11 Keistimewaan Orang Kelantan


1. Kelantanese use a proper Malay word.

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau – Melaka

Ulaq – Kedah

Ulor – Johor

Ular – Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina – tino (Ttee-nor)

berjalan – jale (Jjaa-ley)

bermain – maing (Mmaa-eng)

perbualan – buale (Bbua- ley)

pemerintahan – meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:

“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” – Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” – Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”

“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”

“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2

ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:

saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”

(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua

‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness

‘kawe’ dengan kenalan biasa

‘aku’ dengan member2 rapat

‘oghe’ dengan family

’sayo’ untuk formality

Copy and Paste dari : Virtual Friends.net

29 responses

  1. Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka? kahkahkahkaha funny. mungkin bagi perempuan YA, bagi lelaki ohhhh tidak sekali.

  2. perempuan Kelantan lembut,lelakinya perwira

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Betul.

  3. stuju…ore klate jgok byk seni..dikir barat,teri,mokyong,silat,waye kulit,nari,,ore hok buleh palu gende dikir,blh palu gende silat d slngor..ore palu gende silat d slngor,x leh palu gende dikir…ambo try doh…

  4. Passion for thier roots, passion for thier kinds, passion for thier family, passion for thier lands, in short, passion for every Kelantanese…..

  5. “Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz”.. ni knyatae xbetul ni.saloh samo skali. hok betul nyo “Orang Pas lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz”. ambo ore klate n rama jah ore klate ni xsay dknali sbgai anok murid nik aziz. skodar mmbetulkn kslpn admin.

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      kita terima pandangan dari saudara awedonde.

  6. Perempuan Kelate EMO…. Lelaki Kelate majoriti PEMALAS…

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Semua tu subjektif…..setiap manusia ada sifat ni..

    2. Tolong huraikn sikit mcmana awk blh kata MAJORITI lelaki kelantan pemalas….

      1. Tak kan hot ni pun nk hurai…. Gi tengok kt kampung nun, blonggok….!!
        Lom tambah kt bandar lagi…hahahahha

  7. 1. Kelantanese use a proper Malay word???

    Total BS..

    Kelantan jadi kelate

    jalan jadi jale

    binatang jadi nate

    makan jadi make

    Kalau ko kata “itu semua cuma sebutan,loghat percakapan (perkeceke?),jadi sama jugak dgn contoh2 yang ko bagi tu.

    nak bangga diri sangat pun,biarla bertempat.biarla berpada.nak ke orang kata “orang kelantan terkenal kuat assaubiyah.asal masuk u pertama sekali mesti nak join persatuan anak kelate.nak duduk pun samo sek2 demo jah.tokse saing ore luar”

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      statement anda juga kurang tepat….

      1. cuba bagitau,stateent mana satu yang kurang tepat tu.boleh saya perjelaskan lagi

      2. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

        Hok abe ja royak tu la…ke banyak komen abe ja?

    2. Pahtu.. nya demo maghoh bakpo? Nya demo emo ni bakpo?
      Ko demo ghajing make hnapar jepung klate hihihik

  8. Hari tu, saya pergi bercuti ke Kelantan…
    Pergilah bermalam kt kampung kawan…
    Jejalan shopping, tapi yang peliknya ramainya kaum wanita yang bekerja…
    Mana pergi kaum lelaki??
    Kat kampung kawan saya tu,majoriti lelaki duduk rumah dan tak bekerja….
    Klu macam inilah kaum lelaki di Kelantan, saya REJECT 100% lelaki Kelantan…
    Salute wanita Kelantan sanggup bekorban demi keluarga!!

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Malas itu subjektif cik najwa. Anda sendiri pun seorang pemalas. Kalau anda rajin x der da nak fikir masalah orang malas ni. Sebelum taip ayat tu, tengok keliling anda. Kalau org kelantan malas…x der la org kelate ada di merata2 tempat

    2. Huhh… Cik adik najwa… Tak pe, abe ada….hahahhaa

  9. maaf..selepas saya baca komen2 serta pandangan balas daripada admin,saya simpulkan bahawa entry ini adalah bersifat syok sendiri.sekadar nak menyedapkan hati sendiri dan orang2 kelantan lain supaya bangga dan bertambah2 bangga dengan kekelantanan mereka.langsung tak boleh menrima sebarang kritikan atau pandangan berbeza.

    terlalu panjang kalau saya nak ulas satu persatu point yang pada saya mengarut,terutamanya point no 1.disebabkan satu perkataan “ular”..maka dikatakan loghat kelantan tidak merosakkan bahasa melayu?bagaimana dengan jale?make?bui?oghe?

    saya orang selangor.isteri orang kelantan.saya kerap pulang ke kelantan,dan secara jujur daripada pandangan saya,sememangnya saya perasan kelantan mempunyai lebih ramai lelaki pemalas berbanding di negeri lain.ya..saya tau “malas itu subjektif..” atau “tempat lain pun ada lelaki malas”.sebab itu saya katakan LEBIH RAMAI berbanding lain.pemerhatian saya?majoriti peniaga di bazar khadijah?perempuan.bila saya ronda kampung,apa yang saya nampak?warung2 dan kedai kopi dipenuhi jantan2,majoriti yang tua 40an ke atas,dan ada jugak yang muda2.tak salah minum2,tapi kalau pagi sampai malam setiap hari?

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Terima kasih kerana prihatin…Kita bukan nak banggakan diri. satu je saya nak tanya, kenapa kat selangor bersepah kedai mamak yg dipenuhi dengan org Melayu 24jam….dia orang rajin ke? Atau sedang mencari rezeki? Abe ja, pun beristeri dengan org Kelantan sudah pasti tahu kelebihan org Kelantan dan maklum akan kelemahan dan kekurangan. Janganlah terlalu pesimis pd org kelantan. Kami juga penggerak kepada ekonomi negara. Pasar Besar Siti Khadijah mmg dikuasai org wanita. Sebagai contoh, Jika abe ja tengok peniaga wanita yang menjual pisau dan parang di pasar besar….di rumah suami diaorang yg menempa besi untuk dijadikan pisau parang bagi dijual oleh isteri. Janganlah pandang org macam tiada mata.

    2. Setuju!! Setuju!!! Stuju Abe Ja… Setuju sesangatttt…. Klu bersepah kt kedai mamak 24 jam tu, diaorg bercuti lah..hahahaha…. Dia p beristeri org Kelantan coz dia ambik pompuan dh tkenal dgn sifat kerajinan….

  10. Saya faham perasaan admin. Agak terusik perasaan apabila ada orang mengutuk negeri sendiri. Setiap negeri ada kelebihan dan kekurangan masing2. Saya cakap jujurlah admin, saya cukup tak puas hati bila tengok kaum wanita sahaja keluar bekerja, mana perginya kaum lelaki? Nak kata bekerja di luar, majoriti kaum wanita juga. Admin gtau kaum lelaki menempa besi? Ya! Memang ada saya lihat tapi itu hanya segelintir, hanya boleh dibilang dengan jari. Tapi mana perginya majoriti lelaki? Minta maaf admin, majoriti kenalan saya beritahu, lelaki Kelantan malas bekerja. Hanya mengharap hasil dari kaum wanita iaitu isterinya ataupun ibunya. Minta maaf sekali lagi.

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Hehe…lucu… Kata faham, tapi tetap tidak setuju dan condem org lelaki Kelantan. Ada bukti ke statement kamu tu?

      Saya x nak kata orang lain…saya rujuk pada diri saya sendiri. Kalau saya ni seorang pemalas x der dah blog ni….buat apa saya buang masa jawab statement awak ni… Baik saya goyang kaki tengok TV dari buat blog dan sebarkan maklumat ttg Sejarah Kelantan.

