KOTA-KOTA LAMA DI KELANTAN


Berikut kami senaraikan beberapa Kota – Kota Lama di Kelantan yang kini sudah sepi dan tidak orang peduli lagi. Moga ia membuka fikiran anda.

1) Kota Tegayong – Ketereh
2) Kota Jelasin – Wakaf Che Yeh
3) Kota Mahligai – Bukit Marak
4) Kota Senang – Jembal, KB
5) Kota Teras – Jembal, KB
6) Kota Kubang Labu – Wakaf Bharu
7) Kota Raja Salor – Pasir Mas

KOTA TEGAYONG
1) Terletak di Ketereh
2) Diasaskan oleh Cik Siti Wan Kembang (1610 – 1677)
3) Kota ini dinamakan sempena nama Pokok Tegayong
4) Dalam Kota ini Cik Siti Wan Kembang telah membina sebuah Taman Bunga yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong – Taman ini sekarang terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA JELASIN
1) Merupakan sebuah Mukim dalam Daerah KOTA.
2) Dibina oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong
3) Tapak Kota Jelasin sekarang adalah di Stesen RTM Kota Bharu
4) Kampong Kota berhampiran Wakaf Che Yeh sekarang mendapat namanya daripada Kota Jelasin.

KOTA MAHLIGAI
1) Terletak di Bukit Marak
2) Diasaskan oleh Raja Abdullah dan Puteri Saadong
3) Kota ini dibina setelah Kota Jelasin di Serang SIAM
4) Disinilah berlakunya kisah yang menyayat hati….

Sungai di Kota Jembal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA SENANG
1) Terletak di Kampung Senang, KB.
2) Diasaskan oleh Sultan Omar (1686)
3) Kota ini kemudiannya diserahkan kepada Long Baha (Tuan Besar) yang telah dikahwinkan dengan Raja Pah iaitu puteri Sultan Omar.

KOTA TERAS
1) Terletak di Kampung Teras, KB
2) Dibina oleh Raja Kecil Sulong setelah kemangkatan Sultan Omar
3) Kota ini dibina berhampiran Kota Jembal
4) Raja Kecil Sulong mangkat (1725) setelah lima tahun memerintah
5) Kota ini dinamakan Kota Teras yang diperbuat daripada teras tembesu

KOTA KUBANG LABU
1) Terletak di Wakaf Bharu, Tumpat
2) Diasaskan oleh Tuan Besar Long Baha, menantu Sultan Omar
3) Setelah kemangkatan Sultan Omar, Long Baha telah dilantik sebagai Sultan kerana Raja Kecil Sulong enggan mengambil tampuk pemerintahan Sultan Omar
4) Kota ini seterusnya diserahkan kepada putera baginda iaitu Long Sulaiman (dengan isteri baginda dari Patani)

Peta Kota Kubang Labu, Tumpat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA RAJA SALOR
1) Terletak di Salor, Pasir Mas
2) Tiada fakta yang jelas ttg Raja Salor ini, adalah mengatakan bahawa Raja Salor adalah keturunan Long Yunus. Ada yang meriwayatkan Raja Salor ini berasal dari Patani dan mendapat keizinan dari pemerintah Kelantan untuk bermukim dan membina kota berhampiran sungai di Salor itu.
3) Namun, kota ini telah dimusnahkan oleh pemerintah pada masa tersebut ekoran dari Peristiwa “Laga Lembu”…..

Makam Raja Salor, Pasir Mas

3 responses

  1. ada dua kota yg berkaitan dgn pemerintahan Long Ghafar di Kelantan iaitu Kota Limbat di Limbat dan Kota Jeram di Pasir Puteh

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Kota Limbat adalah pusat pemerintahan Long Ghaffar setelah menang perang Kota Kubang Labu… Kota Bharu adalah pusat pemerintahan Long Yunus. Zaman ni Kelantan dikenali sebagai “Negeri yang Dikerat Lintang”.

      Setelah kemangkatan Long Ghafar, anakanda baginda iaitu Tengku Long Seri (Ku Sri Mas) telah memindahkan pusat pentadbiran ke Jeram di Pasir Puteh sekarang ini.

  2. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

    Ambo ucapkan ribuan terima kasih buat abe Lloni Smache… Maklumat kota-kota lama di Kelantan dalam entri ini diilhamkan dari posting abe Lloni…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: