Pantai Sabak terakam dalam Sejarah World War 2


Peperangan Dunia Ke Dua (WWII) adalah satu peperangan yang melibatkan semenanjung Tanah Melayu dan nama Pantai Sabak adalah satu lokasi yang signifikan dalam sejarah Perang Dunia ke dua di Semenanjung Malaysia ketika Jepun menyerang semenanjung ini.

Pantai Sabak mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air. Pantai ini ini terletak di Kota Bharu, Kelantan dan kedudukannya amat strategik.

Oleh sebab itu, British telah membina satu pertahanan yang kuat di Pantai Sabak sebagai pengkalan utama bagi menghalang kemaraan musuh dari laut. Pertahanan ini dibina di sepanjang pantai dari Sabak hinggalah jauh ke Bachok. Namun kesan kubu di Pantai Sabak sudah dapat dilihat lagi kerana telah tenggelam dihakis laut yang saban tahun membaham pantai Kelantan.

Phill Box atau Kubu Pertahanan British di Pantai Melawi, Bachok

Angkatan tentera Jepun telah memilih Pantai Sabak sebagai lokasi serangan utama kerana ianya terletak di Utara Tanah Melayu sekaligus berdekatan dengan Siam dan Vietnam kerana tentera Jepun bergerak sehala dengan Pantai Sabak ini.

Sebenarnya, British membina kubu yang kuat di Pantai Sabak adalah untuk melindungi lapangan terbang Pengkalan Chepa yang berhampiran dengannya daripada ditawan musuh dan ini adalah satu penempatan logistik yang amat penting pada Kerajaan British.

8 Disember 1941, Jepun menyerang Tanah Melayu dan pantai ini telah menjadi medan perang pertama. Tentera British yang berkubu di pantai ini telah memberikan tentangan yang sengit menghalang kemaraan Jepun dari mendarat. Walau bagaimanapun, pihak Jepun akhirnya dapat meranapkan kubu pertahanan ini dan seterusnya menguasai Pengkalan Chepa dan seluruh Kota Bharu jatuh ke tangan Jepun pada 9 Disember 1941.

Kubu di Bachok

Pandangan dalam Philllbox@Kubu British di Tepi Pantai

Jepun adalah satu bangsa yang hebat…dalam serangan ini, mereka telah dapat menawan Kelantan dalam masa satu hari sahaja dan ini membuktikan kekuatan dan semangat tentera Jepun yang tinggi. Semasa mereka mendarat di Pantai Sabak, pihak Jepun juga telah membakar kapal-kapalnya untuk menaikkan semangat tentera yang lain dengan mesej, mereka tidak boleh berpatah balik, jika ingin kehidupan lebaih baik mereka harus mara!

Oleh sebab itulah, Kubu Pantai Sabak ini dapat dikalahkan oleh Jepun mesikpun ia kubu yang dianggap Kebal, satu sumber menyebut, jika British bertahan lebih lama sedikit tentu askarnya akan kalah dalam serangan itu. Di Pihak British pula, mereka tewas bukan kerana kematian tetapi mereka kehabisan peluru rifel dan meriam.

Kesan Tembakan di Pokok Kelapa di Pantai Padang Pak Amat

Pillbox di Lalang Luas, Machang : Ianya dibina di Kawasan Lapangan Terbang tentera British di Machang.

Asakan hebat daripada tentera Jepun telah menyebabkan Inggeris berundur membiarkan Kubu Pantai Sabak dan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ditawan Jepun.

Mengenang sejarah pertempuran yang hebat ini, pihak Muzium Kelantan telah membina satu tugu di Pengkalan Chepa yang tidak jauh dari kubu Pantai Sabak tersebut. Kawasan ini dinamakan Taman Kediaman dan ini adalah sebagai usaha pihak Muzium Negeri memelihara kesan-kesan sejarah yang berkaitan dengan pendaratan Jepun di Pantai Sabak pada tahun 1941.

Tugu Peringatan Perang Dunia KeDua di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa (dipercayai telah dibaham laut)

Kubu Pantai Sabak, bagaikan satu “ketukan” untuk membuka pintu semangat orang-orang Melayu untuk bangkit mempertahankan hak mereka untuk diwarisi generasi mereka selepas ini.

 

Sumber:

  • Arkib Negara Malaysia
  • Raykinzoku
  • Buku The Greatest Book of World War II

One response

  1. Jepun juga mendarat di Kuala Pak Amat, Kampung Tukang Dollah. Lebih dekat dengan lapangan terbang berbanding dengan Pantai Dasar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: