Menteri Besar Kelantan (7) | Tan Sri Dato’ Mohamed Bin Yaacob. (Dato’ Bentara Kanan) 1978-1990


Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Bin Yaacob ialah anak Kelantan yang mencapai banyak kejayaan di dalam bidang pentadbiran, perundangan dan juga politik. Beliau merupakan antara tokoh yang telah membawa pembangunan pesat di Negeri Kelantan. Dilahirkan di Kampung Palekbang, Tumpat pada 3 Januari 1926, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat pada tahun 1936. Kecemerlangannya dalam pelajaran menyebabkan beliau terpilih mengikuti Kelas Khas ‘Special Malay’ di Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu.

 

Beliau mula bertugas sebagai kerani sementara di Pejabat Pos Kota Bharu dan menjadi Setiausaha Sulit Sultan Kelantan pada tahun 1953. Beliau menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, English sehingga lulus Ijazah “Barrister at Law” pada tahun 1958. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Majistret di Muar dan Batu Pahat, Johor pada tahun 1959 dan Timbalan Pendakwaraya bagi negeri Perak pada tahun 1962. Pada tahun 1964, beliau menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dan Penasihat Undang-Undang Johor pada tahun 1967.

 

Penglibatan beliau dalam politik bermula dalam tahun 1949 apabila beliau mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas. Beliau mengetuai UMNO Bahagian Machang pada 1971 dan Bahagian Tanah Merah pada 1974. Pada tahun 1984, beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Dalam Kerajaan Persekutuan, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau kemudiannya diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Menteri Pelajaran dalam tahun 1973, Menteri Tenaga, Teknologi dan Pendidikan pada tahun 1974 dan Menteri Perusahaan Awam pada tahun 1976.

 

Pada pilihanraya tahun 1978, beliau bertanding kerusi Dewan Negeri Kawasan Air Lanas yang membawa kepada perlantikan beliau sebagai Menteri Besar. Kecemerlangan, bakti dan sumbangannya kepada negeri dan negara, beliau dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1976 dan gelaran Dato’ Bentara Kanan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan pada 1979, dan pada tahun 1988 beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) daripada Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: