LAPANGAN TERBANG KELIMA DI KELANTAN : FORT CHABAI (VE 50 20)


Assalamualaikum.

Kami maklum kebanyakkan anda telah mengikut tentang pendedahan kami mengenai 4 Lapangan Terbang yang pernah wujud di Kelantan sebelum ini di pautan ini.

Saat ini, kami dedahkan maklumat terbaru kami tentang Lapangan Terbang Kelima yang beroperasi di Gua Musang.

Gua Musang.

Sebelum tahun  70an ia dikenali sebagai daerah Hulu Kelantan dan kawasan ini merangkumi separuh dari Kelantan yang terletah di Selatan. Kawasan ini amat luas dan ketika itu landskapnya  dipenuhi dengan hutan banat.

Ini menarik perhatian pengganas komunis untuk membina markas dan pengkalan. Namun, kerajaan juga tidak memandang enteng hal ini dan mereka telah membina satu pengkalan udara yang ketika itu adalah maklumat rahsia di Gua Musang bertujuan untuk mengekang pengganas komunis.

Fort Chabai

Ianya sepenuhnya diuruskan oleh tentera asing yang kebanyakkan dari Australia dan fungsinya lebih kepada Ketenteraan walaupun kawasan perladangan kawasan ini agak luas.

Dahulu Lokasinya jauh ke dalam hutan dan ianya seolah-olah hanya boleh dicapai melalui jalan udara dan berjalan kaki jika dari darat. Ini sesuai sebagai sebuah pengkalan rahsia pihak Tentera Berikat pada waktu itu.

Fungsi Fort Chabai

Fungsi pengkalan ini adalah sebagai sokongan logistik ketenteraan bagi tentera dalam membendung kegiatan Komunis dalam Hutan Gua Musang seperti di Kuala Betis, Nenggiri, dan Ulu Kelantan (Lojing).

Selain sebagai sebuah pengkalan  tentera ia juga mempunyai Landasan Kapal Terbang seperti yang kita war-warkan, dan ini memudahkan pihak keselamatan untuk untuk keluar dan masuk pasukan tentera dari hutan tebal ke kawasan putih sama ada di Pahang atau di negeri-negeri Pantai Barat.

Pengkalan ini aktif digunakan semasa Zaman Darurat dari tahun 1948 – 1960. Setelah itu, pengkalan ini telah ditinggalkan memandangkan terdapat pengkalan-pengkalan tentera yang lebih baik telah dibina sekitar kawasan Ulu Kelantan ini.

Percaya atau tidak, setiap Pengkalan Tentera di Malaysia sekarang ini sememangnya dilengkapi kemudahan untuk menerbangkan pesawat ringan dan ditambah pula penggunaan Helikopter Nuri secara meluas telah menjimatkan ruang kawasan Pengkalan berbanding dengan Landasan Kapal Terbang.

Berikut kami sertakan bukti bergambar:

Pandangan dari Udara Fort Chabai

Lokasi Sekarang

Keratan Akhbar ttg Fort Chabai

TEROWONG MISTERI DI PALEKBANG:


Semuanya bermula dari sini : http://militaryofmalaysia.net/2012/11/berita-gempar-den-sorang-je-tahu-tapi-den-malas-nak-bagitahu/

Lalu, wakil iaitu Admin Kota Bharu telah pergi ketempat yang disebut itu. Sejak posting seperti dalam pautan diatas, orang ramai telah berkunjung ke Palekbang untuk membuat pengesahan, memandangkan hari ini adalah hari akhir sementelahan esok adalah cuti umum, maka ramailah orang telah kesana untuk membuat pengesahan.

Sebelum ambo coret lebih banyak tentang Palekbang, marilah kita kenali dahulu apa itu Palekbang dan kenapa ia menjadi sebutan dari dahulu hingga sekarang.

Palekbang adalah sebuah penempatan yang terletak berhampiran tebing sungai Kelantan dan juga berhampiran dengan Kuala Kelantan. Lokasi ini mempunyai pelbagai nama dan ianya merupakan tempat yang bersejarah dari dahulu hingga kini, kerana ianya merupakan satu-satunya jalan masuk ke Kelantan jika anda belayar dari Laut China Selatan.

Sebagai sebuah lokasi tumpuan, semestinya ia menyimpan pelbagai rahsia dan misteri. Yang paling mencuri tumpuan kita pada hari ini adalah kisah “Terowong Purba”.

TEROWONG PURBA

Kewujudan terowong ini amatlah rahsia hingga tiada bukti yang dapat dinyatakan pada masa kini. Namun, cerita dari mulut ke mulut telah diketahui hingga ke generasi ini dan hari ini, kami telah digegarkan dengan maklumat seperti yang terkandung dalam pautan di atas.

Mengikut sumber kami, terowong ini amat panjang dan ianya dikatakan mencecah 100 batu dengan setiap 10 batu akan bepecah 4 (sama seperti di trafic light).

Terowong ini bermula dari arah pantai (Palekbang) hinggalah ke kawasan Nenggiri, terowong ini dibayangkan telah wujud lama sebelum Perang Dunia Kedua dan lebih lama dari itu kerana ia didakwa telah wujud ketika bumi Kelantan ini tinggi dari aras laut.

TEROWONG PURBA DAN PENGGUNAANYA PADA ZAMAN PERANG DUNIA

Kelantan tidak terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Pertama, tetapi ia menjadi lokasi awal ketika Jepun menyerang semenanjung Tanah Melayu dimana Jepun telah naik ke darat melalui Pantai Sabak di Pengkalan Chepa.

Jepun mara melalui jalan darat dari arah Siam dan mereka telah arif dengan segenap lorong di Semenanjung kerana mereka telah lama menghantar agen perisik ke seluruh pelusuk dunia.

Sebenarnya, maklumat jelas mengenai agen perisik ini bermula sewal kurun ke-16 lagi apabila seorang Samurai dari Jepun telah menjadi Penguasa di Nakorn Sri Tamarat iaitu Yamada Nagamasa dari sini komuniti Jepun telah berkembang ke seluruh Nusantara.

Beratus-ratus tahun Jepun mempunyai maklumat terutamanya mengenai Kelantan dan Terengganu kerana itu mereka paling ramai berada di Kuala Berang walaupun pada awal Perang Dunia ke-2, Kuala Berang sudah menjadi satu kawasan Hulu Terengganu yang tidak dipedulikan, ini kerana mereka mempunyai maklumat mengenai sejarah Kuala Berang itu sendiri. Balik kepada Kelantan, ratusan tahun masa yang diambil oleh agen Jepun untuk membina satu rancangan teliti tentang menawan Kelantan kerana mereka telah mengetahui kekayaan Kelantan.

Kewujudan “terowong purba” ini mungkin telah diketahui oleh Jepun. Manakala pihak British juga telah maklum akan kewujudan terowong ini dan dari itu mereka telah membina Lapangan Terbang Bawah Tanah yang paling popular adalah di Gong Kedak, Pasir Puteh dan Padang Lalang Luas, Machang.

Kini, dakwaan kewujudan terowong ini tidak dapat disahkan kerana tiada bukti kukuh tentang perkara ini. Lapangan Terbang Lalang Luas sendiri telah menjadi puing-puing sejarah ditengah kawasan perumahan, namun kesan dia masih ada.

Terowong ini pula semakin lama semakin dilupakan, hingga ramai yang menyangkal akan dakwaan ini.

Akhirnya, pada 28/11/2012 berita tentang pihak Tentera dan Polis telah mengepung satu kawasan di Palekbang telah dihebohkan oleh blog Military of Malaysia dengan memberi hint tentang Struktur Bawah Tanah.

Kami telah sedia maklum tentang hal ini. Namun atas sebab keselamatan ada maklumat tidak dapat kami hebahkan disini.

Perkara ini tersebar, ekoran Kontraktor yang sedang menjalankan pembinaan telah menemui satu struktur bawah tanah yang meragukan hingga mereka telah memangil Bomba untuk menyedut air dari satu tempat pembinaan mereka. Dari sini, Bomba telah memaklumkan kepada pihak tentera dan polis kerana apa yang mereka temui adalah diluar bidang kuasa mereka.

Sumber kami di Palekbang menyatakan bahawa, struktur dalam tanah tersebut mengandungi bahan letupan (belerang) dalam kuantiti yang banyak dan ianya didakwa adalah tinggalan Perang Dunia ke-2. Sumber kami yang lain pula menyatakan bahawa mereka yang mempunyai “pas keselamatan” sahaja boleh memasuki kawasan ini.

Apa yang ditemui dikawasan tersebut memang kami tidak ketahui lagi. Hingga saat ini ianya masih dibawah kawalan pihak ATM.

ANTARA GAMBAR DI KAWASAN YANG DI DAKWA:

Gambar di kawasan yang di dakwa

Didakwa sebagai “pintu terowong” . Wallahualam

Kajian Arkeologi Kota Kubang Labu (Kg. Kubang Palas)


Kajian Arkeologi Kota Kubang Labu (Perang Saudara) di Kampung Kubang Palas, Tumpat dan berhampiran dengan Tendong, Pasir Mas.

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20

Kajian Arkeologi di Kota Kubang Labu, Tumpat (Wakaf Bharu) – Kelantan


Entri kali ini kami kongsikan dengan anda semua tentang Kajian Arkeologi yang dijalankan di Tapak Kota Kubang Labu oleh N.A Halim.

Gambar ini diambil dari malaycivilization.ukm.my

Peta Kota Kubang Labu

1 2 3

4

5

6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21
22 23 24
25 26 27
28 29 30
31 32 33
34 35 36
37 38 39
40 41 42

KOTA-KOTA LAMA DI KELANTAN


Berikut kami senaraikan beberapa Kota – Kota Lama di Kelantan yang kini sudah sepi dan tidak orang peduli lagi. Moga ia membuka fikiran anda.

1) Kota Tegayong – Ketereh
2) Kota Jelasin – Wakaf Che Yeh
3) Kota Mahligai – Bukit Marak
4) Kota Senang – Jembal, KB
5) Kota Teras – Jembal, KB
6) Kota Kubang Labu – Wakaf Bharu
7) Kota Raja Salor – Pasir Mas

KOTA TEGAYONG
1) Terletak di Ketereh
2) Diasaskan oleh Cik Siti Wan Kembang (1610 – 1677)
3) Kota ini dinamakan sempena nama Pokok Tegayong
4) Dalam Kota ini Cik Siti Wan Kembang telah membina sebuah Taman Bunga yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong – Taman ini sekarang terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA JELASIN
1) Merupakan sebuah Mukim dalam Daerah KOTA.
2) Dibina oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong
3) Tapak Kota Jelasin sekarang adalah di Stesen RTM Kota Bharu
4) Kampong Kota berhampiran Wakaf Che Yeh sekarang mendapat namanya daripada Kota Jelasin.

KOTA MAHLIGAI
1) Terletak di Bukit Marak
2) Diasaskan oleh Raja Abdullah dan Puteri Saadong
3) Kota ini dibina setelah Kota Jelasin di Serang SIAM
4) Disinilah berlakunya kisah yang menyayat hati….

Sungai di Kota Jembal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA SENANG
1) Terletak di Kampung Senang, KB.
2) Diasaskan oleh Sultan Omar (1686)
3) Kota ini kemudiannya diserahkan kepada Long Baha (Tuan Besar) yang telah dikahwinkan dengan Raja Pah iaitu puteri Sultan Omar.

KOTA TERAS
1) Terletak di Kampung Teras, KB
2) Dibina oleh Raja Kecil Sulong setelah kemangkatan Sultan Omar
3) Kota ini dibina berhampiran Kota Jembal
4) Raja Kecil Sulong mangkat (1725) setelah lima tahun memerintah
5) Kota ini dinamakan Kota Teras yang diperbuat daripada teras tembesu

KOTA KUBANG LABU
1) Terletak di Wakaf Bharu, Tumpat
2) Diasaskan oleh Tuan Besar Long Baha, menantu Sultan Omar
3) Setelah kemangkatan Sultan Omar, Long Baha telah dilantik sebagai Sultan kerana Raja Kecil Sulong enggan mengambil tampuk pemerintahan Sultan Omar
4) Kota ini seterusnya diserahkan kepada putera baginda iaitu Long Sulaiman (dengan isteri baginda dari Patani)

Peta Kota Kubang Labu, Tumpat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA RAJA SALOR
1) Terletak di Salor, Pasir Mas
2) Tiada fakta yang jelas ttg Raja Salor ini, adalah mengatakan bahawa Raja Salor adalah keturunan Long Yunus. Ada yang meriwayatkan Raja Salor ini berasal dari Patani dan mendapat keizinan dari pemerintah Kelantan untuk bermukim dan membina kota berhampiran sungai di Salor itu.
3) Namun, kota ini telah dimusnahkan oleh pemerintah pada masa tersebut ekoran dari Peristiwa “Laga Lembu”…..

Makam Raja Salor, Pasir Mas