TAMAK : Antara Long Seri dan Long Senik Mulut Merah


PENAFIAN : ARTIKEL INI ADALAH ADAPTASI DARI NOVEL YANG BERTAJUK TOK JANGGUT : PAHLAWAN KELANTAN, TULISAN ABDUL LATIP TALIB TERBITAN PTS LITERA UTAMA. ISBN : 978-983-3892-86-0 (2010).

Long Seri adalah anakanda kepada Long Gaffar. Beliau ditabal sebagai Tengku Seri Maharaja Jeram setelah kemangkatan ayahandanya, Long Gaffar.

Pusat pemerintahannya telah dialih dari Kota Limbat ke Jeram yang kini terletak di Pasir Puteh. Beliau mempunyai 3 orang anak iaitu, Long Mansor, Long Demor dan Puteri Gunong.

Long Senik Mulut Merah pula adalah keturunan kepada Long Yunus dan beliau telah dikahwinkan dengan Puteri Gunong. 

1785, Patani kalah kepada Siam, secara automatiknya seluruh naungan Patani menjadi naungan kepada Siam. Kerajaan Siam memberi kelonggaran kepada negeri yang pernah bernaung dibawah Patani untuk diperintah oleh Sultan yang sedia ada.

Maka Long Senik Mulut Merah dan Long Seri dapat mentadbir Kelantan seperti sedia kala.

Sewaktu Long Seri memerintah, berlaku satu peperangan yang dikenali sebagai Perang Rombakan (Mokan). Perang ini berlaku apabila Raja Bukit Marak mahu menyerang Kota Bharu namun berjaya dipatahkan oleh angkatan Long Seri dari Jeram.

Long Senik Mulut Merah telah meraikan mereka selama 7 hari 7 malam sebagai balasan atas kejayaan mereka dalam Perang Mokan. Baginda juga menganugerahkan kepada Long Seri gelaran Tengku Perdana Menteri. Anakanda Long Seri iaitu Long Mansor dianugerahkan dengan gelaran Tengku Setia Raja dan Long Demor sebagai Tengku Seri Maharaja. Long Senik sendiri kemudian memakai gelaran Tuan Senik Mulut Merah.

Bagaimanapun ini adalah satu perancangan yang teliti dari Tuan Senik Mulut Merah dalam menyatukan Kelantan. Setelah gelaran besar dianugerhakan kepada kerabat Long Seri hubungan mereka bertambah akrab hingga Tuan Senik Mulut Merah bebas keluar masuk di Istana Maharaja Jeram.

Suatu hari, Tuan Senik Mulut Merah telah melarikan alat-alat Kebesaran Kota Limbat dan keris bernama Pelangi Merbo yang berasal dari Jawa ke Kota Bharu.

Tindakan Tuan Senik itu menimbulkan kemarahan Long Seri dan telah menyebabkan kuasa pemerintahan Long Seri semakin merosot. Hari demi hari kuasa dan pengaruh keturunan Long Gaffar makin terhakis.

Long Seri telah menghantar angkatan perang untuk merampas alat kebesaran Kota Limbat dengan diketuai Long Mansor dan dibantu Panglima Munas. Malangnya pasukan ini berjaya dipatahkan oleh angkatan Tuan Senik yang lebih bersedia.

Setelah itu, Tuan Senik telah ditabalkan sebagai Sultan Muhammad 2 pada 1835 dengan sokongan Siam dan baginda telah menggabungkan seluruh Kelantan dan baginda adalah Sultan. Long Seri masih lagi memerintah di Jeram tetapi baginda sudah tidak punya kuasa.

Sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad 2, hubungan Kelantan dengan Siam bertambah baik dan ini dipercayai ada hubung kait dengan cubaan untuk mendapatkan pengiktirafan Siam dalam pemerintahan Baginda di Kelantan.

Beberapa tahun selepas Sultan Muhammad 2 di tabal, baginda Long Seri telah mangkat dan digantikan oleh Long Mansur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: