
Sabtu
Ahad

8.00am – 2.00pm
8.00am – 2.00pm
8.00am – 2.00pm

Pasar Sehari

Kedai Menanti

Selasa

8.00am – 6.00pm

 

Rujukan:

  1. Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)
  2. Ensiklopedia Bebas, Wikipedia (Pasir Puteh)