      Cik Puan Anastasia. Janganlah kerana seorang anda nak pukul rata dengan kata kami ni lelaki kelantan pemalas. Jika ikut statement anda, maka tiadalah orang kaya di Kelantan ni.

      Fikir dulu sebelum mengguris perasaan orang. semoga cik puan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

      1. Kan saya dah beritahu majoriti kenalan saya beritahu perkara yang sama, bukan hanya kerana seorang….. Itu berdasarkan pendapat majoriti…. Itu hanyalah minoriti sahaja lelaki kaya di Kelantan…. Setiap negeri pun ada….. Normal lah…. Apa2 pun saya salute MB Nik Aziz…. Minta maaf ya admin kerana mengguris perasaan…

      2. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

        Kenalan anda adalah org yg kecewa dengan diri sendiri.

    2. Cik puan Anastasia…. Ayatmu psiko!!! Telan dalam…hahahahahaha

  11. x soh dok baloh ka pasal sapo rajin..sapo malas…sapo bgus sapo x…tu sumo atas dri sdr jah…tepuk dada tny selera jah…kita jga hal kito sudah la…x kesa sapo oghe klate..sapo oghe bkn klate…kita sume umat Nabi Muhammad jgk…bernaung di bawah bumi Alla swt sbg hamba yg hina…jd kito tingkatkan komuniti elakkan persengketaan..hidup bru diberkati.. 🙂

  12. Salam semua. Ambo ni berdarah klate tapi keluarga kami sudah lebih seratus tahun jadi orang Kedah dan Pahang. Namun begitu, perasaan sayang kepada ketiga-tiga negeri tetap ada. Lagipun saya kembali ke asal saya, beristerikan anak Pasir Mas. Saya fasih bertutur loghat Pahang (Semantan), kedah, kelantan dan terengganu (bahasa zaman sekolah menengah di Kuantan, sekarang orang Kuantan dah cakap standard hehe).

    Saya setuju malas itu subjektif. Saya setuju ada ramai lelaki kelantan “hok dok ssajo”. Tetapi kita harus akui yang cemerlang-cemerlang, yang rajin-rajin di luar Kelantan orang Kelantan juga. Orang Kedah pula yang dalam negeri rajin-rajin, yang di luar pun sama. Saya lebih pro kepada persamaan, saling persefahaman dan memandang jauh warisan bangsa kepada ribuan tahun dahulu, bukan setakat zaman jepun atau orang putih. Selamilah sejarah langkasuka, sewaktu kelantan, Patani dan Kedah itu satu. Sebab apa kosa kata kelantan itu mirip kosa kata kedah. Tambahan pula wujud subetnik Patani di Kedah sekitar Baling, Kuala Nerang, Sik, Kulim (Sedim-Mahang kampung kami), dan di Perak Grik turun ke Selama. Seolah-olah cakap kelantan dengan pengaruh Kedah. Contoh:
    Patani-Kedah (varian Mahang)———————Kelantan
    —————————————————————————-
    “Mu khelik bila?”::::::::: Mu kelik bilo?
    “Mu tungu dulu di, aku gi mani sat”::::::Mu tunggu dulu deh, aku gi mandi mmeta..
    “Mmbiii..mu sokrang ka ada lemu, aku saja tak mboh royat aku ada dua ekor, takdak la gi bderat cendeh rumah orang.. , makang rupuk mah oghang”::: Weeyyy..Mu sore ko ado lembu, aku sajo toksey royak aku ado duo ekor, takdok la gi dderak cendeh moh oghe, make rupuk moh oghe..”kuikui

    Itulah subetnik kami Patani-Kedah dari sebelah emak, dan kelantan-kedah dari sebelah ayah. Pahangnya kami ini datang mencari rezeki, masuk felda di daerah jerantut.

    Anehnya zaman sekarang, kedah dengan kelantan tak boleh bertembung, padahal dulu satu kerajaan. puncanya? Buta sejarah.
    Bersaudaralah elok-elok, semua melayu, semua islam, sejuk mata dan hati, InsyaAllah syurga menanti.

    Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: