Daily Archives: September 21st, 2012

JATUH BANGUN KELANTAN : MERDEKA DAN DITAKLUK


PENDAHULUAN

Suatu ketika dahulu Kelantan adalah sebuah negeri yang kuat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan kerajaan kuno China, Champa dan India tetapi menjadi negeri jajahan kepada Empayar Majapahit pada abad ke-13 dan 14. Kelantan merdeka di bawah Raja Kumar dalam tahun 1411. Ia menjadi pusat perdangangan dan kewangan yang penting semasa abad ke-15 tetapi tunduk kepada Melaka pada tahun 1499. Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 dan Kelantan tidak termasuk dalam penaklukan ini kerana terdapat persefahaman antara pemerintah. Namun ianya ditawan kembali oleh Siam dibawah Patani 1 pada 1603. 1760, Kota Kubang Labu telah ditubuhkan Long Bahar dan beliau telah menyatukan Kelantan semula, tetapi takhta beliau telah dipaksa turun takhta empat tahun kemudian. Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan pada 1764 tetapi Kelantan jatuh kepada Terengganu setelah kematian baginda. Long Muhammad anakanda Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Sultan pada 1800. Baginda diiktiraf oelh Kerajaan Siam sebagai pemerintah Kelantan yang sah pada 1812. Namun sekali lagi Kelantan tertakluk, kini dibawah British melalui Perjanjian Bangkok 1909. British membayar semua hutang Kelantan kepada Siam yang selaku penaungnya. Negeri Kelantan menjadi salah sebuah negeri-negeri Melayu tidak bersekutu pada 1911.
Jepun menawan Kelantan pada 8 December 1941. Pemerintah Jepun telah memindahkan kekuasaan British di Kelantan kepada Kerajaan Thai pada 1943. Negeri ini merdeka dari pendudukan Jepun pada 8 September 1945 dan menjadi sebuah Negeri Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Ogos 1948. Kelantan telah menyertai negeri-negeri semenanjung lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 16 September 1963.

RINGKASAN

NAMA LAMA BAGI KELANTAN PENAKLUK / PENJAGA MERDEKA
Langkasuka MAJAPAHIT : Abad 13 – 14 1411 di Bawah Raja Kumar dan wujudnya Kerajaan Chermin
Chermin MELAKA : 1499 1511 Apbila Portugis Menakluk Melaka
Jembal Siam (Patani) : 1603 1603 – Kelantan berpecah belah
Kota Kubang Labu : 1760 diasaskan oleh Long Bahar Long Yunus : 1764 apabila Long Bahar disingkirkan 1764-  Apabila Long Yunus Isytihar diri sebagai Raja Kelantan
Kelantan Terengganu : 1795 1812 setelah Siam Iktiraf Long Muhammad sebagai Sultan dan Kelantan sebagai Negeri Berdaulat
Kelantan British: 1909 Melalui Perjanjian Bangkok antara Siam dan British. Terus dibawah taklukan British hingga Perang Dunia Kedua
Kelantan Jepun 1945 Jepun Menyerah Kalah
Kelantan Negeri Persekutuan Tanah Melayu : 1 Ogos 1948 Kelantan turut serta bersama-sama negeri semenanjung.
Kelantan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 bersama-sama negeri Semenanjung Tanah Melayu.
Kelantan Malaysia 16 September 1963 sebagai salah sebuah Negeri Malaysia.

Sedutan Filem Queens of Langkasuka : adat perkahwinan putera raja pahang dan adik ratu langkasuka

Pasar Kota Jembal : Wujdunya Kerajaan Jembal

PERKEMBANGAN KELANTAN : PENASIHAT SIAM DAN BRITISH


Ketika Sultan Muhammad IV memerintah Kelantan, Siam dan British telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Kelantan dalam membuat keputusan berkaitan pentadbiran. Hal ini berlaku melalui (tanpa pengetahuan baginda Sultan) memorandum yang dibuat oleh Phya Sri Sahadheb kepada Lord Lansdowne pada 6 September 1906. Dalam memorandum ini, Phya Sri Sahadheb telah meminta bantuan dari Empayar British kerana mereka tidak mampu mengekang kebangkitan Orang Melayu di Patani, Kelantan dan Terengganu.

Seperti yang kita sedia maklum, Kelantan membayar ufti kepada Siam sebagai jaminan untuk keselamatan negeri Kelantan, manakala Siam menganggap Kelantan adalah negeri naungannya. Memorandum ini sebenarnya dibuat diluar pengetahuan Sultan Kelantan.

Setelah itu, telah dibuat satu perjanjian antara Siam dan British pada 1909 yang mana Siam menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah kepada British dan Patani  kepada Siam.

Setelah itu, Kelantan terus menerima penasihat-penasihat ini.

PERKEMBANGAN KELANTAN

Semasa Zaman Penasihat Siam (1903-1909)

  • 1904 : Pasukan polis Kelantan dibesarkan dengan anggota berjumlah kira-kira 200 orang yang separuh daripadanya di lengkapi dengan senjata moden iaitu rifel. Mereka ditempatkan di Balai Polis Pusat di Kota Bahru dan 5 balai kecil.
  • 1904 : sebuah bangunan sekolah Melayu telah dibina di Padang Bank (Padang Merdeka), Kota Bharu. Ianya dikendalikan oleh Dato ‘Mohd Ghazali bin Mohd Ariffin yang kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Pertama Kelantan (1922-1930).
  • 1905: beberapa buah mahkamah telah ditubuhkan di Kota Bharu, iaitu Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Balai bertempat di Istana Balai Besar. Mahkamah Tengah dan Rendah di MAIK, Kelantan di Jalan Sultan dan sebuah Mahkamah Rendah telah didirikan di Batu Mengkebang Ulu Kelantan.
  • 1906: Kerajaan Negeri Kelantan dengan persetujuan Sultan Muhammad ke IV telah mengeluarkan wang sendiri yang dipanggil pitis untuk kegunaan orang ramai. Pitis ini diperbuat daripada timah berbentuk bulat berkeping dan berlubang, bernilai 5 keping bersamaan 1 sen.
  • 1907: sebuah pasar telah dibina di kawasan Jalan Post Office Lama (sekitar Hotel Diamond Puteri) di tepi Sungai Kelantan. Pasar ini telah dirobohkan pada tahun 1930an setelah pasar baru di Jalan Temenggong dan Dato Pati dibina.

Semasa Zaman Penasihat British (1909-1920}

  • 16 Julai 1910: Kerajaan Kelantan telah siap membina sebuah Jambatan merentangi Sungai Keladi menghubungkan Bandar Kota Bharu dengan kawasan-kawasan tepi pantai dikenali dengan Gertak Mason mengambil sempena nama Penasihat British.
  • 1913 : Jalan Keretapi menghubungkan Tumpat dengan Bukit Remah di Tanah Merah, Kelantan siap dibina. Pembinaan jalan keretapi ini adalah hasil rundingan Sultan Muhammad Ke IV dengan Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu
  • 1914: telah dibina jalan keretapi dari Tumpat ke Thailand.
  • 24 Disember 1915 : Sultan Muhammad IV telah menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, sebuah institusi keagamaan yang tertua di negara ini. Tujuan utamanya ditubuhkan ialah untuk mengembangkan syiar Islam dengan lebih teratur.
  • Julai 1916 : Sultan Muhammad IV telah bersetuju dan berkenan menggunakan gelaran Darulnaim untuk negeri Kelantan dengan sebutan Kelantan Darulnaim.

Rujukun :

  1. Wikipedia
  2. History of Kelantan 1890 – 1940, Shahril Talib (1995) ISBN 983-99614-8-9, Terbitan MBRAS

Penasihat British di Kelantan (1909 – 1939)


Sultan Muhammad IV

Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV

No

Penasihat

Berkhidmat kepada

Tarikh Berkhidmat

Tempoh

1

J.S Mason

Sultan Muhammad IV

15/7/1909 – 19/10/1911

1 Tahun 3 Bulan

2

J.E Bishop

Sultan Muhammad IV

19/10/1911 – 3/3/1913

1 Tahun 5 Bulan

3

T.W. Clayton

Sultan Muhammad IV

3/3/1913 – Akhir Bulan Mac

3 Bulan

4

W. Langham Carter

Sultan Muhammad IV

Mac 1913 – 17 Ogos 1915

2 Tahun 7 Bulan

5

R.J. Farrer

Sultan Muhammad IV

17 Ogos 1915 – 7 Februari 1919

3 Tahun 6 Bulan

6

J.W.W Hughes

Sultan Muhammad IV

7 Februari 1919 – 23 Februari 1919

16 Hari

7

H.W Thomson

Sultan Muhammad IV

23 Februari 1919 – 29 Mac 1920

1 Tahun 1 Bulan

8

A.F. Worthington

Sultan Muhammad IV

29 Mac 1920 – 28 Desimber 1920

8 Bulan

9

H.W.Thomson

Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail

29 Disember 1920 – 31 Ogos 1922

1 Tahun 8 Bulan

10

A.F. Worthington

Sultan Ismail

31 Ogos 1922 – 16 April 1924

1 Tahun 8 Bulan

11

H.C. Eckbardt

Sultan Ismail

16 April 1924 – 2 May 1925

1 Tahun

12

W.F. Worthington

Sultan Ismail

2 Mei 1925 – 15 Disember 1925

7 Bulan

13

G.E. Shaw

Sultan Ismail

16 Disember 1925 – 27 Julai 1926

7 Bulan

14

C.C. Brown

Sultan Ismail

28 Julai 1926 – 7 Ogos 1926

8 Hari

15

W.M. Millington

Sultan Ismail

8 Ogos 1926 – 26 Mac 1927

7 Bulan

16

G.E. Shaw

Sultan Ismail

26 Mac 1927 – 6 September 1927

6  Bulan

17

R.J.B Clayton

Sultan Ismail

6 September 1927 – May 1930

2 Tahun 6 Bulan

18

A.S. Haynes

Sultan Ismail

May 1930 – 29 April 1931

11 Bulan

19

Capt. T.P. Coe

Sultan Ismail

4 May 1931 – 24 Disember 1931

7 Bulan

20

A.S Haynes

Sultan Ismail

26 Disember1931 – 30 Mac 1933

1 Tahun 3 Bulan

21

Capt. A.C. Baker

Sultan Ismail

30 Mac 1933 – 12 Mac 1936

3 Tahun

22

G.A. de C Moubray

Sultan Ismail

12 Mac 1936 – 24 Oktober 1936

7 Bulan

23

A.C. Baker

Sultan Ismail

24 Oktober 1936 – 1938

2 Tahun

24

E.T. Williams

Sultan Ismail

1939.

Hingga Pecah Perang Dunia ke-2