Category Archives: Makanan

Lompat Tikam asal dari Majapahit?


MITOS

Sejarah Kuih Lompat Tikam ni asalnya dr kerajaan Mahapahit utk dipersembahkan kepada Kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Semasa nak dipersembahkan, berhati2 sungguh dayang yng membawa dulang-dulang kuih ini, lalu seorang dayang tersadung pada bendul di Istana, lalu melompatlah Sultan kerana terkejut, lalu tertikam dayang itu. Sempena menghayati kisah tersebut, sultan kelantan dengan rasminya menamakan kuih Lompat Tikam.

Lompat Tikam

FIZIKALNYA

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

RESIPI

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-

62 g tepung beras ( 8 sb )

660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )

62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau

1/2 sk garam

1 sk air kapur

*Lapisan atas :-

25 g tepung beras ( 3 sb )

600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )

1/2 sk garam

*Air gula :-

250 g gula melaka ( 1 cwn – yg telah dihiris halus)

500 ml air ( 2 cwn )

1 helai daun pandan – di simpul

Cara-cara

1)      Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.

2)      Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.

Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.

Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.

*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan sejukkan.

NASI DAGANG : DARI MANAKAH IA?


Nasi Dagang Kelantan

Nasi Dagang Terengganu

—————————————————————————————————————————————

Nasi dagang

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi Nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan.

——————————————————————————————————————————————

TEORI KPSK

Kenapa makanan ini dinamakan nasi dagang? Adakah ia dibawa oleh pedagang ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu? atau dibawa oleh pedagang Kelantan dan Terengganu keluar berdagang.

Kami ingin menyatakan teori bahawa makanan ini dinamakan sebgeitu kerana ia berkemungkinan dibawa oleh pedagang sama ada dari champa atau jawa kerana nasi mereka diketahui umum seakan-akan nasi pulut berbanding nasi tempatan kita yang dikenali sebagai Beras Pamah yang mudah basi jika tidak dihangat.

Nasi pulut ini lebih tahan daripada nasi beras pamah yang mudah basi dan ia sesuai dibawa ketika pelayaran.

Nasi ini pula sangat mudah dimakan dengan pelbagai lauk seperti yang tersenarai diatas. Kerana itu, orang tempatan menamakan ia sebagai Nasi Dagang.

Nasi  Dagang Terengganu pula, sesuai sebagai sarapan pagi untuk orang yang berkerja menggunakan kudrat seperti nelayan dan pesawah, kerana ia boleh menambah tenaga dan membuatkan kita tahan lapar. Jika orang ofis makan, ia akan membuat kita lebih cepat mengantuk.

INI ADALAH TEORI KPSK DAN MEMERLUKAN RUJUKAN YANG LEBIH MENDALAM. SEMOGA ADA YANG LEBIH PAKAR DAPAT MEMPERBETULKAN TEORI KAMI. TERIMA KASIH.

BUDU : SOS KELANTAN YANG TINGGI MARTABATNYA


budu

Orang yang tidak pernah merasa budu pasti akan loya apabila mencium baunya buat pertama kali. Hakikatnya, budu ini adalah satu sos yang tua dan seusia dengan sejarah Kelantan kerana ianya telah dinikmati oleh orang Kelantan semenjak ratusan tahun dahulu.

Budu atau juga kini dikenali sebagai sos ikan bilis sebenarnya adalah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional Kelantan dan telah diangkat sebagai satu makanan tradisional Malaysia. Kelantan, Terengganu dan Selatan Thai adalah komuniti yang telah biasa dengan hidangan budu ini. Hidangannya amat mudah dan ringkas dicampurkan dengan bahan makanan lain sepeti lada, mempelam, air perahan limu nipi dan juga tempoyak bergantung kepada penggemarnya.

Hidangan Budu

MARTABAT TINGGI

Budu mendapat perhatian dari penyelidik pemakanan dari Jepun, Amerika Syarikat, New Zeland dan Jerman. Penyelidik ini telah membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, dan mampu mengeluarkan sis toksik serta meningkatkan daya immune tubuh bagi memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan boleh menghalang kanser.

Bukti yang dikemukakan ini telah mengejutkan golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan kuno” ataupun “debek” dalam erti kata lain makan orang bahawan atau miskin.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebad dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi antibakteria penyebab cirit (diarrhea), penurunan kolesterol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Ringkasnya, memakan budu tidak akan membuat perut anda sakit kerana ia mengandungi antibakteria penyebab cirit.

BUDU SEBAGAI UBAT!

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

 

KELEMAHAN

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Namun, terdapat penyelidik dari Malaysia cuba untuk mengatasi kelemahan ini, terutama dari segi bau. Penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu telah menjalankan penyelidikan tersebut.

Sumber :

  1. Kerajaan Kelantan
  2. Wikipedia : Versi Inggeris

Nasi Kerabu : Makanan Orang Kelantan Zaman Berzaman


Assalamualaikum.

Semoga saing sahabat sekalian telah mengambil makan tengah hari yang seimbang, demi kesihatan kita.

Kami akan mengulas serba sedikit mengenai NASI KERABU. Bagi orang Kelantan, inilah nasi yang akan jadi pilihan sekiranya ke pasar malam yang terdapat diseluruh Negara.

Percaya atau tidak, di Tawau, Sabah ada juga nasi kerabu Kelantan disana. Ini adalah kerana terdapat komuniti Kelantan yang menetap disana sebagai kakitangan awam turut menjual makanan tradisi ini.

Hidangan Nasi Kerabu

KENALI NASI KERABU

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, ikan dan daging bakar, keropok serta budu dan ulam-ulaman ditambah lagi dengan sambal!! Side dish dia pula adalah Solok lada, jeruk bawang putih  dan telur masin.

Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang (morning glory) yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi Kerabu dari fizikalnya amat sihat kerana terdapat campuran antara karbohidrat dan vitamin dan ini lengkap untuk dijadikan santapan tidak kira pagi, tengah hari atau malam.

Bunga Telang

Solok Lada

RESIPI NASI KERABU

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 pot beras
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 ekor ikan kembong (rebus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/3 keping gula melaka
  • sedikit lada hitam
  • 1 inci halia
  • daun kesom
  • kacang panjang
  • kubis
  • taugeh
  • cili padi
  • 1 biji limau nipis
  • cuka
  • budu
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).
  2. Untuk sambal kelapa : Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka dan gula. Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. Ketepikan
  3. Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.
  4. Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.
  5. Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka.

Akhir sekalisa, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok.

Hidangan Nasi Kerabu untuk Tetamu yang bertandang

—————————————————————————————————————————————————————————

VERSION THAI

ข้าวยำ

ข้าวยำ หรือ ข้าวยำบูดู เป็นอาหารไทยภาคใต้ โดยถือกันว่าเป็นอาหารที่ครบโภชนาการมากที่สุด และมีคุณลักษณะพิเศษแตกต่างโดยเป็นอาหารจานเดียวที่มีน้ำปรุงราด

ลักษณะการทำ

ข้าวยำทำจากข้าวที่เรารับประทานกันประจำวันนี้เอง แต่เพิ่มการปรุงแต่งบ้างเล็กน้อย เพื่อให้ข้าวเหล่านั้นมีสีสันและรสชาติที่น่ารับประทานมากขึ้น [1]ในข้าวยำจะมีผักรับประทานกับข้าวยำเรียกผักหมวด ผักที่นิยมนำมาทำเป็นผักหมวด ได้แก่ ถั่วฝักยาว ถั่วงอก ตะไคร้ กระถิน ยอดมะม่วงหิมพานต์ ผักบุ้ง ใบยอ ถั่วพู และพาโหม ราดด้วยน้ำบูดู[2] ชาวไทยมุสลิมนิยมนำสีจากพืชมาหุงกับข้าวให้ได้ข้าวสีต่างๆ เรียกว่าข้าวยำห้าสี (นาซิกราบู ลิมอจายอ) ส่วนข้าวยำทางจังหวัดสตูลจะมีเอกลักษณ์เฉพาะคือไม่ใส่น้ำบูดู แต่จะนำข้าวมาคลุกกับเครื่องแกงและผัก โดยเครื่องปรุงหลักคือข่า เรียกว่าข้าวยำหัวข่า (นาซิกราบู กรูวะห์)[3]

นอกจากนี้ยังมีข้าวยำในประเทศเกาหลีที่มีลักษณะการทำและปรุงรสใกล้เคียงกับข้าวยำในบ้านเราอีกด้วย[ต้องการอ้างอิง]

คุณค่าทางโภชนาการ

ข้าวยำทำจากข้าวที่เรารับประทานกันประจำวันนี้เอง แต่เพิ่มการปรุงแต่งบ้างเล็กน้อย เพื่อให้ข้าวเหล่านั้นมีสีสันและรสชาติที่น่ารับประทานมากขึ้น [1]ในข้าวยำจะมีผักรับประทานกับข้าวยำเรียกผักหมวด ผักที่นิยมนำมาทำเป็นผักหมวด ได้แก่ ถั่วฝักยาว ถั่วงอก ตะไคร้ กระถิน ยอดมะม่วงหิมพานต์ ผักบุ้ง ใบยอ ถั่วพู และพาโหม ราดด้วยน้ำบูดู[2] ชาวไทยมุสลิมนิยมนำสีจากพืชมาหุงกับข้าวให้ได้ข้าวสีต่างๆ เรียกว่าข้าวยำห้าสี (นาซิกราบู ลิมอจายอ) ส่วนข้าวยำทางจังหวัดสตูลจะมีเอกลักษณ์เฉพาะคือไม่ใส่น้ำบูดู แต่จะนำข้าวมาคลุกกับเครื่องแกงและผัก โดยเครื่องปรุงหลักคือข่า เรียกว่าข้าวยำหัวข่า (นาซิกราบู กรูวะห์)[3]

นอกจากนี้ยังมีข้าวยำในประเทศเกาหลีที่มีลักษณะการทำและปรุงรสใกล้เคียงกับข้าวยำในบ้านเราอีกด้วย[ต้องการอ้างอิง]

Source of Information : ข้าวยำ wikipedia

ETOK : Kudapan Tradisional Kelantan


Etok yang sedia untuk dijual

Etok atau Etak begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu. Mungkin generasi sekarang sudah jarang menikmati etak ini. Etak boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis.

Bagi orang Kelantan, etok sudah menjadi satu kudapan yang sama seperti keropok yang dinikmati ketika bersantai menonton TV atau berkelah.

Etok dalam habitatnya

Etok nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.

CARA MASAK

Etak boleh dimasak dalam beberapa cara, antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai.

Proses salai melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah itu, ianya akan diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok.

Sebenarnya etak ini mendatangkan khasiat yang tinggi kerana ia mampu menambahkan darah dalam badan memandangkan ianya adalah hidupan bersih yang hanya memakan lumut hijau.

Anchok alat untuk Menyalai Etok

Proses Menyalai

Etak yang telah siap disalai dan sedia untuk dimakan!

CARA MAKAN

Bagi orang yang tidak biasa memakan etak, ianya agak berbahaya kerana gigi anda mungkin sumbing! Betul, kulit etak harus dibuka menggunakan gigi!

Namun begitu, membuka kulit etak ada teknik tersendiri, sama ada menggunakan mata pisau ataupun menggunakan kulit etak itu sendiri.

Bagi orang Kelantan, mereka hanya membuka kulit etak dengan menggunakan gigi sahaja dan dengan itu barulah merasai kelazatan rempah yang disalai pada kulit etak tersebut.

Peringatan, setelah anda memakan etak, elakkan terus meminum air terutama air batu, kerana perut anda mungkin sakit.

Membuka kulit etak dengan Pisau

Membuka etak dengan kulit etak itu sendiri

HABITAT

Etok umumnya boleh dijumpai dikawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.

Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.

Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk mengokok (proses mengumpulkan) etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.

Kulit etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir.

Etok boleh dikaut dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat dari kerawat besi yang orang tempat namakanya pengokok.

“pengokok” alat untuk mengaut Etok dan cara menggunakannya

Gerai Etak yang terletak di Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan.

Rujukan :

  1. Blog Pak Zawi
  2. Wikipedia
  3. Persada.net