Pasukan Polis Kelantan 1900-1942


Anggota polis Negeri Kelantan bersama Panji-panji pada tahun 1922

PENDAHULUAN

Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, iaitu Tunku Sri Maharaja. Kekuatan pasukan Polis Kelantan, seramai  268 orang dan dilengkapi degan rifel iaitu senjata api moden pada ketika itu. Di samping itu terdapat juga lebih kurang 60 anggota Polis Sikh yang dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police). Polis ini berfungsi sebagai anggota kawalan dan pengiring.

Pada 1910  G. Cullen daripada pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) telah dipinjamkan ke Kelantan sebagai Penguasa Polis dengan tugas menyusun semula Pasukan Polis Kelantan. Polis Tentera diserapkan ke dalam pasukan Polis Kelantan. Pusat Latihan Polis juga dibentuk. Tunku Sri Maharaja pula terus kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

Balai Polis Balam, Kelantan pada tahun 1900

Balai Polis Kuala Krai Kelantan tahun 1900

Balai Polis Pengkalan Kubur,Tumpat, Kelantan pada tahun 1904

Setelah kerajaan Kelantan menandatangani perjanjian dengan British pada 1910, jawatan Penguasa Polis ditukar kepada  Ketua Pegawai Polis. G. Cullen mengetuai polis Kelantan selama 3 tahun dan dia banyak membantu memajukan pasukan tersebut. G. Cullen digantikan oleh Kapten Tomlison dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Polis selama setahun.

 

Kapt. Anderson dan pegawai-pegawai polis Kelantan di Kota Bharu pada bulan Mei 1930

Pada 28 April 1913, Kapten H.A. Anderson menggantikan Tomlison. Anderson memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan. Apabila perang 1914 meletus, beliau diminta membantu mengatur dan mengorganisasikan polis sukarelawan yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan. Dalam tahun 1915, beliau meninggalkan Tanah Melayu dengan tujuan untuk menganggotai semula Angkatan Tentera. Beliau berkhidmat dalam masa yang singkat kerana jatuh sakit.

Semasa ketiadaannya, kebangkitan yang dipimpin oleh Tok Janggut meletus di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan  telah dibunuh oleh kumpulan Tok Janggut. Kebangkitan itu dapat dipadamkan oleh Inggeris yang mendapat bantuan polis Singapura. Anderson bersara dalam tahun 1934 dan terus menetap di Kota Bharu. Semasa pendudukan Jepun, beliau telah ditahan di Singapura. Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Kota Bharu dan meninggal dunia di sana pada 24 Januari 1955.

Beliau digantikan oleh D. Hillary, selepas itu E.C. Tidy dan   E.W. Mumford. Kekuatan Pasukan Polis Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua ialah seramai 388 anggota.

Balai Polis Tangga Bradley Kuala Krai, Kelantan.

Pemandangan Sungai Golok daripada hadapan Balai Polis Pengkalan Kubur

Sumber :

  1. Polis DiRaja Malaysia (Kelantan)
  2. Arkib Negara

4 responses

  1. I HAVE BEEN LOOKING FOR THIOS INFORMATION OF MY HUSBAND’S GRANDFATHER FOR A LONG TIME.

    ALHAMDULILAH I FINALLY FOUND IT.
    JAZAKALLAH FOR THIS WRITE-UP.

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      :D…we are proud if this information was useful for you madam.

  2. The information that we were looking for is about Capt. H.A. Anderson.
    We are so so very happy to have this info.

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Thank you Pn.Habsah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: