Category Archives: Pasir Mas

Entri Kajian : Perkaitan Sultan Berkat Brunei dengan Sayyid Hussein Jamadil Qubra


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sekalian.

Diam Ubi Diam Berisi

Diam KPSK Penuh Informasi.

Entri kali ini, kami cuba mencetuskan perbincangan tentang Perkaitan Kesultanan Brunei dengan Kerajaan Chermin yang pernah Wujud di Kelantan.

Sedutan ini diambil dari entri kami sebelum ini yang bertaju Bukit Panau : Satu Ceretra

Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang.

Setelah menyelidiki dan membuat carian secara online, kami telah menemukan satu pernyataan dalam wikipedia mengenai salasilah Kesultanan Brunei. Dan kami tertarik dengan nama Sultan Berkat yang menjadi Sultan Brunei hingga 1432. Berikut adalah sedutan dari wikipedia:

Sultan Sharif Ali (1425 – 1432) yang terkenal dengan nama “Sultan Berkat” merupakan Sultan Brunei yang memerintah dari tahun 1425 sehingga 1432. Baginda mewariskan “Pedang Si Bongkok” dan “Panji-Panji Brunei”. Baginda seorang yang warak dan pernah diceritakan baginda pernah membina sebuah masjid pertama di Brunei, dan baginda sendiri pernah membaca khutbah sembahyang Jumaat. Jasa baginda juga ketara yang mana baginda merupakan sultan yang mula-mula membina Kota Batu serta menekankan hukum Islam di Brunei. Dengan kegemilangan dan berkembang giat ajaran syiar agama Islam, maka baginda menambah nama Negara Brunei dengan perkataan Darussalam yang membawa maksud Negeri yang Aman Sentosa dan Sejahtera.

Sultan Sharif Ali dikatakan berasal dari Taif dan berketurunan daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Baginda merupakan sultan yang mula-mula membina Kota Batu.

Seperti yang kita sedia maklum Sayyid Hussien Jamadil Qubra adalah dari keturunan Rasululullah s.a.w dan beliau adalah ketua bagi Wali Songo. Hal ini boleh dikaji secara online baik dalam Bahasa Melayu ataupun English kerana terdapat pelbagai artikel mengenai Sayyid Hussiein Jamadil Qubra.

Persoalannya, benarkah Sultan Berkat ini adalah anak kepada Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang dihantar ke Borneo untuk berdakwah dan diangkat menjadi Sultan?

Sama-sama kita mencari jawapan.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda mengenai entri kami kali ini.

Danau To Uban dan Masjid Brunei Darulsalam


Pandangan dari Penduduk Setempat

Danau To’Uban berada dalam Kampung To’Uban merupakan sebuah kawasan yang sering dikunjungi orang ramai dan terletak 20 kilometer dari bandar Pasir Mas. Pada asalnya ianya hanya sekadar sebuah sawah padi yang pada awalnya merupakan sebuah alur sungai yang agak sempit sekadar sebuah tempat untuk menakung air semata-mata. Dahulunya kawasan Danau ini adalah tempat penduduk mengerjakan sawah padi.

Namun akibat hujan yang sering turun di Sungai Cegor di Tanah Merah terus mengalir melalui beberapa saliran meyebabkan kawasan berkenaan tidak mampu menampung air yang melimpah lantas mengalir ke pintu gate di Kampung To’ Uban. Apabila pintu gate sering dibuka untuk menghalang air dari melimpah tebing dan terus mengalir laju ke kawasan sawah terbabit. Akhirnya jumlah air yang banyak ini telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan terjadilah Danau yang kita lihat pada hari ini.

Sudut Sejarah Teks

Begitulah cerita harafiah daripada penduduk setempat di Danau To’Uban. Sebenarnya kawasan danau ini dahulunya adalah lokasi Empayar Kerajaan Chermin sebuah kerajaan Kelantan purba dengan Jiddah sebagai ibu kotanya. Ia menjadi pusat perdagangan dikawasan tersebut yang dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Nabi Sulaiman a.s. juga dikatakan pernah sampai kekawasan ini suatu masa yang tidak dapat dipastikan dan ianya ada tercatat dalam Kita Yahudi seperti pernah kita sebut dalam entiri ini.

Semasa kegemilangan Chermin (Danau Tok Uban) Jiddah mempunyai emas yang sangat banyak namun ia telah tenggelam ekoran daripada bencana alam. Sesetengah sumber mengatakan telah berlaku satu gempa bumi@tsunami hingga menyebabkan Kota Jiddah ini tenggelam bersama-sama emas ini. Kemudian pemerintah Chermin ketika itu telah memindahkan pusat pentadbiran Chermin ke Nenggiri satu kawasan di pedalaman Kelantan kini yang terletak dalam Jajahan Gua Musang.

Ringkasnya, didasar danau ini terkandung emas yang banyak dan menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta ni akan digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

 Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

 

Masjid Brunei

Masjid Brunei terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas. Kedudukannya di hujung jalan kampung. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini, namun setelah 20 tahun pembinaannya, ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei.

Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.

Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok.  Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama Tahfiz.

PEMBINAAN

Pada awalnya penduduk kawasan ini mahu membina sebuah masjid namun kekurangan sumber kewangan. AJK Masjid telah menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei ketika itu untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan, dengan izin Allah s.w.t. Sultan Brunei memperkenankan permintaan mereka dan Baginda sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan terima kasih Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Brunei Darussalam.

Tiada misteri yang terselindung disebalik pembinaan Masjid ini. Baginda Sultan Brunei berkenan untuk membina kawasan ini kerana leluhur Kesultanan Brunei berasal dari kawasan ini. Dahulunya kawasan ini adalah tempat Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Beliau telah menghantar salah seorang anaknya untuk berdakwah ke Borneo dan akhirnya ditabal menjadi Sultan Brunei dan dari sinilah berkembangnya Kesultanan Brunei kini.

Sebagai tanda ingatan, Baginda memperkenankan pembinaan masjid ini.

Sumber :

  1. Azmi Pasak
  2. Blog Amirez


Seimbas : Bunut Susu, Pasir Mas


Nama Kampung Bunut Susu dikatakan berasal dari sebatang pokok besar dan rendang. Masyarakat tempatan mengelar pokok tersebut sebagai pokok bunut. Pokok bunut merupakan sejenis pokok yang tumbuh di hutan-hutan tropika dan mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan warna susu. Di sebabkan itulah kampung ini diberi nama Bunut Susu. Pada suatu ketika dahulu tumbuh sebatang pokok bunut yang besar dan merimbun berhadapan dengan Stesen Kereta Api Bunut Susu. Pada ketika itu pokok bunut ini telah dijadikan tempat berteduh oleh orang-orang yang menunggu kereta api dan juga dijadikan tempat menjual makanan dan minuman.

Menurut penduduk, Kampung Bunut Susu ini dikatakan telah dibuka oleh orang-orang dari Pattani, Selatan Thailand pada sekitar tahun 1700 Masihi. Ketika itu telah berlaku peperangan antara Kerajaan Thailand dan juga Kerajaan Pattani yang berebut jajahan takluk untuk meluaskan kekuasaan. Peperangan sengit tersebut telah berakhir dengan kekalahan Kerajaan Pattani yang menyebabkan ramai rakyat Pattani menjadi pelarian ke kawasan berdekatan. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk Patani ialah Kampung Bunut Susu ini. Mereka telah membina petempatan baru dengan mengusahakan sawah padi bagi menyara hidup mereka.

Selain itu, kepercayaan animisme yang masih kuat diamalkan pada ketika itu telah menjadikan pokok bunut yang besar itu sebagai tempat pemujaan. Hal ini kerana, lazimnya masyarakat tempatan percaya bahawa pokok-pokok besar ini mempunyai penunggunya sendiri. Demi mendapatkan kekayaan atau apa jua yang dihajatkan, mereka telah datang membuat penyembahan di pangkal pokok bunut ini.

Pasir Mas KILANG Jelitawan?


Metro Ahad pada 30 Januari 2011 telah menerbitkan satu artikel mengenai Pasir Mas yang fokusnya adalah kepada kecantikan wanita kelahiran dari jajahan Pasir Mas.

Artikel itu menyatakan bahawa kecantikan wanita daerah ini terhasil dari perkahwinan campur antara penduduk tempatan dengan pedagang-pedagang Timur Tengah.

 

CANTIK

Tidak dinafikan bahawa, wanita dan lelaki daerah ini ramai “bagha” dan memiliki fizikal yang tinggi lampai dengan hidung mancung serta wajah yang cukup manis dipandang.

Tidak kurang juga, Pasir Mas ini dihuni dengan penduduk yang berketurunan siam yang mempunyai kulit yang putih dan mulus yang pasti membuatkan ramai orang tertawan.

Namun, lelaki Pasir Mas jangan dipandang enteng, kerana ramai yang berketurunan “gedebe”.

 

HAKIKAT

Sebenarya, istilah cantik ini adalah universal dan bukan orang Pasir Mas sahaja yang mempunyai perwatakan sebegitu. Penduduk di Jajahan Kota Bharu, Tumpat, Bachok juga ada keistimewaan tersendiri.

Kebetulan, nama daerah ini unik yang diambil dari perkataan Emas dan ditambah dengan keunikan penduduknya yang berbilang kaum dan datang dari seluruh pelusok dunia terutama dari Turki.
Hal ini kerana, pedangang ini tidak dibenarkan mendarat di Kota Bharu yang mana mereka memerlukan kebenaran dari Sultan dan menyebabkan mereka mudik ke hulu dan berlabuh di Pasir Mas.

Sebenarnya lokasi bandar Pasir Mas betul-betul ditebing sungai Kelantan. Masyarakat ini terus berkembang dan mereka telah bercampur dengan masyarakat tempatan melalui perkahwinan dan lahirlah generasi yang ada pada masa kini.

 

IRONI

Penulis adalah anak jati Pasir Mas, ironinya penulis sendiri pun berkahwin dengan orang Pasir Puteh yang berketurunan dari Rembau Negeri Sembilan dan tidak memilih orang Pasir Mas yang dikatakan cantik itu.

Nasihat penulis, jangan mencari jodoh kerana rupa para…kerana itu belum menjanjikan kebahagiaan.

Danny X Factor : Anak jati Pasir Mas

Seputar@Pasir Mas


Geografi:

Peta Jajahan Pasir Mas

Sejarah Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana.

Mitos@Pasir Mas

Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

GEOGRAFI

Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.

Taburan Penduduk Pasir Mas di 10 Buah Mukim

Berikut adalah taburan jumlah penduduk Pasir Mas yang merangkumi 10 Buah Mukim. Seleuruh penduduk Malaysia mengetahui di mana Rantau Panjang dan sekiranya berkunjung ke Kelantan pasti Pekan Rantau Panjang menjadi tempat utama untuk dituju.

Penulis adalah anak watan Pasir Mas, sangat arif kenapa orang ramai mahu ke Rantau Panjang, ramai antara mereka mengatakan bahawa barang-barang disini murah berbanding tempat lain dan kini nama Pekan Mundok pula sedang meniti di bibir orang Malaysia.

Rantau Panjang juga adalah pekan yang bersempadan dengan Golok di Selatan Thai, dan pekan ini menjanjikan perkara yang tiada di Kelantan dan faktor ini juga menyebabkan Rantau Panjang popular.

TEMPAT -TEMPAT MENARIK DI PASIR MAS

Disenaraikan beberapa tempat menarik di Pasir Mas

Ingin kami mengajak anda untuk mengenali Tasik Danau To’ Uban berikut adalah fakta tempatan yang dimuatkan dalam laman web Majlis Daerah Pasir Mas.

Tasik Danau To ‘Uban terletak di Kampung To’ Uban dalam daerah Pasir Mas merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Terletak hampir 20 kilometer dari Bandar Pasir Mas, tasik ini menyediakan permandangan yang indah dihiasi rimbunan hijau dikiri kanan memberi suasana yang penuh nyaman bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan juga aktiviti seperti perkhemahan dan perkelahan bersama keluarga.

Tasik Danau To ‘Uban juga terkenal sebagai salah satu lubuk bagi penggemar sukan memancing kerana terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang membiak di dalam tasik tersebut secara semulajadi antaranya baung, talapia, kelah, lampang dan sebagainya.

Ada yang fakta tersembunyi disini, kerana di dasar tasik ini adalah tapak Pusat Pemerintahan Kerajaan Chermin pada suatu masa dahulu. Ianya tidak diterima pakai kerana catatan dari zaman kolonial tidak mencatat akan sejarah kerajaan ini. Sekilas maklumat boleh didapati dipautan ini.

Sekian dahulu buat masa ini. Kami akan sajikan lagi kisah-kisah yang menarik berkaitan dengan Pasir Mas. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa. Segala pertanyaan dan sumbang artikel boleh di buat dengan email kepada kami. sirah.kelantan@gmail.com