PENYOKONG BOLA SEPAK KELANTAN FANATIK? – sumber Cikgu Speing@kelate.net


Sejak era zaman gelap Kelantan Fa dengan pelbagai masalah dan kontroversi, dalam ramai yang mencemuh masih ada ramai yang sayang. Masih ada yang menyokong tanpa henti pasukan bolasepak yang tidak pernah mengecap era kemanisan dalam sejarah mereka, meskipun pasukan ini mempunyai kualiti dari semangat bermain dan pembentukan pemain muda peringkat akar umbi namun tetap ketinggalan dalam mengejar apa-apa kejuaraan yang di sertai.

Dari serendah-rendah piala sehingga ke piala terhebat, Kelantan masih belum mampu mencapainya ketika itu. Dengan situasi zaman gelap sebegitu, penyokong fanatik tetap wujud dan ramai menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV masih mampu menjadi stadium tuan rumah kerana kutipan tiket yang tetap berjalan dan mampu untuk membuatkan perbadanan stadium menaruh harapan dengan sumbangan kewangan dari tiket yang di raih.

Kualiti fanatik yang ada ketika itu sangat kontra dengan fanatik sekarang, fanatik ketika itu banyak yang membawa rebah. Penyokong masuk ke Stadium kerana ingin mencerca dan meluahkan perasaan menyampah mereka kepada pasukan. Jika Kelantan Fa mampu melangkah jauh sedikit dan andaikata tertewas di tengah jalan, pelbagai kebobrokan yang berlaku samaada keatas pasukan yang ditentang atau pasukan sendiri. Suasana di luar Stadium banyak mencatat sejarah hitam.

Cermin kereta pecah, motorsikal di bakar, tayar kereta dan bas dipecahkan, bergaduh sehingga parah, perbalahan puak melibatkan sesama sendiri dan prasarana Stadium dirosakkan dan dihancurkan mengikut hawa nafsu dan emosi yang tak terbatas lagi.

Ini membuatkan pasukan dan penyokong ketika itu tidak berjalan selari, pengurusan dan pemain menjauhkan diri dari penyokong ganas yang menakutkan. Namun begitu walaupun mengalami kemorosotan peringkat terendah sehingga banyak kali bermain di divisyen dua ketika itu, dan juga pernah terjerumus ke liga terbawah iaitu liga konvesional terendah iaitu Liga FAM.

Kemudian tampuk pemerintahan atasan Kelantan Fa berubah pada tahun 2004 dalam pengundian Presiden diambil alih oleh Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub kemudian diserahkan kepada Tan Sri Annuar Musa. Era gelap sudah berlalu dan penyokong pada awalnya berbelah bagi kerana pasukan berada di Liga Fam dan ketika itu pembentukan era penyokong positif berjaya dicanang dengan penubuhan dan kebersamaan kelab-kelab penyokong terawal menyatakan pendirian untuk berada di belakang pengurusan Kelantan Fa.

Namun usaha ini tidak senang, mereka yang mencemuh berbahagi dan berdolak dalik hatinya untuk menyertai atau tidak, tetapi legasi kesinambungan penyokong berjaya di teruskan. Walaupun begitu masih timbul kontroversi yang tak senang untuk hilang, menjadi bertambah menarik senario penyokong untuk di perhatikan.

Ini seperti pembentukan budaya mereka dari awal dan sekian lama tak akan berubah, dengan perangai membaling botol, mencerca sesuka hati, mencetus pergaduhan sesama sendiri, menimbulkan provokasi, melakukan kerosakan hak milik awam, memanjat stadium, sehingga lah menjadi sasaran akhbar-akhbar menguatkan berita mengenai perangai buruk penyokong Kelantan Fa seperti mencurah minyak ke dalam api.

Namun dalam keadaan itu, ada kebaikan juga kerana pandangan umum melihat era kebangkitan penyokong Kelantan Fa menyampaikan saluran kepada umum sejak awal lagi, sehingga pembangunan penyokong Kelantan Fa dilihat sudah lama bertapak di arena bolasepak negara.

Dalam kebobrokan yang segala jenis pandangan serong dilemparkan, kefanatikkan yang berlaku sesuai untuk menjurus kearah kemeriahan, ada banyak juga fanatik yang pro atau di sifatkan positif kepada pembangunan sebenar jiwa bolasepak di dalam Liga Malaysia. Ini boleh di lihat dua tiga tahun sebelum melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama pada tahun 2009, penyokong Kelantan yang kerap keluar dari negeri untuk menyokong pasukan di luar Kelantan memperlihatkan kesungguhan fanatik yang positif itu.

Kebanyakan penyokong yang berhijrah keluar ini terdiri dari mereka yang lebih matang, mengajak penyokong Kelantan Fa di seluruh Lembah Kelang untuk bersatu hati menyokong dengan penuh beradab. Banyak musibah terpaksa ditempuhi, biasanya ketika menentang seteru utama seperti Selangor dan Terengganu tidak dapat di elakkan seperti provokasi dan pergaduhan, Stadium Shah Alam, Stadium Bukit Jalil, Stadium Kangar dan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di Terengganu antara tempat yang banyak mengundang masalah kerana pandangan penyokong lawan kepada penyokong Kelantan yang lagak seperti baru nak mengecap kemanisan menyokong pasukan yang kuat dan bersikap ingin menjajah stadium lawan itu lah pandangan penyokong lain. Kebanyakan juga yang merasakan mereka datang untuk membuat onar merosakkan hak awam sekitar Kuala Lumpur.

Walaupun saban tahun dikecam, banyak usaha kearah perubahan di lakukan kelab-kelab penyokong dengan kerjasama pengurusan Kelantan Fa juga. Sampai satu tahap penyokong Kelantan tidak mengurangkan tahap fanatik tetapi menambah-kuasakan kefanatikkan itu tetapi dengan cara positif dan membuka mata ramai penyokong luar.

Gambaran kemeriahan seperti mempelbagaikan gaya sokongan dengan penyatuan sorakan, kibaran bendera, memeriahkan suasana lebih awal di luar Stadium, penglibatan gadis-gadis dan kaum hawa yang lebih beradab juga menampakkan keceriaan terbatas disitu.

Sikap solat jemaah beramai-ramai di Stadium, sikap menghormati penyokong lawan dengan mengajak bergambar dan duduk bersama menonton, menceriakan kemeriahan Liga sejak 5 tahun kebelakangan ini. Sudah ramai penyokong bolasepak melihat penyokong Kelantan dengan itonasi memuji, sehingga akhir-akhir ini penyokong Kelantan mengajak dengan penuh hemah penyokong luar datang menonton di Stadium Sultan Muhammed IV dengan dihidangkan bantuan perhubungan, bersatu, duduk bersebelahan, sehingga memberi impak positif kepada kelab penyokong luar dan Ultras negeri-negeri untuk bergabung. Penyokong Selangor, Kedah, Singapura dan terbaru penyokong Terengganu mendapat layanan baik dengan bantuan Kelab Penyokong yang berusaha keras mencegah kemungkaran dari pihak penyokong umum yang lain, sebagai contoh untuk mengajar adab-adab negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenal dengan adab dan keberanian yang terbilang.

Selain itu gabungan kelab penyokong Kelantan dengan seteru utama Penyokong Selangor semakin memupuk nilai murni dalam kefanatikan menyorak dan menyokong bola. SSFC dan Kelate.Net bergabung paluan gendang di main seat kelab penyokong di tengah-tengah tempat duduk Stadium Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan dalam banyak perlawanan sejak setahun dua ini. Selain itu gabungan Ultras tidak ketinggalan bersatu hati dalam menyokong pasukan Malaysia.

Ini memberi impak yang bagus terhadap perkembangan liga Malaysia yang jika di atur dengan pembangunan kewangan melalui pengiklanan dan tajaan serta perjalanan persatuan yang telus dalam menguruskan kewangan selari dengan kemeriahan sokongan, dilihat akan menaikkan taraf liga Malaysia kepada grade C atau tak mustahil mampu mencapai grade B seperti pernah di kecap oleh Indonesia dan Thailand didalam gabungan liga-liga Asean oleh AFF dan seluruh Asia iaitu AFC.

Hasil dari sebuah kefanatikan yang tak terbendung sebenarnya mempopularkan suasana tersebut jika kelangsungan mampu dikawal. Lihat saja kefanatikan penyokong liga Indonesia, terbaru kita dengar 3 nyawa melayang di perlawanan melibatkan Persija dan Persib dek kerana emosi tak tertanggung, jika mampu di kawal dan hasil tajaan besar liga Indonesia menjadikan mereka pernah mencecah Grade B dalam liga seluruh Asia.

Inilah kemeriahan fanatik totok ala Kelantan yang perlukan tapisan yang tidak menghalang pertumbuhan jiwa-jiwa muda Kelantan menyokong bola Kelantan, selain segenap pihak samaada kerajaan, swasta atau golongan Profesional sudah melihat perkembangan positif ini sehingga penajaan besar sudah berebut-rebut untuk menaja Kelantan Fa untuk musim depan.

Lihat juga kelab penyokong juga di taja oleh pelbagai pihak antaranya Yusmira dan Happy banyak menyumbangkan kesenangan dana dalam mencetus kemeriahan fanatikal yang bertapis dan positif. Jika perjalanan ini bergerak dengan selari mengurangkan kontroversi saya rasa akan membuka mata banyak pihak untuk menyanjungi liga Malaysia yang sejak berubah dari era zaman Semi-Pro tidak mampu untuk berdiri malahan jatuh menjunam, sekarang merangkak melangkaui batas-batas musibah yang hadir dari banyak penjuru yang tak perlu kita huraikan lagi, namun jika ada 5 pasukan kuat lain didalam Liga M yang mampu mencabar secara konsistennya dan membentuk kekuatan penyokong fanatik seperti Kelantan sekurang-kurangnya untuk 5 pasukan, saya jamin kita akan mengecap nikmat kekuatan Liga Malaysia seperti zaman dahulu.

Ketika liga kita kuat dan berada di grade tertinggilah kita mampu membenam Korea, menjinakkan Jepun dan memegang tampuk pasukan terkuat Asean sejak berabad, kita mampu kembali ke zaman itu dengan hanya dua cara utama iaitu mencetuskan sumber kewangan penajaan yang telus ke semua pasukan bertanding dan membentuk keghairahan fanatikal yang positif dalam keseluruh jiwa penyokong pasukan di dalam Liga Malaysia. liga kita, wajah kita. Fanatik kita melambangkan kekuatan liga kita.

– Cekgu Speing –

 

Sumber:

  1. Kelate.net

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: