Category Archives: Lain-Lain

Tambralingga


kbps
Tambralingga adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang dipercayai muncul di Segenting Krasekitar abad ke-2 Masihi. Pada awal Kewujudan ianya hanya tercatat dalam sebuah kitab tua Tamil iaitu Kitab Niddesa dengan menyebut sebagai Tambralinggam dalam bahasa Tamil yang bermaksud Lingga Tembaga. Nama kerajaan ini tidak tercatat dalam mana-mana catatan China. Jika diamati dari masa kewujudannya pada abad ke-2 Masihi, kerajaan ini wujud sezaman denganKedah Tua dan Langkasuka, namun ia telah hilang dari sejarah selama lebih kurang 8 abad.
Ia hanya muncul semula sekitar tahun 1030 Masihi apabila ia disebut dalam sebuah inskripsi di India Selatan iaitu Inskripsi Tanjore. Walau bagaimanapun, H.G.Q. Wales berpendapat bahawa kerajaan itu terus wujud dan mengambil alih kerajaan Pan-Pan sekitar tahun 635 Masihi, iaitu setelah penghantaran utusan Pan-Pan  yang terakhir ke China.
Dalam catatan Cina, negara ini dikenali sebagai Tan-ma-ling. Catatan terawal tentang negara ini diperoleh dalam Sung Shih (Sejarah Sung). Sung Shih mencatatkan bahawa rakyat kerajaan ini tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada kayu. Mereka menggunakan emas dan perak sebagai bahan tukaran untuk perdagangan. Ibu kotanya tidak berbenteng dan rajanya apabila keluar akan menunggang gajah atau kuda. Dikatakan juga negara ini menghasilkan cula badak,gading gajah, logam perunggu (gangsa) dan Kayu Brezile. Ia juga menghasilkan beberapa jenis ubat-ubatan. Pada tahun 1001 Masih, pemerintahnya Tou Su Chi  telah mengirimkan utusan ke China.
Chu-fan-chi karangan Chau Ju-kua (1225 Masihi) mencatatkan bahawa Tan-ma-ling(Tambralingga) merupakan salah sebuah jajahan takluk San-fo-tsi (Suwarnabhumi)  dan ia telah diperintah oleh seorang Temenggung dari kerajaan itu. Di katakan juga pada tahun 1196 Masihi, ia pernah mengirim utusan ke China. Perkara ini menjelaskan bahawa ia telah bebas daripada kekuasaan Suwarnabhumi masa itu kerana kerajaan China hanya menerima perwakilan daripada kerajaan-kerajaan yang merdeka.
Daripada Tao i chih lio yang ditulis pada 1349 Masihi, diketahui bahawa Tan-ma-ling mempunyai pemerintahnya sendiri. Ia menghasilkan timah yang bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, sarang burung, kayu gaharu dan juga lilin lebah (lilin kuning). Melalui San tsai t’u hui 1607 Masihi pula diketahui bahawa negara itu tidak mempunyai raja, hanya seorang ketua sahaja.
Satu lagi sumber yang mencatatkan tentang kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi yang dikenali sebagai inskripsi Caiya (Grahi). Caiya merupakan sebuah bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua dikenali sebagai Grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina. Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan. Ada kemungkinan Caiya (Grahi) adalah bekas ibu kota kerajaan Tambralingga. Inskripsi 1230 Masihi ini juga mencatatkan dengan jelas yang Grahi sebagai wilayah Tambralingga.
Inskripsi Grahi juga mencatatkan tentang seorang raja pemerintahnya bernama Chandrabhanuyang bergelar Sri Dharmaraja, Yang Dipertuan Tambralingga. Namun, jika mengikut catatan Cina,Tao- i Chih-lioh yang ditulis sekitar tahun 1340an mengatakan Tan-ma-ling tidak mempunya raja, ia hanya diperintah oleh seorang ketua sahaja.
Merujuk kepada satu catatan Cina, Lai Wai tai ta  Tambralingga terkenal sebagai sebuah negara yang menghasilkan minyak wangi yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia juga menghasilkan kayu gaharu yang paling wangi, lilin kuning dan getah kino. Menurut Tao-i Chih-lioh yang ditulis sekitar 1340, Tambralingga terdiri daripada dataran yang luas dan menghasilkan lebihan bijirin. Penduduknya, lelaki dan perempuan menyanggul rambut mereka dan memakai pakaian yang terdiri daripada sehelai baju putih dan kain sarung hitam yang diperbuat daripada kapas. Mereka menggunakan satin, sulaman atau sejumlah timah sebagai mas kahwin. Orang disini memasak air laut untuk dijadikan garam dan menapai sekoi untuk dijadikan minunman  keras. Di samping itu, negara ini juga menghasilkan timah bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, burung enggang, kayu laka dana gaharu.
Sebenarnya tidak banyak maklumat tentang Tambralingga ini yang merujuk kepada aspek pemerintahan, namun dalam satu Inskripsi Kemboja ada mencatatkan bahawa ada seorang putera daripada kerajaan Tambralingga yang bernama Suryawarman telah diangkat menjadi pemerintah Angkor pada tahun 1010 Masihi setelah merampas kuasa daripada raja sebelumnyaUdayadityawarman I pada tahun 1002 Masihi. Beliau digelar sebagai Suryawarman 1 (1002 – 1050 Masihi).
Walaupun perwakilan pertama kerajaan Tambralingga ke China dikirimkan pada tahun 1196 Masihi, akan tetapi Tambralingga hanya jelas telah dapat memerdekakan diri daripadaSuwarnabhumi (San-fo-tsi) sekitar tahun 1230 Masihi. Pemeberontakan Tambralingga kepada Suwarnabhumi ini telah dipimpin oleh Chandrabhanu. Inskripsi Caiya mencatatkan tentang usaha Chandrabhanu meluaskan tanah jajahannya. Mengikut Slamet Muljana mengandaikan bahawa di bawah pemerintahan Chandrabhanu, kerajaan Tambralingga telah menjadi sebuah kerajaan yang terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi saingan kepada kerajaan Suwarnabhumi. Pada tahun 1247 Masihi dan 1271 Masihi, Chandrabhanu telah melancarkan serangan ke atas Sri Lankatetapi gagal menawannya. Kitab Culawangsa mengesahkan secara terperinci kedua-dua serangan ini.
Kita tidak tahu bilakah sebenarnya kerajaan ini hilang terus dari sejarah kerana pada adab ke-17 Masihi, ia masih disebut dalam catatan Cina, San tsai t’u hui. Namun, nampaknya kerajaan itu sudah begitu mundur ketika itu kerana ia tidak beraja lagi sedangkan semenjak abad ke-11 Masih hingga abad ke-13 Masihi diketahui ianya mempunyai raja dan kekuasaanya meluas hingga meliputi seluruh utara semenanjung.

Berakhir dasawarsa pertama alaf kedua


31 Disember ini maka berakhirlah tahun 2009. Jika dekad ini dikira dari tahun 2000, maka ia juga menandakan penghujung dasawarsa pertama bagi abad ke-21 dan alaf kedua.

Dekad dan dasawarsa mempunyai sama maksud. Dasa ialah sepuluh dan warsa ialah tahun, dari perkataan Sanskrit. Dekad dari perkataan Inggeris, decade.

Abad dan kurun mempunyai makna serupa. Sementara perkataan lain daripada alaf ialah milenium. Satu daripada bahasa Arab, dan satu lagi bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperkayakan oleh perkataan-perkataan Sanskrit, Arab dan Inggeris.

Bahasa Sanskrit sudah lama mati, Tetapi ia diwarisi oleh Hindi dan Urdu. Bahasa Melayu amat selesa dengan perkataan-perkataan daripada bahasa Sanskrit. Seperti Latin, Sanskrit menjadi bahasa yang mampu mengungkap buah fikiran bertahap tinggi. Tetapi kedua-duanya telah pupus.

Hindi, bahasa rasmi India mewarisi Sanskrit. Pada zaman India diperintah Islam, iaitu oleh Moghul, bahasa Parsi yang dibawanya terterap ke dalam Hindi untuk melahirkan Urdu. Dengan gabungan Sanskrit dan Parsi, Urdu muncul sebagai bahasa indah.

Kedua-dua Hindi dan Urdu muncul sebagai bahasa yang indah, sedap didengar oleh telinga Melayu. Cuba dengar dialog dalam filem Bollywood, dengan mudah ia menjadi ajukan bagi peminat dari kalangan orang Melayu. Apatah lagi muzik dan lagu Hindustan. Dengan alatan muzik yang begitu mengasyikkan bagi orang Melayu.

Kini, Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, negara Islam yang lahir daripada perpecahan India. Bahasa ini menggunakan tulisan seperti yang digunakan oleh Parsi. Keindahan Urdu dapat dinikmati dengan mendengar puisi Muhammad Iqbal, penyair India yang merindukan penubuhan negara Islam Pakistan.

Parsi pula adalah bahasa yang indah. Kedatangan Islam ke negara itu menjadikan Parsi menggunakan aksara Arab sebagai tulisannya. Tetapi ia mengubah suai untuk memadankan kegunaannya bagi bahasa itu. Khatnya juga berbeza daripada tulisan yang banyak digunakan oleh orang Arab.

Keindahan Parsi sampai kemuncaknya pada zaman Khilafah Abasiah. Walaupun kepimpinannya adalah Arab Syunnah wal Jamaah tetapi kerajaannya memerintah dengan mandat yang diterima daripada Syiah dan orang Parsi. Maka bahasa Abasiah adalah Arab dan Parsi.

Apabila Mongol datang dan menakluki kerajaan Abasiah, ia mendapati suatu tamadun yang besar. Bukannya orang Parsi jadi Mongol. Tetapi mereka yang menjadi Parsi. Pemerintahan merekalah yang menakluki Afghanistan dan India, dan kemudian dikenali sebagai Moghul.

Nusantara

Dunia Melayu, Nusantara yang terasnya di Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu selesa dengan persuratan India, Parsi dan Arab. Sebab itu dalam bahasa Melayu terdapat banyak perkataan bertahap tinggi dari bahasa Sanskrit, Parsi dan Arab. Bukan itu saja, tamadun dan budaya yang diminati oleh orang Melayu juga datang dari Arab, Parsi dan India. Bila sebut Arab dan Parsi, pusat asalnya ialah di Baghdad bermula dengan pemerintahan Abasiah.

Tetapi pengaruh India adalah lebih awal lagi apabila Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan sezamannya mengambil tamadun yang berasaskan Sanskrit. Pemerhati sering melihat sesuatu tamadun dari sudut agama, iaitu Hindu, Buddha dan Islam. Tetapi cuba lihat dari sudut bahasa, iaitu Sanskrit, Parsi dan Arab, mungkin ia lebih membuka pemahaman kepada jati diri Melayu.

Sememangnya kemudian Inggeris, baik dalam bentuk British mahupun Amerika menawan India, Iran dan Iraq hingga menghancurkan tamadun gemilang di situ. Dunia Melayu pula bukan saja dikuasai Inggeris tetapi juga Belanda dan Portugis.

Maka bahasa Melayu turut dipengaruhi ketiga bahasa Barat itu. Masuklah perkataan-perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Tetapi perkataan daripada bahasa Inggeris lah yang paling banyak dan secara terus terusan masuk.

Tetapi bagi orang Melayu, perkataan dari bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi adalah lebih selesa digunakan daripada Inggeris.

Cuba lihat, walaupun dasawarsa itu panjang daripada dekad, tetapi ia lebih dirasakan indah. Begitu juga dengan abad atau kurun. Tidak ada orang Melayu mahu mengambil perkataan century bagi menggantikan abad.

Walaupun ada orang menggunakan milenium atau milenia, tetapi alaf lebih indah, malah ringkas..

Contoh lain ialah bangunan. Tidakkah indah bagi bahasa Melayu untuk menggunakan perkataan wisma daripada building. Atau menara daripada tower. Begitu juga nama tempat. Damansara, Titiwangsa, Melawati, Mahameru dan seumpamanya adalah dari bahasa Sanskrit. Cuba bandingkan dengan Brickfields, Glenmarie, Cameron dan Butterworth. Mana lebih indah?

Pada tahun 1970-an, sememangnya bahasa Melayu sedang bangkit. Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia berpakat melalui persamaan ejaan sebagai usaha untuk menjadikan Melayu bahasa tamadun.

Kedua-dua negara di bawah pimpinan Tun Razak dan Suharto sedang muncul sebagai teras ASEAN yang mahu membawa kemakmuran baru di Nusantara. Andai kata ketika itu Indonesia dan Malaysia berjaya menjadi negara berekonomi maju, maka bahasa Melayu akan turut bangkit. Singapura pasti akan mengutamakan bahasa Melayu.

Setelah 20 tahun, Indonesia gagal muncul sebagai negara maju. Malaysia saja tidak mampu menjulang bahasa Melayu.

Ketika yang sama hegemoni Inggeris mula memantap. Kesatuan Soviet kalah dalam Perang Dingin kepada Amerika. Inggeris mengalahkan Rusia. Globalisasi berlaku dengan Inggeris sebagai bahasanya. Akibat Perang Dingin berakhir, maka rangkaian ketenteraan yang kemudian menjadi Internet tertebar ke seluruh dunia, bahasa mereka ialah inggeris.

Maka orang Melayu kini merasakan untuk bersaing mereka mesti berbahasa Inggeris.

Sumber : Utusan Online

PENSYARAH MELAYU (ULAMA’) DI OXFORD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga anda semua diberkati dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.

Terlebih dahulu, jangan salah tafsir tentang tajuk tersebut. Kami tidak berniat untuk merendah-rendahkan Martabat kita, kami ingin membawa kalian mengenali dan mendekati seorang insan yang bernama Dr Muhammad Afifi al-Akiti yang berkhidmat di Oxford sebagai Pensyarah dalam bidang Teologi.

Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti

Artikel jelas dan detail boleh dibaca di pautan ini. dan juga di sini

Rumusan dari artikel tersebut dapatlah kami simpulkan bahawa pada zaman Ulama Besar Semenanjung Tanah Melayu dahulu seperti Tok Kenali, Tok Janggut, Tok Selehor, keluar dari Kelantan dan mengembara ke Tanah Arab untuk menuntut Ilmu agama.

Akhirnya pulang dan berbakti kepada tanah Air dan terbukti, Orang Kelantan kemudiannya masyhur dengan alim dan tawaduk.

Namun, selepas kolonial British mencampuri urusan pentadbiran di Kelantan usaha-usaha dakwah ini juga telah terbantut dan terhad kepada Fungsi Majlis Agama Islam Kelantan yang pada waktu itu banyak menaja pelajar untuk menuntut pelbagai cabang ilmu.

Syeikh Afifi , contoh dekat dengan kita, beliau keluar dari Perak dan menuntut di Pondok seterusnya merantau dan mengembara untuk menuntut ilmu dan akhirnya beliau diiktiraf oleh Dunia Islam dan Dunia Barat.

Sama seperti Syeikh Ahmad al-Fatani yang masyhur di Dunia Islam dan Dunia Barat melalui pemikiran beliau yang kritis suatu ketika dahulu.

Bezanya adalah, Syeikh Ahmad tidak memerlukan dokumen ataupun sijil untuk merujuknya. Berbanding pada masa sekarang, sudah tentu sukar untuk kita berguru dengan Syeikh Afifi kerana kita memerlukan Degree dan Master terlebih dahulu dan barulah boleh menjadi pelajar beliau dan sudah tentu lebih rumit lagi untuk kita terus berguru dengan beliau kerana syarat Oxford adalah amat ketat sekali.

KITA BERBANGGA MEMPUNYAI ANAK MELAYU YANG HEBAT SEPERTI SYEIKH AFIFI, TETAPI TERKILAN KERANA KITA TIDAK BOLEH MERUJUK SECARA TERUS DENGANNYA. SEMUANYA TELAH DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T

Di Malaysia, masih ramai alim ulama yang boleh menjadi rujukan dan masih ramai yang sentiasa saling memperingati tentang Islam dan amal makruf nahi mungkar.

Senarai Masjid seluruh Kelantan


Masjid Muhammadi : Masjid yang paling popular di Kelantan

Disenaraikan Masjid yang terdapat di Seluruh Kelantan. Semoga, kita semua mengimarahkan masjid berdekatan, InsyaAllah, kita akan diberkati.

Masjid di Bachok

  1. Masjid Cherang Hangus
  2. Masjid Mahmoodi
  3. Masjid Mukim Badak Melawi
  4. Masjid Mukim Batol
  5. Masjid Mukim Kampung Kuchelong
  6. Masjid Mukim Kein
  7. Masjid Mukim Keluat
  8. Masjid Mukim Kuala Kandis
  9. Masjid Mukim Kuala Melawi
  10. Masjid Mukim Kuau
  11. Masjid Mukim Kubang Golok
  12. Masjid Mukim Lo’ok
  13. Masjid Mukim Mujor
  14. Masjid Mukim Nipah
  15. Masjid Mukim Pantai Damak
  16. Masjid Mukim Paya Mengkuang
  17. Masjid Mukim Perupok
  18. Masjid Mukim Repek
  19. Masjid Mukim Rusa
  20. Masjid Mukim Tanjong Jering

Masjid di Gua Musang

  1. Masjid Betong Nenggiri
  2. Masjid Lepan Tupai @ Jaya
  3. Masjid Mukim Chiku 1 & 2
  4. Masjid Mukim Chiku 3
  5. Masjid Mukim Chiku 5 & 6
  6. Masjid Mukim Chiku 7
  7. Masjid Mukim Felda Perasu
  8. Masjid Mukim Jeram Tekuh
  9. Masjid Mukim Jerek
  10. Masjid Mukim Kampung Serian
  11. Masjid Mukim Kesedar Chalil
  12. Masjid Mukim Kesedar Lebir
  13. Masjid Mukim Kesedar Paloh 3
  14. Masjid Mukim Kuala Betis
  15. Masjid Mukim Ladang Sungai Terah
  16. Masjid Mukim Limau Kasturi 1
  17. Masjid Mukim Lu’lu
  18. Masjid Mukim Meranto
  19. Masjid Mukim Paloh 1 & 2
  20. Masjid Mukim Pasir Tumbuh

Masjid di Jeli

  1. Masjid Bandar Jeli
  2. Masjid Kg. Kalai
  3. Masjid Mukim Air Lanas
  4. Masjid Mukim Batu Melintang
  5. Masjid Mukim Berdang
  6. Masjid Mukim Bukit Lakota
  7. Masjid Mukim Ganir @ Jerimbong
  8. Masjid Mukim Gemang
  9. Masjid Mukim Gunung Reng
  10. Masjid Mukim Jeli
  11. Masjid Mukim Kalai
  12. Masjid Mukim Kesedar Air Canal
  13. Masjid Mukim Kuala Balah
  14. Masjid Mukim Kubur Datu
  15. Masjid Mukim Legeh
  16. Masjid Mukim Pasir Dusun
  17. Masjid Mukim Pergau Rangka
  18. Masjid Mukim Sungai Long
  19. Masjid Mukim Sungai Satan

Masjid di Kota Bharu

  1. Masjid Muhammadi
  2. Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
  3. Masjid Telipot
  4. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri
  5. Masjid Sultan Ismail Petra, Banggol
  6. Masjid Kampung Sireh
  7. Masjid Mukim Paya Bemban
  8. Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa
  9. Masjid Kampung Kota, Kampung Kota, Kota Bharu
  10. Masjid Al Husna Baung Bayam
  11. Masjid Mukim Al-Muttaqin, Daerah Lundang, 15200 Kota Bharu
  12. Masjid Besar Pengkalan Chepa, Daerah Panji, 16100 Kota Bharu (masjid bandar)
  13. Masjid Changkat Tualang, 31610 Kota Bharu
  14. Masjid Kampung Redang Sawa, 31610 Kota Bharu
  15. Masjid Kampungkaram, Daerah Banggu, 16150 Kota Bharu
  16. Masjid Langgar, Daerah Lundang, 15150 Kota Bharu
  17. Masjid Lundang Paku, Daerah Beta, 15100 Kota Bharu
  18. Masjid Mukim Pulau Tinggi, Daerah Bukit Jawa, 16400 Melor, Kota Bharu
  19. Masjid Mukim Tualang Rendah Lama, Daerah Bukit Jawa, 16400 Melor, Kota Bharu
  20. Masjid Mukim Alor Bakat, Daerah Mahligai, 16400 Melor, Kota Bharu
  21. Masjid Mukim Aril, Daerah Peringat, 16400 Kota Bharu
  22. Masjid Mukim Badak Mati, Daerah Banggu, 16050 Kota Bharu
  23. Masjid Mukim Badang, Daerah Badang, 15350 Kota Bharu.
  24. Masjid Mukim Panji, Daerah Panji, 16100 Kota Bharu.

Masjid di Kuala Krai

  1. Masjid Bandar Kuala Krai
  2. Masjid Banggol Guchil
  3. Masjid Kg Keroh
  4. Masjid Mukim Aur Gading
  5. Masjid Mukim Batu Balai
  6. Masjid Mukim Batu Jong
  7. Masjid Mukim Bechah Salak
  8. Masjid Mukim Blok Bahagia
  9. Masjid Mukim Chenulong Berhala
  10. Masjid Mukim Chuchoh Puteri A
  11. Masjid Mukim Chuchoh Puteri B
  12. Masjid Mukim Derdap Lebar @ Pahi
  13. Masjid Mukim Enggong
  14. Masjid Mukim Ingin Maju
  15. Masjid Mukim Jelawang
  16. Masjid Mukim Kampung Belanga
  17. Masjid Mukim Kampung Rahmat
  18. Masjid Mukim Kandek
  19. Masjid Mukim Karangan
  20. Masjid Mukim Kebun Kuala Pertang

Masjid di Machang

  1. Masjid Al Amir, Wakaf Bata
  2. Masjid Batu 30 Panyit
  3. Masjid Machang Lama
  4. Masjid Mukim Air Belaga
  5. Masjid Mukim Bagan
  6. Masjid Mukim Baka Remuning
  7. Masjid Mukim Batu 23
  8. Masjid Mukim Bukit Tiu
  9. Masjid Mukim Dewan
  10. Masjid Mukim Hutan Putih
  11. Masjid Mukim Jakar
  12. Masjid Mukim Joh
  13. Masjid Mukim Kaabah
  14. Masjid Mukim Kampung Galang
  15. Masjid Mukim Kampung Raja
  16. Masjid Mukim Kampung Raja Barat
  17. Masjid Mukim Kelaweh
  18. Masjid Mukim Kerawan
  19. Masjid Mukim Kerawat
  20. Masjid Mukim Kerilla

Masjid di Pasir Mas

  1. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra
  2. Masjid Mukim (Bakuk) Kg. Rahmat
  3. Masjid Bandar Pasir Mas
  4. Masjid Darul Ulum
  5. Masjid Hj Abdullah Kg. Tal Tujuh
  6. Masjid Madrasah Kg
  7. Masjid Mukim Alur Buluh
  8. Masjid Mukim Alor Galah
  9. Masjid Mukim Apa-apa
  10. Masjid Mukim Apam
  11. Masjid Mukim Aur China
  12. Masjid Mukim Bakok
  13. Masjid Mukim Bakong
  14. Masjid Mukim Banggol Ara
  15. Masjid Mukim Banggol Kemian
  16. Masjid Mukim Banggol Kulim
  17. Masjid Mukim Banggol Naim
  18. Masjid Mukim Banggol Setol
  19. Masjid Mukim Banggol Tempoyak
  20. Masjid Mukim Baroh Piau
  21. Masjid Mukim Bechah Durian
  22. Masjid Mukim Belukar
  23. Masjid Mukim Beris Bechah Semak
  24. Masjid Mukim Beting Pauh
  25. Masjid Mukim Binjai Mu’tab
  26. Masjid Mukim Bongor
  27. Masjid Mukim Bukit Kwong
  28. Masjid Mukim Bukit Tuku
  29. Masjid Mukim Bunut Susu
  30. Masjid Mukim Chasi
  31. Masjid Mukim Chetok
  32. Masjid Mukim Chichal Tinggi
  33. Masjid Mukim Gabus
  34. Masjid Mukim Gual Nering
  35. Masjid Mukim Gual Payung
  36. Masjid Mukim Gual Periok
  37. Masjid Mukim Gual Tinggi
  38. Masjid Mukim Gual Tok Deh
  39. Masjid Mukim Hujung Galok
  40. Masjid Mukim Hutan Chengal
  41. Masjid Mukim Jaba
  42. Masjid Mukim Jejawi
  43. Masjid Mukim Jejulut
  44. Masjid Mukim Jenerih Tujuh
  45. Masjid Mukim Kampung Kepas
  46. Masjid Mukim Kampung Repek
  47. Masjid Mukim Kampung Siram
  48. Masjid Mukim Kangkong
  49. Masjid Mukim Kasar
  50. Masjid Mukim Kedepil
  51. Masjid Mukim Kedondong
  52. Masjid Mukim Kelar
  53. Masjid Mukim Kenap
  54. Masjid Mukim Kerasak
  55. Masjid Mukim Kuala Lemal
  56. Masjid Mukim Kubang Agol
  57. Masjid Mukim Kubang Bemban
  58. Masjid Mukim Kubang Batang
  59. Masjid Mukim Kubang Gatal
  60. Masjid Mukim Kubang Gendang
  61. Masjid Mukim Kubang Hakim
  62. Masjid Mukim Kubang Panjang
  63. Masjid Mukim Kubang Rambutan
  64. Masjid Mukim Kubang Sepat
  65. Masjid Mukim Kubang Temesu
  66. Masjid Mukim Lalang
  67. Masjid Mukim Lati
  68. Masjid Mukim Lubuk Chekok Timur
  69. Masjid Mukim Lubuk Gong
  70. Masjid Mukim Lubuk Setol
  71. Masjid Mukim Lubuk Tapah
  72. Masjid Mukim Meranti
  73. Masjid Mukim Paloh
  74. Masjid Mukim Padang Embun
  75. Masjid Mukim Padang Lichin
  76. Masjid Mukim Padang Pauh
  77. Masjid Mukim Perol
  78. Masjid Mukim Perol Tok Uban
  79. Masjid Mukim Pintu Cherang
  80. Masjid Mukim Pohon Tanjung
  81. Masjid Mukim Rantau Panjang
  82. Masjid Mukim Rong Chenok
  83. Masjid Mukim Sakar
  84. Masjid Mukim Simpang Empat Tendong
  85. Masjid Mukim Tanjong
  86. Masjid Mukim Tasek Berangan
  87. Masjid Mukim Tasek Gondang
  88. Masjid Mukim Telaga Mas
  89. Masjid Mukim Teliar
  90. Masjid Mukim Temenggong
  91. Masjid Mukim Tempoyak Lama
  92. Masjid Mukim Tendong
  93. Masjid Mukim Tok Sangkut
  94. Masjid Mukim Tok Uban

Masjid di Pasir Puteh

  1. Masjid Bandar Pasir Puteh
  2. Masjid Banggol Pak Esah
  3. Masjid Ibrahimi
  4. Masjid Kampung Kulim
  5. Masjid Kampung Seligi
  6. Masjid Kg. Gaal
  7. Masjid Mukim Bukit Jeram
  8. Masjid Mukim Bukit Merbau
  9. Masjid Mukim Gong Chapa
  10. Masjid Mukim Kok Berangan
  11. Masjid Mukim Kuala Semarak
  12. Masjid Mukim Padang Pak Amat
  13. Masjid Mukim Teratak Batu
  14. Masjid Mukim Air Tawar
  15. Masjid Mukim Banir Belikong
  16. Masjid Mukim Batu Hitam
  17. Masjid Mukim Berangan Seligi
  18. Masjid Mukim Bukit Abal
  19. Masjid Mukim Bukit Awang
  20. Masjid Mukim Bukit Bidang
  21. Masjid Mukim Bukit Yong

Masjid di Tanah Merah

  1. Masjid Bandar Tanah Merah
  2. Masjid Bukit Panau
  3. Masjid Mukim Alor Pasir
  4. Masjid Mukim Batang Merbau
  5. Masjid Mukim Batu Gajah
  6. Masjid Mukim Becah Laut
  7. Masjid Mukim Belimbing
  8. Masjid Mukim Bendang Nyior
  9. Masjid Mukim Blok Ulu Kusial
  10. Masjid Mukim Bukit Durian
  11. Masjid Mukim Bukit Ganding
  12. Masjid Mukim Chita Jaya
  13. Masjid Mukim Felda Kemahang 3
  14. Masjid Mukim Gobek
  15. Masjid Mukim Ipoh
  16. Masjid Mukim Jakar
  17. Masjid Mukim Jedok
  18. Masjid Mukim Jerangau
  19. Masjid Mukim Kampung Nibong
  20. Masjid Mukim Kampung Rambai

Masjid di Tumpat

  1. Masjid Al-Husna, Mukim Alor Durian, Daerah Wakaf Bharu
  2. Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan
  3. Masjid An-Nur, Mukim Kampung Kota Kubang Labu, Daerah Wakaf Bharu
  4. Masjid Ismaili, Bandar Tumpat
  5. Masjid Madrasah Kampong Mesira, Morak
  6. Masjid Mukim Alur Pasir, Daerah Wakaf Bharu
  7. Masjid Mukim Berangan Selehor
  8. Masjid Mukim Bunohan
  9. Masjid Mukim Cabang Empat, Daerah Terbak
  10. Masjid Mukim Chenderong Batu
  11. Masjid Mukim Delima
  12. Masjid Mukim Geting
  13. Masjid Mukim Jal Besar
  14. Masjid Mukim Jal Kechik
  15. Masjid Mukim Jubakar
  16. Masjid Mukim Kajang Sebidang
  17. Masjid Mukim Kampung Laut
  18. Masjid Mukim Kampung Periok
  19. Masjid Mukim Kampung Tujuh
  20. Masjid Mukim Kelaburan
  21. Masjid Mukim Ketil
  22. Masjid Mukim Kok Keli
  23. Masjid Mukim Kutan
  24. Masjid Mukim Morat
  25. Masjid Mukim Padang Temesu
  26. Masjid Mukim Pak Kerau
  27. Masjid Mukim Palekbang
  28. Masjid Mukim Paloh
  29. Masjid Mukim Pasir Pekan
  30. Masjid Mukim Pulau Gorek
  31. Masjid Mukim Pusu Banyak
  32. Masjid Mukim Simpangan Hilir
  33. Masjid Mukim Simpangan Hulu
  34. Masjid Mukim Sungai Pinang
  35. Masjid Mukim Talak
  36. Masjid Mukim Telok Jering
  37. Masjid Mukim Teluk Darah Sungai 16040 Tumpat
  38. Masjid Mukim Tok Oh
  39. Masjid Mukim Wakaf Bharu
  40. Masjid Selehor

Dirujuk dari islamgrid.gov.my