Tag Archives: budaya

Penggiat Dikir Barat 4 : Cikgu Naim


Tokoh Dikir Barat : Cikgu Naim

Cikgu Naim adalah seorang tokoh dikir barat di negeri kelantan. Seawal tahun 2000 negeri kelantan diledakkan dengan klip-klip video dan audio cd dikir barat, nama beliau naik secara mendadak.

Lagu-lagu beliau mengandungi pelbagai mesej ringan dan jenaka. Bertugas sebagai seorang pendidik dan jiwa kekampungannya tidak menghalang beliau menabur ilmu dan jasa melalui hiburan rakyat.

Beliau pulang ke Rahmatullah pada 5/4/2007.Kehilangannya ibarat sebutir permata yang sukar untuk dicari ganti. Kehebatannya dalam seni dikir barat akan terus menjadi sebutan sampai bila-bila.

MAIN PUTERI : SATU KEHIDUPAN ANTARA BUDAYA DAN AGAMA


KLIP VIDEO ini dikongsi melalaui laman video Bebas, Youtube dan hak milik oleh Pusaka and Radical Films

PERINGATAN!!!

Kami berharap anda jangan anggap perlakuan dalam klip ini sebagai mainan atau gurauan. Ianya ada perkaitan dengan dunia mistik. Jelas ada amalan bertentangan dengan Islam. Mohon komentar yang bernas dan waras daripada anda. Kami paparkan klip ini sebagai satu ritual yang pernah diamalkan hingga kini di Kelantan.

Namun, sudah ramai orang Kelantan mempunyai kesedaran bahawa Islam melarang perbuatan Khurafat. Amalan Ibadah boleh menghalang gangguan makhluk halus. Semua datang dari Allah s.w.t. Tawakal dan berserah pada Allah adalah yang sebaiknya.

Seni Budaya Kelantan : Mak Yong


PENDAHULUAN
Mak Yong adalah satu jenis seni drama kombinasi nyanyian dan tarian di iringi oleh muzik tradisional Melayu Patani yang tersendiri. Tarian yang berunsur, lakonan oleh pemegang watak utama raja, dayang-dayang dan hamba rakyat (Tok Peghe) yang menggambarkan sebuah pemerintahan negara yang di perintah oleh seorang raja sebagai ketua negara yang dipersembahkan sebagai tontonan kebawah duli Sultan Patani, manakala pakaian Mok Yong adalah pakaian resmi diraja dan jalan ceritanya tentang bagai mana seorang pemerihan yang adil dan sebaliknya (raja yang zalim). Bahasa melayu Patani (bahasa ibunda) dialik melayu Patani digunakan dengan secara sepontan menurut persefahaman jalan cerita oleh para pemegang watak dalam lakonan tanpa texs yang lengkap seperti derama di hari ini. Bahasa Melayu Patani juga sebagai bahasa pengantar perhubungan, perundangan, akademik dan perundangan negara Patani. Mak Yong juga dipertontonkan kepada kharayat ramai pada hari-hari resmi negara dalam kawasan Istana.

ASAL USUL

Mak yong berasal dari negara Patani Darussalam. Negara ini sekarang dijajah Thailand sejak 1902M, hingga saat ini. Sejarah Mak Yong adalah sejarah seni budaya melayu Patani yang sangat indah dan tersendiri cermelang yang masih hidup disenubari masyarakat melayu Patani. Oleh kerana itu ia diwarisi secara tidak langsung oleh rakyat jelata pencinta seni budaya melayu Patani ini. Mak Yong tidak dapat dipastikan tarikh dan siapa pengasas Mak Yong. Tapi walau bagaimana pun, fakta yang menunjukkan ia berdiri lebih dari 800 tahun dan mungkin lebih awal lagi. Menurut buku Hikayat Patani bahawa Mak Yong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) lebih 200 tahun yang lalu. Kemudian berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah Perlis) sampai kenegeri Sumudra Pasai dan hingga ke Pulauan Riau (Indonesia).

 

PLOT DRAMA

Cerita Mak Yong dalam babak pertama mengaitkan tarian mengadat atau tarian sembah Rebat untuk mendengar titah di raja disamping raja akan minta laporan perkembangan negara dari hamba rakyat (Tok Peghe) tak leh makan (susah) atau boleh makan (senang) sebagai gambaran seolah-olah sebuah paelimen pengubal dasar atau juga sebagai sebuah majis pelaksanaan, yang memegang watak raja di kebelakangan ini selalunya wanita yang berpakaian seakan-akan lelaki mengambil sempena raja Hijau, seorang raja yang terkenal sebagai pahlawan yang bijak dan diplomat terunggul di zamannya (ketua negara wanita pertama dalam sejarah Patani) yang telah berjaya mengadakan Bedel Besar (meriam besar) Seri Patani dan Seri Negara itu. Kedua-dua bedel meriam besar itu di rampas oleh oleh Siam dan kini Seri Patani ada dipamirkan di hadapan bangunan ibu pejabat kementerian pertahanan Thailand di Bangkok. Menurut riwayat yang boleh dipercayai bahawa bedel meriam besar Seri Negara terbenam dalam laut semasa hendak bawa ke Bangkok sempai sekarang belum dikemui.

Para sejarahwan telah mengenal pasti bahawa seni ini digpanggil Mak Yong ialah kerana Watak utama dipegang oleh wanita maka sinomimnya dengan ”Mak” manakala Yong ialah pahlawan, (bahasa Patanilama) bila di camtumkan ialah Mak Yong. Ahli budaya dan adat istiadat keajaan Melayu Patani tidak ada menulis tentang Mak Yong secara ditil sama ada berasal dari rakyat atau dari istana, Cuma di sebut dipersembahkan dalam istana.

Di tahun 1909, Mak Yong dipersembahkan oleh rakyat tanpa dinaungi kerajaan Patani lagi, kerana pada tahun ini Patani di jajah secara mutlak oleh Siam. Mak Yong sebagai seni hiburan setelah tamat pertunjukan dan sembung pula Joget Longeng bagi mendapat kutipan yang lumayan kepada anak buahnya dan juga Mak Yong di padah sebagai pertunjukan pelepas angin kepada seseorang (buat ubat).

Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam ke Patani lagi. Ia dipersembahkan dengan menggunakan Panggung sementara yang terletak atas tanah semacam bangsal jamuan khenduri bolih di padah oleh sesiapa sahaja atas berbagai tujuan seperti pertunjukan kutik duid (jual teket) pertunjukan di majlis khenduri kendara (berkhatan dan perkahwinan).

Persembahan Mak Yong alat muzik yang utama ialah Rebab, dua biji Gendang ibu & anak dan dua biji Gong ibu & anak manakala Biola (Juala) untuk mengingi joget. Setiap satu selak cerita mampu dipersembahkan hingga 3 jam beberapa malam untuk ditamatkan sesebuah cerita yang panjang. Kebanyakan peranan dilakokan oleh wanita dan Tok Peghe (hamba rakyat) sahaja lelaki ceritanya berasaskan cerita rakyat. Mak Yong mula di pertunjukan dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam dan sambung joget hingga kepagi .

Mak Yong dibawah naungan istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang kenamaan dan pertunjukan isti-adat kerajaan melayu Patani kepada khalayak ramai.

 

NASIB SENI MAK YONG

Di hari ini Mak Yong telah merosot kerana seni ini bakan buat persembahan sembarangan tapi harus berlatih dan menghayati jalan ceritanya memakan masa yang lama. Sekarang tidak ada ramai yang pengamalnya, kerana seni ini susah untuk perseorangan, pelakonnya memerlukan suara merdu dan nyaring, serta memerlukan ramai orang jumlahnya 15-20 orang termasuk pemain muziknya. Generasi yang tersohor pada tahun 60an ialah Mok Yong Che Ning dan pada 70an disambung anaknya Che Judah.

Banyak sekali terdapat kisah-kisah sumbang di akhir-akhir tahun 70an dan 80an kerana pemuda di usia begini sangat gharah dengan budaya hindustan yang menggilai di para penari-penari joget (wanita) dari pertunjukan seni budaya kepada lebihkan hiburan semata-mata pendik kata salah guna peranan seni itu tanpa mementingakan nilai-nilai lohor (akhlak, agama dan budaya melayu Patani) sehingga masyarakat Patani cap sebagai penari dikelap malam. Sejak itu masyarakat mula anggap seni buadaya Mak Yong sebagai bukan pertunjukan kebudayaan lagi.

Pada 90an sudah tidak banyak lagi Mak Yong yang wujud, kerana tidak ramai yang berminat mempelajari seni tari ini. Setelah pengaruh wayang gambar (filem hindustan) yang menjadi siolan anak muda sangat meluas, menggelapkan masa depan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa kini rata-rata persembahannya meniru gaya watak hero dan heroin Hindustan berkasih dan lagu-lagunya ala hindustan.

KESIMPULAN

Rakyat Patani kini sangat mengharapkan seni budaya ini (Mak Yong) dapat di warisi dan dikembangkan oleh saudara anak cucu bangsa melayu Patani di negeri-negeri jiran (Kelantan Darul Naim dan Perlis Indera Kayangan) Malaysia, sebagai pewaris yang WUJUD DI SINI DI TANAH ANAK MERDEKA BAGAI OBOR ILMU MEMAYUNGI PUTERA PUTERINYA PELOPOR HIDUP BUDAYA BANGSA, AGAMA, NEGARA PEMBENTUK AKHLAK MANUSIA AGAR JADI SEMPURNA.

 

ARTIKEL DISEDIAKAN OLEH : ADMIN PASIR PUTEH@KPSK