Kota Jelasin


.—Kemusnahan yang disebabkan oleh peperangan Kota Kubang Labu ke-2 menjadikan Kota Kubang Labu tidak sesuai lagi untuk dijadikan ibu kota pemerintahan, maka Long Gaffar telah berusaha mencari lokasi baru untuk mengalih pusat pemerintahannya ke sana. Dalam proses pencariannya itu, baginda dikatakan telah menjumpai sebuah kampung di Jelasin dan sekaligus membina kota pemerintahannya di sana sementara tempat lain yang baik ditemui.

Long Gaffar dikatakan telah menetap dan menjalankan pemerintahan di Kota Jelasin selama kira-kira setahun. `Jelasin’ adalah mengambil sempena nama sebatang pokok pulau yang `betul lesing’ yang kemudian dinamakan `Jelasin’ Namun demikian, ada andaian lain, ia mengambil sempena nama pokok “jelai” yang lurus dan tinggi , kerana menurut bahasa daerah Kelantan bahawa untuk menyatakan sesuatu yang sememangnya benar dan betul diungkapkan sebagai “betul lesing”, di mana lama-kelamaan pokok jelai yang betul lesing itu menjadi “Jelasin”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: