TAN SRI HJ. ANUAR MUSA : ARKITEK BOLA SEPAK KELANTAN


KEHIDUPAN AWAL
Datuk Annuar Musa lahir pada 18 Mei 1956 di Bukit Marak, Kelantan. Annuar berkahwin dengan Datin Rosniah Abdul Rahman dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Azzahraa, Azzwaa, Ajjrina dan Afiq Amani.

PENDIDIKAN DAN KERJAYA AWAL
Annuar memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Annuar merupakan ahli Institut Perancang Malaysia. Beliau menjadi Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah, Bahagian Perancang Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

POLITIK
Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau ‘Ku Li’ yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu.

Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja. Annuar menobatkan Tengku Ibrahim Petra, sepupu Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan sedang Sultan Ismail Petra masih bersemayam di takhta kesultanan Kelantan. Penulis Subky Latif menyifatkan Annuar Musa bukan seorang ‘Republikan’ kerana sanggup bekerjasama dan patuh arahan Sultan Pahang yang menjadi Presiden FAM.

Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun di samping selama 14 tahun menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai menteri hampir 10 tahun. Sejak 1979 beliau aktif dalam UMNO Kelantan.

Annuar menjadi ahli MT UMNO (1991-2004). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (1994-2001) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1991-2003). Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Nilam Puri dan Peringat dari 1986 hingga kini.

PILIHAN RAYA
Beliau bertanding di DUN Peringat dalam Pilihan raya 1986 , menewaskan Daud Jusoh (PAS) dengan majoriti 136 undi. Tapi tewas kepada Mohamad Sabu dalam Pilihan raya 1990 Parlimen Peringat. Tahun 1990, PAS menyapu bersih 39 kerusi dewan DUN Kelantan kerana pertelingkahan dalam kepimpinan UMNO.

Namun dalam Pilihan raya 1995 , beliau menang di Peringat dengan menewaskan calon S46, Rafei Mat Salleh. Tahun 1995 menyaksikan BN menang 7 negeri 2 kerusi parlimen.

Dalam Pilihan raya umum 1999 beliau kalah kepada calon Keadilan, Mohamad Mustafa. BN hanya menang 2 kerusi negeri dan hanya menang 1 kerusi parlimen.

Tahun 2004,beliau menang di DUN Kok Lanas apabila menewaskan Md Ashari Mamat PAS. Beliau menang dengan majoriti 2846 undi, satu margin yang besar di Kelantan. Tahun 2004, BN menyapu bersih 21 daripada 45 kerusi negeri dan mengambil lapan daripada 14 kerusi parlimen. BN/UMNIO juga menang kerusi negeri Pengkalan Pasir dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 dan telah memberikan 22 kerusi, berbanding 23 yang dimenangi oleh PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , Ab Aziz Ab Kadir dari PR/PKR mengalahkan Datuk Seri Annuar Musa dari Barisan Nasional – UMNO di P26 Ketereh,Kelantan. Ab Aziz memperolehi 21,738 undi berbanding Annuar memperolehi hanya 21,338 undi. Majoriti 400 undi .

ARKITEK BOLA SEPAK KELANTAN
Pada 2007 Tan Sri Anuar Musa telah memegang tampuk pentadbiran Skuad Bola Sepak Kelantan. Sebelum beliau ambil alih, Kelantan ketika itu berada diperingkat yang dikatakan teruk. Beliau telah merencanakan transformasi Pasukan Kelantan. Jika disusun banyak jasa TSAM kepada bola sepak Kelantan.
Selaku mantan Menteri Belia dan Sukan, sudah pasti TSAM mempunyai resipi yang tersendiri untuk menjadikan Kelantan sebagai pasukan yang mantap. Beliau telah merencanakan pembangunan bola sepak Kelantan dari sudut pembinaan bakat dan pengumpulan dana.

Strategi TSAM sendiri juga telah merubah senario dalam Bola Sepak Kelantan khususnya, dan Pasukan Malaysia amnya. Dahulu, sangat sukar untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat swasta. Namun setelah idea TSAM di Kelantan telah menampakan hasil, kini kebanyakkan pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia mula membentuk pasukan pemasaran masing-masing.

DIGANTUNG 30 BULAN
Pada 5 April 2012, beliau selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah jawatankuasa disiplin FAM mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012. Annuar Musa digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Abdul Razak menjelaskan bahawa Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. Ia dikatakan melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.

Pada 20 Mei 2012, Pasukan bola sepak Kelantan menang Piala FA menewaskan Sime Darby 1.0. Annuar turut hadir di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan ‘Red Warior’ Kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: