Author Archive: Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

THE RED-EARTH LAND (TANAH MERAH)


THE RED-EARTH LAND (TANAH MERAH)

 
 
TANAH MERAH satu daerah yang sinonim tercatat dalam buku-buku sejarah yang lokasinya terletak di Kelantan. Daerah ini sungguh terkenal semenjak ianya dikaitkan dengan satu nama dalam catatan China Purba iaitu Chih Tu.Ramai antara kita terus mengia dan percaya begitu sahaja tanpa membuat semakan. Sebenarnya, kita tidak boleh salahkan audien kerana hal ini tiada tercatat dalam mana-mana catatan dari Bangsa Melayu. Ia hanya dijumpai setelah pengkaji dari Barat membuka catatan-catatan kuno dari China.
 
Selain dari Chih Tu, masih ada beberapa nama China yang merujuk kepada kerajaan-kerajaan kuno yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu seperti Fo lo an (Terengganu), Lang Chia Su (Langkasuka), Chieh Cha (Kedah) dan beberapa nama lagi. Fokus kini hanya pada The Red Earth Land seperti mana tercatat dalam Chih Tu Kuo Chi. Rekod kuno China ini telah diterjemahkan oleh Professor Paul Wheatly dalam Bahasa Inggeris yang dibukukan dalam The Golden Khersonese dan kami cuba terjemahkan ke Bahasa Melayu mengikut kefahaman kami yang terhad.
 
Berikut adalah terjemahan dari Bahasa Inggeris mengenai Chih Tu dari teks Bahasa Cina kuno:
 
Kerajaan Chih Tu adalah sebahagian dari Funan, ianya terletak di Lautan Selatan. Melalui jalan laut ianya dapat dicapai lebih dari 100 hari. Tanahnya berwarna merah dan dari rupa tanah inilah kerajaan ini mendapat namanya. Di timur ianya berjiran dengan Kerajaan Po Lo La, di arah barat terletak Po Lo So, dan di sebelah selatan adanya Ho Lo Tan manakala di sebelah utaranya adalah lautan. Jarak negara ini beberapa li. Chu Tan adalah nama keluarga bagi Raja dan nama peribadinya adalah Li fu to se. Beliau tidak mengetahui apa-apa tentang negara-negara jauh. Bapanya memberi kuasa kepadanya untuk menyebarkan ajaran Budha dan Li fu to se meneruskan amanat bapanya itu. Beliau telah memerintah selama enam belas tahun dan mempunyai tiga orang isteri dari kalangan anak-anak raja yang berjiran dengannya.
 
Takhtanya terletak di kota Seng-chihKota ini mempunyai tiga pintu gerbang yang mempunyai beberapa ratus lapis. Setiap pintu gerbang diwarnakan dengan dengan warna yang berkilauan, patung-patung disusun dan ia dihiasi dengan bunga emas serta loceng suci. Wanita-wanita memainkan alat muzik dan memegang bunga emas serta bau-bauan. Empat orang lelaki memakai pakaian adat chin-kang di sebelah pagoda Budha sebagai pengawalnya. Mereka mengawal diluar pintu gerbang dengan dilengkapkan peralatan perang, ada juga bertugas di dalam kota dengan memakai pakaian putih sepanjang jalan di dalam kota dan mengumpul bunga dalam bakul putih. Semua bangunan dalam istana mempunyai tiang yang banyak dengan pintu terletak di sebelah utara. Rajanya bersemayam di atas singgahsana  bertingkat menghadap arah utara dengan memakai pakaian berwarna merah-ros dengan mahkota emas berlarik serta memakai rantai yang berhias pelbagi permata. Empat orang hamba di sebelah kiri dan kanannya dan ratusan askar berkawal disekitar istana. Di atas singgahsana raja terdapat ukiran kayu berkilauan dengan dilapisi emas, perak dan lima jenis kayu wangi dan dibelakang singgahsana tersebut digantung lampu yang berkilauan. Di tepi singgahsana terpacak dua cermin logam dan sekeliling singgahsana penuh dengan peralatan dan perhiasan yang kebanyakkannya diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan batu permata. Beberapa ratus orang brahman duduk berhadapan di kedudukan antara timur dan barat. Pegawainya terdiri daripada: seorang Sa t’o chia lo, dua orangT’o na ta yu, tiga orang Chia li mi chia untuk menguruskan hal berkenaan hubungan politik; seorang Chu lo mo ti mentadbir undang-undang jenayah. Setiap bandar melantik Na ya chia dan sepuluh orang Po ti.
 
Botak dan bersubang menjadi kewajiban bagi semua orang lelaki. Perayaan yang mereka sambut tidaklah dijelaskan. Badan mereka dilumur dengan minyak. Menjadi budaya menyembah Budha tetapi penghormatan tidak terhingga diberi kepada Brahman. Orang perempuan pula memintal rambut dan dililit pada leher mereka. Pakaian lelaki dan wanita diperbuat daripada ros dan bahan berwarna yang biasa. Sedangkan keluarga kaya mempunyai banyak kelonggaran, mereka hanya boleh memiliki loket emas dengan kebenaran raja. Untuk perkahwinan, hari-hari bertuah akan dipilih. Lima hari sebelum perkahwinan, keluarga pengantin akan mengadakan kenduri. Kemudian, ayah kepada pengantin perempuan akan menghantar anaknya itu ke tangan menantunya. Pada hari ketujuh upacara perkahwinan itu pun selesai dan pasangan itu secara sah disatukan. Selepas perkahwinan, harta akan dibahagikan dan rumah akan dibina, tetapi anak lelaki yang bongsu harus tinggal dengan ayahnya. Semasa upacara kematian, ahli keluarga si mati akan berkabung dengan memakai pakaian biasa. Mayat si mati akan di letakan atas rumah rakit yang diperbuat dari  buluh dan dihanyutkan kemudian, ianya dipungut kembali dan dibakar dalam satu upcara yang suci. Kemudian, abu si mati akan diisi dalam balang emas dan disimpan di kuil.
 
 Ia sentiasa hangat walaupun di waktu musim sejuk. Ianya selalu hujan dan panas beberapa hari. Ia tiada musim khusus untuk bercucuk tanam. Cuaca sebegini sesuai untuk penanaman padi,chi, kacang putih dan sayur-sayuran. Barangan lain dikumpul untuk dihantar ke China. Arak dihasilkan daripada campuran gula dan akar kayu ungu. Ia berwarna kuning kemerahan dengan rasa yang manis. Ia juga dikenali sebagai arak kelapa.
 
Setelah Yang Ti menaiki takhta, beliau telah melantik beberapa orang pegawai yang mempunyai pengetahuan tentang negara-negara asing untuk mengadakan hubungan diplomatik. Pada tahun ketiga Ta-yeh (607M) Chang Chun, menteri pertahanan dan Wang Chun Cheng, menteri sumber bahan mentah, telah memohon untuk menjadi duta ke Chih tu. Maharaja amat bersetuju dan telah mengirimkan 100 gulung sutera berserta pakaian mengikut musim dan ditambah 5000  jenis hadiah Raja Chih Tu. Dalam bulan sepuluh (november atau awal disember), Chang Chun  belayar dari pelabuhan Nan Hai (Canton). Selama 24 hari belayar siang dan malam dengan angin yang baik (monsun tenggara) mereka telah sampai di gunung Chiao shih. Mereka meneruskan pelayaran kearah timur laut dan sampai di pulau Ling chieh po pa to yang mengadap ke arah Lin yi (Campa) pada arah barat dan pulau ini mempunyai kuil di atas puncaknya. Kemudian belayar ke arah selatan dan tiba di Shih tzu Shih (Pulau Batu Singa) tambahan di sekitarnya terdapat rantaian pulau besar dan kecil. Selepas dua atau tiga hari pelayaran mereka nampak gunung negara Lang ya shu. Kemudian mereka terus belayar ke arah selatan ke pulau Chi lung (Sangkar Helang) dan mereka tiba di sempadan Chih Tu dan mereka telah dijemput oleh Brahman Chiu mo lo dengan tiga puluh jong yang dihantar oleh raja. Tetuang ditiup, gendang dipalu untuk meraikan delegasi dari Sui dan kapal Chang Chun telah ditambat dengan rantai besi. Ia mengambil masa sebulan untuk tiba ke ibu negeri.
 
Na ya chia, putera raja dihantar untuk menyambut Chang Chun dengan upacara sambutan yang sesuai. Mula-mula ia menghantar lelaki untuk mempersembahkan dulang emas yang mengandungi bunga-bunga wangi, cermin dan sudu emas, dua bekas minyak wangi; lapan pasu air suci, dan empat kaki kain putih dan pakaian berlipat untuk setiap orang dalam delagasi gunakan untuk mandi. Hari yang sama pada waktu Wei (pukul satu hingga tiga petang), putera raja sekali lagi menghantar dua ekor gajah yang dilengkapi khemah diperbuat daripada bulu merak untuk mengalu-alukan kedatangan duta dari China serta dulang emas yang dihiasi bunga yang wangi untuk diletakan dikri. Seratus orang lelaki dan wanita membunyikan loceng dan memukul gendang dan dua orang Brahman mengiringi delegasi ke tempat di raja. Chang Chun mempersembahkan penghormatannya dalam balairong di hadapan raja. Apabila ikrar sudah dibacakan oleh Chang Chun, semua rombonganya dijemput untuk duduk dan musik india dimainkan. Apabila upacara ini hendak berakhir, Chang Chun dan ahli rombongan memohon diri untuk kembali ke tempat penginapan mereka, Brahman telah dihantar untuk meberikan mereka makanan. Daun sebesar sepuluh kaki telah digunakan sebagai pinggan. Brahman yang melayan Chang Chun telah berkata: “kami sekarang adalah penduduk Negara Berdaulat, dan kami bukan lagi penduduk Chih tu. Makanlah makanan yang kami hidangkan demi negara kamu yang gagah. Beberapa hari kemudian Chang Chun dan ahli rombongannya telah dijemput menghadiri satu perayaan. Upacaranya sama seperti sambutan perayaan pada pertemuan mereka yang pertama dengan pengawal mengiringi mereka. Di hadapan raja disediakan dua buah meja yang penuh dengan hidangan makan yang terdiri daripada pelbagai kuih muih, daging dan buah-buahan. Chang Chun telah dijemput duduk di meja yang disediakan manakala pengikutnya duduk di atas tanah. Semua orang mengambil gelas emas yang berisi arak manakala pelayan memainkan muzik secara bergilir-gilir dan mereka diberi hadiah yang berharga. Dalam masa yang sama Nan ya chia menawarkan barangan tempatan sebagai penghargaan yang berupa emas, mahkota berbentuk kubis dan kapur barus serta kepingan emas yang mengandungi dikri dan ditutup dengan bekas emas. Brahman diarahkan mengiringi delegasi dengan menyiram minyak wangi serta memainkan loceng dan gendang.
 
Dalam pelayaran pulang semasa tiba di kuala, mereka melihat sekawan ikan berwarna hijau terbang di permukaan air. Selepas belayar di laut lebih dari sepuluh hari ke arah tenggara, mereka telah nampak kawasan pergunungan Lin i dan menerusi selat seluas seribu bahagian yang udaranya kering dan berwarna kekuningan. Suasana sebegini dikatakan akibat hembusan nafas dari ikan besar. Menerusi pesisir pantai utara, mereka telah sampai di Chio Chih.  Pada musim bunga tahun ke enam Ta Yeh, Chang Chun bersama-sama Na ya chia telah mengadap Maharaja di Hung nung. Chang Chung telah dianugerahkan pangkat Ping i wei (pegawai keadilan). Na ya chia dan pengikutnya pula telah dianugerahkan pangkat dan hadiah mengikut darjat mereka.
 
Dari terjemahan ini kita dapat gambarkan bahawa Chih Tu bukan sembarangan negara walaupun ianya adalah sebuah negara di bawah naungan Funan. Namun dari rekod China juga menunjukkan kunjungan Chang Chun, duta dari China ke Chih Tu sebagai satu simbolik pengiktirafan China kepada Chih Tu sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dari Funan. Hal ini dibuktikan dengan Maharaja Sui ketika itu juga telah mengurniakan pangkat kepada putera Chih Tu iaitu Na Ya Chia dan secara tidak langsung meletakan Chih Tu di bawah naungan China.
 
Seperti negara-negara kuno yang lain, Chih Tu juga tenggelam di telan masa. Pengkaji Barat yang pertama mengkaji tentang Chih Tu adalah Abel Remusat (1829), de Rosny & Schlegal (1898), Aymonier (1903), Hirth and Rockhil, Peliot (1903) dan Le May (1938). Pada tahun 1829, Abel Remusat mentafsirkan Chih Tu terletak di perairan Siam seperti mana yang dicatatkan oleh sarjana dari China dan pernyataan ini dipersetujui oleh pengkaji seterusnya.
 
Namun, pengkaji-pengkaji seterusnya menolak siam sebagai tapak Chih Tu termasuklah seorang pengkaji dari Barat iaitu Kern yang menyatakan bahawa Chih tu ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu. pada tahun 1919, Ferrand menyatakan Chih Tu terletak di Segenting Kra,  kemudian Moen dan Coedes menyatakan Chih Tu terletak di Patalung tetapi dibangkang olehBriggs yang menyatakan bahawa ianya terletak di Patani dan ianya disokong oleh Luce,manakala Wales dengan penuh yakin menyatakan ianya terletak di Kedah.
 
Pengkaji Bangsa Asia juga tidak ketinggalan dalam mengkaji tentang Chih Tu. Khun Ciri Vadhana Anadra dan Takakuwa Komakichi (1925) menyatakan bahawa Chih Tu ini terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. selain dari itu, pengkaji Jepun di bawah Sekolah Sejarah Geografi pada tahun 1920-50an giat mengkaji tentang lokasi kerajaan-kerajaan kuno dan dalam hal ini mereka lebih fokus kepada selatan Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera. Contohnya, Kuwata Rokuro (1919) menyatakan Palembang sebagai Chih Tu, Miyaki Ichisada (1950) menyatakan Jambi, manakala Adachi Kiroku & Yamamoto Tatsuro (1951) menyatakan Selatan Semenanjung Tanah Melayu.
 
Terdapat juga pengkaji dari China sendiri iaitu Feng Cheng Chun dan Hsu Yun Tsio. Feng Cheng Chun menyatakan Chih Tu Terletak di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu manakala Prof. Hsu menyatakan ianya terletak di Singgora. Dr. Kern mengaitkan Chih Tu ini denganRaktamrittika yang bermaksud Tanah Merah dalam Inskripsi sanskrit dari Kedah dan ditambah dengan terdapatnya nama TANAH MERAH dalam peta topografi Malaysia pada masa ini.
 
Apa yang menarik disini adalah mengenai lokasi Ibu Negeri Chih Tu yang bernama Seng Chih(Kota Singa). Catatan dari Chih Tu Kuo Chi menyatakan seperti berikut:
 
Takhtanya terletak di kota Seng-chihKota ini mempunyai tiga pintu gerbang yang mempunyai beberapa ratus lapis.”
“Kemudian mereka terus belayar ke arah selatan ke pulau Chi lung (Sangkar Helang) dan mereka tiba di sempadan Chih Tu dan mereka telah dijemput oleh Brahman Chiu mo lo dengan tiga puluh jong yang dihantar oleh raja. Tetuang ditiup, gendang dipalu untuk meraikan delegasi dari Sui dan kapal Chang Chun telah ditambat dengan rantai besi. Ia mengambil masa sebulan untuk tiba ke ibu negeri.”
 
Sebulan perjalanan daripada pelabuhan, dan ini bermakna ianya terletak di pedalaman kawasan semenanjung dan sudah semestinya kota ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu yang kini merupakan kawasan hutan tebal. Paul Wheatly menyatakan ianya terletak sama ada di Ulu Kelantan atau Ulu Pahang. Dapatan kajian tempatan menyatakan bahawa di Hulu Kelantan wujud pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang iaitu di Gunung Chintawangsa dan di Ulu Pahang yakni di Merapoh dalam daerah Kuala Lipis yang juga wujud tapak kota kuno.
 
Ini menunjukkan bahawa Chih Tu ini adalah sebuah negara yang besar di Semenanjung Tanah Melayu suatu masa dahulu. Merangkumi Kelantan, hulu Pahang dan hulu Terengganu dan ianya mendapat pengiktirafan daripada Mahajara China. Nama sanskritnya adalah Raktamrittika dan menurut pengkaji sejarah tempatan dari Kelantan iaitu Nakula, Raktamrittika ini telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Funan dan menamakan negara mereka sebagai Sriwijaya Mala.

TAN-TAN & PAN PAN DUA NEGERI MELAYU YANG SERING DI LUPAKAN


TAN-TAN & PAN PAN DUA NEGERI MELAYU YANG SERING DI LUPAKAN

Pendahuluan
 
Semenanjung Malaysia ini pernah menyaksikan pelbagai kerajaan pernah wujud hinggalah sekarang. Sehingga 1957 terdapat dua belas negeri yang berlainan wujud di semenanjung. Sejarah 12 negeri ini cukup panjang untuk dikaji dan diselidik secara individu. Suatu masa dahulu, semenanjung ini juga pernah wujud pelbagai negeri dan sering dilawati oleh wakil-wakil dari Istana China. Namun, pengkaji tempatan gemar merujuk kepada Chih Tu dan Cheih Cha, dan sering melupakan tentang Tan Tan dan Pan Pan.
 
Tan Tan
Tan Tan pernah kami terbitkan di pautan ini. Perspektif artikel tersebut ditulis berdasarkan kepada pandangan Prof. Slamet Mulyana, seorang sejarahwan Belanda berbangsa Indonesia. Artikel tersebut menyimpulkan bahawa Tan Tan ini terletak di Tendong, satu daerah dalam jajahan Pasir Mas di Kelantan. Slamet Mulyana menjustifikasikan Tendong sebagai Tan Tan berdasarkan kedudukan Tendong di arah Barat Daya Telemong di Terengganu yang pada hematnya sama dengan To lo mo seperti mana yang tercatat dalam rekod China. Kali ini kami sampaikan satu lagi maklumat tentang Tan Tan menerusi perkspektif yang berbeza dan juga lebih tepat berbanding dengan pandangan dalam artikel kami yang terdahulu.
Menurut Paul Wheatly yang menterjemah rekod China yang bertajuk Tung Tien, Tan Tan ini buat pertama kali muncul dalam rekod China semasa pemerintahan Dinasti Sui dan terletak di arah Barat Daya To lo mo. Wheatly menyatakan bahawa To Lo Mo ini sama dengan Taruma sebuah kerajaan kuno di Jawa yang kini menjadi Jakarta.
Bedasarkan Tung Tien, Tan Tan ini digambarkan mempunyai struktur pentadbiran yang kompleks dengan mempunyai raja yang dikenali sebagai Sha Li dan Sha Li yang memerintah pada waktu itu bernama Shih ling chia. Ibu Kota Tan Tan mempunyai 20,000 keluarga dan rajanya agak sibuk kerana setiap hari baginda mempunyai dua sesi bertemu dengan rakyat iaitu pada waktu pagi dan petang. Baginda mempunyai 8 orang menteri yang dikenali sebagai Pa Tso yang terdiri daripada Brahman. Hasil negeri ini adalah emas, perak, kayu putih, kayu sapan dan buah pinang. Tanaman ruji adalah padi, manakala haiwan peliharaan adalah rusa, kambing, babi, gagak, angsa, itik, musang dan kijang. Burungnya pula terdiri daripada burung kenyalang dan merak.
Dari gambaran ini kita boleh bayangkan bahawa Tan Tan ini sebuah negeri yang makmur dan kaya, kerana itu ianya menarik perhatian pedagang China untuk singgah. Namun, tiada rekod menunjukkan Tan Tan menghantar perwakilan ke China.
Menjadi hal yang menarik untuk diperhatikan adalah mengenai lokasi Tan Tan yang sebenar. Mengikut Paul Wheatly berdasarkan inskripsi dari China, Tan Tan berkait rapat dengan Chih Tu kerana mereka berada di laluan dari laut selatan. Lokasi Chih Tu telah kita kenal pasti iaitu terletak di Pantai Timur Semenanjug di sekitar lembangan Sungai Kelantan manakala Tan Tan berkedudukan sedikit ke selatan di Kuala berkemungkinan di Besut atau di Kuala Terengganu.
Justifkasi dari Whealty ini agak kemas kerana di Besut pernah wujud satu kerajaan yang besar, begitu juga Kuala Terengganu yang kini merupakan ibu negeri Terengganu.
Pan Pan
Rekod China paling awal mencatatkan tentang kerajaan ini adalah Liang Shu pada bahagianFunan yang mengisahkan mengenai Kaundinya II yang menaiki takhta Funan. Kisahnya bermula apabila Funan tiada pengganti setelah kematian Chu Chan Tan. Kaundinya telah dilantik menjadi pengganti Raja Funan itu. Kaundinya ini juga merupakan seorang Brahman dari India dan dalam perjalanan beliau ke Funan beliau telah singgah di Pan Pan. Beginilah nama Pan Pan timbul dalam rekod China.
Mengikut pembacaan kami, nama Pan Pan ini dalam bahasa Sanskrit sinonim dengan Tambralingga dan hal ini banyak dibicarakan. Kami juga pernah menyatakan hal ini dalam artikel-artikel terdahulu semasa kami membuat penghuraian mengenai kerajaan Funan dan Champa. Namun, kali ini kita melihat Pan Pan dari sudut rekod China.
Liang Shu adalah catatan pertama yang merekod tentang Pan Pan. Namun setelah itu Pan Pan ini mempunyai bahagian khusus dalam Liang Shu setelah mereka mula menghantar delegasi ke Istana China pada tahun 424 – 453, 454-456, 457-464, 527, 529, dan 534. Selain dari itu, satu lagi rekod China juga mencatatkan kedatangan delegasi dari Pan Pan pada tahun 532 iaitu Nan Shih.
 
Setelah itu, nama Pan Pan ini timbul dalam rekod-rekod China yang berlainan. Rekod daripada Ma Tuan Lin dalam Wen hsien Tung Kao menghuraikan Pan Pan dengan jelas. Ma Tuan Lin menyatakan Kerajaan Pan Pan memulakan hubungan dengan China semasa pemerintahan Dinasti Liang (502 – 557), namun Wheatly menyatakan ianya bermula lebih awal lagi iaitu pada tahun 424. Kerajaan ini digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan mewah. Rakyatnya hidup aman dan damai serta mempunyai kelengkapan tentera yang mencukupi serta mempunyai produk makanan yang unik.
Dari catatan Ma Tuan Lin ini, Wheatly menyimpulkan bahawa Pan Pan terletak di kawasan Pantai Timur semenanjung atau lebih tepat di kawasan segenting kra berhadapan dengan Champa dan dipisahkan oleh Teluk Siam. Pan Pan ini mempunyai perkaitan rapat dengan Patani kerana ibu negeri Patani sewaktu kegemilangannya terletak di kawasan Segenting Kra.
Tan Tan dan Pan Pan adalah nama China. Namun kita yakin nama Melayu bagi dua negeri ini adalah Terengganu (Tan Tan) dan Patani (Pan Pan). Terengganu adalah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia manakala Patani berada di bawah Thailand (Siam).
Kesimpulan
 
Tan Tan dan Chih Tu membuka lembaran sejarah bahawa negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung mempunyai sejarah yang panjang dan unik. Pan Pan pula membuka pintu untuk kita teliti kegemilangan Bangsa Melayu. Apa yang pasti, kenapa sejarah negeri-negeri Pantai Timur tidak begitu menonjol dalam pengisahan sejarah Malaysia. Kita banyak mempelajari tentang sejarah Melaka, Johor dan Perak serta Pulau Pinang. Kenapa kita kurang mengetahui tentang sejarah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak serta Sabah. Mungkinkah ada agenda tersembunyi?

Lawatan Henry Norman 1890


john_henry_clement_norman,_ii

Lawatan Henry Norman, Ahli Parlimen British ke Kelantan pada 1890

Kemangkatan Sultan Ahmad ibni Sultan Muhammad 2 pada 27 Februari 1890 telah mencetuskan pergolakan politik di Kelantan.  Sultan Ahmad adalah Putera sulung kepada Sultan Muhammad 2, sebelum naik ditabalkan sebagai Sultan, Baginda telah dilantik sebagai Raja Kelantan  dan perwaris sah sebagai Sultan Kelantan. Sultan Ahmad hanya sempat menaiki takhta selama 4 tahun dan takhta telah digantikan oleh anakanda baginda iaitu, Tuan Kundor dan menaiki takhta dengan nama Sultan Muhammad 3.

Pergolakkan politik di Kelantan berpunca ketika pemerintahan Sultan Muhammad 3. Punca-punca pergolakan tersebut:

  1. Pembahagian harta pusaka Sultan Ahmad yang enggan dilaksanakan dengan saksama oleh Sultan Muhammad 3
  2. Pembahagian elaun yang tidak menentu kepada ahli-ahli kerabat diRaja yang berkenaan
  3. Ketiadaan pembahagian tugas-tugas pentadbiran di antara ahli Kerabat diRaja yang berkenaan
  4. Pengelibatan ahli-ahli Kerabat diRaja dalam Mesyuarat-Mesyuarat Majlis Negeri.
  5. Pemerintahan Sultan Ahmad dikatakan keras sedikit.

Pekara ini telah dinyatakan dalam surat-surat yang telah dikirimkan oleh putera-putera almarhum Sultan Ahmad sendiri kepada Tuan Skinner, Pemangku Setiausaha Jajahan di Singapura dan Residen British di negeri Pahang, melalui Raja Pahang. Surat-surat itu bertarikh 6 Mac 1890, kira-kira 3 minggu setelah kemangkatan Sultan Ahmad. Putera-putera raja Kelantan itu adalah Tuan Mahmud, Tuan Salleh, Tuan Sulaiman, Tuan Yusof dan Tuan Abdullah.

Julai 1890, seorang ahli parlimen British bernama Henry Norman telah membuat lawatan ke Timur Jauh, termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Waktu di semenanjung beliau telah melawat Kelantan melalui sungai dari negeri Pahang. Beliau menaiki rakit dari Ulu Kelantan hingga ke Kota Bharu.

Semasa bermalam di atas rakitnya di tepi tebing Sungai Kelantan di kampong Pasir Pekan berhadapan dengan Kota Bharu, Henry Norman telah didatangi ole empat orang Putera Raja iaitu adik beradik kepada Sultan Muhammad 3 yang baru saja menaiki takhta sebagai Kelantan.

Dalam pertemuan selama empat jam itu, Henry Norman telah mendengar cerita yang amat menarik dan mendebarkan mengenai pergolakan politik Kelantan ketika itu. Putera-putera raja telah memberitahu bahawa saudara meraka iaitu Sultan Muhammad 3 bukanlah raja yang sebenar. Baginda telah merampas kuasa diRaja dan telah menggunakan banyak wang, termasuk yang diperolehi daripada harta pusaka untuk dihadiahkan kepada pegawai-pegawai Siam bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap kedudukan baginda sebagai Raja pemerintah Kelantan. Mereka kata baginda seorang Raja yang zalim kepada setiap orang termasuk kepada diri mereka sendiri. Baginda telah mengeluarkan perintah supaya menyingkirkan atau mengusir orang Puteh yang masuk atau dating ke negeri Kelantan. Baginda amat dibenci oleh semua orang termasuklah rakyat baginda sendiri.

 

4 orang putera itu juga menyatakan mereka sedang merancang untuk memberontak tetapi mereka tidak mempunyai senjata dan wang yang cukup, mereka juga bertanyakan kepada Henry Norman adakah Gabenor British di Singapura boleh  bersimpati dengan perjuangan mereka serta menolong mereka. Henry Norman hanya mendengar sahaja aduan mereka itu dan tidak membuat sebarang janji. Sebelum meninggalkan Henry Norman diakhir pertemuan itu, salah seorang daripada mereka yang mereka cadangkan untuk menjadi Sultan telah menghadiahkan sebilah pisau penikam yang kecil bertatah emas (badik) sebagai cendermata perpisahan.

Walaupun Henry Norman tidak menyebut nama keempat-empat putera raja Kelantan yang telah datang berjumpa dengannya diwaktu tengah malam itu, kita boleh simpulkan ianya adalah Tuan Mansor yang menggantikan Sultan Muhammad 3 pada bulan Mei tahun 1891 sebagai Raja Kelantan dan bergelar Sultan Mansor pada tahun 1897 hingga tahun 1899. Henry Norman menyebut baginda sebagai seorang muda yang sangat cerdik dan sopan santun.

Berikut adalah terjemahan kisah yang ditulis oleh Henry Norman dalam bukunya yang bertajuk The People and Politics of the Far East.

 

 

PETIKAN TERJEMAHAN BAB 6 : A JOURNEY TO FORBIDDEN KINGDOM dalam buku THE PEOPLE AND POLITICS OF THE FAR EAST.

Ketika saya naik ke tebing sungai di Kota Bharu, saya lihat Sultan [1]  sedang meneliti sebuah bangsa besar seperti bangunan yang telah dibina untuk menyambut Raja Siam [2]  yang dijangka akan melawat negeri Kelantan. Sebuah Jeti panjang serta lorong berjalan yang tertutup juga sedang dibina untuk menyambut ketibaan Raja Siam itu, dan sehelai bendera Siam sedang berkibar di sebelah penghujung lorong berjalan itu.

Pada sebelah petang hari itu, Wan Yusof [3] menghantar kepada saya satu pesanan bahawa Sultan akan menerima saya mengadap pada hari esoknya dibalai yang juga telah didirikan untuk menyambut Raja Siam itu. Balai tersebut telah pun siap dan dihiaskan secukupnya dan oleh kerana itu dianggap tempat pertemuan yang sesuai.

Pada malam itu saya telah didatangi dua orang pelawat atau tetamu yang memberitahu saya cadangan yang pelik yang belum pernah saya dengar atau terima. Pada waktu petang hari itu, Ali [4] beritahu saya bahawa dua orang utusan dari Bandar berhajat hendak bercakap dengan saya, tetapi mereka tidak mahu datang ke khemah saya, dan memohon saya pergi bertemu dengan mereka di hujung semak tidak beberapa jauh daripada tempat saya berkhemah. Tentu sekali saya mengesyaki suatu komplot, tetapi Ali mengatakan beliau pasti para utusan itu tidak ramai, jadi saya pun pergilah menemui mereka. Saya mengenali salah seorang daripada mereka iaitu orang yang sama saya temui di balai Sultan pada pagi yang sama. Kedua orang utusan itu meminta untuk bercakap dengan saya selama satu minit, saya pun berjalan-jalan dua puluh langkah bersama mereka. Lepas itu mereka memberitahu saya, seolah-olah dalam ketakutan dan secara sulit, bahawa empat orang adinda Sultan itu ingin hendak tahu bolehkah saya menyambut mereka pada tengah malam itu, kerana mereka ada khabar penting hendak diberitahu kepada saya. Saya pun, bertanya kerana apakah mereka tidak datang berjumpa saya secara terbuka pada siang hari. Para utusan itu menjelaskan bahawa anak-anak Raja takut kepada kekanda mereka iaitu Sultan, yang menyuruh semua tinggal dalam rumah masing-masing, dan tidak dibenarkan keluar rumah tanpa kawalan, dan jika banginda tahu mereka itu datang menemui saya, baginda akan murka dan akibatnya adalah teruk kepada setiap orang yang berkenaan. Saya masih wasangka mengenai cadangan ini, lalu mengemukakan beberapa soalan kepada mereka; tetapi akhirnya saya beranggapan pekara itu benar seperti apa yang mereka katakana, dan oleh kerana itu, lebih-lebih lagi ianya mungkin boleh memberi faedah, saya  pun berkata kepadanya bahawa saya seorang diri sahaja akan berada dalam khemah saya itu menunggu ketibaan mereka pada waktu tengah malam, malam itu.

Selanjutnya setelah semua orang pulang ke Bandar, saya pun padamkan lampu saya dan duduk dekat pintu di sebelah dalam khemah saya itu, menunggu. Tidak lama kemudian saya Nampak dua bayang orang dalam gelap, tidak berapa jauh daripada saya, membuat isyarat kepada saya. Saya berfikir kalau saya pergi seorang diri ketempat dua orang itu saya mungkin menempah bala, oleh itu saya senyap-senyap memangil Buta [5] , yang sedang berjaga di rakit, dan kami bersama berjalan ketempat dimana saya melihat dua bayang itu. Apabila sampai, ternyata mekera adalah dua orang utusan yang datang menemui saya tengah hari tadi.  “Dimanakah anak-anak raja itu? Saya bertanya. Mereka kata mereka meminta maaf tidak dapat hadir. ‘Mengapa?’ ‘Orang-orang jaga’. Sultan mengadakan kawalan ketat terhadap adinda-adindanya sehingga mereka tidak dapat kemana-mana: oleh sebab itu temujanji itu ditunda kepada malam esok. Saya guna cara seperti semalam, dan pada jam 1:00 pagi, mereka: empat orang anak raja,  serta dengan dua orang yang sama pun datang. Dua orang utusan itu tinggal diluar khemah dengan dijaga oleh salah seorang Sikh [6] yang saya letakan sebagai pengawal tiada berapa jauh daripada khemah saya dengan perintah supaya tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri khemah saya.

Berikutnya, selama kira-kira empat jam, saya mendengar cerita yang aneh tetapi menarik. Oleh kerana orang-orang yang berkenaan masih lagi hidup [7], dan Kota Bharu berada tidak jauh dari Singapura dimana berita boleh sampai dengan mudah, maka terpaksa saya sebut disini dengan ringkas sahaja. Perkara utama yang disebut dalam pertemuan itu adalah bahawa anak-anak raja itu berpendapat kekanda mereka, Sultan, telah merampas kuasa diRaja, dan telah menggunakan wang yang terhak kepada adinda-adindanya untuk menyogok orang-orang Siam bagi mendapatkan pengiktirafan di atas kedudukannya itu. Baginda, mereka itu memberitahu kepada saya, seorang raja yang sangat zalim kepada setiap orang termasuklah diri mereka [8], baginda bertekad tidak membenarkan orang-orang puteh memasuki negeri Kelantan, dan telah pun mengeluarkan perintah-perintah kejam bagi mencegah orang puteh dari memasuki negeri Kelantan [9] ; baginda amat dibenci oleh rakyat-rakyatnya sendiri; dan mereka itu berura mahu melancarkan pemberontakan. Cerita-cerita yang diberitahu oleh mereka kepada saya mengenai kekanda mereka telah mendapat simpati saya dan salah seorang daripada merkea yang dicadangkan menaiki takhta Kelantan menarik perhatian saya sebagai seorang muda yang sangat cerdik dan bersopan santun. [10] Mereka menegaskan kepada saya bahawa jika mereka member isyarat, tiga daripada empat orang Melayu di daerah luar Bandar akan bangkit menentang kekanda mereka. Kekurangan mereka hanyalah senjata dan wang; Sultan mempunyai kedua-duanya dalam jumlah yang banyak. Mereka bertanya kepada saya apakah saya fikir Tuan yang Terutama Gabenor di Singapura akan bersimpati dengan hasrat atau perjuangan mereka dan akan menolong mereka. Mendengar pertanyaan mereka itu, saya pun tersenyum, oleh kerana saya berfikir apakah reaksi atau penerimaan yang akan saya dapat daripada Sir Cecil Smith sekiranya saya ini menjadi utusan mereka itu, dan saya memberitahu mereka bahawa saya yakin, pada pendapat saya, bahawa Gabenor tidak akan berbuat apa-apa untuk menggantikan kekanda mereka sebagai raja di Kelantan, dan jika mereka sendiri Berjaya menyingkirkan kekanda mereka, saya juga berpendapat dan yakin bahawa tiada sebarang Pegawai British yang akan member pertolongan kepada mereka itu. Kemudian mereka mendesak saya. Sanggupkah saya mendapatkan bagi mereka sejumlah wang ringgit serta membawa senjata dan peluru kesuatu tempat di pantai di mana pengikut-pengikut setia mereka akan menunggu berjumpa dengan saya? Jika saya dapat berbuat demikian, mereka itu berjanji, pertamanya mereka tidak akan berlaku zalim; keduanya, negeri Kelantan akan dibuka kepada orang-orang Puteh dan konsesi-konsesi untuk berlombong dan berladang akan diberi dengan syarat-syarat atau terma-terma yang munasabah; ketiganya, mereka akan kurniakan kepada saya keistimewaan-keistimewaan tertentu yang tidak payah saya sebut di sini.

Akibatnya, jika rancangan itu Berjaya, ia akan tentu sekali menguntungkan rakyat Kelantan yang merana itu dan juga orang-orang sebangsa dengan saya. Lagi pun, pada jangkaan saya, tiada beberapa tahun lagi pasti akan berlaku perkembangan politik di negeri itu.

Ada pun budi pekerti Sultan dan corak pemerintahannya amatlah teruk keadaannya dan dengan demikian barangkali tidak ada seorang pun yang akan berfikiran panjang untuk menggulingkannya. Saya memberitahu mereka saya akan memberikan pertimbangan terhadap cadangan mereka itu, dan menjelang fajar keempat-empat anak raja itu pun meninggalkan saya. Mereka berjalan mengikuti tebing sungai ketempat mereka bersembunyi kira-kira satu batu jauhnya dan kemudian menaiki perahu menyeberang sungai kembali ketempat mereka masing-masing.

Pada malam esoknya, keempat-empat anak raja itu datang sekali lagi berjumpa dengan saya. Saya memberitahu mereka peristiwa yang telah berlaku semalam itu tidak patut difikirkan lagi. Walaubagaimana pun, mereka mendesak say, iaitu selepas saya meninggalkan  negeri Kelantan kelak, supaya saya mengambil ingatan akan perkara-perkara yang telah mereka beritahu kepada saya. Kemudian mereka pun meninggalkan saya dengan menaruh harapan bahawa satu hari nanti saya mungkin akan kembali ke Kelantan serta berpeluang untuk menolong menyelamatkan negeri mereka daripada nasib yang malang itu. Sebelum meninggalkan saya, salah seorang daripada mereka, yang mereka cadangkan menjadi Sultan, menghadiahkan kepada saya sebilah pisau penikam yang kecil yang bertatahkan emas, sebagai hadiah atau cenderamata perpisahan……….

 

(Terjemahan ini dipetik dari buku “The Peoples and Politics of the Far East” oleh Henry Norman, T. Fisher Unwin, London, 1895 muka surat 576 – 581)

 

books

 

[1] Tuan Mansor atau Long Mansor bin Tuan Kundor ialah putera kepada Tuan Kundor yang memerintah sebagai Sultan Muhammad 3 pada 6 Mei 1890, Tuan Mansor, adindanya telah menggantikannya sebagai raja Pemerintah Kelantan dengan gelaran Raja Kelantan. Hanya pada tahun 1897 barulah baginda bergelar Sultan Mansor.

[2] Raja Siam berkenaan adalah Chulalongkorn (1868 – 1910)

[3] Wan Yusof bin Wan Abdul Majid atau Nik Yusof bin Nik Abdul Majid ialah salah seorang pembesar Kelantan dizaman pemerintahan Sultan Muhammad 3 dan Sultan Mansor. Beliau dikatakan menjadi Menteri Besar Kelantan dizamanpemerintahan Sultan Mansor dan menyandang gelaran Dato’ Seri Paduka Raja tetapi beliau lebih dikenali sebagai Nik Seri Paduka.

[4] Ali ialah salah seorang pembantu Henry Norman yang datang bersamanya ke Kelantan.

[5] Buta ialah salah seorang pembantu Henry Norman yang datang bersamanya ke Kelantan.

[6] Sikh ialah salah seorang pembantu Henry Norman yang datang bersamanya ke Kelantan.

[7] Sultan Ahmad mempunyai 13 orang putera daripada kira-kira 9 orang isteri dan gundik. Mereka ialah Tuan Kundor, Tuan Salleh, Tuan Mamat (Muhamad), Tuan Mahmud, Tuan Putra, Tuan Idris, Tuan Sulaiman, Tuan Mansor, Tua Yusof, Tuan Ibrahim, Tuan Abdullah (Tuan Chik Adbullah), Tuan Yaakob dan Tuan Abdul Rahman. Keempat-empat adik beradik yang dipercayai menemui Henry Norman adalah Tuan Mansor, Tuan Salleh, Tuan Mahmud dan Tuan Sulaiman. Mengikut rekod British mereka yang menentang Sultan Muhammad 3 ialah Tuan Mahmud, Tuan Salleh, Tuan Sulaiman, Tuan Yusof dan Tuan Abdullah.

[8] Mengikut sumber tempatan Sultan Muhammad 3 menjalankan hukum Syarak dan sangat kuat berpegang kepada agama (Ringkasan Cetera, Kelantan, hlm.46)

[9] Satu peristiwa yang mungkin telah menyebabkan Sultan Kelantan amat murka dan benci kepada orang puteh berkenaan telah datang ke Kota Bharu, Kelantan dan telah melarikan isteri seorang pembesar Kelantan. Perkara itu telah dilaporkan kepada Gabenor British di Singapura. Mengikut Henry Norman, semasa berada di Kota Bharu, beliau mendapat tahu berikutan dengan peristiwa tersebut di atas, Sultan Kelantan telah membuat penyiasatan lalu kemudian menangkap 7 orang perempuan Kelantan yang diketahui sangat akrab dengan orang putih berkenaan, dicukur kepala mereka hingga botak dan dipaku cuping telinga mereka kepada batang pokok kelapa dan dibiarkan disitu beberapa hari.

[10] Putera raja berkenaan adalah dipercayai Tuan Mansor.

Tambralingga


kbps
Tambralingga adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang dipercayai muncul di Segenting Krasekitar abad ke-2 Masihi. Pada awal Kewujudan ianya hanya tercatat dalam sebuah kitab tua Tamil iaitu Kitab Niddesa dengan menyebut sebagai Tambralinggam dalam bahasa Tamil yang bermaksud Lingga Tembaga. Nama kerajaan ini tidak tercatat dalam mana-mana catatan China. Jika diamati dari masa kewujudannya pada abad ke-2 Masihi, kerajaan ini wujud sezaman denganKedah Tua dan Langkasuka, namun ia telah hilang dari sejarah selama lebih kurang 8 abad.
Ia hanya muncul semula sekitar tahun 1030 Masihi apabila ia disebut dalam sebuah inskripsi di India Selatan iaitu Inskripsi Tanjore. Walau bagaimanapun, H.G.Q. Wales berpendapat bahawa kerajaan itu terus wujud dan mengambil alih kerajaan Pan-Pan sekitar tahun 635 Masihi, iaitu setelah penghantaran utusan Pan-Pan  yang terakhir ke China.
Dalam catatan Cina, negara ini dikenali sebagai Tan-ma-ling. Catatan terawal tentang negara ini diperoleh dalam Sung Shih (Sejarah Sung). Sung Shih mencatatkan bahawa rakyat kerajaan ini tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada kayu. Mereka menggunakan emas dan perak sebagai bahan tukaran untuk perdagangan. Ibu kotanya tidak berbenteng dan rajanya apabila keluar akan menunggang gajah atau kuda. Dikatakan juga negara ini menghasilkan cula badak,gading gajah, logam perunggu (gangsa) dan Kayu Brezile. Ia juga menghasilkan beberapa jenis ubat-ubatan. Pada tahun 1001 Masih, pemerintahnya Tou Su Chi  telah mengirimkan utusan ke China.
Chu-fan-chi karangan Chau Ju-kua (1225 Masihi) mencatatkan bahawa Tan-ma-ling(Tambralingga) merupakan salah sebuah jajahan takluk San-fo-tsi (Suwarnabhumi)  dan ia telah diperintah oleh seorang Temenggung dari kerajaan itu. Di katakan juga pada tahun 1196 Masihi, ia pernah mengirim utusan ke China. Perkara ini menjelaskan bahawa ia telah bebas daripada kekuasaan Suwarnabhumi masa itu kerana kerajaan China hanya menerima perwakilan daripada kerajaan-kerajaan yang merdeka.
Daripada Tao i chih lio yang ditulis pada 1349 Masihi, diketahui bahawa Tan-ma-ling mempunyai pemerintahnya sendiri. Ia menghasilkan timah yang bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, sarang burung, kayu gaharu dan juga lilin lebah (lilin kuning). Melalui San tsai t’u hui 1607 Masihi pula diketahui bahawa negara itu tidak mempunyai raja, hanya seorang ketua sahaja.
Satu lagi sumber yang mencatatkan tentang kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi yang dikenali sebagai inskripsi Caiya (Grahi). Caiya merupakan sebuah bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua dikenali sebagai Grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina. Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan. Ada kemungkinan Caiya (Grahi) adalah bekas ibu kota kerajaan Tambralingga. Inskripsi 1230 Masihi ini juga mencatatkan dengan jelas yang Grahi sebagai wilayah Tambralingga.
Inskripsi Grahi juga mencatatkan tentang seorang raja pemerintahnya bernama Chandrabhanuyang bergelar Sri Dharmaraja, Yang Dipertuan Tambralingga. Namun, jika mengikut catatan Cina,Tao- i Chih-lioh yang ditulis sekitar tahun 1340an mengatakan Tan-ma-ling tidak mempunya raja, ia hanya diperintah oleh seorang ketua sahaja.
Merujuk kepada satu catatan Cina, Lai Wai tai ta  Tambralingga terkenal sebagai sebuah negara yang menghasilkan minyak wangi yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia juga menghasilkan kayu gaharu yang paling wangi, lilin kuning dan getah kino. Menurut Tao-i Chih-lioh yang ditulis sekitar 1340, Tambralingga terdiri daripada dataran yang luas dan menghasilkan lebihan bijirin. Penduduknya, lelaki dan perempuan menyanggul rambut mereka dan memakai pakaian yang terdiri daripada sehelai baju putih dan kain sarung hitam yang diperbuat daripada kapas. Mereka menggunakan satin, sulaman atau sejumlah timah sebagai mas kahwin. Orang disini memasak air laut untuk dijadikan garam dan menapai sekoi untuk dijadikan minunman  keras. Di samping itu, negara ini juga menghasilkan timah bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, burung enggang, kayu laka dana gaharu.
Sebenarnya tidak banyak maklumat tentang Tambralingga ini yang merujuk kepada aspek pemerintahan, namun dalam satu Inskripsi Kemboja ada mencatatkan bahawa ada seorang putera daripada kerajaan Tambralingga yang bernama Suryawarman telah diangkat menjadi pemerintah Angkor pada tahun 1010 Masihi setelah merampas kuasa daripada raja sebelumnyaUdayadityawarman I pada tahun 1002 Masihi. Beliau digelar sebagai Suryawarman 1 (1002 – 1050 Masihi).
Walaupun perwakilan pertama kerajaan Tambralingga ke China dikirimkan pada tahun 1196 Masihi, akan tetapi Tambralingga hanya jelas telah dapat memerdekakan diri daripadaSuwarnabhumi (San-fo-tsi) sekitar tahun 1230 Masihi. Pemeberontakan Tambralingga kepada Suwarnabhumi ini telah dipimpin oleh Chandrabhanu. Inskripsi Caiya mencatatkan tentang usaha Chandrabhanu meluaskan tanah jajahannya. Mengikut Slamet Muljana mengandaikan bahawa di bawah pemerintahan Chandrabhanu, kerajaan Tambralingga telah menjadi sebuah kerajaan yang terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi saingan kepada kerajaan Suwarnabhumi. Pada tahun 1247 Masihi dan 1271 Masihi, Chandrabhanu telah melancarkan serangan ke atas Sri Lankatetapi gagal menawannya. Kitab Culawangsa mengesahkan secara terperinci kedua-dua serangan ini.
Kita tidak tahu bilakah sebenarnya kerajaan ini hilang terus dari sejarah kerana pada adab ke-17 Masihi, ia masih disebut dalam catatan Cina, San tsai t’u hui. Namun, nampaknya kerajaan itu sudah begitu mundur ketika itu kerana ia tidak beraja lagi sedangkan semenjak abad ke-11 Masih hingga abad ke-13 Masihi diketahui ianya mempunyai raja dan kekuasaanya meluas hingga meliputi seluruh utara semenanjung.

MASS CONTROVERSIAL : PALEKBANG DAN FAN PAGE KPSK


RABU, 29/11/2012 :

Seperti hari-hari kebiasaan di Fan Page KPSK, kami mengawal selia setiap comment dan Posting hinggalah ke petang. Menerima panggilan dari seorang kenalan berita tentang satu blog iaitu yang menggunakan daftar nama sebagai Military of Malaysia.

Pada mulanya, kami tidak mengambil peduli akan hal tersebut. Kami meneruskan penulisan tentang artikel Ahlul Bait dan Kesultanan Kelantan.

Namun, fan page KPSK terus diserbu dengan maklumat Palekbang ini. Huraian tentang Terowong Purba, Lapangan Terbang Padang Lalang dan Harta Karun Peninggalan Jepun terus menyendat wall kami.

Pada masa sama juga wall KPSK juga memuatkan kisah penemuan Lapangan Terbang ke-5 di Gua Musang iaitu Fort Chabai juga menarik perhatian likers yang pada ketika itu mencecah 13,300.

KHAMIS, 30/11/2012

Wall KPSK terus menerus dihujani tentang Palekbang dan dakawaan penemuan Terowong Rahsia . Pada ketika ini kami meminjam comment dan posting dari rakan-rakan KPSK kerana masih belum berkesempatan mengunjungi kawasan yang didakwa tersebut.

Apa yang boleh kami lakukan ketika itu adalah analisis berdasarkan maklumat di internet dan buku tentang Palekbang dan setiap temuan fakta akan dikongsi di wall kami.

Huraian berterusan tentang dakwan harta tinggalan Jepun terus berlegar di wall … menunjukan pemikiran sesetengah orang yang begitu eager kepada harta materialistik. Perkara ini terus disenak kan lagi dengan dakwaan misterius harta peninggalan kerajaan Chermin iaitu sebuah kerajaan purba negeri Kelantan.

Maklumat di KPSK terus sendat dengan maklumat Geografi Purba Kelantan yang dikatakan berada tinggi dari aras laut. Perkara ini juga terus dikuti dengan minat oleh likers.

Berita tentang Palekbang juga terus hangat diperkatan hingga menarik trafik yang tinggi ke KPSK. Kami tidak meminta begitu.

Tanpa kami sangka, dalam ramai-ramai likers tu ada yang menyelit untuk mengambil maklumat tentang perkara ini dan diputar dengan pelbagai andaian yang boleh dikatakan hampir tidak berasas.

Maklumat yang kami sampaikan tentang Palekbang dalam fan page KPSK telah mendapat respon individu yang terlibat secara terus dalam hal ini. Beliau telah menasihati kami agar tidak ke sana. Pada masa sama , ribuan likers mula obses dengan maklumat yang kita sampaikan. Sehingga ada yang mula menuduh kami mereka-reka cerita.

Pada masa sama, ada juga yang memberi peringatan tentang RAHSIA NEGARA. Namun perasaan ingin tahu kami turut memuncak bersama-sama ribuan likers KPSK.

JUMAAT, .30/11/2012

Hari kemuncak isu Palekbang.

Dari pagi, wall kami terus dihujani persoal an tentang kesahihan terowong tersebut.

Dalam masa yang sama juga kami mengumpulkan kekuatan untuk pergi ke Palekbang kerana ianya terletak 70 kilometer dari pusat operasi kami di Pasir Puteh.

Memasuki tengah hari jumaat, adalah komen-komen yang berbaur makian dan kejian dan mendakwa kami menipu kerana bergantung kepada sumber maklumat dari para posteer dan commentator  di KPSK.

Sebenarnya kami kecewa kerana maklumat yang kami sampaikan sebelum ini dipandang sebagai “benar dan sahih”  sedangkan pada waktu itu kami sendiri pun sedang mengumpul maklumat untuk pengesahan namun, sudah ada “penemuan” yang diwar-warkan oleh beberapa orang di wall kami.

Petang jumaat, kami bertolak dari Pasir Puteh ke Palekbang dengan bantuan daripada bebarapa orang kenalan untuk membuat pengesahan sendiri .

Ini semua adalah atas usaha dan belanja kami sendiri, tidak mengharapkan mana-mana tajaan dan sumbangan. Kami ikhlas demi likers KPSK yang turut sama obses untuk mengetahui apa yang sebenarnya ditemui di Palekbang.

Setibanya disana, kami telah dihalang untuk mendekati kawasan yang didakwa itu. Baik dari Darat mahupun Sungai, kawasan ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan. Sebelum tu, kami ingin jelaskan bahawa Palekbang ni sebuah mukim yang luas dan tempat yang dikawal adalah sekitar kawasan yang didakwa itu sahaja.

Rintangan dan halangan telah mendorong kami untuk terus berusaha. Namun hinggalah ke hari gelap, kami gagal untuk mendekati kawasan tersebut.

Walaupun usaha kami untuk ke kawasan itu gagal, kami telah menemui sesuatu pada diri kami tentang Sungai Kelantan seperti yang dinyatakan dalam Book of Mormon.

Dalam perjalanan pulang, kami terus dihujani pertanyaan dalam wall kami. Lantas kami layani seperti biasa. Usah dikira lah komen yang cuba menjatuhkan semangat kami, memang boleh meruntun jiwa.

Namun kami gagahi jua.

SABTU, 1/12/2012:

Seawal jam 9:40 pagi, kami terpaksa menghentikan pembongkaran kisah Palekbang ini memandangkan ianya telah mendapat liputan dari pihak Sinar Harian dengan pengesahan yang boleh dikatakan huraian secara total.

Jadi kami mengambil keputusan untuk menghentikan pembongkaran terowong ini.

Bersama-sama ini kami sertakan keratan akhbar dan juga gambar-gambar dari fans KPSK untuk tatapan buat semua.

Terima Kasih kerana mengikuti KELAB PENCINTA SEJARAH KELATE (KPSK) sokongan dan dokongan anda amat hargai. Buat commentator yang melemparkan komen negatif : demo juga adalah pendorong kami untuk terus membuka minda orang-orang Melayu – Kelantan dan Malaysia.

1 Telaga Pintu Masuk

Sumber kami mendakwa ini adalah Pintu Masuk ke Terowong

2 Pengkalan Dock

Di dakwa Pintu Masuk

Majlis Sembahyang Hajat di Pengkalan Dock

Majlis Majlis Sembahyang Hajat di Pengkalan Dock bagi memohon keberkatan untuk membuka sejarah.

4 Pengkalan Dock

Pemandangan sekitar kawasan yang didakwa : Pengkalan Dock

7 Laluan masuk

Laluan Masuk ke kawasan yang didakwa sebagai Kubu Jepun

5 Bunker Jepun di Pengakalan Dock

Strukturk ini didakwa sebagai Bunker Jepun

6 Pengkalan Dock

Struktur lama yang belum dikenal pasti. Sama ada ianya bekas Pelabuhan Palekbang atau kemudahan tentera zaman Jepun…

10 Bomba sedang berusaha sedut air

Antara Telaga juga didakwa sebagai pintu terowong… di kawasan yang kini telah ditutup serta dijaga pasukan keselamatan.

12 Struktur Telaga

Struktur Telaga…. apa pandangan anda?

12 Telaga dikatakan Pintu Masuk

Rupa bentuk dalam Telaga …. apa persepsi anda?

15 Binaan yang didakwa sebagai bekas pelabuhan di Palekbang

Struktur yang di dakwa sebagai Bekas Pelabuhan di Pengkalan Dock, Palekbang.

16 Bekas pelabuhan

Sudut dekat struktur pelabuhan tersebut.

17 Telaga yang cuba dikeringkan

“Telaga” yang cuba dikeringkan

18 telaga lagi

Antara telaga yang sedang cuba dikeringkan oleh Bomba

19 Rel keretapi

Struktur ini didakwa sebagai Rel Keretapi.

PENGESAHAN YANG KUKUH. TERPULANG PADA ANDA UNTUK ANALISIS

PENGESAHAN YANG KUKUH. TERPULANG PADA ANDA UNTUK ANALISIS