Menteri Besar Kelantan (1) | Haji Nik Mahmud Bin Haji Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja) 1921-1944


 Beliau adalah pembesar negeri yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Negeri Kelantan pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. Menteri Besar Kelantan ini bergelar Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja. Anak kepada Tok Khadhi Haji Ismail bin Haji Mahmud dan Hajjah Wan Aishah bt. Osman

ini dilahirkan di Kota Bharu pada akhir tahun 1882. Pada tahun 1898 beliau dibawa oleh bondanya ke Mekah dan berguru dengan Shiekh Wan Ahmad Bin Mohd Zain al-Fatani yang tersohor ketika itu.

 

Penglibatan Haji Nik Mahmud dalam pentadbiran negeri bermula pada tahun 1907 apabila beliau berkhidmat di Pejabat Tanah Kota Bharu dan pada tahun 1908 berkhidmat sebagai kerani di Istana Balai Besar (Pusat Pentadbiran Negeri ketika itu). Kecekapan beliau menjalankan tugas menyebabkan beliau dilantik pula kejawatan Penolong Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan.

 

Kepimpinan Haji Nik Mahmud kian terserlah apabila dipilih menjadi Penolong kepada Menteri Besar Encik Hassan b Mohd Salleh dengan mandate menjalankan tugas-tugas seorang Menteri Besar. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 30 April 1921 dengan kurniaan gelaran Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja. Gelaran ini sering diringkaskan dengan panggilan Dato’ Perdana Menteri sahaja atau Dato’ Besar.

 

Sebagai perancang dan pentadbir yang pintar, sumbangan dalam kemajuan pentadbiran kerajaan sangat besar. Antaranya menyusun semula sistem pentadbiran, memperkenalkan arahan perkhidmatan mirip “Perintah Am”, sistem gaji baru Pegawai Kerajaan dan mengendalikan kes tuntutan guaman Kompeni Duff terhadap Kerajaan Kelantan.

 

Faktor kesihatan mendorong beliau melepaskan jawatan Menteri Besar pada 27 December 1944 dan diganti oleh puteranya, Nik Ahmad Kamil yang menjadi Timbalan Menteri Besar ketika itu. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1964.

 

Sumber : Facebook Fan Page KPSK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: