Menteri Besar Kelantan (4) | Dato’ Haji Ishak Lotfi Bin Omar 1959-1964


Dilahirkan di Kampung Masjid Kota Bharu pada tahun 1917. Semasa kanak-kanak, beliau beliau belajar di Sekolah Majlis Agama Islam yang dikenali dengan Madrasah Muhammadiah, Jalan Sultan, Kota Bharu. Pada tahun 1928, beliau dihantar ke Mekah bagi mendalami bidang ugama dan pulang ke Kelantan pada tahun 1937. Pada tahun 19

38-1948, beliau menganggotai Persetiaan Melayu Kelantan dan tidak berapa lama selepas itu dilantik menjadi Setiausaha pertubuhan itu.

 

Pada tahun 1949, beliau bertugas di Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Pegawai Zakat selama 10 tahun. Walaubagaimanapun, beliau meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihanraya umum 1959 dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ketereh atas tiket Parti PAS dan dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun yang sama

 

Selepas 5 tahun memegang jawatan Menteri Besar, beliau dilantik pula memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan kali yang kedua tetapi beliau meletak jawatan pada tahun 1975 dan tidak lagi bergiat cergas dalam politik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1992.

 

Sumber : Facebook FanPage KPSK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: