SUKA DUKA THE SUPER RED WARRIOR – PENYOKONG TEGAR RED WARRIOR


Pahlawan Merah di Bukit Jalil ketika Final Piala Malaysia 2010

PAHLAWAN MERAH

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka dan juga stadium pasukan lawan termasuklah di Stadium Arema Indonesia.

Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan “Pahlawan Merah”. Laungan “Gomo Klate Gomo” sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946.

Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.

 

TRAGEDI 9 APRIL 2009

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu.

Kekecohan di Luar Stadium selepas tamat permainan

Tidak puas hati dan kekecohan yang berlaku sekitar stadium

Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.

Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali iaitu Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan.

Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.

 

 FINAL PIALA MALAYSIA 2009

Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

PENYOKONG PROFESSIONAL

Penyokong Kelantan kini semakin rasional setelah pelbagai usaha dilakukan oleh KAFA dan juga penyokong Kelantan sendiri melalui laman sosial dengan meminta agar para penyokong tidak lagi “mekong” atau membaling bunga api, mercun, botol air dan juga sampah ke dalam stadium. Terkini penyokong-penyokong Kelantan berusaha agar tiada lagi bunyi Vuvuzela berbunyi ketika perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.

Kita akan muncul sebuah pasukan penyokong yang setia dan bersih serta rasional…..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: