Siri Dedah : Majapahit II (Pendahuluan)


MAJAPAHIT II

Majapahit II ialah kerajaan yang didirikan di atas runtuhan Empayar Chermin Jeddah pada tahun 1432-1502 oleh Kemas Jiwa atau Sultan Iskandar, Kelantan dan berpusat di Nenggiri, pedalaman Kelantan.

Wilayah yang tunduk di bawah kekuasaan empayar ini ialah Inderagiri, Kampar, Rokan, Siak dan Siantan (Batu Bahara). Pulau-pulau yang menjadi taklukannya ialah Temasik, Borneo, Riau dan Lingga. Di Semenanjung Tanah Melayu pula, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Beruas (Perak) menjadi takluknya.

Sultan Iskandar, Kelantan memakai gelaran ‘Bhatara Majapahit’ dan keris kerajaannya dinamakan ‘Keris Majapahit’. Beliau menamakan kerajaannya Majapahit sempena nama kerajaan isterinya, Ratu Suhita yang memerintah Majapahit I sejak tahun 1427.

Baginda melantik Ali Nurul Alam menjadi Perdana Menteri bergelar Patih Aria Gajah Mada. Majapahit inilah yang sering didatangi oleh Laksamana Hang Tuah

Kemerosotan Empayar

Empayar ini mula mengalami kemerosotan akibat peperangan yang sering berlaku sehingga hanya Kelantan sahaja yang disebut sebagai Majapahit selepas itu.

Serangan Ayuthia pada tahun 1445 ialah awal kepada kehancuran empayar Majapahit II, serangan ini telah menyebabkan ramai bangsawan Majapahit II menjadi pelarian ke Pulau Jawa dan Champa. Sultan Iskandar Shah dan keluarganya sendiri lari ke Terengganu dan Aria Gajah Mada beserta keluarganya melarikan diri ke Champa (Vietnam).

Lenyapnya Majapahit II

Sultan Iskandar Shah telah menyerahkan wilayah-wilayah taklukannya kepada Kesultanan Melaka kerana tidak mampu mengawal jajahannya. Melaka telah menundukkan dengan paksa negeri-negeri yang tidak mahu menerima naungannya.

Sultan Iskandar Shah mangkat pada tahun 1467 dan digantikan oleh Sultan Mansur Shah (1467-1521). Pada zaman bagindalah, Melaka menyerang Kelantan pada 1499 dan menawan tiga puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening, Chupan dan Chubak untuk dibawa ke Melaka.

Empayar Majapahit II lenyap apabila Sultan Mansur Shah telah menyerahkan kuasa Sultannya kepada Phya Tu Intira atau Sultan Muhammad Shah dari Patani. Sejak itu, Kelantan diperintah oleh raja bersama dengan Datu yang menjadi wakil Sultan Patani. Ia menandakan lenyapnya Majapahit II dan munculnya Persekutuan Pattani Besar yang penuh dengan kisah perjuangannya.

Rujukan :

Haji Abdul Halim Bashah (1993). Wali Songo Dengan Perkembangan Islam Di Nusantara, Al-Kafilah Enterprise. ISBN 983-99852-8-0.

Sebelum kita melanjutkan pembacaan lebih mendalam, admin ingin mengajak semua pembaca menyoroti Kerajaan Langkasuka terlebih dahulu. Posting berikutnya adalah Siri Dedah : Majapahit II (Kerajaan Langkasuka) – InsyaAllah akan diterbitkan dalam Oktober 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: