Kuala Semerak dan perkaitan dgn Long Ghafar
Sementara itu Long Mamat dan rombongan yang kalah dan ma sih hidup lagi itu berundur ke satu kuala lain yang tidak jauh dari tempat pertempuran da hulu berkumpul semula dan menyekat pula perjalanan rombongan Long Gaffar di sana dan terjadilah lagi pertempuran di antara kedua angkatan berkenaan yang tidak kurang ju ga hebatnya yang menyebabkan ramai tentera yang terkorban sehingga mayatnya didapati berselerak di sana sini di kuala berkenaan, lalu dinamakannya `Kuala Selerak’ (kini le- bih dikenali dengan nama, ‘Kuala Semerak’).
Oleh itu setibanya rombongan Long Gaffar di salah sebuah kuala yang bersempadan di antara Kelantan dan Terengganu, mereka diserang dengan mengejut oleh angkatan tentera Long Mamat yang sedia menunggu dan terjadilah pertempuran yang hebat di antara ke dua angkatan itu yang menyebabkan ramai dari tentera Long Mamat yang terkorban sehingga dikatakan banyak sekali mayat-mayatnya yang terdam par di muka kuala berkenaan dan menjadi reput dan busuk, di mana sempena dengan pe ristiwa ini, maka kuala yang menjadi tempat pertumpahan darah ini dinamakan,`Kuala Busuk’, iaitu yang kini dikenali dengan `Kuala Besut’..
Ringkas Tentang Limbat
Kota Limbat.-Dalam usaha mencari-cari kawasan baru yang baik dan sesuai untuk dibangunkan kota dan istana sebagai pusat pemerintahannya yang kekal di Kelantan, Long Gaffar mendapat berita tentang suatu peristiwa aneh yang berlaku ke atas dua orang suami isteri yang tinggal berdekatan sebuah kolam di suatu tempat yang belum lagi bernama pada masa itu berhampiran dengan kampung Pauh Butut (sekarang kampung Kerasak, Limbat). Kedua-dua suami isteri itu dikatakan telah melanggar pantang-larang yang merupakan akujanji mereka berdua, telah menyebabkan mereka hilang ditelan kolam sakti dan berpuaka itu.
Ringkas tentang Kemubu
Kampung Kemubu pada asalnya merupakan sebuah kawasan hutan dan dibuka pada sekitar tahun 1940-an oleh para peneroka dari Kemubu Hilir atau lebih tepat dari Kampung Tok Lanas. Kedudukan kampung yang strategik, berdekatan dengan sebatang sungai yang dijadikan laluan utama penduduk ketika itu menjadikan kampung ini salah satu lokasi tumpuan ramai. Nama kampung diambil bersempena dengan nama Sungai Kemubu yang terletak berdekatan dengan kawasan kampung. Sejak ia dibuka, kampung ini diawasi pasukan pengawal atau Home Guard dan dipagari kawad besi bagi mencegah pencerobohan komunis ke dalam kawasan kampung.
Apabila penaklukan komunis di Tanah Melayu berakhir, kerajaan Tanah Melayu telah memberikan tanah secara percuma kepada para peneroka awal kampung ini. Lokasi asal Perpustakaan Desa Kemubu ini dibina di atas tapak balai polis lama. Perpustakaan desa ini juga dibina setelah lokasi balai polis dipindahkan ke Kampung Mahligai yang terletak tidak jauh dari kampung.
Sejarah Kampung Mujur, Jelawat, Bachok
Mujur, juga dieja sebagai Mujor, ialah salah satu kampung di dalam jajahan Bachok, Kelantan. Pekan yang terdekat dengan Kampung Mujor ialah Pekan Jelawat dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat. Mereka kemudiannya berjumpa rusa di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Rusa. Mereka telah mengejar rusa tersebut dan dapat menangkapnya di suatu kawasan sebelum hari gelap. Mereka bersyukur dan mengatakan, “Mujur dapat tangkap rusa sebelum malam”. Kawasan itu sekarang dikenali sebagai Mujor.
Kota Bukit Panchor
Kota Bukit Pancur adalah bekas tapak sebuah istana. Letaknya adalah di Kampung Pancur, dalam mukim Gunung, jajahan Bachok tidak jauh dari pekan Gunung sekarang. Kota ini mendapat nama disebabkan kedudukannya di sebuah tanah lapang di teluk sebuah bukit. Dulunya bukit ini dipanggil Bukit atau Gunung Pancur tetapi sekarang terkenal dengan nama Bukit Gunung
Kota ini mengalami beberapa pembaikan dan perubahan sejak ia dibina. Pada awal 1960-an, istana itu dirobohkan dan yang dapat dilihat sekarang adalah empat buah perigi yang masih digunakan, tapak-tapak konkrit, pintu gerbang kota dan kesan sebuah kolam. Tempat ini dahulunya dikatakan sebagai tempat bersemayam seorang putera raja yang cuba beberapa kali untuk merebut takhta kerajaan Kelantan. Kota Bukit Pancur juga dikatakan telah dibina oleh Long Yusof, seorang putera Long Yunus yang memerintah Kelantan dalam tahun 1762 sehingga 1784.