Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud : Tokoh Melayu Kelantan serta Malaysia


Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja) 1944-1953

BIODATA

Nama Penuh : Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato’ Nik Mahmud (keturunan bangsawan Kelantan)

Tarih Lahir : 7 Julai 1907

Tempat : Kota Bharu, Kelantan

Meninggal : 20 Disember 1977

Pendidikan :

1)      Pendidikan Awal di Masjid Muhammadiah, Kota Bharu

2)      Malay College Kuala Kangsar (1925)

3)      1926 belayar ke London dan menjadi orang Melayu pertama melanjutkan pelajaran ke England.

Pekerjaan :

1)      Pensyarah Undang-Undang di Bristol University (1930)

2)      Timbalan Menteri Besar Kelantan

3)      Menteri Besar Kelantan

4)      Diplomat Malaya

PENDIDIKAN

Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara.

Nik Ahmad Kamil belajar bidang Undang-Undang di Universiti Bristol dengan bantuan Sir Lawrance Guilermard atas tajaan Majlis Agama Islam Kelantan yang ketika itu diterajui oleh Tok Kenali.  Beliau menamatkan pengajian pendidikan di “Inns of Court” pada tahun 1929, seterusnya memasuki Bar Peguam pada 1930.

KERJAYA

Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan kerajaan Kelantan. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.

Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.

Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.

Pada tahun 1946, beliau telah diminta oleh Dato Onn bin Jaafar dan para pembesar Melayu waktu itu untuk menggubal Perlembagaan UMNO bagi satukan bangsa Melayu dengan 9 Raja. MENSA (kumpulan orang bijaksana, waras, ada ilmu kitab yang menjadi rujukan benar) telah ditubuhkan di London oleh seorang Lulusan Undang-Undang dan kenalan Tan Sri Ahmad Kamil dan ianya menjadi rujukan dua institusi Raja.

1952M – HM Queen Elizabeth II ambil alih Istana Buckingham dan empayar British. Nik Ahmad Kamil selaku pakar Undang-Undang dan guru Undang-Undang British dipanggil ke Istana Buckingham untuk susun semula semua lebih 50 buah Negara di bawah Komanwel.

DIPLOMAT

Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke Australia (1956-57), Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom (1957-58), Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).

Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang kerusi parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam Pilihan raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.

PEMBABITAN DALAM KEMERDEKAAN

Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.

Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu. Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.

Beliau mengikut Dato Onn menyertai (“Independence of Malaya Party – IMP”) pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954.

Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali menyertai Umno.

Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undang-undang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar.

Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri Besar Johor.
Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.

EKSLUSIF : MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Yusnaidi Yusoff  YDP MQTK menulis; Kitab PATI RAHSIA inilah yang digenggam oleh Tan Sri Nik Ahmad Kamil sewaktu mewakili seluruh bangsa melayu ke London untuk lafaz merdeka di hadapan Queen Elizabeth II pada 31 Ogos 1957 (pada masa yang sama Tunku Abdul Rahman dan seluruh rakyat lafaz di Stadium Merdeka).

Orang tua-tua UMNO dulu (majoriti) semuanya ada satu salinan kitab ini. Ia juga digunakan terutama jika ada sesuatu penyakit menyerang jasad, kerana di dalamnya ada ramuan-ramuan mistik yang disediakan, juga dikenali kitab rujukan “Tok Bomoh”.

Sebenarnya kitab para Wali Allah kerana di awal muka surat telah dimaklumkan untuk kegunaan orang mukmin sahaja, bukan sekadar Islam. Mukmin adalah istilah dari Al-Quran yang merujuk kepada ahli-ahli syurga sahaja. Dan golongan “Wali Allah” adalah salah satu dari 7 saf ahli syurga tanpa hisab/ahli husnul khotimah.

Rujukan :

  1. Wikipedia : Tan Sri Nik Ahmad Kamil
  2. The Kelantan Times
  3. Madrasah Quran Tok Kadok
  4. The Star Online
  5. Fan Page KPSK di Facebook

Maklumat dari Arkib Madrasah Quran Tok Kadok : Nik Ahmad Kamil melanjutkan pelajaran ke London dan menjadi orang Melayu pertama belajar disana.

Maklumat tentang Penggubalan Perlembagaan UMNO pada 1948

Kitab Pati Rahsia yang menjadi azimat ketika Nik Ahmad Kamil melafazkan Kemerdekaan di London dan pada masa sama Tun Ku Abdul Aziz melafazkan di Stadium Merdeka.

One response

  1. banggo kawe coz form 1-5 blaja di skoloh kamil pasir puteh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: