BUKIT PANAU : SATU CERETRA


Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan

PERMULAAN

Bukit Panau adalah salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama pemadangan indah dari puncaknya (720 meter aras laut). Bukit panau terletak 20 km daripada Bandar Tanah Merah. Kedudukannya yang berada di tengah-tengan jalan yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan Jajahan Pasir Mas memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin mengunjunginya.

SEJARAH BUKIT PANAU

Sumber mengatakan bahawa Mount Ophir  yang disebut dalam Kitab Yahudi merujuk kepada Bukit Panau setelah kajian dan penyelidikan dilakukan dan bukan Gunung Ledang. Mount Ophir disebut-sebut kerana ianya menjadi tempat yang pernah dilawati oleh Nabi Sulaiman alaihisalam.

Begitu banyak sekali artikel diblog dan forum yang mengatakan perihal Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau ini. Perkara ini diulas berdasarkan buku Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah s.a.w dan Keturunan Kesultanan Melayu.

Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku.

Masjid Kampung Laut di Nilam Puri

Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ni dah menjadi sungai.

Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang.

LAKSAMANA HANG TUAH

Syeikh Thana’uddin adik kepada Sayyid Hussien Jamadil Qubra telah menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Disinilah Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya datang berguru dengan Adi Putera iaitu nama gelaran kepada Syeikh Thana’uddin. Jarak Kota Melaka dengan Bukit Panau adalah sejauh 7 hari 7 malam pada tahun 1400 Masihi.

Pemandangan dari atas Bukit Panau

Begitulah serba sedikit yang kami dedahkan memandang sudah banyak artikel berkisar hal ini telah diterbitkan.

Rumusan yang boleh dibuat adalah, British atau Inggeris sengaja memadamkan sejarah ini untuk diketahui oleh generasi seterusnya bagi mengelakkan kebangkitan semangat perjuangan dikalangan orang Melayu.

Bagaimanapun, kami di KPSK akan mengulas dengan lebih lanjut dengan gaya dan pemikiran kami yang tersendiri setelah memperoleh sumber yang mencukupi demi mendedahkan sejarah yang sebenar yang telah dipadamkan.

Sumber Rujukan :

  1. Blog Amirez
  2. Majlis Daerah Tanah Merah

9 responses

  1. terima kasih ye bagi trackback ke blog saya. harap pihak kpsk dapat buat kajian yang lebih mendalam tentang sejarah ni. sejarah bukit panau ni memang menarik untuk dikongsikan

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Tiada masalah Saudara Amirez. Kami pun dalam peringkat kajian juga. Sekarang tengah susun sumber maklumat. Sama-samalah kita trackback ok.

  2. terbaik PB

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Disini admin Pasir Mas yang menggarap artikel. PB @ Admin Pasir Puteh 01 aktif membangkit semangat anak Kelantan di Fan Page KPSK

  3. good luck KPSK..

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Thank You al-Qutuz

  4. […] Begitulah cerita harafiah daripada penduduk setempat di Danau To’Uban. Sebenarnya kawasan danau ini dahulunya adalah lokasi Empayar Kerajaan Chermin sebuah kerajaan Kelantan purba dengan Jiddah sebagai ibu kotanya. Ia menjadi pusat perdagangan dikawasan tersebut yang dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Nabi Sulaiman a.s. juga dikatakan pernah sampai kekawasan ini suatu masa yang tidak dapat dipastikan dan ianya ada tercatat dalam Kita Yahudi seperti pernah kita sebut dalam entiri ini. […]

  5. ambo telah merancang utk meneroka bukit panau ini,apa2 hal akan diberitahu

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Kita akan naik Bukit Panau hari Sabtu ni (6/10/2012)….kita gi sorang jah. X rajin g lagi tu gak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: