Sultan Syarif Ali@Sultan Berkat Brunei bukan keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra


Syarif Ali (Sultan Barakat) 1426-1432, Sultan Brunei ke 3

Telah tercatat bahawa Syarif Ali berasal dari Taif di Jazirah Arab. Baginda ke Brunei dalam tahun 1395. Kedatangannya sebagai mubaligh Islam. Kemudian, baginda telah dikahwinkan dengan Puteri Ratna Kesuma iaitu Puteri Sultan Ahmad yang memerintah Brunei waktu itu. Setelah Sultan Ahmad mangkat, beliau ditabal sebagai Sultan dan lebih dikenali dengan nama Sultan Baraakat@Berkat.

Diriwayatkan Syarif Ali Bilfaqih berasal dari keturunan Rasulullah S.A.W melalui cucundanya, Sayyidina al-Hassan RA. Beliau juga merupakan satu-satunya pengasas Kesultanan di Nusantara yang diketahui berketurunan al-Hassan dan kebanyakan sultan-sultan di sini berketurunan dari Rasulullah S.A.W melalui titisan cucunda baginda, al-Hussien.

Catatan Tarsila Brunei, Syarif Ali ini pernah menjadi penguasa Mekah. Salasilah Raja-Raja Brunei pula menyatakan bahawa, Syarif Ali datang dari Taif dengan membawa sebilah pedang yang dikenali sebagai ‘Pedang Si Bongkok’. Pedang ini merupakan pemberian Kerajaan Turki kepada Amir Mesir dan Syarif-Syarif di Mekah.

PEREBUTAN KUASA DI MEKAH

Setelah kewafatan Syarif Ahamd pada 1387, baginda telah digantikan oleh Syarif Muhammad yang masih kecil dan dibantu oleh bapa saudaranya, Syarif Qubaish ibni Syarif Ajlan. Tidak berapa lama kemudian Syarif Muhammad telah terbunuh dan kuasa memerintah kini menjadi rebutan antara Syarif Inan ibni Mughamis dengan dibantu 3 sepupunya :
1) Syarif Ahmad ibni Thaqabah ibni Rumaithah
2) Syarif Aqil ibnu Mubarak ibni Rumaithah
3) Syarif Ali ibni Ajlan ibni Rumaithah

Kemudiannya beliau telah mendapat pengiktirafan Raja Mesir untuk memerintah Kota Mekah. Namun kuasa ini ditarik balik oleh Raja Mesir dan melantik Syarif Ali ibni Ajlan menjadi penguasa Mekah yang baru.

Pemerintahan Baginda Syarif Ali sentiasa bersaing dengan Syarif Inan bin Mughamis yang menginginkan Kerusi Amir Mekah. Pertelingkahan demi pertelingkahan telah berlaku dan menyebabkan Syarif Ali menghadap Raja Mesir bagi membincangkan masalah politik di Mekah waktu itu agar kekuasaannya tidak tergangu. Setelah mendapat restu dari Raja Mesir, Syarif Ali telah bertemu dengan Syarif Inan agar tunduk kepada kekuasaan baginda. Namun Syarif Inan enggan tunduk dan menyebabkannya di penjara. Beliau dapat meloloskan diri dan menemui Raja Mesir. Setelah mendengar alasan-alasan yang diberikan oleh Syarif Inan, Raja Mesir memutuskan agar Syarif Ali dan Syarif Inan berkongsi kuasa, tetapi Syarif Inan tetap menolak keputusan itu.

14 September 1387M, satu pertempuran telah berlaku di Syeib al-Azir antara dua Syarif ini. Pada bulan Oktober dalam tahun yang sama, telah diadakan perjanjian damai. Dalam musim haji, Utusan Raja Mesir telah mencadangkan agar perkongsian kuasa dilakukan untuk menamatkan persengketaan ini. Namun, Syarif Inan tidak berganjak dari keputusan beliau. Beliau sekali lagi ke Mesir tetapi Raja Mesir tetap mahu kedua-dua Syarif ini berkongsi kuasa. Syarif Inan terpaksa pulang ke Mekah.

Di Mekah, Syarif Ali telah mendapat sokongan penuh dari Syarif-Syarif terkemuka di Mekah untuk mendapat kekuasaan penuh keatas Mekah. Akhirnya Syarif Ali telah menyerang Syarif Inan semasa beliau berada di tempat sa’ie.

Amir Mesir ketika itu, Malik Az-Zahir Barqoq mendapat perkhabaran ini dan memanggil kedua-dua Syarif tersebut dan memutuskan agar Syarif Ali seorang sahaja menjadi Amir Mekah dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Syarif Inan dan menyebabkan Kota Mekah kacau bilau.

Atas sebab yang kurang jelas, sokongan Syarif-Syarif Mekah ditarik kembali dan memberi tekanan kepada pemerintahan beliau. Hal ini menyebabkan penyokong Syarif Ali tidak senang dengan pergolakan yang berlaku dan membuatkan baginda memutuskan untuk menangkap mereka yang terlibat dan ini membuatkan Mekah dalam keadaan huru hara dan ramai penduduknya lari ke Yanbu.

Selepas 7 tahun memerintah, akhirnya pada 26 Julai 1395, Syarif Ali dikhabarkan dibunun oleh pembesar-pembesar Mekah dan berkemungkinan dilakukan oleh Syarif Inan kerana beliau yang sentiasa tidak puas hati dengan pemerintahan Syarif Ali.

MENCARI KETENANGAN

Satu persoalan telah timbul disini.

Sekiranya Syarif Ali dibunuh, sudah pasti Syarif Inan yang menggantikan beliau tetapi hal ini tidak terjadi kerana adik Syarif Ali iaitu Syarif Muhammad ibni Ajlan yang menggantikannya menjadi Amir Mekah dan beliau telah menerima watikah perlantikan dari Sultan Malikul Zahir Barqoq Mesir pada 1397M.

Kesimpulan boleh dibuat dengan menyatakan bahawa Syarif Ali sebenarnya tidak dibunuh, baginda melarikan diri dari Mekah ke Khaulan yang terletak di Selatan Jazirah Arab, dan dari Khaulan baginda telah belayar jauh ke Alam Nusantara membawa diri dan mencari ketenangan dari kekacauan politik di Kota Mekah hinggalah beliau sampai ke Brunei ketika itu diperintah oleh Sultan Ahmad.

Begitulah kisah Sultan Baraakat@Sultan Berkat.

Disimpulkan baginda bukanlah dari Keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan entri-entri yg menyebutkan beliau berasal dari Sayyid Hussien Jamadil Qubra telah terbatal. Namun kedua-dua mereka tetap mempunyai persamaan iaitu dari keturunan Ahlul Bait.

Wallahualam.

Sumber : Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W dan Kesultanan Melayu

6 responses

  1. salam bahagia buat semua,banyak telah terbit tentang kisah kesultanan BRUNEI,tidak di nafikan semua masih mencari kesahihan perwaris sebenar SULTAN SYARIF ALI.SIAPA SYARIF ALI masih menjadi tanda tanya dan siapa keturunan nya.dimana dan siapa.mereka ini akan memimpin pada akhir zaman bersama BANI TAMIM menegak kebenaran.Tak perlu difikir sangat hal2 sebegitu,mereka keturunan beliau sudah bergumpul,dari Timur,Barat,Utara dan Selatan.mereka sudah melata di bumi Malaysia ini,namun tiada siapa mengenali mereka,Alhamdulillah,segala puji hanya untuk Keagungan ALLAH,,RABULALLAMIN.Kalian akan tahu nanti .Keturunan sebenar Sultan Brunei.Pembawa wasiat dari ALLAH dan Rasul tentang kebenaran.

  2. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

    Saudara Shahibulq, sekiranya mereka telah berkumpul sudah pasti mereka sedang meresapi pimpinan di negara-negara nusantara. Masakan mereka berdiam diri sahaja. Ya, secara peribadi saya memanjat doa kepada Allah s.w.t agar sentiasa melindungi kaum Muslimin daripada fitnah Dajjal dan disesatkan Syaitan.

  3. assalamualaikum, tidak sangka ada yg masih mengambil berat tentang kesultanan Brunei, lebih2 lagi org luar. Ana adalah antara keturunan Sultan Sharif Ali, jika tidak keberatan boleh contact ana di email berikut, thisismylife15@hotmail.com

  4. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

    Waalaikumusalam. Saudara Nur, kami di KPSK berkebetulan menemui fakta ttg Sultan Sharif Ali. Di Malaysia ramai mengatakan Kesultanan Brunei dari keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra sama seperti Sultan kelantan. Lalu kami membuat rujukan dan ternyatakan Sultan Sharif Ali bukan dari keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Jadi, kami rasa terpanggil untuk perbetulkan fakta ini… Bagaimanapun, kami sentiasa terbuka untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak, asalkan ianya bagus buat Ummat Islam dan Melayu.

  5. cucunda sultan | Reply

    assalam semua… mmg 1 dunia ternanti2. siapa, d mana sultan brunei yang sebenar. (fakta dr arwa datuk saya yang bernama abdan-bukan nama sebenar.) sultan brunei sekarang ni adalah adik kepada sultan ahmad tajuddin. sultan ahmad tajuddin x lindung. tetapi sebaliknya baginda melarikan diri akibat dr kekacauan yang timbul pada masa dahulu. baginda membawa kerabatnya menaiki kapal menuju kesebuah kg d sabah. baginda terdampar d sebidang tanah yang di kelilingi sungai. (seperti pulau)… baginda juga membawa beberapa barang kebesaran kesultanan brunei. ada 6 kesemuanya (mohon maaf x dpt d nyatakan d sini atas keselamatan) barang yang ke 7 adalah pedang sibongkok. pada tahun ini genap 100 baginda sultan ahmad tajuddin lahir ke dunia. sama2 kita nantikan kesudahannya… hanya sultan hassanal bolkiah yang mampu merungkai semua yang tersirat sebalik kisah keluarga baginda ini.

  6. sy dri keturunan saiful rizal sultan brunei yg ke tujuh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: