PESANAN DARI KPSK


Menyambung artikel kami sebelum ini  iaitu berkenaan rujukan-rujukan yang menyokong kewujudan empayar Yawadwipa. Sebelum itu, kami ingin menjelaskan kenapa Allahyarham Ustaz Abdullah Mohamed (Nakula) begitu menekankan aspek pengkajian terhadap Yawadwipa. Untuk itu, kita perlu menyoroti zaman ketika beliau menghasilkan artikel mengenai Yawadwipa dalam tahun-tahun 70an. Ketika ini, kebanyakkan negara di Asia Tenggara adalah negara baru merdeka dari imperialis Barat.

Ketika itu, Dunia Barat memandang masyarakat Asia Tenggara ini sebagai entah dari mana, terutama negara Malaysia yang baru merdeka 20 tahun. Tidak dinafikan tidak sedikit Sejarawan yang muncul ketika itu, tetapi jarang sekali Sejarawan yang memperjuangkan Sejarah Kelantan yang sebenar. Nakula telah tampil kehadapan untuk mempertahankan Sejarah Kelantan ini, dan beliau telah banyak menghasilkan artikel tentang Kerajaan Melayu kuno ini dengan perspektif kepada Kelantan.

Jika kajian beliau adalah kajian picisan, sudah pasti panel-panel warisan Kelantan ketika itu seperti Prof. Khoo Kay Kin namun ianya telah diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Kelantan.

Pada  masa kini, bertaburan artikel seperti yang sedang kami hasilkan ini di dunia maya. Namun, dari segi professional dan akademiknya ia masih tidak boleh diiktiraf mempunyai impak dari sudut ilmiah kerana artikel yang diterbitkan diblog-blog tidak mempunyai panel yang menilai hasil sebenar artikel tersebut.- nui nn 90 kajian yang lebih mendalam dengan menyertai Persatuan Sejarah yang rasmi.

Nakula, dalam satu artikel beliau telah berpesan…..”untuk memahami rahsia-rahsia dalam riwayat tradisi tidak dapat dihuraikan dengan mengkaji pada hitam atas putih sahaja……………

kami andaikan para pembaca semua memahami apa pesanan yang disampaikan oleh Nakula dan kami tidak mahu lagi mengulas akan hal ini, terpulang kepada anda semua untuk menilai.

Kami hanya menyampaikan semula pernyataan yang terakam dalam artikel-artikel yang dihasilkan oleh Nakula ini dengan niat untuk memperhangatkan kembali maklumat yang semakin suram dimamah usia. Pada Anak Kelantan yang berminat untuk mengkaji sejarah Negeri Kelantan, kita menasihatkan agar anda mencari sumber yang dihasilkan oleh anak Kelantan  bagi mengelakkan unsur-unsur berat sebelah dalam menghasilkan penulisan. Jika anda terus merujuk kepada sumber luar, maka sumber-sumber dari pengkaji Kelantan akan menjadi pudar kerana hanya Anak Kelantan dan keturunannya yang mempunyai sifat bangga diri yang menebal….. Namun, terpulang kepada anda untuk memilih jalan dan cara yang tersendiri yang penting niat kita.

Sekian.

Wallahualam. –Admin Pasir Mas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: