KELANTAN PURBA 3 : EMPAYAR SAMPUGITA


Maharaja Sanjaya telah memperluaskan empayar Sri Wijaya Mala yang berpusat di Medang Bhumi. Empayarnya amat luas.

Jajahan Takluk Empayar Sampugita yang berpusat di Medang Bhumi (Kelantan)

Selesai menawan Benua Afrika dan Benua India, Maharaja Sanjaya telah menggelarkan empayar beliau ini sebagai Empayar Sampugita yang bermaksud Nyanyian Sang Bunga yang juga membawa maksud tersirat iaitu perlanjutan bunga teratai yang bernama Sri Wijaya Mala. Sampugita inilah disebut-sebut dalam catatan Arab yang merujuk kepada nama Zabaj.

Ekoran kejayaan memperluaskan empayar ini, Maharaja Sanjaya telah memasang tekad untuk menakluk Kusadwipa pula. Kusadwipa adalah benua Amerika sekarang ini. Sebagai usaha dalam merealisasikan hasrat ini Maharaja Sanjaya telah menghebahkan kempen ini ke seluruh alam nusantara untuk mengumpul bala tentera. Usaha ini dijalankan selama 2 tahun, namun ketika rancak merencanakan rancangan ini Maharaja Sanjaya telah mangkat pada usia 130 tahun.

Setelah itu, kelantan mengalami pasang surut dalam pemerintahan. Catatan orang Arab dalam abad ke-9 dan 10 masih menunjukkan pusat pemerintahan empayar ini terletak di Pantai Timur Semenanjung iaitu di Medang Bhumi. Seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman telah mencatat dalam bukunya pada tahun 851 Masihi menyatakan bahawa pada suatu masa, Raja Qamar (Khemra atau Kemboja) telah menunjukkan reaksi untuk menderhaka kepada Maharaja Zabaj. Apabila berita ini diketahui, baginda telah menyiapkan angkatan laut dengan helah untuk membuat lawatan ke Kepulauan, tetapi sebaliknya baginda telah menyerang khemra dengan 1000 buah kapal berukuran sederhana dan berjaya menawan rajanya, kemudian dibunuh. Kerana tindakan ini nama baginda telah digeruni sehingga ke negara China dan India. Riwayat ini telah dipetik oleh Abu Zaid Hassan, disiarkan dalam bukunya yang ditulis dalam tahun 916 Masihi.

Menurut Abu Zaid, Zabaj terletak sejauh 10 hari pelayaran dari Kemboja. Ini membuktikan dalam abad ke-10 pusat empayar masih terletak di Medang Bhumi. Jarak itu adalah sesuai dengan pelayaran dari Medang Bhumi ke ibu kota Khemra yang terletak tidak jauh dari Phom Penh.

Dalam abad ke 11, selepas serangan Rajendra Chola, Raja Padya di India Selatan keatas Sumatera, Semenanjung dan Segenting yang berakhir dalam tahun 1030 Masihi, wilaya Sri Wijaya yang berpusat di Kota Palembang bangkit dan menyatukan seluruh kepulauan. Kemudian, bersama dengan Empayar Sampugita yang berkuasa di Semenanjung dan Segenting menyerang balas atas negara Pandya di India Selatan itu.

Dalam abad ke-11 juga, nama Medang Bhumi untuk Kelantan tua mula lenyap. Menurut riwayat tradisi dalam zaman ini orang melihat suatu “pancaran sinar” yang kuat pada waktu malam, memancar dari Bukit Panau yang berbentuk saji terus menjulang kelangit. Pancaran ini bukan sahaja dilihat oleh penduduk Kelantan, juga penduduk-penduduk negeri lain, oleh kerana pancaran sinar ini mempunyai satu pengertian yang rahsia, maka Maharaja Sampugita  pada zaman itu mengubah nama negara pusatnya menjadi “Medang Kilatan Saji”. Orang-orang Cham dari negara Champa menggelar negeri Kelantan sebagai Klanjengeh yang  bermaksud Cahaya yang Terang Benderang mungkin gelaran ini ekoran dari kejadian pancaran cahaya itu. Menurut satu sumber riwayat tradisi Terengganu menyatakan bahawa nama Terengganu juga berasal dari pancaran sinar yang kelihatan dari arah negeri Kelantan. Ketika sinar itu memancar, orang-orang Terengganu berkumpul untuk melihatnya mereka berkata : “terang anu” dan akhirnya menjadi Terengganu” sebagai nama negeri.

Nama Medang Kilatan Saji itu kemudiannnya menjadi Kilatan sahaja dan dari nama ini akhirnya menjadi Kelantan. Nama ini tertera dalam duit emas Kelantan bertarikh tahun 1181 Masihi, ditulis dengan huruf Arab “Kelantan” (K.L.T.N)

Oleh kerana pertikaian-pertikaian  dan peperangan-peperangan yang berlarutan dengan Pandya terutama dalam merebut Pulau Sri Lanka, seorang dari Maharaja Sampugita memindahkan ibu kotanya dari Kelantan ke Kota Kalasapura dalam Gangganagara iaitu Perak dalam abad ke-12. Sejak itu, Kelantan telah hilang peranannya sebagai ibu kota sebuah empayar.

Buku Ling-wai Tai-ta yang ditulis oleh Chou Ch’u Fei dalam tahun 1178 dinyatakan bahawa: Raja Fo Lo An dilantik oleh Maharaja San Fo Tsi. Menurut kajian yang terakhir mengenai lokasi negeri Fo Lo An ternyata ia adalah Kota Kuala Berang di Ulu Terengganu. Ini membuktikan bahawa ianya adalah ibu kota Negeri Terengganu pada masa yang silam. Apabila disesuaikan dengan riwayat tradisi data dari catatan China ini membuktikan bahawa Kelantan telah menjadi wilayah yang tidak penting lagi. Ini juga menunjukkan bahawa Maharaja Sampugita yang telah berpindah ke Pantai Barat telah memberi kepercayaan kepada wilayah Terengganu sebagai pelindung Pantai Timur.

Dalam bahagian awal dari abad ke-13, seorang Maharaja Sampugita yang dilahirkan di Gangganagara itu telah membangunkan kembali Empayar Sampugita dan Sri Wijaya yang telah runtuh baik di bahagian Dataran dan Kepulauan. Baginda mempunyai pelbagai gelaran antaranya Brahma, Maharaja Imbang Jaya, Maharaja Mani Jaya, Malim Dewa, Maharaja Bukit Si Guntang. Dari Gangganagara itu, baginda menguasai seluruh Sumatera termasuk wilayah Pusat Sri Wijaya iaitu Palembang. Kemudian menakluk Jawa Barat dan Kalimantan. Kemudian balik kel Kelantan. Dari sini baginda menakluk daratan termasuk Dvaravati, Kemboja dan Champa.

Chao Ju Kua yang menulis dalam tahun 1225 ada menyebut tentang satu daftar nama negara-negara di bawah penguasaan San Fo Tsi iaitu Sampugita terletak dalam kawasan-kawasan yang telah dinyatakan. Ia menyatakan nama Kelantan terletak di bawah Sampugita.

Chao Ju Kua menyebut seluruh negeri Pantai Timur Semenanjung dan Segenting sebagai wilayah Sampugita. Ini memberikan kemungkinan bahawa ketika ia menulis bukunya yang bertajuk Chan Fan Chih dalam tahun 1225 atau ketika ia masih berada di Asia Tenggara sebelum beliau menulis bukunya ini, wilayah Sampugita masih terletak di Gangganagara atau Perak. Chao Ju Kua juga ada menyatakan Kedah yang disebutnya sebagai Chi-T’o dalam hubungan perniagaan dengan Melabar, ia tidak menyatakan bahawa Kedah ini terletak dibawah Sampugita. Juga ia menyebut Sampugita sendiri berniaga dengan Malabar. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa wilayah Pusat Empayar itu mestilah terletak di Pantai Barat Semenanjung.

Dalam buku San Tsa’i Tu hui yang ditulis dalam tahun 1607 adalah merujuk kepada sumber-sumber yang lebih tua dengan meletakkan Fo Lo An iaitu Kuala Berang ibu kota Terengganu tua sebagai terletak sejauh empat hari empat malam pelayaran dari San Fo Si (Sampugita). Juga kedua-dua tempat ini mempunyai hubungan menerusi daratan. Hubungan darat dan laut ini jelas menunjukkan bahawa ianya juga mempunyai hubungan dengan Kelantan ketika Kelantan menjadi pusat Empayar Sampugita.

Maharaja Imbang Jaya atau lebih terkenal dengan gelaran Maharaja Bukit Siguntang mempunyai beberapa orang putera dan puteri. Putera-putera yang terkenal ialah Maharaja Suran yang menurunkan keturunan Raja-Raja Kelantan, Champa, Patani, Kedah dan lain-lain. Raja Sang Sapurba yang menurunkan Raja-Raja Jambi, Tumasik, Melaka dan lain-lain. Seorang puteranya dari gundik bernama Arok menurunkan raja-raja Singasari dan Majapahit di Pulau Jawa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: