Category Archives: Lokasi Menarik

LAPANGAN TERBANG KELIMA DI KELANTAN : FORT CHABAI (VE 50 20)


Assalamualaikum.

Kami maklum kebanyakkan anda telah mengikut tentang pendedahan kami mengenai 4 Lapangan Terbang yang pernah wujud di Kelantan sebelum ini di pautan ini.

Saat ini, kami dedahkan maklumat terbaru kami tentang Lapangan Terbang Kelima yang beroperasi di Gua Musang.

Gua Musang.

Sebelum tahun  70an ia dikenali sebagai daerah Hulu Kelantan dan kawasan ini merangkumi separuh dari Kelantan yang terletah di Selatan. Kawasan ini amat luas dan ketika itu landskapnya  dipenuhi dengan hutan banat.

Ini menarik perhatian pengganas komunis untuk membina markas dan pengkalan. Namun, kerajaan juga tidak memandang enteng hal ini dan mereka telah membina satu pengkalan udara yang ketika itu adalah maklumat rahsia di Gua Musang bertujuan untuk mengekang pengganas komunis.

Fort Chabai

Ianya sepenuhnya diuruskan oleh tentera asing yang kebanyakkan dari Australia dan fungsinya lebih kepada Ketenteraan walaupun kawasan perladangan kawasan ini agak luas.

Dahulu Lokasinya jauh ke dalam hutan dan ianya seolah-olah hanya boleh dicapai melalui jalan udara dan berjalan kaki jika dari darat. Ini sesuai sebagai sebuah pengkalan rahsia pihak Tentera Berikat pada waktu itu.

Fungsi Fort Chabai

Fungsi pengkalan ini adalah sebagai sokongan logistik ketenteraan bagi tentera dalam membendung kegiatan Komunis dalam Hutan Gua Musang seperti di Kuala Betis, Nenggiri, dan Ulu Kelantan (Lojing).

Selain sebagai sebuah pengkalan  tentera ia juga mempunyai Landasan Kapal Terbang seperti yang kita war-warkan, dan ini memudahkan pihak keselamatan untuk untuk keluar dan masuk pasukan tentera dari hutan tebal ke kawasan putih sama ada di Pahang atau di negeri-negeri Pantai Barat.

Pengkalan ini aktif digunakan semasa Zaman Darurat dari tahun 1948 – 1960. Setelah itu, pengkalan ini telah ditinggalkan memandangkan terdapat pengkalan-pengkalan tentera yang lebih baik telah dibina sekitar kawasan Ulu Kelantan ini.

Percaya atau tidak, setiap Pengkalan Tentera di Malaysia sekarang ini sememangnya dilengkapi kemudahan untuk menerbangkan pesawat ringan dan ditambah pula penggunaan Helikopter Nuri secara meluas telah menjimatkan ruang kawasan Pengkalan berbanding dengan Landasan Kapal Terbang.

Berikut kami sertakan bukti bergambar:

Pandangan dari Udara Fort Chabai

Lokasi Sekarang

Keratan Akhbar ttg Fort Chabai

KOTA-KOTA LAMA DI KELANTAN


Berikut kami senaraikan beberapa Kota – Kota Lama di Kelantan yang kini sudah sepi dan tidak orang peduli lagi. Moga ia membuka fikiran anda.

1) Kota Tegayong – Ketereh
2) Kota Jelasin – Wakaf Che Yeh
3) Kota Mahligai – Bukit Marak
4) Kota Senang – Jembal, KB
5) Kota Teras – Jembal, KB
6) Kota Kubang Labu – Wakaf Bharu
7) Kota Raja Salor – Pasir Mas

KOTA TEGAYONG
1) Terletak di Ketereh
2) Diasaskan oleh Cik Siti Wan Kembang (1610 – 1677)
3) Kota ini dinamakan sempena nama Pokok Tegayong
4) Dalam Kota ini Cik Siti Wan Kembang telah membina sebuah Taman Bunga yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong – Taman ini sekarang terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA JELASIN
1) Merupakan sebuah Mukim dalam Daerah KOTA.
2) Dibina oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong
3) Tapak Kota Jelasin sekarang adalah di Stesen RTM Kota Bharu
4) Kampong Kota berhampiran Wakaf Che Yeh sekarang mendapat namanya daripada Kota Jelasin.

KOTA MAHLIGAI
1) Terletak di Bukit Marak
2) Diasaskan oleh Raja Abdullah dan Puteri Saadong
3) Kota ini dibina setelah Kota Jelasin di Serang SIAM
4) Disinilah berlakunya kisah yang menyayat hati….

Sungai di Kota Jembal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA SENANG
1) Terletak di Kampung Senang, KB.
2) Diasaskan oleh Sultan Omar (1686)
3) Kota ini kemudiannya diserahkan kepada Long Baha (Tuan Besar) yang telah dikahwinkan dengan Raja Pah iaitu puteri Sultan Omar.

KOTA TERAS
1) Terletak di Kampung Teras, KB
2) Dibina oleh Raja Kecil Sulong setelah kemangkatan Sultan Omar
3) Kota ini dibina berhampiran Kota Jembal
4) Raja Kecil Sulong mangkat (1725) setelah lima tahun memerintah
5) Kota ini dinamakan Kota Teras yang diperbuat daripada teras tembesu

KOTA KUBANG LABU
1) Terletak di Wakaf Bharu, Tumpat
2) Diasaskan oleh Tuan Besar Long Baha, menantu Sultan Omar
3) Setelah kemangkatan Sultan Omar, Long Baha telah dilantik sebagai Sultan kerana Raja Kecil Sulong enggan mengambil tampuk pemerintahan Sultan Omar
4) Kota ini seterusnya diserahkan kepada putera baginda iaitu Long Sulaiman (dengan isteri baginda dari Patani)

Peta Kota Kubang Labu, Tumpat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA RAJA SALOR
1) Terletak di Salor, Pasir Mas
2) Tiada fakta yang jelas ttg Raja Salor ini, adalah mengatakan bahawa Raja Salor adalah keturunan Long Yunus. Ada yang meriwayatkan Raja Salor ini berasal dari Patani dan mendapat keizinan dari pemerintah Kelantan untuk bermukim dan membina kota berhampiran sungai di Salor itu.
3) Namun, kota ini telah dimusnahkan oleh pemerintah pada masa tersebut ekoran dari Peristiwa “Laga Lembu”…..

Makam Raja Salor, Pasir Mas

JAMBATAN GUILLERMARD


Di Malaysia, khususnya Kelantan mengetahui akan jambatan  keretapi kursial tetapi tidak ramai yang mengetahui nama sebenarnya. Penulis adalah orang Pasir Mas, pada waktu kanak-kanak,  jika berkereta dan melalui jambatan Tanah Merah pasti akan nampak jambatan keretapi ini, dan apabila ditanya pada ayah pasti dia akan menjawab itu “Jambatan Kursial”.

Faktanya, nama khas untuknya adalah Jambatan Guillermard yang diambil sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa, iaitu Sir Laurence Guillemard.

Jambatan ini merupakan sebuah jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia dan kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Ianya merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah.

Dibina pada tahun 1920 dan siap pada Julai 1924, dengan tujuan untuk laluan keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. KDYMM Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV telah merasmikan jambatan ini pada 1925. Kini, ianya hanya dilalui oleh keretapi kerana satu jambatan baru telah dibina bagi menghubungkan Tanah Merah dengan Machang yang telah siap dibina pada 1 Februari 1988.

Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works, England adalah kontraktor utama untuk pembinaan jambatan ini. Panjang jambatan ini adalah 609.6 meter

Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1941 jambatan keretapi “Guillemard” ini telah musnah setelah diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Selepas tamat Perang Dunia II, jambatan keretapi ini telah dibaik pulih dan dibuka semula kepada lalulintas pada 7 September 1948. Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948.

Kesimpulannya, sekarang kita sudah tahu nama jambatan ini. Tapi ramaikah tahu siapa itu Sir Laurence Guillermard dan aktivitinya di kelantan? Sedikit kupasan ada dalam post sebelum ini yang bertajuk : KENAPA KELANTAN SOKONG BRITISH PADA 1926!!

Ikuti pendedahan kami tengtang Gabenor British ini dalam post yang akan datang.

Papan tanda Nama Jambatan

Signage : Nama Kontraktor utama

Pandangan dari Paloh Rawa, Machang

Pandangan dari Kursial, Tanah Merah

Sudut dari dalam Jambatan

Pemandangan yang permai di sekitar jambatan

Sewaktu dalam pembinaan pada tahun 1920

Imej dari Arkib Negara : Jambatan yang telah siap dibina pada Julai 1924

Dirakam pada 7 Mac 1929 : Left to right: J. STRACHAN, GENERAL MANAGER OF RAILWAYS; LADY PEEL; MR. HASKINS AND SIR WILLIAM PEEL during the visit by some British officers.

Sumber :

1)      http://muhammadismailibrahim.wordpress.com

2)      http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Guillemard

3)      http://compassweb.arkib.gov.my

4)      http://www.kelantan.gov.my

LAPANGAN TERBANG DI KELANTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda bahawa Kelantan suatu masa dahulu mempunyai 4 buah lapangan terbang?
3 daripadanya dibina oleh British yang ketika itu memerintah Kelantan dan 1 dibina oleh pihak syarikat yang menguruskan ladang di Mengkebang, Kuala Krai.
Mesti ramai antara kita kurang dan hampir tidak tahu akan fakta ini. Memang betul, Kelantan mempunyai 4 lapangan terbang iaitu:
I) Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
II) Lapangan Terbang Udara Gong Kedak
III) Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas,
IV) Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa , Kota Bharu Kelantan
Lapangan ini telah wujud semenjak sekian lama.  Semasa Perang Dunia ke-2 angkatan Tentera Jepun telah memulakan serangan mereka dengan sasaran utama menawan pengkalan terbang ini. Tujuan utama pembinaanya adalah lebih kepada penerbangan Domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu. Ini bertepatan kerana ianya dibina berhampiran bandar pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu.
 
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa sebelum Perang Dunia ke-2 : Sumber KPSK
Kini ianya dipanggil Lapangan Terbang Sultan Ismail dan menjadi lapangan terbang yang utama di Kelantan.
 
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra : Sumber Kosmo
Lapangan Terbang Gong Kedak, Pasir Puteh – Besut
 
Atas faktor Keselamatan, rakaman gambar Pengkalan Udara Gong Kedak tidak boleh dimuat naik
Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan dan seterusnya pada tahun 70an sehingga 1989, landasan kapal terbang ini digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khususnya latihan payung terjun. (artikel lanjut di Laman Web Rasmi TUDM)
Asasnya, lapangan terbang ini dibina oleh British untuk tujuan domestik serta perdagangan kerana Pasir Puteh sebelum Perang Dunia adalah sebuah bandar pelabuhan sama seperti di Tumpat dan ianya adalah nadi ekonomi Kelantan pada waktu itu.
British membinanya bagi memudahkan mereka untuk megawal aktiviti perkapalan dan pelabuhan ini disamping itu, ia juga amat strategik untuk pertahanan udara Kelantan dan ini ia juga satu pengkalan yang signifikan untuk pertahanan udara semenanjung Malaysia.
Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas, Machang
 
Lapangan Terbang Lalang Luas, Machang : Sumber KPSK
Ia dibina khusus untuk kententeraan iaitu sebagai pertahana udara ruang udara Kelantan waktu itu. Lokasi lapangan terbang ini juga strategik kerana ianya berada ditengah-tengah Kelantan. Pada masa tersebut British telah menempatkan  sejumlah pesawat terbang jenis Hudson dan jenis Vickers – Vildebeeste dari pasukan No.1 Squadron Royal Australian Air Force di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas.
 
Contoh pesawat yang pernah ditempatkan di Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas untuk tujuan pertahanan udara Kelantan semasa Perang Dunia ke-2
Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai
Pembinaan lapangan terbang ini tidak ketahui umum, dari lokasi pembinaannya boleh kami simpulkan ianya dibina untuk tujuan pemantauan aktiviti ekonomi di kawasan Hulu Kelantan suatu masa dahulu kerana kawasan ini pada tahun 1900 – 1970 an terkenal sebagai kawasan perlombongan emas, pembalakan dan perlandangan getah serta kelapa sawit.
Mengkebang itu sendiri adalah satu kawasan estet yang luas di mana ia meliput hampir keseluruhan Kuala Krai hingga ke Gua Musang. Sukar untuk memantau dari jalan darat dan pemilik estet ini mungkin telah membina landasan ini untuk memantau kawasan yang luas ini dari udara.
 
Peta kawasan Mengkebang, sekarang ini dikenali sebagai Kuala Krai.
Rujukan :

http://mp.natlib.govt.nz/detail/?f=tapuhigroupref%24PAColl-7327-1&id=77469&recordNum=0&u=0&t=items&s=da&tc=0&q=&p=0&numResults=20&l=en

Pantai Semut Api


Pada zaman dahulu ada sebuah perkampungan nelayan dipersisiran pantai dari hamparan laut cina selat selatan. Perkampungan nelayan ini pada waktu ini cukup popular..

Mukim Semut Api

Semut Api merupakan sebuah mukim di daerah Badang, Kota Bharu, Kelantan. Mukim-mukim lain di daerah Badang ialah Pulau Pisang, Banggol, Kedai Buloh, Che Latif, Tasik, Siti Manis, Tikat, Pulau Kundur, Kijang, Binjai, Che Deris, Dal, dan Jaya Setia. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Chalet Tengku Mahmood Mahyideen

Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Sultan Patani terakhir yang kental berjuang semasa Perang Dunia Ke-2 dengan menubuhkan Force 136 telah membina chalet peranginan di tepi Pantai Semut Api yang ketika itu nyaman dan damai.

Disini juga,  beliau telah meninggal dunia pada hari Jumaat 12 Februari 1954 ketika berumur 46 tahun.

Setelah itu, nama Pantai Semut Api ini telah telah ditukar kepada Pantai Cinta Berahi dan ditukar lagi kepada Pantai Cahaya Bulan seperti sekarang ini.

Dalam catatan pada tahun – tahun 50 hingga 60an Pantai ini digambarkan cukup indah dan menarik sekali dan juga dikatakan filem Penarik Beca lakonan P. Ramlee dirakam di pantai ini.

Pantai Semut Api – Pantai Cinta Berahi – Pantai Cahaya Bulan. Terima Kasih kepada blog dsn.buluh

HAKISAN

Kini, pantai ini sudah menjadi lautan akibat hakisan pantai ekoran peningkatan paras air laut. Penduduk kawasan pantai ini kini hanya memegang geran tanah sahaja sedangkan lokasi tanah mereka nun dalam laut. Hal ini juga dialami oleh penduduk di kawasan Pantai Sabak yang menjadi tempat pendaratan angkatan tentera Jepun ketika perang dunia ke-2