Category Archives: Sukan

PENYOKONG BOLA SEPAK KELANTAN FANATIK? – sumber Cikgu Speing@kelate.net


Sejak era zaman gelap Kelantan Fa dengan pelbagai masalah dan kontroversi, dalam ramai yang mencemuh masih ada ramai yang sayang. Masih ada yang menyokong tanpa henti pasukan bolasepak yang tidak pernah mengecap era kemanisan dalam sejarah mereka, meskipun pasukan ini mempunyai kualiti dari semangat bermain dan pembentukan pemain muda peringkat akar umbi namun tetap ketinggalan dalam mengejar apa-apa kejuaraan yang di sertai.

Dari serendah-rendah piala sehingga ke piala terhebat, Kelantan masih belum mampu mencapainya ketika itu. Dengan situasi zaman gelap sebegitu, penyokong fanatik tetap wujud dan ramai menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV masih mampu menjadi stadium tuan rumah kerana kutipan tiket yang tetap berjalan dan mampu untuk membuatkan perbadanan stadium menaruh harapan dengan sumbangan kewangan dari tiket yang di raih.

Kualiti fanatik yang ada ketika itu sangat kontra dengan fanatik sekarang, fanatik ketika itu banyak yang membawa rebah. Penyokong masuk ke Stadium kerana ingin mencerca dan meluahkan perasaan menyampah mereka kepada pasukan. Jika Kelantan Fa mampu melangkah jauh sedikit dan andaikata tertewas di tengah jalan, pelbagai kebobrokan yang berlaku samaada keatas pasukan yang ditentang atau pasukan sendiri. Suasana di luar Stadium banyak mencatat sejarah hitam.

Cermin kereta pecah, motorsikal di bakar, tayar kereta dan bas dipecahkan, bergaduh sehingga parah, perbalahan puak melibatkan sesama sendiri dan prasarana Stadium dirosakkan dan dihancurkan mengikut hawa nafsu dan emosi yang tak terbatas lagi.

Ini membuatkan pasukan dan penyokong ketika itu tidak berjalan selari, pengurusan dan pemain menjauhkan diri dari penyokong ganas yang menakutkan. Namun begitu walaupun mengalami kemorosotan peringkat terendah sehingga banyak kali bermain di divisyen dua ketika itu, dan juga pernah terjerumus ke liga terbawah iaitu liga konvesional terendah iaitu Liga FAM.

Kemudian tampuk pemerintahan atasan Kelantan Fa berubah pada tahun 2004 dalam pengundian Presiden diambil alih oleh Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub kemudian diserahkan kepada Tan Sri Annuar Musa. Era gelap sudah berlalu dan penyokong pada awalnya berbelah bagi kerana pasukan berada di Liga Fam dan ketika itu pembentukan era penyokong positif berjaya dicanang dengan penubuhan dan kebersamaan kelab-kelab penyokong terawal menyatakan pendirian untuk berada di belakang pengurusan Kelantan Fa.

Namun usaha ini tidak senang, mereka yang mencemuh berbahagi dan berdolak dalik hatinya untuk menyertai atau tidak, tetapi legasi kesinambungan penyokong berjaya di teruskan. Walaupun begitu masih timbul kontroversi yang tak senang untuk hilang, menjadi bertambah menarik senario penyokong untuk di perhatikan.

Ini seperti pembentukan budaya mereka dari awal dan sekian lama tak akan berubah, dengan perangai membaling botol, mencerca sesuka hati, mencetus pergaduhan sesama sendiri, menimbulkan provokasi, melakukan kerosakan hak milik awam, memanjat stadium, sehingga lah menjadi sasaran akhbar-akhbar menguatkan berita mengenai perangai buruk penyokong Kelantan Fa seperti mencurah minyak ke dalam api.

Namun dalam keadaan itu, ada kebaikan juga kerana pandangan umum melihat era kebangkitan penyokong Kelantan Fa menyampaikan saluran kepada umum sejak awal lagi, sehingga pembangunan penyokong Kelantan Fa dilihat sudah lama bertapak di arena bolasepak negara.

Dalam kebobrokan yang segala jenis pandangan serong dilemparkan, kefanatikkan yang berlaku sesuai untuk menjurus kearah kemeriahan, ada banyak juga fanatik yang pro atau di sifatkan positif kepada pembangunan sebenar jiwa bolasepak di dalam Liga Malaysia. Ini boleh di lihat dua tiga tahun sebelum melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama pada tahun 2009, penyokong Kelantan yang kerap keluar dari negeri untuk menyokong pasukan di luar Kelantan memperlihatkan kesungguhan fanatik yang positif itu.

Kebanyakan penyokong yang berhijrah keluar ini terdiri dari mereka yang lebih matang, mengajak penyokong Kelantan Fa di seluruh Lembah Kelang untuk bersatu hati menyokong dengan penuh beradab. Banyak musibah terpaksa ditempuhi, biasanya ketika menentang seteru utama seperti Selangor dan Terengganu tidak dapat di elakkan seperti provokasi dan pergaduhan, Stadium Shah Alam, Stadium Bukit Jalil, Stadium Kangar dan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di Terengganu antara tempat yang banyak mengundang masalah kerana pandangan penyokong lawan kepada penyokong Kelantan yang lagak seperti baru nak mengecap kemanisan menyokong pasukan yang kuat dan bersikap ingin menjajah stadium lawan itu lah pandangan penyokong lain. Kebanyakan juga yang merasakan mereka datang untuk membuat onar merosakkan hak awam sekitar Kuala Lumpur.

Walaupun saban tahun dikecam, banyak usaha kearah perubahan di lakukan kelab-kelab penyokong dengan kerjasama pengurusan Kelantan Fa juga. Sampai satu tahap penyokong Kelantan tidak mengurangkan tahap fanatik tetapi menambah-kuasakan kefanatikkan itu tetapi dengan cara positif dan membuka mata ramai penyokong luar.

Gambaran kemeriahan seperti mempelbagaikan gaya sokongan dengan penyatuan sorakan, kibaran bendera, memeriahkan suasana lebih awal di luar Stadium, penglibatan gadis-gadis dan kaum hawa yang lebih beradab juga menampakkan keceriaan terbatas disitu.

Sikap solat jemaah beramai-ramai di Stadium, sikap menghormati penyokong lawan dengan mengajak bergambar dan duduk bersama menonton, menceriakan kemeriahan Liga sejak 5 tahun kebelakangan ini. Sudah ramai penyokong bolasepak melihat penyokong Kelantan dengan itonasi memuji, sehingga akhir-akhir ini penyokong Kelantan mengajak dengan penuh hemah penyokong luar datang menonton di Stadium Sultan Muhammed IV dengan dihidangkan bantuan perhubungan, bersatu, duduk bersebelahan, sehingga memberi impak positif kepada kelab penyokong luar dan Ultras negeri-negeri untuk bergabung. Penyokong Selangor, Kedah, Singapura dan terbaru penyokong Terengganu mendapat layanan baik dengan bantuan Kelab Penyokong yang berusaha keras mencegah kemungkaran dari pihak penyokong umum yang lain, sebagai contoh untuk mengajar adab-adab negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenal dengan adab dan keberanian yang terbilang.

Selain itu gabungan kelab penyokong Kelantan dengan seteru utama Penyokong Selangor semakin memupuk nilai murni dalam kefanatikan menyorak dan menyokong bola. SSFC dan Kelate.Net bergabung paluan gendang di main seat kelab penyokong di tengah-tengah tempat duduk Stadium Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan dalam banyak perlawanan sejak setahun dua ini. Selain itu gabungan Ultras tidak ketinggalan bersatu hati dalam menyokong pasukan Malaysia.

Ini memberi impak yang bagus terhadap perkembangan liga Malaysia yang jika di atur dengan pembangunan kewangan melalui pengiklanan dan tajaan serta perjalanan persatuan yang telus dalam menguruskan kewangan selari dengan kemeriahan sokongan, dilihat akan menaikkan taraf liga Malaysia kepada grade C atau tak mustahil mampu mencapai grade B seperti pernah di kecap oleh Indonesia dan Thailand didalam gabungan liga-liga Asean oleh AFF dan seluruh Asia iaitu AFC.

Hasil dari sebuah kefanatikan yang tak terbendung sebenarnya mempopularkan suasana tersebut jika kelangsungan mampu dikawal. Lihat saja kefanatikan penyokong liga Indonesia, terbaru kita dengar 3 nyawa melayang di perlawanan melibatkan Persija dan Persib dek kerana emosi tak tertanggung, jika mampu di kawal dan hasil tajaan besar liga Indonesia menjadikan mereka pernah mencecah Grade B dalam liga seluruh Asia.

Inilah kemeriahan fanatik totok ala Kelantan yang perlukan tapisan yang tidak menghalang pertumbuhan jiwa-jiwa muda Kelantan menyokong bola Kelantan, selain segenap pihak samaada kerajaan, swasta atau golongan Profesional sudah melihat perkembangan positif ini sehingga penajaan besar sudah berebut-rebut untuk menaja Kelantan Fa untuk musim depan.

Lihat juga kelab penyokong juga di taja oleh pelbagai pihak antaranya Yusmira dan Happy banyak menyumbangkan kesenangan dana dalam mencetus kemeriahan fanatikal yang bertapis dan positif. Jika perjalanan ini bergerak dengan selari mengurangkan kontroversi saya rasa akan membuka mata banyak pihak untuk menyanjungi liga Malaysia yang sejak berubah dari era zaman Semi-Pro tidak mampu untuk berdiri malahan jatuh menjunam, sekarang merangkak melangkaui batas-batas musibah yang hadir dari banyak penjuru yang tak perlu kita huraikan lagi, namun jika ada 5 pasukan kuat lain didalam Liga M yang mampu mencabar secara konsistennya dan membentuk kekuatan penyokong fanatik seperti Kelantan sekurang-kurangnya untuk 5 pasukan, saya jamin kita akan mengecap nikmat kekuatan Liga Malaysia seperti zaman dahulu.

Ketika liga kita kuat dan berada di grade tertinggilah kita mampu membenam Korea, menjinakkan Jepun dan memegang tampuk pasukan terkuat Asean sejak berabad, kita mampu kembali ke zaman itu dengan hanya dua cara utama iaitu mencetuskan sumber kewangan penajaan yang telus ke semua pasukan bertanding dan membentuk keghairahan fanatikal yang positif dalam keseluruh jiwa penyokong pasukan di dalam Liga Malaysia. liga kita, wajah kita. Fanatik kita melambangkan kekuatan liga kita.

– Cekgu Speing –

 

Sumber:

  1. Kelate.net

 

Kejayaan Pasukan Kelantan Dulu dan Kini


Anugerah

Kasut Emas

Musim Pemain Gol Pertandingan
2007-08 Bendera Senegal Mouhamadou Moustapha 27 Liga Perdana
2000 Bendera Malaysia Anuar Abu Bakar 12 Liga Perdana 2
1994 Bendera Malaysia Mohd Hashim Mustapha 25 Liga Perdana
1993 Bendera Malaysia Mohd Hashim Mustapha 13 Liga Perdana
1992 Bendera Poland Dariusz Dudala 9 Liga Bahagian 2
1990 Bendera Malaysia Mohd Hashim Mustapha
Bendera Thailand Boonphop Praphut
13 Liga Bahagian 2

Pencapaian

Domestik

Pertandingan Juara Naib Juara
Piala Malaysia 2010 1955, 1970, 2009 (3x)
Piala FA 2012 2009, 2011
Piala Sumbangsih 2011 2012
Liga Malaysia / Liga Bahagian 1 / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super
* Liga Tahap Satu
2011, 2012 (2x) 2010
Liga Bahagian 2 / Liga Perdana 2 / Liga Perdana
* Liga Tahap Dua
2000
Piala FAM
* Liga Tahap Tiga
1953, 1954, 2005 (3x) 1963, 1971, 1972 (3x)

Antarabangsa

Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
2012 Piala AFC 1-5 & 1-1
(Kalah Agregat 2-6)
Bendera Iraq Arbil SC Suku Akhir

Rekod kejayaan

Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
1953 Piala FAM 1-1 Selangor FA Juara Bersama
1954 Piala FAM 2-1 Combined Services Juara
1955 Piala Malaysia 1-3 Singapura Naib Juara
1963 Piala FAM 0-7 Singapura Naib Juara
1970 Piala Malaysia 0-1 Perak Naib Juara
1971 Piala FAM 2-5 Penjara (PDRM) Naib Juara
1972 Piala FAM 1-2 Selangor FA Naib Juara
1985 Piala Presiden Sarawak FA Juara
1988 Piala Presiden 0-2 Selangor FA Naib Juara
1995 Piala Presiden 1-1 & 1-0
(Menang agregat 2-1)
Kuala Lumpur FA Juara
2000 Liga Perdana 2 Juara (Format Liga)
2003 Piala Presiden 0-2 Kedah FA Naib Juara
2005 Piala FAM 2-0 Shahzan Muda FC Juara
Piala Agong 2-2 (Kalah Penalti 5-6) Pahang FA Naib Juara
Piala Emas Raja-Raja 0-1 Kedah FA Naib Juara
Piala Presiden 1-0 Pasir Gudang United Juara
2006 Piala Emas Raja-Raja 5-1 ATM Juara
2007 Piala Presiden 3-3 (Kalah penalti 4-5) Perak FA Naib Juara
2009 Piala Emas Raja-Raja 4-0 Pulau Pinang FA Juara
Piala FA 1-1 (Kalah penalti 4-1) Selangor FA Naib Juara
Piala Malaysia 1-3 Negeri Sembilan FA Naib Juara
2010 Piala Emas Raja-Raja 0-0 (Menang Penalti 4-3) Kedah FA Juara
Liga Super Malaysia 50 Mata Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia 2-1 Negeri Sembilan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih 2-0 Selangor FA Juara
Piala Presiden 2-1 MP Muar Juara
Piala FA 1-2 Terengganu FA Naib Juara
Liga Super Malaysia 56 Mata Juara (Format Liga)
Piala Agong 3-2 Perlis FA Juara
2012 Piala Sumbangsih 1-2 Negeri Sembilan FA Naib Juara
Piala FA 1-0 Sime Darby FC Juara
Liga Super Malaysia

Piala Malaysia

60 Mata

3-2

ATM

Juara (Format Liga)

Juara Piala Malaysia

Antara Pemain, Bekas Pemain dan Ketua Jurulatih Kelantan FA


Malam ini, 2/10/2012 (Selasa) Pasukan Kelantan akan bertemu dengan Felda United di Gelanggang Keramat The Red Warrior di Stadium Sultan Muhammad IV. Kami sajikan anda dengan senarai pemain semasa, bekas pemain dan Ketua Jurulatih yang sedang berkhidmat dan pernah berkhidmat dengan Kelantan FA.

Terima Kasih kerana mengikuti blog kami.

Skuad semasa (2012)

No. Posisi Pemain
1 Bendera Kelantan GK Mohd Shahrizan Ismail
2 Bendera Perlis DF Azizi Matt Rose
3 Bendera Kuala Lumpur DF S. Subramaniam
4 Bendera Nigeria DF Obinna Nwaneri
5 Bendera Kelantan DF Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim
6 Bendera Kelantan DF Mohd Farisham Ismail
7 Bendera Kelantan FW Muhammad Ramzul Zahini Adenan
8 Bendera Kelantan MF Mohd Shakir Shaari
9 Bendera Terengganu FW Norshahrul Idlan Talaha
10 Bendera Terengganu MF Mohd Nor Farhan Muhammad
11 Bendera Kelantan DF Mohammad Ab Aziz Ismail
12 Bendera Kelantan MF Mohd Nurul Azwan Roya
13 Bendera Negeri Perak MF Indra Putra Mahayuddin
14 Bendera Kelantan DF Mohamad Zamri Ramli
15 Bendera Kelantan DF Mohd Daudsu Jamaludin
16 Bendera Kelantan MF Mohd Badhri Mohd Radzi
No. Posisi Pemain
17 Bendera Kelantan DF Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid
18 Bendera Guinea FW Keita Mandjou
19 Bendera Kelantan GK Khairul Fahmi Che Mat
20 Bendera Kelantan GK Muhamad Syazwan Yusoff
21 Bendera Kelantan GK Mohd Fakrudin Hussin *
22 Bendera Lubnan FW Mohammed Ghaddar
23 Bendera Pulau Pinang MF S. Chanturu
24 Bendera Kelantan DF Zairul Fitree Ishak
25 Bendera Kelantan FW Azlan Ismail
26 Bendera Kelantan DF Faizol Nazlin Sayuti *
27 Bendera Kelantan MF Mohd Khairul Izuan Rosli *
28 Bendera Kelantan FW Mohamad Aris Zaidi *
29 Bendera Kelantan MF Muhammad Norsyahrul Hawari Hanafi *
32 Bendera Croatia DF Mijo Dadic
33 Bendera Ghana FW Antwi Dennis Agyare

Pemain luar negara

Pemain tempatan

Ketua jurulatih

Tahun Jurulatih
Mac 2012-Kini Bendera Croatia Bojan Hodak
Nov 2011-Feb 2012 Bendera England Peter James Butler
2011 Bendera Negeri Perak M. Karathu
2009-2010 Bendera Negeri Sembilan B. Sathianathan
2009 Bendera England Peter James Butler
2008 Bendera Perancis Regis Laguesse
2008 Bendera Perlis Norizan Bakar
2007 Bendera Kelantan Anizan Daud
2007 Bendera Terengganu Haji Kamaruddin Mohamad
2005-2006 Bendera Kelantan Abdul Rahim Ahmad
2003-2004 Bendera Terengganu Abdullah Mohamad
2001-2002 Bendera Selangor K. Rajagopal
2000 Bendera Kelantan Abdul Rahim Ahmad
1999 Bendera Kedah Mosthakeen Omar
1996-1997 Bendera Sabah Kelly Tham
1994 Bendera Czechoslovakia Milous Kvacek
1993 Bendera Negeri Perak M. Karathu
1992 Bendera Jerman Horst Heese
1991 Bendera Croatia Milan Duricic
1989 Bendera Singapura Majid Ariff

Perjalanan Suka Duka The Super Warrior


KPSK memberi kredit kepada Admin Fan Page KAFA iaitu Abe Pozi yang menyiarkan secebis artifak Sejarah The Red Warrior. Semoga kita menjadi lebih baik serta berakhlak. Hentikanlah membaling dan mekong botol, mercun,bunga api,flare,vuvuzela. Cukuplah kita pakat “juoh” dan bergendang serta bertepuk tangan.

SUKA DUKA THE SUPER RED WARRIOR – PENYOKONG TEGAR RED WARRIOR


Pahlawan Merah di Bukit Jalil ketika Final Piala Malaysia 2010

PAHLAWAN MERAH

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka dan juga stadium pasukan lawan termasuklah di Stadium Arema Indonesia.

Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan “Pahlawan Merah”. Laungan “Gomo Klate Gomo” sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946.

Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.

 

TRAGEDI 9 APRIL 2009

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu.

Kekecohan di Luar Stadium selepas tamat permainan

Tidak puas hati dan kekecohan yang berlaku sekitar stadium

Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.

Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali iaitu Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan.

Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.

 

 FINAL PIALA MALAYSIA 2009

Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

PENYOKONG PROFESSIONAL

Penyokong Kelantan kini semakin rasional setelah pelbagai usaha dilakukan oleh KAFA dan juga penyokong Kelantan sendiri melalui laman sosial dengan meminta agar para penyokong tidak lagi “mekong” atau membaling bunga api, mercun, botol air dan juga sampah ke dalam stadium. Terkini penyokong-penyokong Kelantan berusaha agar tiada lagi bunyi Vuvuzela berbunyi ketika perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.

Kita akan muncul sebuah pasukan penyokong yang setia dan bersih serta rasional…..