Danau To Uban dan Masjid Brunei Darulsalam


Pandangan dari Penduduk Setempat

Danau To’Uban berada dalam Kampung To’Uban merupakan sebuah kawasan yang sering dikunjungi orang ramai dan terletak 20 kilometer dari bandar Pasir Mas. Pada asalnya ianya hanya sekadar sebuah sawah padi yang pada awalnya merupakan sebuah alur sungai yang agak sempit sekadar sebuah tempat untuk menakung air semata-mata. Dahulunya kawasan Danau ini adalah tempat penduduk mengerjakan sawah padi.

Namun akibat hujan yang sering turun di Sungai Cegor di Tanah Merah terus mengalir melalui beberapa saliran meyebabkan kawasan berkenaan tidak mampu menampung air yang melimpah lantas mengalir ke pintu gate di Kampung To’ Uban. Apabila pintu gate sering dibuka untuk menghalang air dari melimpah tebing dan terus mengalir laju ke kawasan sawah terbabit. Akhirnya jumlah air yang banyak ini telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan terjadilah Danau yang kita lihat pada hari ini.

Sudut Sejarah Teks

Begitulah cerita harafiah daripada penduduk setempat di Danau To’Uban. Sebenarnya kawasan danau ini dahulunya adalah lokasi Empayar Kerajaan Chermin sebuah kerajaan Kelantan purba dengan Jiddah sebagai ibu kotanya. Ia menjadi pusat perdagangan dikawasan tersebut yang dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Nabi Sulaiman a.s. juga dikatakan pernah sampai kekawasan ini suatu masa yang tidak dapat dipastikan dan ianya ada tercatat dalam Kita Yahudi seperti pernah kita sebut dalam entiri ini.

Semasa kegemilangan Chermin (Danau Tok Uban) Jiddah mempunyai emas yang sangat banyak namun ia telah tenggelam ekoran daripada bencana alam. Sesetengah sumber mengatakan telah berlaku satu gempa bumi@tsunami hingga menyebabkan Kota Jiddah ini tenggelam bersama-sama emas ini. Kemudian pemerintah Chermin ketika itu telah memindahkan pusat pentadbiran Chermin ke Nenggiri satu kawasan di pedalaman Kelantan kini yang terletak dalam Jajahan Gua Musang.

Ringkasnya, didasar danau ini terkandung emas yang banyak dan menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta ni akan digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

 Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

 

Masjid Brunei

Masjid Brunei terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas. Kedudukannya di hujung jalan kampung. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini, namun setelah 20 tahun pembinaannya, ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei.

Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.

Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok.  Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama Tahfiz.

PEMBINAAN

Pada awalnya penduduk kawasan ini mahu membina sebuah masjid namun kekurangan sumber kewangan. AJK Masjid telah menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei ketika itu untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan, dengan izin Allah s.w.t. Sultan Brunei memperkenankan permintaan mereka dan Baginda sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan terima kasih Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Brunei Darussalam.

Tiada misteri yang terselindung disebalik pembinaan Masjid ini. Baginda Sultan Brunei berkenan untuk membina kawasan ini kerana leluhur Kesultanan Brunei berasal dari kawasan ini. Dahulunya kawasan ini adalah tempat Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Beliau telah menghantar salah seorang anaknya untuk berdakwah ke Borneo dan akhirnya ditabal menjadi Sultan Brunei dan dari sinilah berkembangnya Kesultanan Brunei kini.

Sebagai tanda ingatan, Baginda memperkenankan pembinaan masjid ini.

Sumber :

  1. Azmi Pasak
  2. Blog Amirez


4 responses

  1. mace dop betul je Nabi Sulaiman pernoh sapa ke bukit panau. sbbnyo ramai duk kato gunung ledang adalah mount ophir. rasanyo ophir dan mount ophir lain. land of ophir pula mungkin terletak di negeri lain yg kayo ngan emas. kalu tengok cerito king solomon’s mines, dale cerito tu tunjuk pasal gunung berapi tak aktif. kat malaya ni memang ada gunung berapi dop aktif..cuba search pahang volcanic series/raub group. kelantan, terengganu, pahang ngan sebahagian johor sbnrnyo berasal dari benua lain berjuta-juta tahun dulu. kemudian bercantum ngan barat malaya. kawasae yg tercantum ni dinamakan raub-bentong suture. tu sebab dinamakan central gold belt yg menganjur dari kelantan ke gunung ledang, johor. kat raub memang ada gunung berapi yg dop aktif. seluruh kwsn raub kaya ngan emas sbbnyo terletak antara banjaran titiwangsa ngan banjaran gunung benum. hugh clifford, bks residen pahang pun kata king solomon’s mines terletak kat pahang sbb trdapat emas, gading gajah, burung merak, monyet… sama seperti kisah Nabi Sulaiman import semua tu dulu.. kalu sy saloh mitok maaf deh..

  2. nampaknya admin suko delete komen.

    Sy baru terbaca yg Gunung Ledang bukanlah Mount Ophir yg sebenar. Sy yakin Mount Ophir tentulah gunung yg menghasilkan sumber mineral yg banyak seperti Gunung Benom kerana ianya adalah gunung berapi beratus/berjuta tahun dulu..Kebanyakan emas, bijih timah dsb berasal dari gunung itu dan tersebar ke seluruh Malaya. Jika Bukit Panau adalah Mount Ophir, adakah terdapat aktiviti melombong emas kat situ sekarang? Kenapa Hugh Clifford yakin Pahang adalah Ophir? Cuma sekarang saja Raub kekurangan emas sebab dilombong sejak 3000 tahun dulu..Ini buktinya: http://www.amazon.com/Portuguese-Malay-Land-Edition-ebook/dp/B0043RSCVA
    “Sir Roland examines the book VII of “Ptolemy’s Geographica” written about 160 AD, which sends us back to the land of Ophir of the Bible, also called “Golden Chersonese”, where gold of higher purity had already been found around 3000 years ago in today’s Pahang.” Yang ada kat Raub sekarang emas muda yang beranak dan akan tersebar semula..Sy juga jumpa yg Banjaran Gunung Benom juga dipanggil Mount Ophir Range.

    The Mount Benom Range
    Still called the Mount Ophir Range, this is the least individualized of all the chains on the Peninsula. Pinned between the Main Range and the Tahan Range, it is distinguished only by two granite massifs, Benom (2,107 metres) and Ledang (Mount Ophir 1,276 metres). – http://books.google.com.my/books?id=g63vuaasxrgC&pg=PA17&lpg=PA17&dq=mount+ophir+gunung+benom&source=bl&ots=MKuYxnKXEM&sig=NgcNFeDAUGn4V89kK9jeHxB4ahc&hl=en&sa=X&ei=JKGEUYjgN4-IrAeGyIHABg&ved=0CDcQ6AEwAg#v=onepage&q=mount%20ophir%20gunung%20benom&f=false

    http://paperspast.natlib.govt.nz/cgi-bin/paperspast?a=d&d=OW18920901.2.104.3&l=mi&e=——-10–1—-2–

  3. Teruskanlah mengkaji sejarah Kelate..Bukan utk rakyat Kelate je tp untuk rakyat Malaysia. Sy bukan benci org kelate atau nak nafikan sejarah Kelate ke apo..Mak saya org kelate..Arwah ayah asal salah satu negeri kat pantai barat..Kami adik-beradik lahir dan membesar kat Raub ni.. Dah takdir jd org pahang..Memey bangga la jadi org Pahang lg2 lahir kat kwsn yg penuh hutan ni..tenang..Kat rumah kami kecek Kelate ngan sedara..

    Cuma x puas hati ado org Kelate yg claim mace2..Duk kato piramid kat Pahang milik Kelate la..Mace la Pahang ni xdo kota purba..Kesian org Pahang..Dah pulok tu xdop bukti sejarah yg menunjukkan Pahang ado sejarah yg betul2 ‘purba’ mcm Chih-Tu, Langkasuka dan Gangga Negara.. Yg paling ‘lama’ pun Pahang diperintah wakil Siam, Maharaja Dewa Sura sblm waris Kesultanan Melaka perintah..

    Sy suka budaya Kelate yg pelbagai dan unik..makanan pun banyak dan sedap..begitu juga dgn Pahang..Sy dapat rasakan Ulu Pahang (Lipis, Raub, Jerantut) ni ado sejarah tersembunyi..

    Tak tau kenapa sy suka tengok pemandangan sepanjang jalan Raub-Bentong dari masa sekolah dulu. Semakin lama, sy tertanya-tanya dari mana datangnya emas yg banyak kat Raub ni dulu sbbnyo kalu ada gunung berapi mati, baru la ado emas..Fakta gunung berapi kat Semenanjung Malaysia pun tak didedahkan.

    Sehinggalah pada tahun lepas sy terbaca yg Gunung Benum adalah gunung berapi.. Kedudukan Daerah Raub di lembah Gunung Benum dan Banjaran Titiwangsa menunjukkan Raub adalah Ophir. Sejarah Kelate pun hebat2 belako..Apa2 pun sy mitok maaf la kalu sy salah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: