BUDU : SOS KELANTAN YANG TINGGI MARTABATNYA


budu

Orang yang tidak pernah merasa budu pasti akan loya apabila mencium baunya buat pertama kali. Hakikatnya, budu ini adalah satu sos yang tua dan seusia dengan sejarah Kelantan kerana ianya telah dinikmati oleh orang Kelantan semenjak ratusan tahun dahulu.

Budu atau juga kini dikenali sebagai sos ikan bilis sebenarnya adalah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional Kelantan dan telah diangkat sebagai satu makanan tradisional Malaysia. Kelantan, Terengganu dan Selatan Thai adalah komuniti yang telah biasa dengan hidangan budu ini. Hidangannya amat mudah dan ringkas dicampurkan dengan bahan makanan lain sepeti lada, mempelam, air perahan limu nipi dan juga tempoyak bergantung kepada penggemarnya.

Hidangan Budu

MARTABAT TINGGI

Budu mendapat perhatian dari penyelidik pemakanan dari Jepun, Amerika Syarikat, New Zeland dan Jerman. Penyelidik ini telah membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, dan mampu mengeluarkan sis toksik serta meningkatkan daya immune tubuh bagi memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan boleh menghalang kanser.

Bukti yang dikemukakan ini telah mengejutkan golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan kuno” ataupun “debek” dalam erti kata lain makan orang bahawan atau miskin.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebad dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi antibakteria penyebab cirit (diarrhea), penurunan kolesterol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Ringkasnya, memakan budu tidak akan membuat perut anda sakit kerana ia mengandungi antibakteria penyebab cirit.

BUDU SEBAGAI UBAT!

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

 

KELEMAHAN

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Namun, terdapat penyelidik dari Malaysia cuba untuk mengatasi kelemahan ini, terutama dari segi bau. Penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu telah menjalankan penyelidikan tersebut.

Sumber :

  1. Kerajaan Kelantan
  2. Wikipedia : Versi Inggeris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: