Seimbas : Bunut Susu, Pasir Mas


Nama Kampung Bunut Susu dikatakan berasal dari sebatang pokok besar dan rendang. Masyarakat tempatan mengelar pokok tersebut sebagai pokok bunut. Pokok bunut merupakan sejenis pokok yang tumbuh di hutan-hutan tropika dan mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan warna susu. Di sebabkan itulah kampung ini diberi nama Bunut Susu. Pada suatu ketika dahulu tumbuh sebatang pokok bunut yang besar dan merimbun berhadapan dengan Stesen Kereta Api Bunut Susu. Pada ketika itu pokok bunut ini telah dijadikan tempat berteduh oleh orang-orang yang menunggu kereta api dan juga dijadikan tempat menjual makanan dan minuman.

Menurut penduduk, Kampung Bunut Susu ini dikatakan telah dibuka oleh orang-orang dari Pattani, Selatan Thailand pada sekitar tahun 1700 Masihi. Ketika itu telah berlaku peperangan antara Kerajaan Thailand dan juga Kerajaan Pattani yang berebut jajahan takluk untuk meluaskan kekuasaan. Peperangan sengit tersebut telah berakhir dengan kekalahan Kerajaan Pattani yang menyebabkan ramai rakyat Pattani menjadi pelarian ke kawasan berdekatan. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk Patani ialah Kampung Bunut Susu ini. Mereka telah membina petempatan baru dengan mengusahakan sawah padi bagi menyara hidup mereka.

Selain itu, kepercayaan animisme yang masih kuat diamalkan pada ketika itu telah menjadikan pokok bunut yang besar itu sebagai tempat pemujaan. Hal ini kerana, lazimnya masyarakat tempatan percaya bahawa pokok-pokok besar ini mempunyai penunggunya sendiri. Demi mendapatkan kekayaan atau apa jua yang dihajatkan, mereka telah datang membuat penyembahan di pangkal pokok bunut ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: