Menteri Besar Kelantan (8) : Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Dato’ Bentara Setia) 1990-Sekarang


Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga ilmuan Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah pondok di Jerteh, Terengganu. Pada tahun 1958, beliau telah ke India untuk mendalami ilmu Fiqh, usul Fiqh, tafsir al-Quran & al-Hadis di Universiti Deoband (Darul Ulum). Setelah menamat pengajian di India, Tuan Guru meneruskan lagi pelajaran di Mesir dimana beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Pengajian Bahasa & Ijazah Sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam.

 

Sekembalinya dari Mesir, beliau mula mengajar di kampung-kampung dan menjadi pengajar di Sekolah Maahad Muhammadi. Pada tahun 1967, beliau telah menyertai Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kelantan (Pengkalan Chepa) sehingga tahun 1986 dimana beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Bachok.

 

Beliau telah dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hingga ke saat ini dan menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan. Kehadiran beliau dalam kepimpinan PAS Kelantan telah merubah parti itu ke visi perjuangan Islam. Beliau telah menerajui parti PAS sehinggalah pada 23 Oktober 1990 di mana parti PAS bersama-sama Semangat 46 dan BERJASA telah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah iaitu (APU) dan telah berjaya mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan dan Tuan Guru dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan hingga hari ini.

Sumber : Facebook Fan Page KPSK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: