EMPAYAR MELAYU PURBA DALAM CATATAN ABAD KE-11 HINGGA 14 MASIHI

Alhamdulillah, sebelum ini kami sudah senaraikan 23 sumber rujukan dari abad 1 – 10 Masihi mengenai Empayar yang pernah wujud di Asia Tenggara iaitu bermula dengan Empayar Yavadwipa – Srivijaya – Sampugita.

Di akhir analisis kami pada 23 sumber rujukan sebelum ini, kami ada nyatakan mengenai Empayar Sampugita yang bermaksud Nyanyian Sang Bunga. Bahagian ini kami akan nyatakan kronologi Negara Nyanyian Sang Bunga ini.

No. SUMBER KENYATAAN
1. SUNG SHIH Buku ini ditulis oleh T’o – T’o dalam abad ke-14 yang menyatakan sejarah hubungan diplomatik antara Sampugita dan China dalam abad ke-11 hingga 12 Masihi.

  1. Negara San-fo-chi adalah salah sebuah dari negara-negara barbarian selatan, ia terletak antara Kemboja dan Java dan menguasai 15 negara.
  2. Alat-alat muzik mereka tardiri dari gitar kecil (rebab) dan gendang-gendang kecil. Hamba-hamba dari pulau Condore  (depan Kuala Sungai Mekong) mempesembahkan muzik untuk mereka sambil melangkah-langkahkan kaki ke Bumi dan menyanyi.
  3. Mereka menulis dengan huruf sanskrit dan Raja menggunakan cincin sebagai matrai. Mereka juga pandai menulis huruf China dan apabila mereka menghantar ufti mereka akan sertakan surat-surat dalam huruf China.
  4. Kota mereka dipertahankan dngan benteng dari batu bata beberapa puluh lililitannya(1 li = 3 Batu)dan mereka menggunakan daun-daun nipah untuk dijadikan bumbung. Penduduk pula hidup bertaburan di luar kota dan tidak membayar apa-apa cukai.
  5. Bila mereka hendak berperang dengan segera mereka memilih seorang pemimpin untuk memimpin mereka dan tiap-tiap orang menyediakan senjata-senjata dan bekalan sendiri.
  6. Raja juga digelar (raja) Cham-pi (Jambi) dan ramai orang dalam negeri bergelar “pu” sama dengan Pou di Champa.
  7. 1003 Masihi, raja se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tiau-hwa (Sri Chudamani Varmadeva)  iaitu raja Srivijaya yang menghantar ufti atas nama Sampugita. Raja ini menghantar 2 utusan untuk membawa ufti, mereka menyatakan bahawa di negeri mereka telah dibangunkan satu pagoda untuk tempat berdoa supaya dilanjutkan usia Maharaja dan mereka memohon supaya diberikan nama dan sebuah loceng. Suatu perintah telah dikeluarkan dengan memberi nama kepada pagoda itu sebagai Ch’eng-t’ien Wan-Shou” dan loceng-loceng dituang untuk diberikan kepada mereka. Kedua-dua utusan itu diberikan gelaran Jeneral kerana seorang tertarik dengan kesenian dan seorang lagi menyintai Pengaruh Tamadun.
  8. 1008 Masihi, Raja Se-ri-ma-la-p’i (Sri Maravijaya) menghantarkan tiga utusan untuk mempersembahkan ufti. Mereka telah dibenarkan pergi ke T’ai-Shan (satu pergunungan suci di China terletak dalam wilayah Shan-Tung) dan bersama dengan Maharaja dalam dewan-audiensi. Akhirnya mereka dihantar pulang bersama dengan berbagai hadiah yang banyak.
  9. 1017 Masihi, Raja Ha-Ch’i-su-wu-ch’a-p’umpi (Haji Sumatara Bhumi) menghantar utusan-utusan membawa surat bertulis dengan huruf-huruf keemasan dan ufti dalam bentuk mutiara-mutiara, gading-gading, buku-buku sanskrit dan hamba-hamba. Dengan perintah DiRaja mereka dibenarkan melawat beberapa bangunan DiRaja. Bila mereka  balik suatu perintah dikeluarkan beralamat kepada Raja mereka, disertai oleh bermacam-macam hadiah, yang dibilang (satu persatu) untuk menggembirakan mereka.
  10. 1028 Masihi, bulan 8, Raja Si-li-tieh-hwa (Sri Deva)menghantarkan utusan-utusan untuk membawa Ufti. Sudah menjadi adat bahawa utusan-utusan dari negeri-negeri jauh yang membawa ufti mendapat suatu tali pinggang yang dihiasi dengan emas dan perak, tetapi pada kali ini, tali-tali pinggang dari emas seluruhnya telah dikurniakan kepada mereka.
  11. 1067 Masihi, seorang utusan dari seorang Raja yang bergelar Ti-Hwa-Ka-Lu (Deva Kulotungga) sampai di China. Sebenarnya Deva Kulotungga adalah Raja Muda negara Chola di India Selatan dan medakwa dirinya sebagai Raja Sampugita. Hal ini dapat dibuktikan dengan serangan Raja Rajendra dari Chola yang menyerang Kataha iaitu pusat Srivijaya ketika itu pada 1025 Masihi.
  12. Pada zaman Yuang Fung (1078 – 1085 Masihi), utusan-utusan datang lagi dengan membawa perak, minyak kapur, kemenyan dan lain-lain hasil negeri. Kemudian mereka dibawa terus ke Istana dari Canton, dimana mereka menempuh satu perjalanan yang panjang untuk tiba di Istana. Maharaja mengurniakan mereka 64,000 rentetan Wang Tunai, 15,000 tahil perak dan mengurniakan gelaran kepada dua orang duta itu. Salah seorang dari utusan itu ada memohon kebenaran untuk membeli tali-tali pinggang emas, berbagai benda yang diperbuat dari Perak, pakaian-pakaian berwarna ungu untuk sami-sami Budha dan tanda-tanda peringatan rasmi yang semuanya diberi menurut hajatnya.
  13. Dalam tahun 1080 Masihi, seorang saudagar asing dari Selatan telah sampai di Canton, saudagar itu diarahkan membawa surat dari puteri raja, dalam huruf China untuk penyelia perniagaan di Canton. Penyelia ini tidak berani menerimanya dan telah melaporkan kepada pihak Istana, walaubagaimanapun, penyelia perniagaan itu telah diperintahkan supaya membayar harga barangan yang telah dianggarkan. Kemudian penyelia tersebut telah membeli kain-kain sutera untuk satu jumlah dan memberikan kepada saudargar itu.
  14. 1082 tiga utusan dari negeri ini telah tiba untuk satu pertemuan dengan Maharaja dan membawa bunga-bunga teratai emas yang mengandungi mutiara-mutiara, juga mereka membawa Kapar Barus dan sa-thein (?) mereka semua menerima gelaran-gelaran kehormatan mengikut darjat mereka. Utusan yang ketiga meninggal di negeri China selepas meninggalkan ibu kota dan kerajaan menghadiahkan 50 helai kain sutera untuk keperluan pemakamannya.
  15. 1083, tiga utusan lain datang, semuanya menerima gelaran-gelaran kehormatan mengikut darjah masing-masing.
  16. Ketika zaman Shou-Sheng (1094 – 1097) utusan-utusan ini datang lagi.
  17. 1156 Masihi, raja-Si-li-ma-ha-la-sha (Sri Maharaja) menghantar utusan membawa ufti. Dalam tahun 1178 mereka dihantarkan pula untuk membawa ufti dari hasil-hasil negeri mereka. Ketika ini, Maharaja mengeluarkan satu perintah  supaya mereka tidak datang lagi ke Istana, tetapi membuat satu kediaman  di Ch’uan – chou dalam wilayah Fukien.
2 SUNG SHIH Penerangan mengenai She-p’o atau Java  gambaran yang jelas telah tercatat dalam buku ini:

  1. Cho-p’o (she-p’o) terletak di laut selatan. Dari ibu kota berjalan menuju ke timur menerusi daratan sampai laut, selama sebulan, dan dari sini (hujung jawa timur), belayar dengan kapal selama sebulan sampai di Pulau Condore di depan Kuala Sungai Mekong. Kearah selatan berjalan menuju kelaut selama tiga hari….kearah utara perjalanan dari ibu kota itu selama 5 hari sampai ke laut dan bertolak dari sini menerusi laut selama 15 hari sampai ke P’oni (Borneo)……
  2. Dalam bulan 12 dari tahun 922 Masihi, rajanya, Maraja (Maharaja Dharmavamsa) ….. setelah belayar 60 hari rombongan utusan itu sampai di daerah Ting-han (Pulau Chusan) dimana penyelia perniagaan menghantarkan utusan untuk melaporkan kepada Maharaja. Utusan ini menyatakan bahawa negerinya senentiasa dalam permusuhan dengan San-Fo-Chi …. (ditujukan kepada Srivijaya di Sumatera).
  3. 1129, Maharaja China mengurniakan anugerah-anugerah kepada negeri-negeri selatan, ia mengurniakan kepada Raja Cho-p’o gelaran raja negeri itu dan menunjukkan 2,400 buah rumah sebenarnya 1000 buah untuk pemberian makanan (mungkin untuk pemberian makanan kepada rombongan perwakilan dan lain-lain yang dihantarakan oleh Maharaja).
  4. 1132 Masihi, utusan China datang lagi dengan membawa rombongan yang lebih besar dengan menambah 200 buah rumah untuk pemberian makanan.
  5. Negeri ini rata dan sesuai untuk pertanian hasilnya adalah padi, rami, dan kacang polong, tidak ada gandum. 1/10 hasil rakyat dibayar sebagai cukai kepada kerajaan. Garam dihasilkan dengan memasak air laut. Banyak terdapat penyu, burung terkukur, penternakan ayam, itik, kambing dan lembu-kerbau yang disembelih untuk dimakan. Buah-buahan terdiri daripada betik, kelapa, pisang, tebu dan taro, cengkih, pinang, belirang dan kayu sepang.
  6. Penduduk juga terlibat dalam penternakan ulat sutera dan membuat kain sutera, mereka menenun sutera nipis, sutera kuning dan kain dari kapas. Mereka memotong daun-daun dari perak dan menggunakannya sebagai mata wang. Pegawai-pegawai penyelia perniagaan mengambil satu Ch’len (1/10 tahil atau auns China) dari emas daripada sejumlah padi seberat 2 2/10 pikul.
  7. Rumah-rumah penduduk adalah cantik, dihiasi dengan genting (atap) kuning dan hijau. Bila saudagar-saudagar China sampai disini mereka disambut sebagai tetamu dalam satu bangunan umum dan apa yang mereka makan dan minum adalah banyak berlimpah dan bersih pula. Negara ini tidak menghasilkan teh tetapi mereka membuat tuak dari pokok kelapa dan lain-lain pokok seumpamanya yang sangat wangi dan baik.
  8. Mereka tidak ada hukum seksa yang berbentuk fizikal, semua pelanggaran undang-undang dihukum dengan denda barang kemas, berbeza-beza mengikut kesalahan, hanya penyamun dan perompak dihukum mati.
  9. Raja meyanggul rambutnya diatas puncak kepala, ia memakai loceng-loceng emass, baju sutera dan kasut kulit. Ia duduk diatas  batu empat persegi dan pegawai-pegawainya yang menemuinya setiap hari menghormati kepadanya tiga kali bila hendak meninggalkannya. Bila ia keluar, ia  menaiki diatas seekor gajah atau naik diatas suatu kereta dengan diikuti oleh lima hingga tujuh ratus tentera mengiringinya. Apabila rakyat melihat Raja, mereka duduk bertinggung hingga raja berlalu. Tiga orang putera raja yang menjadi Viceroy (Gabenor tertinggi) dan disana terdapat empat pegawai yang digelarkan Lo-ki-lien yang mentadbir negara secara bersama, sama seperti menteri-menteri di China. Mereka tidak mempunyai gaji yang tetap, tetapi mereka akan mengambil dari semasa ke semasa akan penghasilan yang didapati dari tanah dan lain-lain seumpamanya. Kemudian terdapat lebih 300 pekerja awam yang setaraf dengan siu-tsai (pegawai-pegawai berkelulusan tingkat rendah) di China, mereka memegang buku-buku yang tercatat jumlah pendapatan negara. Juga terdapat 1000 pegawai tingkat rendah , yang berada pada benteng-benteng  dan parit di sekeliling kota, pegawai-pegawai perbendaharaan, pertanian dan tentera. Jeneral tentera mendapat gaji pada tiap-tiap setengah tahun sebanyak 10 tahil emas. Terdapat 30,000 tentera yang dibayar gaji mereka pada tiap-tiap setengah tahun mengikut pangkat masing-masing.
  10. Adalah tidak menjadi adat menggunakan orang tengah dalam perjanjian untuk perkahwinan. Sedikit emas diberi  kepada kerabat gadis dan kemudian perkahwinan berlangsung. Dalam bulan kelima mereka bersukaan. Disana terdapat kuda kecil gunung yang boleh membawa mereka dengan baik dan sesetengahnya pergi dengan usungan gunung.
  11. Alat-alat muzik mereka ialah satu seruling-melintang, gendang-gendang dan peti-peti kayu, mereka juga boleh menari.
  12. Penduduk berambut panjang yang terlepas, pakaian mereka dililit sekitar dada dan turun ke bawah sampai buku lali.
  13. Bila sakit, mereka tidak menggunakan ubat, tetapi dengan cara berdoa kepada dewa-dewa dan kepada Budha. Mereka mempunyai nama biasa, tetapi tidak ada nama keluarga.
  SUMBER INDIA PRASASTI TANJUR

1)      Negara Chola yang berpusat di Kota Tanjur di Selatan India telah muncul menjadi suatu kuasa besar semenjak abad ke-10. Kerajaan ini telah menakluk Pallava dan Pandya dihujung  selatan India.

2)      Kerajaan Chola ini mencapai kemuncak kegemilangannya dibawah pemerintahan Raja-Raja Dewa (985 – 1018)

3)      Raja-Raja Dewa ini membangunkan angkatan lautnya dan menakluk Pulau Ceylon dalam tahun 1003 dan kemudiannya menakluk kepulauan Maldives pada 1007.

4)      1018 – 1044, Rajendra Chola Deva I telah menaiki takhta Empayar Chola dan beliau telah meneruskan usaha ayahandanya melakukan peluasan kuasa dengan memimpin angkatan tentera menyerang dan menakluk hingga ke Sungai Gangga dan menguasai Benggala.

5)      Dibawah Rajendra Chola Deva I, Chola telah menyerang Srvijaya dan Sampugita dalam tahun 1027 hingga 1030 Masihi.

6)      Prasasti Tanjur yang ditulis setelah tamat serangan-serangan itu pada 1030 menyatakan:

“Rajendra telah menghantarkan kapal-kapal yang banyak ke tengah laut yang bergelombang dan menawan Sangrama – Vijayattung-varman, raja Kadaram, bersama dengan gajah-gajah dalam angkatan tenteranya yang hebat, (mengambil suatu timbunan perbendaharaannya yang besar, yang mana (raja itu) mengumpulkannya dengan secara halal, menawan dengan gegak gempita. Vidyadharatorana terletak di pintu-pintu gerbang dari ibu kotanya yang luas, Srivijaya dengan pintu gerbang yang bertatahkan permatanya yang lemah, dihiasi dengan kemegahan yang agong dan pintu gerbang dari permata-permata besar, pannai dengan pintu gerbang – pintu gerbang yang mempunyai kolam mandi. Malaiyur purba dengan bukit yang kuat sebagai benteng, Mayirudingam yang dikelilingi oleh laut yang dalam (sebagai) parit, Ilangasoka yang berani dan keras hati dalam peperangan yang hebat, Mapappalam yang berlimpah dengan air yang dalam sebagai benteng pertahanan, Mavillimbangam yang dikawal oleh benteng-benteng yang indah, Valaippanduru yang memiliki bangunan bernama Valaippanduru, Talaittakkolam yang dipuji oleh tokoh-tokoh besar yang pandai dalam ilmu-ilmu, Tambralingga yang agong yang boleh bertindak dengan gigih dalam medan perang yang merbahaya, Illamuri-desam, yang hebat bangkit dalam peperangan, Nakkavaram yang agong, yang didalamnya terdapat taman-taman yang luas, madu lebah dapat dikumpulkan dan Kadaram yang mempunyai kekuatan yang hebat dipertahankan oleh laut yang dalam.”

Nama-nama kota yang telah diserang Tentera Rajendra Chola Deva I:

  1. Srivijaya = Palembang
  2. Pannai = Pane di pantai timur sumatera
  3. Malaiyur = Jambi
  4. Mayirudingam = Songkla
  5. Ilangasoka = Pattani
  6. Mappapalam = Selatan Kemboja
  7. Mevilimbingan = Belimbing?
  8. Valaippanduru = ?
  9. Talaittakkolam = Trang di Pantai Barat Segenting Kra
  10. Tambralinga = Nakhon Sri Tammarat
  11. Illamuri-desam = Acheh
  12. Nakkavaram = Kepulauan Nicobar
  13. Kadaram = Kedah

Kesimpulan dapat dibuat berdasarkan serangan Rajendra dari Chola ini adalah satu serangan yang berupa kepada balas dendam ekoran empayar Sampugita pernah menakluk negara Chola sebelum ini. Semasa serangan ini, Rajendra tidak menubuhkan sebarang kerajaan di Asia Tenggara sebaliknya mereka memusnahkan semua bukti ketamadunan yang pernah wujud sebelum kebangkitan Chola itu.

Serangan ini juga berupa sebagai mesej bahawa Chola telah bangkit dan mengalahkan Sampugita. Bagaimanapun, O.W Walter menyatakan bahawa Prof. Paranvita mempunyai bukti bahawa Rajendra telah dibunuh oleh orang Melayu dalam tahun 1044 dalam serangan balas angkatan campuran dari Asia Tenggara yang berlaku di Ceylon dan India.

PRASASTI  PRUMBER

Ditemui di Prumber, India Selatan yang ditulis atas perintah Vira Rajendvadeva iaitu Putera Rajendra Chola  Deva I, bertarikh tahun ke-7 pemerintahannya (1068 – 69) menytakan:

“Setelah menakluk negeri Kadaram, ia berkenan mengurniakan (kadaram) (kembali) kepada raja(nya) yang menyembah kaki(nya) (yang memakai) gelang kaki”

Ini membuktikan bahawa serangan Chola keatas Srivijaya lebih kepada serangan membalas dendam dan tidak bermotifkan politik.

` SUMBER CHINA BUKU WEN-HSIEN TUNG-KAO

Ditulis oleh Ma Twan Lin dan beliau ada menyatakan terdapat suatu perutusan dari Pagan dalam tahun 1106 Masihi:

“Pada mulanya Maharaja mengeluarkan perintah supaya memberikan mereka sambutan yang serupa dan layani mereka dengan layanan yang sama, serupa dengan yang dilakukan terhadap duta-duta dari Chola (chu lien). Tetapi Presiden dari Lembaga Upacara memandang sebagai berikut : Chola adalah sebuah negara bassal bagi San fo chi. Itulah yang menyebabkan mengapa dalam tahun hi-ning (1068 – 1077) ia berpendapat adalah lebih baik untuk menulis kepada raja negeri itu diatas kertas kasar dengan sampul berbalut sutera yang tiada berhias. Sebaliknya Raja Pagan adalah pemerintah kerajaan yang mulia”

PRASASTI CANTON

Pada tahun 1957 sebuah batu bersurat dalam tulisan cina telah ditemui separuh ditenggalami tanah dalam sebuah pagoda usang di Canton. Batu itu masih dalam keadaan baik dan tulisan pada batu itu masih terpelihara. Ianya mencatatkan tentang pembinaan semula pagoda Tien Ching yang juga mercu tanda agama Tao.  Berikut adalah catatan di batu bersurat tersebut:

a)      Suatu sejarah ringkas tentang pertumbuhan dan perkembangan agama Tao yang diasaskan oleh Lao Tzu. Dalam zaman Maharaja Sung pagoda ini dibangunkan.

b)      Dalam tahun 1052Masihi, pagoda ini telah dibinasakan oleh seorang penjahat, dan dalam zaman Chih Ping (1064 – 1067 Masihi) Yang Dipertuan Tertinggi bagi Tanah San-fo-ch’i, raja yang Maha Agong, Ti Hua Ka Lo, memerintahkan seorang pembesarnya Chih-Lo-Lo pergi ke Kota Canton. Chih Lo-Lo melihat, pagoda ini telah runtuh, asasnya tertanam dalam rimba. Kemudian dia kembali ke negerinya. Dalam tahun 1067Masihi ia menghantarkan Si Li Sha wen ke canton untuk membangunkan pintu gerbang besar pagoda.

c)       Sha Wen pulang ke negeri dalam tahun 1068 Masihi, ketika pembangunan dewan  belum siap. Ia kembali semula dalam tahun ke-2 (1069) untuk menyudahkannya. Ia juga membina auditorium dan Edict DiRaja di sebelah barat Canton.

d)      Sekali lagi Sha Wen kembali ke negeri dan dalam tahun 1070 Masihi Yang Dipertuan bagi (San-fo-chi) sekali lagi menghantar Chih Lo-Lo untuk melantik Lo-Yin Chin, seorang sami untuk menjadi pengarah pentadbiran pagoda. Ia meminta kebenaran untuk membeli suatu sawah berharga 100,000 emas tunai, sebagai modal pagoda. Tetapi akhirnya beberapa sawah telah dibeli dengan harga 400,000 emas tunai, juga satu loceng besar dan satu loceng menara digantungkan. Dalam tahun 1079 Masihi pagoda itu telah siap dibina dan ianya sangat indah.

“Ti Hua Ka Lo” dalam Prasasti Canton ini adalah merujuk kepada Raja Chola yang bernama Rajendra Deva Kulottonga, putera Vira Rajendradeva yang menyerang Kadaram (Kedah) dalam tahun 1068-69 Masihi, dalam bahasa Sanskrit ia digelar Deva Kulotongga.

Dewa Kulottonga ini menjadi raja dalam tahun 1070 Masihi setelah ayahandanya meninggalkan Kadaram. Setelah itu, tiada bukti menunjukkan empayar Sampugita (san-fo-ch’i) jatuh ke tangan Chola. Adalah dipercyai Dewa Kulottonga mengakui dirinya sebagai Yang Dipertuan Tertinggi San-fo-chi atas faktor politik yang dihadapi oleh empayar sampugita pada waktu itu.

NOTA : MASIH TERDAPAT CATATAN YANG KAMI TEMUI, NAMUN IANYA MEMAKAN MASA UNTUK KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA. SILA HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN SUMBER RUJUKAN BERKENAAN TOPIK INI. SEKIAN, TERIMA KASIH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: