BOLA SEPAK KELANTAN ZAMAN BERZAMAN



Di terajui oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kelantan FA,) bola sepak Kelantan atau Kelantan Amatur Footbal Association (KAFA) telah menempuh segala ranjau dalam kancah saingan bolasepak tempatan.
KAFA telah melahirkan bintang-bintang bola sepak tempatan dan pemain paling diingati, Hashim Mustapha dan Halim Napi. Dua nama ini tidak asing lagi dalam arena bola sepak Kelantan. Hashim Mustapha adalah pemenang Kasut Emas dua tahun berturut-turut pada 1993 dan 1994. Halim Napi pula diingati kerana ketangkasan beliau menjaga gawang Kelantan untuk suatu tempoh yang lama. Beliau menamatkan karier setelah munculnya Khairul Fahmi Che Mat. Ketika Hashim Mustapha menjadi Penolong Ketua Jurulatih Kelantan, beliau masih bermain di posisi penjaga Gol. Kini, Hashim Mustapha telah menjadi Ketua Jurulatih untuk Pasukan Piala Presiden Kelantan.
Suatu ketika dahulu, Kelantan adalah pasukan yang hebat namun panas baran dan kerap berlaku aksi pergaduhan di tengah padang. Faktor ini menjadi kekuatan dan juga kelemahan pasukan Kelantan. Namun, kini pasukan Kelantan adalah pasukan yang penuh professional dari segi mental dan fizikal.

PENGURUSAN KELANTAN

Tan Sri Anua Musa, Presiden KAFA

KAFA diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa, seorang ahli perniagaan dan ahli politik yang berpengaruh di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Pengurus pasukan pula adalah Tuan Haji Azman Ibrahim dengan Bojan Hodak menjadi Ketua Jurulatih pasukan Kelantan. Sebelum 2008, pasukan Kelantan dikenali sebagai pasukan Kijang Emas mengikut jata negeri Kelantan yang menggunakan kijang. Setelah itu, pasukan Kelantan dikenali sebagai The Red Warrior.

Tuan Haji Azman Ibrahim, Pengurus Pasukan Kelantan

Peter James Butler, Ketua Jurulatih Kelantan 2008 – 2009

Peter James Butler yang menjadi Ketua Jurulatih Kelantan yang ketika itu beraksi dalam Liga Perdana telah Berjaya mencetus fenomena yang berterusan hingga kini. Beliau menjadi Ketua Jurulatih untuk musim 2008 – 2009. Beliau telah berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke Liga Super buat pertama kali dan juga memancu pasukan Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA buat pertama kali semenjak diperkenalkan pada tahun 1990. Namun, Peter James Butler telah meninggalkan pasukan Kelantan sebelum bermulanya saingan Piala Malaysia pada 2009. Dalam kepincangan, Kelantan telah mara ke perlawan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan dan muncul sebagai Naib Juara Piala Malaysia setelah tumpas 3-1 dibawah kendalian B.Sathianathan.

B.Sathianathan, Ketua Jurulatih Kelantan 2010

B.Sathianathan telah menggantikan tempat Peter James Butler dan dibawah beliau, fenomena The Red Warrior terus berapi dan membara hingga kini. B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas mengejut kepada pasukan Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan.

Datuk M. Karathu, Jurulatih 2011

Datuk M.Karathu adalah pengganti kepada B.Santhianathan yang menjalani penggantungan selama 6 Bulan. pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani beliau bagi menatkan kemelut tersebut. Di bawah bimbingan Datuk M.Karathu, Kelantan telah berjaya merangkul Piala Sumbangsih buat pertama kali, Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga.
Peter James Butler dilantik semula untuk mengemudi pasukan Kelantan awal tahun ini walaupun beliau pernah dilanda kontroversi. Beliau telah membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar dan membawa pulang “trio hot kelantan” (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) dari T-Team. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mndahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau akhirnya di rehatkan oleh pengurusan ekoran kelantangan beliau dalam membantah campur tangan pengurusan dalam pemilihan pemain import. Akhirnya, pengurusan KAFA telah melepaskan beliau dengan membayar ganti rugi sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian dan beliau berkelana ke Indonesia.

Bermulanya saingan Piala Malaysia 2012, beliau mengemudi pasukan Terengganu dan berjaya menewaskan Kelantan dalam perlawanan pembukaan peringat kumpulan. Namun, akhirnya prestasi Terengganu makin buruk dan tersingkir awal dari saingan Piala Malaysia yang kini memasuki saingan suku akhir.

Peter James Butler telah mencetuskan kontroversi dengan menuduh Muslim dan Ismail Faruqi sebagai pemain tidak berdisiplin dan akhirnya PBSNT campurtangan dan kini beliau telah ditamatkan kontrak ekoran digantung 6 bulan dengan tuduhan mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran PBSNT.

Bojan Hodak, Cocah Kelantan 2012

Bojan Hodak pada mulanya dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army), ketika Peter James Butler direhatkan. Tidak lama kemudian, beliau dinaikan pangkat kepada Ketua Jurulatih Kelantan setelah Peter James Butler dilepaskan. Beliau telah menggantikan Zahasmi. Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan. Beliau telah membawa Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan menewaskan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya memgekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.
Kini Kelantan juga berada dilandasan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya dengan perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad 4 pada 2 Oktober 2012.

Musuh Tradisi dan Utama

Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman (PBSNT) merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan “East Coast Derby” bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tegang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.

Manakala Pasukan Bolasepak Selangor Darul Ehsan (FAS) merupakan Musuh Utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini.

Sumber: Wikipedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: