RABU, 29/11/2012 :
Seperti hari-hari kebiasaan di Fan Page KPSK, kami mengawal selia setiap comment dan Posting hinggalah ke petang. Menerima panggilan dari seorang kenalan berita tentang satu blog iaitu yang menggunakan daftar nama sebagai Military of Malaysia.
Pada mulanya, kami tidak mengambil peduli akan hal tersebut. Kami meneruskan penulisan tentang artikel Ahlul Bait dan Kesultanan Kelantan.
Namun, fan page KPSK terus diserbu dengan maklumat Palekbang ini. Huraian tentang Terowong Purba, Lapangan Terbang Padang Lalang dan Harta Karun Peninggalan Jepun terus menyendat wall kami.
Pada masa sama juga wall KPSK juga memuatkan kisah penemuan Lapangan Terbang ke-5 di Gua Musang iaitu Fort Chabai juga menarik perhatian likers yang pada ketika itu mencecah 13,300.
KHAMIS, 30/11/2012
Wall KPSK terus menerus dihujani tentang Palekbang dan dakawaan penemuan Terowong Rahsia . Pada ketika ini kami meminjam comment dan posting dari rakan-rakan KPSK kerana masih belum berkesempatan mengunjungi kawasan yang didakwa tersebut.
Apa yang boleh kami lakukan ketika itu adalah analisis berdasarkan maklumat di internet dan buku tentang Palekbang dan setiap temuan fakta akan dikongsi di wall kami.
Huraian berterusan tentang dakwan harta tinggalan Jepun terus berlegar di wall … menunjukan pemikiran sesetengah orang yang begitu eager kepada harta materialistik. Perkara ini terus disenak kan lagi dengan dakwaan misterius harta peninggalan kerajaan Chermin iaitu sebuah kerajaan purba negeri Kelantan.
Maklumat di KPSK terus sendat dengan maklumat Geografi Purba Kelantan yang dikatakan berada tinggi dari aras laut. Perkara ini juga terus dikuti dengan minat oleh likers.
Berita tentang Palekbang juga terus hangat diperkatan hingga menarik trafik yang tinggi ke KPSK. Kami tidak meminta begitu.
Tanpa kami sangka, dalam ramai-ramai likers tu ada yang menyelit untuk mengambil maklumat tentang perkara ini dan diputar dengan pelbagai andaian yang boleh dikatakan hampir tidak berasas.
Maklumat yang kami sampaikan tentang Palekbang dalam fan page KPSK telah mendapat respon individu yang terlibat secara terus dalam hal ini. Beliau telah menasihati kami agar tidak ke sana. Pada masa sama , ribuan likers mula obses dengan maklumat yang kita sampaikan. Sehingga ada yang mula menuduh kami mereka-reka cerita.
Pada masa sama, ada juga yang memberi peringatan tentang RAHSIA NEGARA. Namun perasaan ingin tahu kami turut memuncak bersama-sama ribuan likers KPSK.
JUMAAT, .30/11/2012
Hari kemuncak isu Palekbang.
Dari pagi, wall kami terus dihujani persoal an tentang kesahihan terowong tersebut.
Dalam masa yang sama juga kami mengumpulkan kekuatan untuk pergi ke Palekbang kerana ianya terletak 70 kilometer dari pusat operasi kami di Pasir Puteh.
Memasuki tengah hari jumaat, adalah komen-komen yang berbaur makian dan kejian dan mendakwa kami menipu kerana bergantung kepada sumber maklumat dari para posteer dan commentator di KPSK.
Sebenarnya kami kecewa kerana maklumat yang kami sampaikan sebelum ini dipandang sebagai “benar dan sahih” sedangkan pada waktu itu kami sendiri pun sedang mengumpul maklumat untuk pengesahan namun, sudah ada “penemuan” yang diwar-warkan oleh beberapa orang di wall kami.
Petang jumaat, kami bertolak dari Pasir Puteh ke Palekbang dengan bantuan daripada bebarapa orang kenalan untuk membuat pengesahan sendiri .
Ini semua adalah atas usaha dan belanja kami sendiri, tidak mengharapkan mana-mana tajaan dan sumbangan. Kami ikhlas demi likers KPSK yang turut sama obses untuk mengetahui apa yang sebenarnya ditemui di Palekbang.
Setibanya disana, kami telah dihalang untuk mendekati kawasan yang didakwa itu. Baik dari Darat mahupun Sungai, kawasan ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan. Sebelum tu, kami ingin jelaskan bahawa Palekbang ni sebuah mukim yang luas dan tempat yang dikawal adalah sekitar kawasan yang didakwa itu sahaja.
Rintangan dan halangan telah mendorong kami untuk terus berusaha. Namun hinggalah ke hari gelap, kami gagal untuk mendekati kawasan tersebut.
Walaupun usaha kami untuk ke kawasan itu gagal, kami telah menemui sesuatu pada diri kami tentang Sungai Kelantan seperti yang dinyatakan dalam Book of Mormon.
Dalam perjalanan pulang, kami terus dihujani pertanyaan dalam wall kami. Lantas kami layani seperti biasa. Usah dikira lah komen yang cuba menjatuhkan semangat kami, memang boleh meruntun jiwa.
Namun kami gagahi jua.
SABTU, 1/12/2012:
Seawal jam 9:40 pagi, kami terpaksa menghentikan pembongkaran kisah Palekbang ini memandangkan ianya telah mendapat liputan dari pihak Sinar Harian dengan pengesahan yang boleh dikatakan huraian secara total.
Jadi kami mengambil keputusan untuk menghentikan pembongkaran terowong ini.
Bersama-sama ini kami sertakan keratan akhbar dan juga gambar-gambar dari fans KPSK untuk tatapan buat semua.
Terima Kasih kerana mengikuti KELAB PENCINTA SEJARAH KELATE (KPSK) sokongan dan dokongan anda amat hargai. Buat commentator yang melemparkan komen negatif : demo juga adalah pendorong kami untuk terus membuka minda orang-orang Melayu – Kelantan dan Malaysia.

PENGESAHAN YANG KUKUH. TERPULANG PADA ANDA UNTUK ANALISIS
tgk ko tmpt tu napok supo dgn ore duk lalu ari2… tp bakpo baru jupo eh. pelik jgk ni…. narak jale khetoapi atas telago tu jah ore tok napok. keno susuk ko jin ko guano tmpt ni sblm ni?
Saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada KPSK kerana berani dalam percubaan mendapatkan berita benar. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai apa yang ada di Palekbang cuma kalau kita lihat, isu itu telah “didownplay” lagi pun kawan-kawan saya yang terlibat secara langsung dalam penemuan arkeologi tersebut masid dalam keadaan “radio silence” dan saya sendiri bergantung kepada maklumat dari KPSK.
Saya harap KPSK akan meneruskan kajian mengenai sejarah, ada sesuatu yang menarik di Kelantan dan saya pada peringkat awal ini boleh katakan ia mungkin akan mengubah persepsi masyarakat kita. Pedulikan mereka yang memberi komen negatif kerana di luar sana terlalu banyak orang yang hendak menunjuk pandai, sedangkan satu usaha pun tidak ada kecuali duduk di dalam keselesaan bilik mereka di hadapan komputer. Sekadar membaca 3-4 blog mengenai sejarah, sudah mengaku pandai dan kononnya mempunyai tingkat akal tertinggi sampai meremehkan usaha orang.
Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada KPSK dan saya harap KPSK tidak berputus asa. Masa akan membuktikan kebenaran, sama ada kita salah atau tidak. Itu cerita lain kerana kalau kita salah sekali pun, its ok kerana niat kita ikhlas dan bukan semua perkara berada di bawah kawalan kita.
Yang penting janganlah diambil peduli komen negatif di luar sana, percayalah…mereka itu sebenarnya tidak tahu apa pun kerana komen-komen begini selalu saya lihat dalam forum dan dalam blog saya. Saya cuma mampu tersenyum sahaja……bab kata sahabat saya, “Tak Gugur Pun Bulu Roma”, jadi buat apa nak sakit hati.
Terima kasih tuan…saya akan siarkan juga komen tuan dalam fan page kami di FB.
Napok hari2..tp ore kg ni bt x taw jah sbb brg zame jepun tnggal…x dop kijo nk trun dlm tlago hok ad air…
X dop kijo kalu ore x tahu….loni ore tahu…. jadi kijoan doh la. 😀
semoga Allah melindungi KPSK .. ambo tau PB and saim-2 buat kijo molek .. banyok bendo hok buleh kita tau .. susur galur kita ni penting .. sejarah x tipu .. tapi org hak kaji tp xdok tamadun hok tipu .. sejak ambo join KPSK ni , pah ko ambo minat nk kaji etek .. loni ambo napok doh slow-2 gapo hok KPSK nk oyak kokram terutamo hok agamo Islam dan anak jati Kelate .. sejarah ni kait abih pah ko zaman Nabi-2 dan Rasul .. baru lah kito pehe .. ambo nak oyaknyo sejarah bilo kita cari .. kena rujuk jugok al-Quran dan Hadis .. ada hubung kait c2 .. bilo kito kaji baru kito napok .. ambo harap usaha KPSK dalam ni diberkati Allah s.w.t .. In Shaa Allah jiko niat kito baik ..
terima kasih kepada Kelab Pencinta Sejarah Kelantan (KPSK) kerana menberi info..