HAKIM BESAR NEGARA MALAYSIA | ORANG KELANTAN
Nama : Dato’ Lela Negara Tun Arifin bin Zakaria
Tarikh Lahir : 1 Oktober 1950
Tempat Lahir : Pasir Mas, Kelantan
Isteri : Robiah Abdul Kadir
BIODATA RINGKAS TUN:
Tamat pengajian di peringkat sekolah menengah di Kolej Sultan Ismail (SIC) Kota Bharu, beliau telah menyambung pelajaran dalam bidang Undang-Undang di University of Sheffeild. Setalah bergraduat, beliau terus menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman di Malaysia pada September 1974. Pada tahun 1979, beliau telah memperoleh Master of Laws degree di University College London and the Bar Final Course at the Council of Legal Education.
KERJAYA
Kerjaya beliau mempunyai liku-liku yang panjang sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia. Beliau telah berkhidmat di banyak jabatan atas pelbagai kapasiti dalam Kerajaan Malaysia baik di Jabatan Kehakiman dan juga di Jabatan Undang-Undang. Antara jawatan yang disandang oleh beliau adalah Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Konsul Persekutuan dan Senior Konsul Persekutuan, Penasihat Undang-Undang kepada Kementerian Industri Utama, Penasihat Undang-Undang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Penasihat Undang-Undang kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Perak. Timbalan Pencatat Sidang Parlimen dan Konsul Kanan Jabatan Inland Revenue.
1 Mac 1992, beliau telah dilantik sebagai Hakim Komissioner Mahkamah Tinggi Malaya dan dua tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya.
2002, beliau telah ditukar kepada Mahkamah Rayuan. 2005, beliau ditukar lagi ke Mahkamah Persekutuan. Beliau dilantik kepada jawatan sekarang iaitu sebagai Ketua Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya bermula Oktober 18, 2008. Kenaikan Pangkat beliau sebagai Hakim Besar Malaysia pada 12 September 2011.
Ketika khidmat beliau sebagai pegawai undang-undang, belia telah memegang pelbagai jawatan seperti Hakim Mahkamah Khas, Ahli Penggubal Khidmat Undang dan Kehakiman, Ahli Jawatankuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah, Ahli Panel Mahkamah Syariah Kelantan dan Ahli Badan Kelayakan udang-undang dan kehakiman.
ANUGERAH
Sebagai pengiktiran khidmat beliau kepada masyarakat, beliau telah dikurniakan beberapa anugerah. 3 Mac 1999, Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan telah menganugerahkan Mahkota Kelantan (DPMK) Al-Muhammadi II dengan gelaran Datuk Paduka. 19 April 1988, beliau telah menerima Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) daripada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak.
Pada tarikh yang sama dalam tahun 2010, Sultan Azlan Shah telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP). Pada 30 Mac 2005, Sultan Kelantan sekali lagi berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).
6 June 2009, Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Ibni Sultan Zainal Abidin telah berkenan menganugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) atas khidmat cemerlang beliau dalam perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
TAN SRI HJ. ANUAR MUSA : ARKITEK BOLA SEPAK KELANTAN
KEHIDUPAN AWAL
Datuk Annuar Musa lahir pada 18 Mei 1956 di Bukit Marak, Kelantan. Annuar berkahwin dengan Datin Rosniah Abdul Rahman dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Azzahraa, Azzwaa, Ajjrina dan Afiq Amani.
PENDIDIKAN DAN KERJAYA AWAL
Annuar memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Annuar merupakan ahli Institut Perancang Malaysia. Beliau menjadi Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah, Bahagian Perancang Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.
POLITIK
Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau ‘Ku Li’ yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu.
Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja. Annuar menobatkan Tengku Ibrahim Petra, sepupu Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan sedang Sultan Ismail Petra masih bersemayam di takhta kesultanan Kelantan. Penulis Subky Latif menyifatkan Annuar Musa bukan seorang ‘Republikan’ kerana sanggup bekerjasama dan patuh arahan Sultan Pahang yang menjadi Presiden FAM.
Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun di samping selama 14 tahun menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai menteri hampir 10 tahun. Sejak 1979 beliau aktif dalam UMNO Kelantan.
Annuar menjadi ahli MT UMNO (1991-2004). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (1994-2001) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1991-2003). Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Nilam Puri dan Peringat dari 1986 hingga kini.
PILIHAN RAYA
Beliau bertanding di DUN Peringat dalam Pilihan raya 1986 , menewaskan Daud Jusoh (PAS) dengan majoriti 136 undi. Tapi tewas kepada Mohamad Sabu dalam Pilihan raya 1990 Parlimen Peringat. Tahun 1990, PAS menyapu bersih 39 kerusi dewan DUN Kelantan kerana pertelingkahan dalam kepimpinan UMNO.
Namun dalam Pilihan raya 1995 , beliau menang di Peringat dengan menewaskan calon S46, Rafei Mat Salleh. Tahun 1995 menyaksikan BN menang 7 negeri 2 kerusi parlimen.
Dalam Pilihan raya umum 1999 beliau kalah kepada calon Keadilan, Mohamad Mustafa. BN hanya menang 2 kerusi negeri dan hanya menang 1 kerusi parlimen.
Tahun 2004,beliau menang di DUN Kok Lanas apabila menewaskan Md Ashari Mamat PAS. Beliau menang dengan majoriti 2846 undi, satu margin yang besar di Kelantan. Tahun 2004, BN menyapu bersih 21 daripada 45 kerusi negeri dan mengambil lapan daripada 14 kerusi parlimen. BN/UMNIO juga menang kerusi negeri Pengkalan Pasir dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 dan telah memberikan 22 kerusi, berbanding 23 yang dimenangi oleh PAS.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , Ab Aziz Ab Kadir dari PR/PKR mengalahkan Datuk Seri Annuar Musa dari Barisan Nasional – UMNO di P26 Ketereh,Kelantan. Ab Aziz memperolehi 21,738 undi berbanding Annuar memperolehi hanya 21,338 undi. Majoriti 400 undi .
ARKITEK BOLA SEPAK KELANTAN
Pada 2007 Tan Sri Anuar Musa telah memegang tampuk pentadbiran Skuad Bola Sepak Kelantan. Sebelum beliau ambil alih, Kelantan ketika itu berada diperingkat yang dikatakan teruk. Beliau telah merencanakan transformasi Pasukan Kelantan. Jika disusun banyak jasa TSAM kepada bola sepak Kelantan.
Selaku mantan Menteri Belia dan Sukan, sudah pasti TSAM mempunyai resipi yang tersendiri untuk menjadikan Kelantan sebagai pasukan yang mantap. Beliau telah merencanakan pembangunan bola sepak Kelantan dari sudut pembinaan bakat dan pengumpulan dana.
Strategi TSAM sendiri juga telah merubah senario dalam Bola Sepak Kelantan khususnya, dan Pasukan Malaysia amnya. Dahulu, sangat sukar untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat swasta. Namun setelah idea TSAM di Kelantan telah menampakan hasil, kini kebanyakkan pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia mula membentuk pasukan pemasaran masing-masing.
DIGANTUNG 30 BULAN
Pada 5 April 2012, beliau selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah jawatankuasa disiplin FAM mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012. Annuar Musa digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Abdul Razak menjelaskan bahawa Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. Ia dikatakan melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.
Pada 20 Mei 2012, Pasukan bola sepak Kelantan menang Piala FA menewaskan Sime Darby 1.0. Annuar turut hadir di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan ‘Red Warior’ Kelantan.
PANGLIMA ATM | ORANG PASIR MAS!
JENERAL TAN SRI DATO’ SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
PGAT PSM PJN DHMS SSAP SIMP SPTS SPMP SSTM SPKK DPPN
PSAT DGMK DSDK DPKK DMSM PMW PAT JMN SDK KMN AMK
ASK Legion of Honour (Phil) AMIM MSc (NDU) mpat lmt psc
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menamatkan Latihan Kadet di SANDHURST pada tahun 1974. Ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu Diraja selaku Ketua Platun pada 09 Ogos 1974.
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjawat beberapa jawatan staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Jurulatih Muslihat di Pusat Latihan Tentera Darat di Johor Bharu. Beliau pernah bertugas selaku Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat pada 1999 hingga 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.
Semasa berpangkat Kolonel beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Kol Sumber di MK TD. Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin adalah lulusan dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Dinaikkan ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002 dan menjawat jawatan Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS). Beliau juga menjawat jawatan Panglima 8 Briged Infantri dari tahun 2003 hingga 2004 di Kelantan. Beliau telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Jeneral dan seterusnya diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau pada 09 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.
Setelah selesai melaksanakan Misi Pemerhati selama lebih kurang setahun dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Ke 3 Divisyen Infantri mulai 17 Oktober 2005 hingga 31 Jan 2007. Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera dan Negara dan dilantik menerajui Markas Medan Tentera Darat sebagai Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jan 2007 hingga 1 Jun 2008.
Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.
Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18 mulai 15 Jun 2011.
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Hobi beliau adalah bermain golf dan membaca.
Sumber:
Senarai Menteri Besar dari Zaman Long Yunus hingga Sultan Muhammad V
Bil. | Nama |
Tempoh Perkhidmatan |
1. | Long Jaafar |
1775 – 1794 |
2. | Wan Mahmud bin Ibrahim |
1800 – 1835 |
3. | Tuan Besar bin Tuan Ismail |
1835-1839 |
4. | Engku Sri bin Long Abdul Ghaffar |
1839 – 1851 |
5. | Nik Abdul Majid bin Nik Yussof |
1851 – 1885 |
6. | Nik Yusof bin Nik Abdul Majid |
1886 – 1890 |
7. | Saad bin Ngah |
1890 – 1894 |
8. | Nik Yusof bin Nik Abdul Majid |
1894 – 1900 |
9. | Hassan bin Mohd Salleh |
1900 – 1920 |
10. | Nik Mahmud bin Nik Ismail |
1921 – 1944 |
11. | Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud |
1944 – 1953 |
12. | Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin |
1953 – 1959 |
13. | Ishak Lotfi bin Omar |
1959 – 1964 |
14. | Mohd Asri bin Muda |
1964 – 1973 |
15. | Muhammad bin Nasir |
1973 – 1978 |
16. | Mohamed bin Yaacob |
1978 – 1990 |
17. | Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
1990 – Hingga Kini |
Panglima Munas Setia dengan DARAH!
Panglima Munas bin Tok Samad
BIODATA
Nama tubuh : Munas bin Samad
Ayah : Tok Samad (asal Kampung Saring)
Ibu : Wan Mah (asal dari keturunan Jembal)
Adik : Adam dan Minah
Setelah diangkat jadi Panglima
Isteri : Che Mah anak kepada Lebai Ali
Anak : Mat Tahir dan Mat Hassan
KISAH HIDUP
Seorang yang mahir bersilat semenjak kecil lagi dan membesar seperti orang kebanyakkan yang lain. Beliau belajar silat dari Panglima Puteh, sebelum itu, ayah beliau, Tok Samad juga adalah seorang guru silat, namun menyerahkan gelanggang tersebut kepada Panglima Puteh kerana keuzuran.
Beliau tinggal di Kampung Saring dalam daerah Jeram. Ketika itu, Jeram dibawah pemerintahan Tengku Seri Maharaja Jeram, Long Seri iaitu seorang keturunan Raja Jembal.
Beliau juga seorang guru al-Quran kepada anak kampung saring selain dari mahir bersilat.
Panglima Puteh amat menyayangi beliau kerana ketangkasan dan kepintaran dalam menuntut ilmu. Sudah tentu ada yang iri hati.
JADI PANGLIMA
Ekoran panglima Jeram yang ada telah uzur dan kurang tangkas, serta mereka ini telah lamabberkhidmat iaitu semenjak zaman Long Gaffar lagi. Baginda Long Seri telah menganjurkan satu pertandingan untuk memilih seorang Panglima dari rakyat biasa yang muda dan perkasa. Pembelotan dari menantunya; Long Senik Mulut Merah juga telah menyebabkan beliau menguatkan lagi benteng pertahanan Jeram. Pemilihan Panglima adalah salah satu strateginya.
Dalam pertandingan ini, Nik Awang yang sudah lama berdendam dengan Munas, telah menjadi seteru pada peringkat akhir. Sebenarnya mereka berdua ini rakan seguru dan membesar bersama di kampung saring. Nik Awang adalah anak pada Penghulu Kampung Saring manakala Munas adalah orang biasa tetapi Munas amat disenangi oleh orang kampung dan guru mereka. Ini membuatkan Nik Awang iri hati.
Ketangkasan dan kelincahan Munas ditambah dengan latihan dari Tok Samad, membolehkan beliau menewaskan Nik Awang dan ini menyemarakan kemarahan Nik Awang.
Pertandingan ini diadakan di Istana Maharaja Jeram dengan disaksikan sendiri oleh Long Seri. Kejayaan Munas membolehkan beliau ditabal sebagai Panglima Munas.
Tugasan pertama Panglima Munas ialah mengamankan kampung di Daerah Jeram yang diancam pencuri. Beliau berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dengan matinya Nik Awang.
Tok Samad dan Wan Mah telah menjodohkan Panglima Munas dengan Che Mah anak kepada Lebai Ali. Tidak lama kemudian, pasangan ini telah menimang cahaya mata sulung yang dinamakan Mat Tahir.
MISI LONG SERI
Long Senik Mulut Merah telah mencuri Alat Kebesaran Kota Limbat beserta Keris yang bernama Pelangi Merbo yang berasal dari Jawa untuk naik takhta.
Baginda Long Seri dengan nasihat para pembesar telah menghantar angkatan perang untuk merampas kembali alat kebesaran tersebut. Angkatan ini diketuai oleh Long Mansor dengan dibantu oleh Panglima Munas.
Long Senik Mulut Merah telah mendapat tahu pengkhabaran ini telah menghantar satu angkatan tentera untuk menyekat kemaraan angkatan tentera Long Seri. Berlaku pertempuran dan Long Senik Mulut Merah berjaya mengundurkan pasukan Long Seri kembali ke Jeram.
Kemenangan ini membolehkan Long Senik Mulut Merah naik takhta dengan gelaran Sultan Muhammad 2 pada tahun 1835. Kecewa dengan kegagalan misi tersebut, Long Seri telah meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
PANGLIMA MUNAS, PAHLAWAN LONG MANSOR
Long Mansor, anak sulung Long Seri telah ditabalkan sebagai pengganti dan pusat pemerintahan beliau adalah di Machang.
Setelah ditabalkan, Sultan Muhammad menguasai tanah jajahan Long Seri iaitu dari daerah Limbat hingga ke Jeram.
Sebab itu, Long Mansur mengalih pusat pemerintahan beliau ke Machang yang termasuk dalam daerah Hulu Kelantan. Kawasan ini bukan dibawah kekuasaan Sultan Muhammad 2. Ketika itu, kawasan hulu Kelantan merangkumi Machang hingga ke Gua Musang dan diketuai oleh seorang Penghulu yang melaporkan secara terus Kebawah Duli Sultan Empayar Patani Besar.
Dulu, walaupun Kelantan mempunyai Sultan sendiri ianya adalah dibawah takluk Patani.
Panglima Munas tetap setia kepada pewaris Long Gaffar dan beliau terus berkhidmat dibawah pemerintahan Long Mansor walaupun tidak lagi berfungsi seperti era Long Seri. Ketika ini, beliau berulang alik antara Kampung Saring dengan Machang.
Tidak lama kemudian, Mat Hassan dilahirkan namun malang, isterinya Che Mah telah meninggal dunia ketika melahirkan Mat Tahir. Long Mansor telah menawarkan agar Panglima Munas tinggal di Istana yang bertempat di Machang bagi memudahkan beliau.
Semenjak itu, Mat Tahir dan Mat Hassan membesar di Istana. Long Mansor amat menyayangi kedua-dua anak Panglima Munas dan menganggap mereka sebagai anak sendiri, mereka juga bersahabat dengan Tengku Salleh, anakanda Long Mansur.
Panglima Munas telah melatih mereka dalam ilmu persilatan dan juga menghantar mereka ke Jeram bagi mendalami ilmu agama dari guru-guru agama yang terdapat sekitar Jeram.
Ketiga-tiga mereka membesar sebagai pemuda yang tangkas dan lincah serta pintar. Mat Hassan dan Tengku Salleh amat tertarik dengan ilmu agama dan mereka bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Kota Mekah. Hanya Mat Hassan ketika itu berusia 30 tahun berangkat ke Kota Mekah pada 1890. Tengku Salleh tidak dapat turut serta kerana beliau akan ditabalkan sebagai Tengku Mahkota.
DATO’ BAHAMAN DAN LONG MANSOR
Setahun setelah Mat Hassan berada di Kota Mekah, Dato’ Bahaman dan pengikutnya Tok Gajah serta Mat Kilau telah memberontak pada 8 Oktober 1891. Perjuangan mereka ini telah menemui kegagalan kerana mereka tidak mahu berperang dengan Sultan Ahmad, Pahang.
Mereka berjuang bukan kerana cukai tetapi kerana Inggeris telah mencampuri urusan agama dan menjajah Pahang. Sultan Ahmad pula telah menuduh mereka sebagai penderhaka ekoran hasutan dari Penasihat British.
Tidak mahu berperang dengan Sultan, Dato’ Bahaman dan Keluarga, Tok Gajah dan Mat Kilau serta 12 orang pengikut telah menemui pasukan memburu Long Mansor di Ulu Sat, hulu Kelantan dan mereka diberi perlindungan oleh Long Mansor.
Baginda Sultan Mansur ketika itu baru menaiki takhta pada 1891 menggantikan Sultan Muhammad 3 yang hanya sempat memerintah selama setahun. Baginda mengetahui tentang hal Dato Bahaman yang menjadi buruan British dan telah menemui Long Mansor di Machang. Baginda meminta Long Mansur melindungi Dato’ Bahaman dan pengikutnya kerana menurut Baginda, Dato Bahaman adalah kenalan keluarga baginda. Perkara ini disaksikan oleh Panglima Munas.
Dato Bahaman telah membina penempatannya di Sungai Ampul, iaitu cawangan sungai lebir, ulu Kelantan. 2 tahun mereka aman dan akhirnya ada talibarut British telah membocorkan rahsia.
Sebenarnya ini adalah helah dari Sultan Mansor untuk mengelak dirinya dituduh melindungi Dato Bahaman oleh British yang ketika itu menjadi buruan mereka.
1893, British dapat mengesan kedudukan Dato Bahaman yang bersembunyi di Kelantan. Mereka telah menghantar wakil menemui Sultan Mansor untuk mendapatkan kebenaran menangkap Dato Bahaman. Baginda menyatakan bahawa kawasan itu adalah kawasan pentadbiran Siam di Bangkok dan meminta wakil British itu ke Bangkok.
Di Bangkok, wakil British telah menemui Raja Siam dan mereka telah mendapat kebenaran untuk menangkap Dato Bahaman. Raja Siam juga bertitah, andai Dato Bahaman tidak dapat ditangkap, maka tangkaplah orang yang melindungi atau sesiapa yang disyaki melindungi penderhaka itu.
Wakil Inggeris bersama askar Siam menuju ke Machang. Berita ini telah disampaikan kepada Long Mansur oleh Panglima Munas. Baginda telah merujuk kepada Tengku Chik Tua Machang tentang perkara tersebut. Tengku Chik telah meminta Long Mansor supaya tidak melawan Siam kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sementelahan, Tengku Salleh ada di Kota Bharu dan melawan Siam boleh mengancam nyawa Tengku Salleh.
Baginda meminta Panglima Munas memanggil Dato Bahamam datang menghadap. Long Mansur telah meminta Dato Bahaman supaya berundur dari Machang. Ketika bersiap untuk berundur, Dato Bahaman telah dikepung. Tingginya ilmu Dato Bahaman membolehkan beliau dan pengikut melepaskan diri walaupun dikepung dari kiri dan kanan, depan dan belakang.
Siam tidak berpuashati, dan mereka telah menangkap Long Mansor, Tengku Ahmad, Pak Nik Ya penghantar bunga emas, Dato Lela Perkasa Lundang dan Tuan Tabal. Mereka telah dibawa ke Bangkok sebagai ganti kepada Dato Bahaman.
Panglima Munas kecewa dengan pekara ini dan menuduh Sultan yang bertanggungjawab tentang hal penangkapan Long Mansur kerana Sultan yang meminta Long Mansur memberi perlindungan kepada Dato Bahaman.
HILANGNYA SEORANG WIRA
Setelah Long Mansur ditangkap Siam, Long Demor telah ditabal sebagai Tengku Seri Maharaja Jeram dengan pusat pemerintahannya di Jeram, Pasir Puteh. Panglima Munas terus berkhidmat dengan Istana.
1896, iaitu setelah 3 tahun ditahan beberapa orang telah dibebaskan oleh Siam. Tengku Ahmad selamat tiba di Kota Bharu, namun amat malang kerana Long Gaffar telah mati dibunuh Siam ketika dalam tahanan. Mayat baginda ditanam dalam selut dan hal ini disampaikan oleh Tok Kancil iaitu pengawal peribadi Long Mansor ketika ditahan di Bangkok.
Hal ini telah membangkitkan amarah Panglima Munas dan juga pembesar jeram ketika itu ekoran kematian Long Yunus. Panglima Munas telah ke Istana dan menghadap Sultan Mansur, beliau telah menyampaikan hasrat beliau agar Kelantan menuntut bela atas Kematian Long Mansur. Sultan enggan menurut hasrat Panglima Munas.
Beliau menghadap pula Tengku Maharaja Jeram bagi mendapatkan sokongan untuk menuntut bela atas kemangkatan Long Mansur. Namun jawapannya senada dengan Baginda Sultan.
Panglima Munas yang mendapat sokongan dari penduduk Jeram serta Mat Tahir dan Tengku Salleh telah berangkat ke Istana untuk melancarkan mogok. Mogok ini telah menggusarkan Sultan Mansor kerana makin lama, makin ramai orang yang turut serta dalam mogok tersebut. Sultan telah menitahkan kepada pengawal agar menghalau orang yang mogok dan kalau berdegil, bunuh sahaja mereka.
Provokasi telah dilakukan oleh pengawal Istana dan mereka telah tertikam perut Mat Tahir dan meninggal di pangkuan Panglima Munas. Setelah itu berlakulah pertempuran. Panglima Munas akhirnya meninggal setelah terkena tikaman dari arah belakang.
Perjuangan Panglima Munas dalam menuntut bela kematian Long Mansor berjaya dipatahkan dan Tengku Salleh telah ditangkap dan dibuang negeri…….
Tamatlah riwayat Panglima Munas bapa kepada Mat Hassan atau dikenali sebagai Tok Janggut.
Episod baru kerajaan Jeram bermula pada 1910…..
SEKIAN!!!!
PENAFIAN : ARTIKEL INI ADALAH ADAPTASI DARI NOVEL YANG BERTAJUK TOK JANGGUT : PAHLAWAN KELANTAN, TULISAN ABDUL LATIP TALIB TERBITAN PTS LITERA UTAMA. ISBN : 978-983-3892-86-0 (2010).