Wau
Sejak berkurun wau amat rapat dengan masyarakat Kelantan malah diangkat menjadi salah satu khazanah tradisi negeri selain mak yong, dikir barat, kertuk dan gasing. Kebanyakan wau tradisional dikaitkan dengan asalnya dari Kelantan, iaitu wau bulan, wau kekek, wau puyuh, wau kucing, wau kebayak dan jala budi yang terkenal dengan keindahan dan kehalusan buatannya. Wau kucing juga turut dipilih sebagai lambang Malaysian Airline (MAS). Manakala para pembuat wau yang mahir kebanyakannya dari Pantai Timur.
Ianya juga dipanggil permainan layang-layang, dan turut dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
MAIN PUTERI : SATU KEHIDUPAN ANTARA BUDAYA DAN AGAMA
KLIP VIDEO ini dikongsi melalaui laman video Bebas, Youtube dan hak milik oleh Pusaka and Radical Films
PERINGATAN!!!
Kami berharap anda jangan anggap perlakuan dalam klip ini sebagai mainan atau gurauan. Ianya ada perkaitan dengan dunia mistik. Jelas ada amalan bertentangan dengan Islam. Mohon komentar yang bernas dan waras daripada anda. Kami paparkan klip ini sebagai satu ritual yang pernah diamalkan hingga kini di Kelantan.
Namun, sudah ramai orang Kelantan mempunyai kesedaran bahawa Islam melarang perbuatan Khurafat. Amalan Ibadah boleh menghalang gangguan makhluk halus. Semua datang dari Allah s.w.t. Tawakal dan berserah pada Allah adalah yang sebaiknya.
Seni Budaya Kelantan : WAYANG KULIT
Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang-orang Jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.
Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan-angan, kerana itu bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje. semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok.
Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yang sangat tua merangkumi seluruh asia tenggara termasuk Turki, Cina dan India. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.
1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari India. Terdapat sumber yang mengatakan wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata
Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.
2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.
3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.
Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.
Seni Budaya Kelantan : Mak Yong
PENDAHULUAN
Mak Yong adalah satu jenis seni drama kombinasi nyanyian dan tarian di iringi oleh muzik tradisional Melayu Patani yang tersendiri. Tarian yang berunsur, lakonan oleh pemegang watak utama raja, dayang-dayang dan hamba rakyat (Tok Peghe) yang menggambarkan sebuah pemerintahan negara yang di perintah oleh seorang raja sebagai ketua negara yang dipersembahkan sebagai tontonan kebawah duli Sultan Patani, manakala pakaian Mok Yong adalah pakaian resmi diraja dan jalan ceritanya tentang bagai mana seorang pemerihan yang adil dan sebaliknya (raja yang zalim). Bahasa melayu Patani (bahasa ibunda) dialik melayu Patani digunakan dengan secara sepontan menurut persefahaman jalan cerita oleh para pemegang watak dalam lakonan tanpa texs yang lengkap seperti derama di hari ini. Bahasa Melayu Patani juga sebagai bahasa pengantar perhubungan, perundangan, akademik dan perundangan negara Patani. Mak Yong juga dipertontonkan kepada kharayat ramai pada hari-hari resmi negara dalam kawasan Istana.
ASAL USUL
Mak yong berasal dari negara Patani Darussalam. Negara ini sekarang dijajah Thailand sejak 1902M, hingga saat ini. Sejarah Mak Yong adalah sejarah seni budaya melayu Patani yang sangat indah dan tersendiri cermelang yang masih hidup disenubari masyarakat melayu Patani. Oleh kerana itu ia diwarisi secara tidak langsung oleh rakyat jelata pencinta seni budaya melayu Patani ini. Mak Yong tidak dapat dipastikan tarikh dan siapa pengasas Mak Yong. Tapi walau bagaimana pun, fakta yang menunjukkan ia berdiri lebih dari 800 tahun dan mungkin lebih awal lagi. Menurut buku Hikayat Patani bahawa Mak Yong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) lebih 200 tahun yang lalu. Kemudian berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah Perlis) sampai kenegeri Sumudra Pasai dan hingga ke Pulauan Riau (Indonesia).
PLOT DRAMA
Cerita Mak Yong dalam babak pertama mengaitkan tarian mengadat atau tarian sembah Rebat untuk mendengar titah di raja disamping raja akan minta laporan perkembangan negara dari hamba rakyat (Tok Peghe) tak leh makan (susah) atau boleh makan (senang) sebagai gambaran seolah-olah sebuah paelimen pengubal dasar atau juga sebagai sebuah majis pelaksanaan, yang memegang watak raja di kebelakangan ini selalunya wanita yang berpakaian seakan-akan lelaki mengambil sempena raja Hijau, seorang raja yang terkenal sebagai pahlawan yang bijak dan diplomat terunggul di zamannya (ketua negara wanita pertama dalam sejarah Patani) yang telah berjaya mengadakan Bedel Besar (meriam besar) Seri Patani dan Seri Negara itu. Kedua-dua bedel meriam besar itu di rampas oleh oleh Siam dan kini Seri Patani ada dipamirkan di hadapan bangunan ibu pejabat kementerian pertahanan Thailand di Bangkok. Menurut riwayat yang boleh dipercayai bahawa bedel meriam besar Seri Negara terbenam dalam laut semasa hendak bawa ke Bangkok sempai sekarang belum dikemui.
Para sejarahwan telah mengenal pasti bahawa seni ini digpanggil Mak Yong ialah kerana Watak utama dipegang oleh wanita maka sinomimnya dengan ”Mak” manakala Yong ialah pahlawan, (bahasa Patanilama) bila di camtumkan ialah Mak Yong. Ahli budaya dan adat istiadat keajaan Melayu Patani tidak ada menulis tentang Mak Yong secara ditil sama ada berasal dari rakyat atau dari istana, Cuma di sebut dipersembahkan dalam istana.
Di tahun 1909, Mak Yong dipersembahkan oleh rakyat tanpa dinaungi kerajaan Patani lagi, kerana pada tahun ini Patani di jajah secara mutlak oleh Siam. Mak Yong sebagai seni hiburan setelah tamat pertunjukan dan sembung pula Joget Longeng bagi mendapat kutipan yang lumayan kepada anak buahnya dan juga Mak Yong di padah sebagai pertunjukan pelepas angin kepada seseorang (buat ubat).
Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam ke Patani lagi. Ia dipersembahkan dengan menggunakan Panggung sementara yang terletak atas tanah semacam bangsal jamuan khenduri bolih di padah oleh sesiapa sahaja atas berbagai tujuan seperti pertunjukan kutik duid (jual teket) pertunjukan di majlis khenduri kendara (berkhatan dan perkahwinan).
Persembahan Mak Yong alat muzik yang utama ialah Rebab, dua biji Gendang ibu & anak dan dua biji Gong ibu & anak manakala Biola (Juala) untuk mengingi joget. Setiap satu selak cerita mampu dipersembahkan hingga 3 jam beberapa malam untuk ditamatkan sesebuah cerita yang panjang. Kebanyakan peranan dilakokan oleh wanita dan Tok Peghe (hamba rakyat) sahaja lelaki ceritanya berasaskan cerita rakyat. Mak Yong mula di pertunjukan dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam dan sambung joget hingga kepagi .
Mak Yong dibawah naungan istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang kenamaan dan pertunjukan isti-adat kerajaan melayu Patani kepada khalayak ramai.
NASIB SENI MAK YONG
Di hari ini Mak Yong telah merosot kerana seni ini bakan buat persembahan sembarangan tapi harus berlatih dan menghayati jalan ceritanya memakan masa yang lama. Sekarang tidak ada ramai yang pengamalnya, kerana seni ini susah untuk perseorangan, pelakonnya memerlukan suara merdu dan nyaring, serta memerlukan ramai orang jumlahnya 15-20 orang termasuk pemain muziknya. Generasi yang tersohor pada tahun 60an ialah Mok Yong Che Ning dan pada 70an disambung anaknya Che Judah.
Banyak sekali terdapat kisah-kisah sumbang di akhir-akhir tahun 70an dan 80an kerana pemuda di usia begini sangat gharah dengan budaya hindustan yang menggilai di para penari-penari joget (wanita) dari pertunjukan seni budaya kepada lebihkan hiburan semata-mata pendik kata salah guna peranan seni itu tanpa mementingakan nilai-nilai lohor (akhlak, agama dan budaya melayu Patani) sehingga masyarakat Patani cap sebagai penari dikelap malam. Sejak itu masyarakat mula anggap seni buadaya Mak Yong sebagai bukan pertunjukan kebudayaan lagi.
Pada 90an sudah tidak banyak lagi Mak Yong yang wujud, kerana tidak ramai yang berminat mempelajari seni tari ini. Setelah pengaruh wayang gambar (filem hindustan) yang menjadi siolan anak muda sangat meluas, menggelapkan masa depan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa kini rata-rata persembahannya meniru gaya watak hero dan heroin Hindustan berkasih dan lagu-lagunya ala hindustan.
KESIMPULAN
Rakyat Patani kini sangat mengharapkan seni budaya ini (Mak Yong) dapat di warisi dan dikembangkan oleh saudara anak cucu bangsa melayu Patani di negeri-negeri jiran (Kelantan Darul Naim dan Perlis Indera Kayangan) Malaysia, sebagai pewaris yang WUJUD DI SINI DI TANAH ANAK MERDEKA BAGAI OBOR ILMU MEMAYUNGI PUTERA PUTERINYA PELOPOR HIDUP BUDAYA BANGSA, AGAMA, NEGARA PEMBENTUK AKHLAK MANUSIA AGAR JADI SEMPURNA.
ARTIKEL DISEDIAKAN OLEH : ADMIN PASIR PUTEH@KPSK