ETOK : Kudapan Tradisional Kelantan


Etok yang sedia untuk dijual

Etok atau Etak begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu. Mungkin generasi sekarang sudah jarang menikmati etak ini. Etak boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis.

Bagi orang Kelantan, etok sudah menjadi satu kudapan yang sama seperti keropok yang dinikmati ketika bersantai menonton TV atau berkelah.

Etok dalam habitatnya

Etok nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.

CARA MASAK

Etak boleh dimasak dalam beberapa cara, antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai.

Proses salai melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah itu, ianya akan diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok.

Sebenarnya etak ini mendatangkan khasiat yang tinggi kerana ia mampu menambahkan darah dalam badan memandangkan ianya adalah hidupan bersih yang hanya memakan lumut hijau.

Anchok alat untuk Menyalai Etok

Proses Menyalai

Etak yang telah siap disalai dan sedia untuk dimakan!

CARA MAKAN

Bagi orang yang tidak biasa memakan etak, ianya agak berbahaya kerana gigi anda mungkin sumbing! Betul, kulit etak harus dibuka menggunakan gigi!

Namun begitu, membuka kulit etak ada teknik tersendiri, sama ada menggunakan mata pisau ataupun menggunakan kulit etak itu sendiri.

Bagi orang Kelantan, mereka hanya membuka kulit etak dengan menggunakan gigi sahaja dan dengan itu barulah merasai kelazatan rempah yang disalai pada kulit etak tersebut.

Peringatan, setelah anda memakan etak, elakkan terus meminum air terutama air batu, kerana perut anda mungkin sakit.

Membuka kulit etak dengan Pisau

Membuka etak dengan kulit etak itu sendiri

HABITAT

Etok umumnya boleh dijumpai dikawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.

Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.

Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk mengokok (proses mengumpulkan) etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.

Kulit etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir.

Etok boleh dikaut dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat dari kerawat besi yang orang tempat namakanya pengokok.

“pengokok” alat untuk mengaut Etok dan cara menggunakannya

Gerai Etak yang terletak di Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan.

Rujukan :

  1. Blog Pak Zawi
  2. Wikipedia
  3. Persada.net

5 responses

  1. Di Pahang pun masa kecik2 selalu gak cari ‘etok’ ni..biasa kami rebus dgn air dan serai tambah garam..mmg best!!

  2. dalam memperkatakan perihal etok..banyak istilah yang kurang tepat telah dipakai di atas..eg. menangkap etok..sangat janggal sebab etok tak perlu ditangkap cuma kita ‘kokok’. Alat untuk mendapatkan etok dipanggil ‘pengokok etok’. Perbuatan atau kerja mencari etok dipanggil ‘mengokok etok’. Etok orang tak pernah goreng atau singgang..yg biasa ialah salai, masak lemak (putih/kuning), masak air, masak pedas. Tempat untuk menyalai etok dipanggil ‘achok’. Pada zaman sekarang susah nak dapat etok salai yg tradisional sebab mereka membubuh serbuk tok aji..akibatnya tak sampai setengah hari etok salai tu akan ‘berdenae kokpae’…haha

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Kita ambil maklum. Akan kita edit. Terima Kasih atas teguran. Terima Kasih juga kerana mengikuti blog Kelab Pencinta Sejarah Kelantan.

  3. hanuan lelayang putih | Reply

    masa ambo kcik2 dlu pnah jg ngokok etok kat sungai baung kale chepo..gaul ngan awah(prencah) jemur masa ttari diri atas palo…pete2 gak make meme sdap xleh nk lupa smpai loni..rasa lain skit dari etok salai….

  4. […] Nak tau lebih lanjut tentang etok boleh baca di sini. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: