Tag Archives: ahlul bait

Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Sayyid Hussien Jamadil Qubra


Rajah ini kami salin dari buku “Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah”. Pengkajian oleh Tun Suzana untuk buku Ahlul Bait juga merujuk kepada sumber ini bagi susur galur Ahlul Bait di Kelantan. Moga-moga ia dapat memberi manfaat kepada anda. Terima Kasih kerana melawat blog kami.

Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W dan Kesultanan Melayu


RM57.00 (Harga RM50.00 + RM7.00 untuk kos penghantaran)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku ini, sila

ISI BORANG PESANAN INI

 

Anda dimohon membuat pembayaran ke akaun CIMBĀ  13020130136520 (MOHAMAD NURAIDIL BIN ZAKARIA) dengan menyatakan buku yang dibeli dan maklumkan kepada kami melalui email sirah.kelantan@gmail.com

Hubungi kami untuk keterangan lanjut : 0199185141 (AIDIL)

Sultan Syarif Ali@Sultan Berkat Brunei bukan keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra


Syarif Ali (Sultan Barakat) 1426-1432, Sultan Brunei ke 3

Telah tercatat bahawa Syarif Ali berasal dari Taif di Jazirah Arab. Baginda ke Brunei dalam tahun 1395. Kedatangannya sebagai mubaligh Islam. Kemudian, baginda telah dikahwinkan dengan Puteri Ratna Kesuma iaitu Puteri Sultan Ahmad yang memerintah Brunei waktu itu. Setelah Sultan Ahmad mangkat, beliau ditabal sebagai Sultan dan lebih dikenali dengan nama Sultan Baraakat@Berkat.

Diriwayatkan Syarif Ali Bilfaqih berasal dari keturunan Rasulullah S.A.W melalui cucundanya, Sayyidina al-Hassan RA. Beliau juga merupakan satu-satunya pengasas Kesultanan di Nusantara yang diketahui berketurunan al-Hassan dan kebanyakan sultan-sultan di sini berketurunan dari Rasulullah S.A.W melalui titisan cucunda baginda, al-Hussien.

Catatan Tarsila Brunei, Syarif Ali ini pernah menjadi penguasa Mekah. Salasilah Raja-Raja Brunei pula menyatakan bahawa, Syarif Ali datang dari Taif dengan membawa sebilah pedang yang dikenali sebagai ‘Pedang Si Bongkok’. Pedang ini merupakan pemberian Kerajaan Turki kepada Amir Mesir dan Syarif-Syarif di Mekah.

PEREBUTAN KUASA DI MEKAH

Setelah kewafatan Syarif Ahamd pada 1387, baginda telah digantikan oleh Syarif Muhammad yang masih kecil dan dibantu oleh bapa saudaranya, Syarif Qubaish ibni Syarif Ajlan. Tidak berapa lama kemudian Syarif Muhammad telah terbunuh dan kuasa memerintah kini menjadi rebutan antara Syarif Inan ibni Mughamis dengan dibantu 3 sepupunya :
1) Syarif Ahmad ibni Thaqabah ibni Rumaithah
2) Syarif Aqil ibnu Mubarak ibni Rumaithah
3) Syarif Ali ibni Ajlan ibni Rumaithah

Kemudiannya beliau telah mendapat pengiktirafan Raja Mesir untuk memerintah Kota Mekah. Namun kuasa ini ditarik balik oleh Raja Mesir dan melantik Syarif Ali ibni Ajlan menjadi penguasa Mekah yang baru.

Pemerintahan Baginda Syarif Ali sentiasa bersaing dengan Syarif Inan bin Mughamis yang menginginkan Kerusi Amir Mekah. Pertelingkahan demi pertelingkahan telah berlaku dan menyebabkan Syarif Ali menghadap Raja Mesir bagi membincangkan masalah politik di Mekah waktu itu agar kekuasaannya tidak tergangu. Setelah mendapat restu dari Raja Mesir, Syarif Ali telah bertemu dengan Syarif Inan agar tunduk kepada kekuasaan baginda. Namun Syarif Inan enggan tunduk dan menyebabkannya di penjara. Beliau dapat meloloskan diri dan menemui Raja Mesir. Setelah mendengar alasan-alasan yang diberikan oleh Syarif Inan, Raja Mesir memutuskan agar Syarif Ali dan Syarif Inan berkongsi kuasa, tetapi Syarif Inan tetap menolak keputusan itu.

14 September 1387M, satu pertempuran telah berlaku di Syeib al-Azir antara dua Syarif ini. Pada bulan Oktober dalam tahun yang sama, telah diadakan perjanjian damai. Dalam musim haji, Utusan Raja Mesir telah mencadangkan agar perkongsian kuasa dilakukan untuk menamatkan persengketaan ini. Namun, Syarif Inan tidak berganjak dari keputusan beliau. Beliau sekali lagi ke Mesir tetapi Raja Mesir tetap mahu kedua-dua Syarif ini berkongsi kuasa. Syarif Inan terpaksa pulang ke Mekah.

Di Mekah, Syarif Ali telah mendapat sokongan penuh dari Syarif-Syarif terkemuka di Mekah untuk mendapat kekuasaan penuh keatas Mekah. Akhirnya Syarif Ali telah menyerang Syarif Inan semasa beliau berada di tempat sa’ie.

Amir Mesir ketika itu, Malik Az-Zahir Barqoq mendapat perkhabaran ini dan memanggil kedua-dua Syarif tersebut dan memutuskan agar Syarif Ali seorang sahaja menjadi Amir Mekah dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Syarif Inan dan menyebabkan Kota Mekah kacau bilau.

Atas sebab yang kurang jelas, sokongan Syarif-Syarif Mekah ditarik kembali dan memberi tekanan kepada pemerintahan beliau. Hal ini menyebabkan penyokong Syarif Ali tidak senang dengan pergolakan yang berlaku dan membuatkan baginda memutuskan untuk menangkap mereka yang terlibat dan ini membuatkan Mekah dalam keadaan huru hara dan ramai penduduknya lari ke Yanbu.

Selepas 7 tahun memerintah, akhirnya pada 26 Julai 1395, Syarif Ali dikhabarkan dibunun oleh pembesar-pembesar Mekah dan berkemungkinan dilakukan oleh Syarif Inan kerana beliau yang sentiasa tidak puas hati dengan pemerintahan Syarif Ali.

MENCARI KETENANGAN

Satu persoalan telah timbul disini.

Sekiranya Syarif Ali dibunuh, sudah pasti Syarif Inan yang menggantikan beliau tetapi hal ini tidak terjadi kerana adik Syarif Ali iaitu Syarif Muhammad ibni Ajlan yang menggantikannya menjadi Amir Mekah dan beliau telah menerima watikah perlantikan dari Sultan Malikul Zahir Barqoq Mesir pada 1397M.

Kesimpulan boleh dibuat dengan menyatakan bahawa Syarif Ali sebenarnya tidak dibunuh, baginda melarikan diri dari Mekah ke Khaulan yang terletak di Selatan Jazirah Arab, dan dari Khaulan baginda telah belayar jauh ke Alam Nusantara membawa diri dan mencari ketenangan dari kekacauan politik di Kota Mekah hinggalah beliau sampai ke Brunei ketika itu diperintah oleh Sultan Ahmad.

Begitulah kisah Sultan Baraakat@Sultan Berkat.

Disimpulkan baginda bukanlah dari Keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan entri-entri yg menyebutkan beliau berasal dari Sayyid Hussien Jamadil Qubra telah terbatal. Namun kedua-dua mereka tetap mempunyai persamaan iaitu dari keturunan Ahlul Bait.

Wallahualam.

Sumber : Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W dan Kesultanan Melayu

Jawapan : Perkaitan Sultan Berkat Brunei dengan Sayyid Hussein Jamadil Qubra


Jawapan kepada Perkaitan antara Sultan Berkat Brunei dengan Sayyid Hussein Jamadil Qubra.

Jauh bermenung, panjang fikiran.
Sudah terpesong, pulang kepangkal jalan!

Assalamualaikum.

Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t hendaknya.

Beberapa hari lalu, kita ada menimbulkan persoalan tentang perkaitan antara Sultan Berkat Brunei dengan Sayyid Hussein Jamadil Qubra dan kita mencari jawapan yang benar, adakah Sultan Berkat itu anakanda kepada Sayyid Hussien?

Dengan izin Allah, maka Dia telah membuka jalan untuk mengetahui jawapan yang benar tentang persoalan ini.

Rujukan online yang kami lakukan mengatakan bahawa Sultan Berkat adalah anak kepada Sayyid Hussien yang dihantar untuk berdakwah di Borneo dan telah ditabal menjadi Sultan Brunei dan berketurunan ahlul bait dan ramai yang menerima serta menggunakan pakai dalam posting di blog atau media sosial.

Namun berdasarkan buku Ahlul Bait ( Keluarga) Rasululullah s.a.w. & Kesultanan Melayu persoalan ini telah dijawab. Entri Berikut kami bentang sejarah yang terima umum mengenai persoalan ini.