Category Archives: Pemerintahan

SUSUR GALUR KETURUNAN KDYMM AL-SULTAN KELANTAN


 

Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Sayyid Hussien Jamadil Qubra


Rajah ini kami salin dari buku “Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah”. Pengkajian oleh Tun Suzana untuk buku Ahlul Bait juga merujuk kepada sumber ini bagi susur galur Ahlul Bait di Kelantan. Moga-moga ia dapat memberi manfaat kepada anda. Terima Kasih kerana melawat blog kami.

Salasilah Raja dan Sultan Kelantan yang Silam


Maklumat ini dipetik dari buku Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting, tulisan NAKULA dan diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Kelantan. Semoga ia boleh membantu anda.

EMPAYAR KELANTAN PURBA 5 : EMPAYAR MAJAPAHIT


Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa iaitu putera Raja Sang Tawal yang berpusat di Langkasuka telah membangunkan sebuah empayar baru, tetap usia empayar ini sangat singkat. Empayar ini dinamakan Chermin dan ianya meliputi Bahagian Utara Semenanjung, Champa, Kemboja dan Samudera.

Namun, enam tahun kemudian empayar ini telah runtuh pada 1345 setelah Champa dan Kemboja memberontak dan ancaman dari Kerajaan Ayudhia hingga Raja Bharubhasa terpaksa membayar ufti kepada Ayudhia ini. Hal ini juga menyebabkan seluruh Semenanjung sehingga pulau Temasik turut termasuk bawah penguasaan Ayudhia.

Raja Bharubhasa telah memindahkan ibu kotanya ke Kelantan iaitu tempat nenek moyangnya. Sejak itu Kelantan kembali berperanan dalam sejarah. Pada tahun 1357, Gajah Mada dengan tenteranya dari Majapahit dari Jawa Timur telah menggempur kedudukan Ayudhia di Pulau Temasik untuk menghapuskan penguasaannya keatas tanah semenanjung.

Setelah itu, negeri-negeri dalam semenanjung termasuk Kelantan telah tunduk tanpa perang kepada Majapahit. Gajah Mada telah bergabung dengan Raja Bharubhasa memimpin tentera masing-masing menyerang ke utara untuk meluaskan kekuasaan Majapahit ke Dataran hingga ke Ayudhia dan Kemboja.

Maharaja Majapahit, Sri Maharaja Hayam Wuruk membahagikan empayarnya yang besar kepada dua :

  1. Majapahit Timur : Meliputi Kepulauan berpusat di ibu kota Majapahit, Jawa Timur dan
  2. Majapahit Barat : Meliputi Semenanjung, Sumatera, Ayudhia dan Kemboja berpusat di Kelantan. Majapahit Barat ini segera dinamakan Empayar Chermin Jiddah.

Bermula 1395, Raja Ayudhia telah memberontak dan menyerang ke Selatan untuk menguasai negeri-negeri dalam Semenanjung hingga ke Pulau Temasik dalam tahun 1401. Kira-kira 1432, Raja Kelantan yang bergelar Sultan Iskandar Shah, cucu Raja Bharubhasa yang baru kembali dari ibu kota Majapahit telah membangunkan semula Empayar Chermin Jiddah yang telah runtuh dengan mengambil persetujuan dari beberapa negara yang telah berpecah belah untuk bergabung semula dalam suatu empayar. Baginda menamakannya “Empayar Majapahit”. Sejarah empayar ini penuh mencatatkan peperangan demi peperangan dengan Ayudhia. Inilah empayar yang berpusat di Tanah Semenanjung yang mana sejarahnya amat erat dengan Melaka atau Champa kerana menentang serangan-serangan Ayudhia itu. Juga inilah Empayar Majapahit di mana Hang Tuah selalu datang mempertunjukkan kehandalannya melawan tentera Siam yang selalu menyerang dari Patani dan perkara inilah yang menimbulkan percanggahan dalam sejarah, kerana orang menggambarkan Majapahit tempat yang selalu dilawati oleh Hang Tuah ialah Jawa Timur.

Keris kedaulatan Empayar Majapahit (Keris Pelangi Merbo) ini masih menjadi keris kedaulatan raja-raja Kelantan turun temurun hingga sekarang.

 

Selepas ini, kami akan lanjutkan pengisahan Raja-Raja Kelantan dan Patani dari susur galur Ahlul Baits.

MAGERAN 1977 DI KELANTAN : VERSI UTUSAN MALAYSIA


Khamis, 1 November 2012, sebuah rencana telah dimuatkan dalam surat khabar utama di Malaysia iaitu Utusan Malaysia mengenai pergeseran politik di Kelantan hingga mengakibatkan MAGERAN telah dilaksanakan di Kelantan pada 1977.

Hal ini kami ada siarkan di blog rasmi dan boleh dibaca pada pada pautan ini : MAGERAN 1977 : PERGOLAKAN KELANTAN ERA MODEN

Hari ini, kami siarkan pula keratan akhbar dari Utusan Malaysia tersebut. Semoga ia menjadi rujukan dan panduan buat semua.

Sekian, terima kasih.